e-Portfolio by PAULINE ANAK GERAMAN IPG-Pelajar

Sistem tulisan Pallava
Orang Hindu telah membawa tulisan ini semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang(Nik Safiah,2010)

Tulisan Pallava telah menerima banyak pengaruh bahasa Sanskrit yang ketika itu merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

Penemuan terawal tulisan Pallava ini adalah pada tiang batu persembahan (Yupa)di daerah Muara Kaman,iaitu pertemuan di anatara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala.

Pekerja topografi Belanda telah menjumpai Yupa dalam tahun 1879 dan setelah itu disimpan di Muzium Nasional Jakarta.

Tulisan Pallava lebih sulit untuk dipelajari dan difahami berbanding tulisan Rumi.

Terdapat sistem simbol bagi gabungan bunyi seperti au,ai,pa,ya,kka,nca dan konsonan bukan sahaja menandakan huruf tetapi membawa bunyi yang berbeza.

Sistem tulisan Kawi
Sistem tulisan Kawi adalah sistem terawal di Kepulauan Melayu sejak abad ke-8M.

Sistem ini dikenali sebagai tulisan Jawa kerana orang Jawa telah mengasaskan tulisan ini dan menutur menggunakan bahasa Kawi.

Penggunaan tulisan Kawi dan Jawi telah ditemui pada batu nisan orang Melayu tertera tahun 1463 dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas,Sungai Ujung,Negeri Sembilan.

Era tersebut menunjukkan era peralihan tulisan orang Melayu kepada tulisan Jawi dan kedatangan pengaruh Islam yang mula berpijak di Tanah Melayu.

Tulisan Kawi meminjam istilah dari bahasa Sanskrit dan Kawi dalam perkataan Sanskrit bermaksud penyajak yang menandakan gaya bahasa yang cantik.

Aksara Kawi juga digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit serta bentuk-bentuk kuno,bahasa-bahasa Jawa,Sunda dan Melayu dan orang-orang Melayu Kuno telah menulis abjad-abjad Kawi di atas kulit-kulit kayu,pada batu bersurat dan sebagainya.

Sistem tulisan Jawi
Tulisan Jawi wujud sekitar tahun 1300M di Kepulauan Melayu.

Perkembangan tulisan ini berkait rapat dengan kedatangan pedagang-pedagang Islam terutamanya dari Parsi dan Timur Tengah.

Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri dan ditokok tambah dengan enam huruf yang tiada dalam bahasa Arab iaitu ca,pa,nga,va dan nya.

Tulisan Jawi dipandang tinggi oleh orang Melayu kerana tulisan ini merupakan gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya,al-Qur'an.

Tulisan ini merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu.

Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka,Johor,Brunei,Sulu,Patani,Acheh dan Ternate seawal abad ke-15.

Sistem ejaan Jawi mempunyai dua peringkat iaitu pada peringkat pertama mewujudkan huruf-huruf saksi dan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya manakala pada peringkat kedua pula berkembang kepada beberapa pedoman yang dirangka oleh orang perseorangan atau pertubuhan seperti Sistem Ejaan Dian dan Ejaan Jawi Za'ba.

Bukti-bukti penemuan tulisan Jawi pada batu nisan Malik Al-Saleh(696H),batu bersurat Sungai Teresat(1303-1397M),Kuala Berang dan Hukum Kanun Melaka(1489-1511M).

Sistem Ejaan Za'ba
Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC(Maktab Perguruan Sultan Idris)dan merupakan sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu.

Ia juga dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam Kerajaan Malaysia ,sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia.

Sistem ini kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu  dan penggunaan partikel pun dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan .Misalnya,ada pun dan atau pun.

Sistem ini telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan dimuatkan dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Perjabat Karang Mengarang SITC.

Sistem Ejaan Rumi Za'ba ini diperkenalkan bagi memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu kerana sistem ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini mempunyai beberapa kelemahan.

Sistem Ejaan Rumi Kongres
Merupakan hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada 16-21 September 1956.

Telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu,2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.

Ejaan ini menggunakan sistem fonologi bukan fonetik iaitu menandakan sebagai satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.

Terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja dalam beberapa perkataan yang tertentu disebabkan oleh ejaan Kongres menetapkannya agar perkataan yang dieja berdasarkan sebutannya yang asal.

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia telah dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.

Merupakan cetusan daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967.

Dilaksanakan pada tahun 1972 hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia.

Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang ditugas untuk menyusun pedoman ejaan Rumi di

Malaysia.

Huruf diftong merupakan gabungan dua huruf vokal iaitu ai,au dan oi yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran.

Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a,e,i,o,u.Huruf e mempunyai dua bunyi bahasa iaitu e-pepet dan e-tailing.

Huruf konsonan adalah selain daripada huruf vokal a,e,i,o,u.

Pejabat Karang Mengarang
Sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim.

Penubuhan adalah hasil cadangan Zainal Abidin bin Ahmad serta O.T Dussek.

Menimbulkan minat dalam lapangan penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI.

Tujuan penubuhannya adalah menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta menambahkan bahan rujukan kepada semua masyarakat.

Menerbitkan novel,puisi,cerpen dan akhbar bahasa Melayu.

Selepas perang sebanyak 24 buah telah diterbitkan,empat buah daripadanya adalah hasil daripada peraduan mengarang anjuran Pejabat Pelajaran.

Menerbitkan buku-buku berkaitan biang pelajaran di sekolah iaitu Malay School Series.

Menerbitkan buku berkaitan bidang kesusasteraan di kalangan orang ramai yang berjudul Malay Home Library Series.

Pada tahun 1957,Pejabat Karang Mengarang telah dibubarkan dan digantikan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka .

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
Ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru.

Merupakan badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka.

PBmPB berjalan tidak begitu lancar pada awalnya tetapi dihidupkan semula kerana mendapat sokongan penuh daripada sultan dan kerajaan Johor.

Ditukar nama kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.

Tujuan adalah untuk mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu  dan mewujudkan perpustakaan.

Matlamat penubuhan adalah memelihara tulisan Jawi,mencipta perkataan baharu dan sebagainya.

Kegiatan utama adalah menghasilkan buku iaitu 34 buah buku telah diterbitkan,membentuk istilah seperti pejabat dan warta dan menganjurkan ceramah-ceramah bahasa.

Asas 50
Telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950.

Mewakili suara dan inspirasi masyarakat Melayu dengan cara yang ideal melalui kesusasteraan dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Falsafah Asas 50,"Seni Untuk Masyarakat" yang membawa perkembangan dalam dunia kesusasteraan moden.

Peranan Asas 50 ialah mengembangkan bahasa dan kesusasteraan melayu dan melindungi hak-hak ahli dan para pengarang .

Bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.

Asas 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuknya sebagai sastera majalah dan surat khabar.

Laporan Barnes 1951
Ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J.Barnes,Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford.

Cadangan Jawatankuasa ini adalah meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris.

Meningkatkan kualiti guru,meningkatkan pencapaian pedadogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian.

Tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina.

Jawatankuasa Barnes menggariskan tujuan sekolah Melayu bagi

membolehkan komuniti Melayu mencapai dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum.

Membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

Laporan Fenn Wuu 1951
Disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes.

Mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman.

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan.

Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian.

Dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.

Ordinan Pelajaran 1952
Diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.

Penubuhannya pada 21 November 1952.

Bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan.

Merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).

Menetapkan bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.

Sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sekolah vernakular iaitu dan sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

Tidak dapat dijalankan kerana berlaku darurat dan juga sebab masalah kewangan.

Tujuannya adalah membentuk warganegara yang bersatu di seluruh Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk setiap individu.

Laporan Razak 1956
Merupakan laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.

Tujuan jawatankuasa adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa,menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain.

Tujuannya adalah mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan,mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu,Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu dan sebagainya.

Cadangannya laporan ini adalah pendidikan rendah adalah wajib,pentadbiran pendidikan dijalankan secara berpusat dan bahasa ibunda diajarkan jika terdapat 15 orang pelajar memohon.

Dewan Bahasa dan Pustaka
Nama asalnya ialah Balai Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tujuan penubuhan adalah memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

Tujuan lain penubuhannya ialah untuk mencetak, menerbitkan, membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.

DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang.

Kerjasama Serantau Dan Perantarabangsaan
Satu pakatan yang dibentuk antara negara berjiran untuk menjaga kepentingan berdasarkan prinsip yang saling menguntungkan.

Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa telah ada sejak abad ke-7 Masihi ketika zaman Sriwijaya dan kemuncaknya ialah ketika zaman Kesultanan Melayu.

Kedudukan sebagai bahasa antarabangsa menyerlah ketika zaman bahasa Melayu Klasik iaitu sekitar abad ke-15

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU adalah Menubuhkan pusat pengajian Melayu pertama di Leiden, Belanda pada tahun 1876 dan sehingga kini pusat itu diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa.

KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI PENGAJIAN MELAYU adalah memupuk minat pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan yang berminat dalam bidang sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan budaya Melayu.

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA NEGARA pula adalah Mewujudkan forum- forum kerjasama seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-inonesia-malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS).

Cabaran dan masa depan bahasa Melayu dalam pendidikan
Bahasa Melayu telah diperkembangkan sejak Laporan Razak dan merupakan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara Malaysia yang harus dipertahankan.

Persidangan antarabangsa UNESCO ke-31 telah menyokong pengajaran dalam bahasa ibunda untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan membina pengetahuan pelajar dan pengajar.

Bahasa merupakan komponen yang amat penting dalam sistem pendidikan antara budaya bagi menggalakkan pemahaman antara kumpulan populasi yang pelbagai bangsa.

Masa depan bahasa Melayu dalam pendidikan adalah meninngkatkan kemahiran guru bahasa Melayu dengan memberikan latihan khusus dalam Bahasa Melayu dan memperkasakan kurikulum bahasa Melayu dengan menambah baik aspek seni bahasa dalam bahasa Melayu.

Cabaran bahasa Melayu dapat dilihat melalui Laporan Razak.Laporan Razak menerangkan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajar di sekolah.Namun begitu,bahasa Inggeris lebih diutamakan dan dipandang tinggi daripada bahasa Melayu. Hal ini kerana penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi awam semuanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan ini bermakna semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.Pihak IPTS memilih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kerana berpendapat bahawa bahasa Inggeris lebih mendapat perhatian pelajar luar negara.Jadi,perkara ini telah menyebabkan bahasa Melayu dipinggirkan.

Perkara ini telah menyebabkan pencapaian falsafah dan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan lemah dan juga merendahkan martabat bahasa Melayu.

Pentadbiran kerajaan
Dalam Urusan Rasmi Negara,penggunaan bahasa Melayu adalah wajib dalam surat rasmi oleh agensi kerajaan.

Bahasa Kebangsaan digunakan dalam urusan surat-menyurat,minit

mesyuarat,dan nota pembentangan.

Dalam Urusan Rasmi Antarabangsa pula,dokumen dalam bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa kebangsaan bertujuan untuk merekod dan semakan.

Cabaran dalam pentadbiran kerajaan adalah perlembagaan telah membuat keputusan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yang sama dengan bahasa Melayu.Perkara seperti ini mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan bahasa Melayu.

Cabaran seterusnya adalah pihak British akan menaikkan jawatan yang tinggi terhadap seseorang individu sekiranya mahir dalam berbahasa Inggeris.Impaknya,masyarakat beranggapan bahawa mahir dalam berbahasa Inggeris dapat mengubah status pekerjaan mereka kepada lebih tinggi.Jadi,mereka tidak mengutamakan bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris.

Kerancuan bahasa di media sosial
Dalam era teknologi moden,dapat dilihat bahawa terdapat banyak kerancuan bahasa di media sosial.

Kerancuan bahasa daripada aspek sebutan,ejaan,kosa kata,istilah dan laras bahasa.

Penggunaan bahasa rojak adalah campuran bahasa Melayu dengan bahasa lain dalam suatu ayat atau perbualan.Penggunaan bahasa rojak ini berlaku apabila segelintir masyarakat yang tidak petah berbicara dalam bahasa Melayu.Generasi muda sekarang beranggapan bahawa penggunaan bahasa rojak adalah sesuatu yang moden apabila bahasa Melayu diselitkan dengan bahasa Inggeris.

Kesan negatif kerancuan bahasa ini adalah persepsi buruk masyarakat luar terhadap bahasa Melayu dan kualiti bahasa Melayu lisan dan tulisan akan merosot.

Bahasa Melayu Pramerdeka
Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British dan kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat pada peringkat awal pemerintahan Inggeris.

Apabila berlakunya Perang 2 kedudukan bahasa Melayu mula tergugat kerana bahasa Inggeris menjadi bahasa penghantar dan bahasa rasmi.

Terdapat pejuang bahasa Melayu yang  memperjuangkan bahasa Melayu melalui karya mereka seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dan Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad.

Terdapat pertubuhan bahasa Melayu Pramerdeka seperti Jawi peranakan iaitu akhbar barbahasa Melayu pertama yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1876 yang ditulis menggunakan tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka
Era pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967.

Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Pesekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang.

Akta-akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu adalah seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang merupakan gabungan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Akta Pendidikan 1996 telah memperkukuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau bahasa ilmu.

Lebih mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju.Perancangan bahasa ini telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka .DBP berperanan untuk  memajukan bahasa kebangsaan dan kesusasteraan.

NAMA:PAULINE ANAK GERAMAN

ANGKA GILIRAN:2024042310022

NO KAD PENGENALAN:060822130934

KUMPULAN:BM SK 1 PPISMP OGOS 2024/2029

KOD DAN NAMA KURSUS:BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU