PENILAIAN KENDIRI SUBTOPIK1.1 by

MORAL DAN ETIKA PROFESIONAL SEORANG PEGAWAI KASTAM
MORAL BAGI SEORANG PEGAWAI KASTAM :

AMANAH - BERLAKU AMANAH DALAM SEGALA MAKLUMAT PERDAGANGAN, BARANG IMPORT, DAN EKSPORT, SERTA TUGAS HAKIKI. BERDISIPLIN DAN DATANG AWAL KE PEJABAT DAN TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

ETIKA PROFESIONAL SEORANG PEGAWAI KASTAM :

ETIKA PROFESIONAL - MELAKUKAN KERJA HAKIKI BERLANDASKAN DAN BERPANDUKAN PERINTAH TETAP PERKASTAMAN ATAU PERINTAH TETAP YANG LAIN DAN JUGA AKTA KASTAM 1967.

SEBAGAI CONTOH ETIKA PROFESIONAL SEORANG PEGAWAI KASTAM IALAH MENJALANKAN TUGAS MENTAFSIR CUKAI IMPORT DAN CUKAI YANG LAIN BERPANDUKAN PERINTAH TETAP PERKASTAMAN.

MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT KASTAM UNTUK MENGIRA CUKAI DAN MENGELUARKAN RESIT BAYARAN CUKAI.

BERSIKAP PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN IAITU BERSIKAP CEKAP, BERPENGETAHUAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENGENDALIKAN PELANGGAN KASTAM.

Berikut merupakan perbezaan nilai moral dan etika profesional bagi seorang Inspektor Kesihatan.

Nilai Moral

Amanah: Sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan adil serta tidak menyalahgunakan kuasa atau jawatan.

Kejujuran: Telus dan jujur dalam menhjalankan pemeriksaan dan melaporkan data-data yang tepat.

Disiplin: mampu untuk mengawal emosi serta tingkah laku semasa menjalankan tugas.

Tanggungjawab sosial: Peka dan prihatin terhdapa kesihatan dan keselamatan masyarakat. Contohnya, memberikan ceramah kesihatan mengenai bahaya penyakit demam denggi serta cara untuk melupuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

2. Nilai etika profesional

Patuh akan SOP: Mematuhi prosedur kerja serta peraturan dan akta yang telah ditetapkan.

Profesionalisme: Melakukan kerja dengan berkhemah, sopan serta berpenampilan kemas.

Menjaga maklumat: Setiap data yang diperolehi dijaga dengan baik dan rahsia.

Cekap dan kompeten: Sentiasa belajar untuk meningkatkan ilmu,kemahiran dan profesionalisma dalam bidang kesihatan awam.

Adil dan telus: Tindakan yang diambil adalah saksama dan tidak berat sebelah kerana adanya akta dan peraturan sebagai garis panduan.

Nukilan dari seorang Inspektor Kesihatan.

MORAL DAN ETIKA PROFESIONAL SEBAGAI SEORANG PELAJAR.
Moral sebagai seorang pelajar:

Sebagai seorang pelajar menyiapkan sesuatu tugasan dengan cara meniru adalah salah. Ia adalah perbuatan yang tidak jujur dan tidak berintegriti. Moralnya adalah, berlaku jujur dan amanah walaupun tiada siapa yang melihat perbuatan tersebut.

Etika profesional sebagai seorang pelajar:

Setiap pelajar haruslah bertanggungjawab menghasilkan karya asli dan tidak meniru atau plagiarisme mana-mana pihak kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan kesan negatif kepada pihak yang benar-benar jujur dalam menyiapkan tugasan.

Secara keseluruhannya, nilai moral dan etika profesional sangat penting dalam kehidupan seorang pelajar kerana dengan adanya kedua-dua elemen tersebut, sorang pelajar akan berlaku jujur dan amanah dalam menjalankan apa jua tugasan yang diberikan. Begitu jua dengan etika profesional. Kedua-duanya sangat penting kerana jika pelajar hanya mengikut moral tanpa menghiraukan etika profesional, ia boleh menyebabkan hasil kerja yang tidak sah dan memberi kesan buruk kepada kerjayanya pada masa hadapan. Sebaliknya, jika pelajar tersebut hanya mengikut etika tanpa moral yang baik, beliau mungkin melakukan tindakan yang betul secara teknikal tetapi tanpa rasa bertanggungjawab.

Nukilan seorang insan bergelar pelajar.

Moral dan Etika Profesional
Moral dan etika memerlukan satu elemen yang terbentukdalam diri  seseorang manusia tidak mengira latar belakang,pangkat,jawatan dan kaum. Bagi seseorang yang misalnya seorang tentera, memerlukan nilai moral yang tinggi dalam kehidupan seperti ketika berlakunya kejadian banjir seperti di kawasan-kawasan yang terkesan, mereka akan bersama-sama turun padang membantu rakyat yang memerlukan bantuan keselamatan seperti dalam OP Murni melibatkan pemindahan mangsa ke tempat selamat dan sebagainya. Sifat ini digambarkan mereka mempunyai moral yang tinggi dalam membantu masyarakat dan negara. Bagi etika profesional pula, merujuk kepada sifat manusia yang mempunyai displin dan integriti yang tinggi seperti menjaga amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dan individu yang ditugaskan untuk memegang tanggungjawab yang besar untuk tidak menerima rasuah, tidak menyelewang wang perolehan tender dan tidak mencampur adukkan urusan pekerjaan dan peribadi sehingga mendatangkan impak negatif. Seseorang yang mempunyai etika profesional akan membawa kesan besar terhadap perkhidmatan dan menjadi contoh terhormat dan diterima masyarakat kerana memegang kepercayaan yang diberi dengan baik.

oleh : iylia khairani ismail

Senario : Seorang penguatkuasa PBT menolak rasuah daripada pihak pembina kuil haram supaya beliau tidak merobohkan binaan haram tersebut.
Moral

Dari sudut moral, pegawai tersebut mengetahui bahawa menerima rasuah adalah salah dari sudut moral dan etika seorang penjawat awam. Dari sudut agama juga, perbuatan menerima rasuah adalah tidak dibenarkan dan membawa implikasi yang besar dalam hidup. Ia juga menjadi contoh kepada pegawai lain supaya menolak rasuah apabila ditawarkan.

Etika Profesional

Seorang penjawat awam terikat dengan undang-undang serta kod etika profesional seorang penguatkuasa yang menekankan integriti sebagai salah satu asas utama karakter seorang penguatkuasa. Selain daripada menolak rasuah yang ditawarkan, beliau perlu meneruskan proses perobohan dan juga melaporkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM atas cubaan sogokan pemilik kuil haram tersebut.

Kepentingan

Seorang penguatkuasa perlu sedar bahawa tanggungjawab moral dan etika dalam menjalankan tugas bertindak secara selari. Ada kalanya budi bicara boleh menjadi penimbang kepada keputusan, tetapi dalam isu integriti, hendaklah diutamakan prinsip undang-undang dan etika profesional kerana ia mempunyai implikasi yang besar kepada negara.

Jawapan
Jawapan - Syazana 24201198

Satu contoh situasi dalam bidang Penolong Pegawai Veterinar ialah apabila seorang penternak meminta ubat atau suntikan diberikan kepada haiwan tanpa pemeriksaan lengkap bagi mengurangkan kos rawatan. Dari sudut moral, Penolong Pegawai Veterinar mungkin berasa simpati dan ingin membantu penternak tersebut kerana memahami masalah kewangan yang dihadapi. Namun, dari sudut etika profesional, Penolong Pegawai Veterinar perlu mematuhi prosedur kerja dan tidak boleh memberikan ubat sewenang-wenangnya tanpa pemeriksaan atau arahan yang betul kerana boleh menjejaskan kesihatan haiwan dan keselamatan pengguna.

Situasi ini menunjukkan bahawa moral berkaitan dengan nilai peribadi seperti belas kasihan dan keinginan membantu orang lain, manakala etika profesional merujuk kepada peraturan, tanggungjawab dan standard kerja dalam profesion. Kedua-duanya penting kerana moral membantu individu bertindak dengan sifat kemanusiaan, manakala etika profesional memastikan tugas dilaksanakan secara selamat, berintegriti dan mengikut undang-undang. Hal ini penting untuk mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap profesion Penolong Pegawai Veterinar.

MORAL DAN ETIKA PROFESIONAL PEGAWAI PENJARA
Dalam bidang pekerjaan sebagai pegawai penjara, moral dapat dilihat apabila seorang pegawai melayan banduan dengan baik, hormat dan berperikemanusiaan walaupun mereka pernah melakukan kesalahan. Pegawai tersebut mempunyai nilai moral seperti belas kasihan, sabar dan hormat terhadap hak individu.

Namun, dari sudut etika profesional, pegawai penjara perlu mematuhi peraturan kerja seperti menjaga keselamatan penjara, tidak menerima rasuah, merahsiakan maklumat sulit serta melayan semua banduan secara adil tanpa pilih kasih. Walaupun pegawai itu bersimpati terhadap seseorang banduan, dia tetap tidak boleh melanggar peraturan atau memberi layanan istimewa.

Situasi ini menunjukkan bahawa moral dan etika profesional saling berkaitan tetapi berbeza. Moral membimbing seseorang untuk mempunyai nilai yang baik dalam diri, manakala etika profesional memastikan tugas dijalankan dengan amanah, disiplin dan mengikut undang-undang pekerjaan. Kedua-duanya penting bagi menjaga kepercayaan masyarakat terhadap profesion pegawai penjara serta memastikan keselamatan dan keadilan sentiasa terpelihara.

Moral dan Etika Profesional- Pegawai Kastam
Situasi yang melibatkan seorang pegawai kastam memberikan gambaran yang jelas tentang perbezaan serta sinergi antara moral individu dan etika profesional dalam menangani dilema integriti.

Situasi: Pegawai Kastam dan Tawaran "Duit Kopi"

Seorang pegawai kastam berdepan dengan seorang peniaga yang menawarkan suapan atau "duit kopi" supaya barangan miliknya dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan penuh.

Dimensi

Huraian Situasi

Moral Individu

Pegawai tersebut menolak rasuah kerana pegangan peribadi bahawa menipu adalah salah. Nilai ini berakar umbi daripada didikan keluarga, ajaran agama, dan norma masyarakat yang mementingkan kejujuran. Ia merupakan suara hati atau bimbingan dari dalam diri (internal).

Etika Profesional

Pegawai tersebut terikat dengan Kod Etika Perkhidmatan Awam yang menetapkan piawaian rasmi seperti integriti dan ketelusan. Etika ini mewajibkan beliau bukan sahaja menolak suapan, malah melaporkan cubaan rasuah tersebut kepada pihak berkuasa sebagai tanggungjawab profesionalnya.

Mengapa Keduanya Penting untuk Membimbing Tingkah Laku?

Moral dan etika profesional berfungsi sebagai sistem kawalan dwi-lapisan bagi seseorang individu:

Panduan Dalaman dan Luaran: Moral membimbing individu melalui hati nurani, manakala etika profesional menyediakan garis panduan dan peraturan rasmi (standard obligasi) yang menentukan apa yang dibenarkan atau dilarang di tempat kerja.

Asas Pembuatan Keputusan: Sinergi keduanya memastikan keputusan tidak hanya dibuat berdasarkan kepercayaan peribadi (yang mungkin subjektif), tetapi juga memenuhi tanggungjawab undang-undang dan sosial yang objektif.

Mengapa Keduanya Penting untuk Menjaga Kepercayaan Masyarakat?

Alat Kawalan Sosial: Etika profesional berfungsi sebagai alat bagi masyarakat untuk mengawasi dan menilai tingkah laku golongan profesional.

Keadilan dan Kesaksamaan: Apabila seorang profesional (seperti doktor, polis, atau jurutera) mematuhi etika, masyarakat mendapat jaminan perkhidmatan yang adil tanpa diskriminasi, yang seterusnya mengukuhkan kredibiliti profesion tersebut.

Integriti Institusi: Kepercayaan masyarakat akan terhakis jika profesional gagal memisahkan kepentingan peribadi dengan amanah kerja. Gabungan moral yang kuat dan etika yang ketat memastikan akauntabiliti terpelihara, sekaligus melindungi kebajikan awam daripada penyalahgunaan kuasa.