Pembangunan Masyarakat Sosial (Budaya) by NURAINI LIYANA BINTI ABDUL MAJID

Soalan 1
Bincangkan aspek sosial dalam konteks pembangunan masyarakat Melaka yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin. STPM2021

Secara khususnya, kata 'sosial' bermaksud hal-hal mengenai berbagai kejadian dalam masyarakat iaitu ikatan antara manusia dan seterusnya mendatangkan kebaikan dalam kehidupan bersama. Dari sudut kebudayaan, mengikut Haron Daud dalam Sejarah Melayu iaitu Satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya, sosial membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Antaranya termasuklah sistem sosial, struktur sosial, mobiliti sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan stratifikasi sosial.

Terdapat beberapa aspek budaya di dalam teks tersebut iaitu aspek budaya yang pertama ialah budaya dan adat istiadat. Kebudayaan merupakan rangkuman bagi segala aspek hidup manusia, baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan atau penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Dengan perkataan yang lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana budaya meliputi pelabagai aspek yang berbeza seperti makanan, pakaian, percakapan, pergaulan, cara kehidupan, cara berfikir dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, aspek yang digambarkan dalam kedua dua ii novel menyatakan budaya seperti berniaga, menuntut ilmu, panggilan pangkag kekeluargaan, gotong-royong Dan sebagainya. Contohnya, dalam teka Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), terdapat pemerian tentang adat berjaga-jaga yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional khususnya dalam kalangan golongan diraja dan bangsawan. Adat ini diadakan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Adat berjaga-jaga ini biasanya disertai oleh anggota masyarakat atau rakyat. Dalam adat ini, tetamu Dan orang yang berbeza akan dihidangkan dengan hiburan seperti muzik atau bunyi-bunyian serta dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Adat ini melahirkan sikap gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Hal ini juga kerana adat berjaga-jaga ini juga diamalkan oleh golongan bangsawan atau pembesar. Bendahara Seri Maharaja Tun Mitahir misalnya telah memulai perkahwinan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali dengan adat berjaga-jaga. Budaya yang diamalkan dalam kalangan masyarakat, sama ada dalam kalangan masyarakat tradisional atau masyarakat kini boleh membentuk hubungan yang baik dan akrab dalam kalangan anggota masyarakat. Oleh itu, budaya dan adat istiadat yang diamalkan juga akan melahirkan masyarakat yang dinamik, progresif, harmoni, saling bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.

Selain itu, aspek sosial yang kedua ialah teknologi . Secara umumnya, teknologi adalah gagasan yang dapat mempermudah kehidupan dalam masyarakat sesuai dengan kehendak waktu tertentu. Sebagai contoh, kehebatan Raja Suran dan utus atau (tukang yang mahir) membina sebuah peti kaca yang berkunci di sebelah dalamnya dan mempunyai enjin. Peti kaca yang akan dibina ini akan menjadi kenderaan Raja Suran dalam pengembaraannya hendak melihat isi laut. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam kehidupan masyarakat menunjukkan adanya kemajuan dan dapat membantu pembangunan masyarakat khususnya dalam kehidupan seharian masyarakat tersebut.

Seterusnya, aspek sosial dalam konteks pembangunan masyarakat Melaka ialah agama dan kepercayaaan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Bentuk kepercayaan yang bercorak agama telah bertukar daripada memuja dewa-dewa kepada menyembah Allah Yang Maha Esa iaitu pertukaran daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam yang syumul. Contohnya, dengan pengislaman Raja Kecil Besar, agama Islam berkembang pesat di Melaka dengan kehadiran ulama dan pendakwah ke Melaka seperti Syed Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, Maulana Sadar Jahan dan sebagainya. Kedatangan ulama ini telah membawa perubahan yang ketara kepada masyarakat Melaka dari sudut akidah, kepercayaaan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Oleh itu, agama meningkatkan keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat di dalam satu proses yang harmonis dan dinamis.

Di samping itu, interaksi sosial merupakan suatu proses hubungan yang dinamik dan saling pengaruh mempengaruhi antara manusia. Interaksi sosial juga merupakan hubungan antara individu atau lebih, di mana individu yang satu mempengaruhi, mengubah atau memperbaiki individu yang lain. Interaksi sosial juga merujuk kepada suatu keadaan bila mana masyarakat saling berhubungan antara satu sama lain sama ada kelompok atau berlainan kelompok. Hubungan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Hubungan secara formal sering kali berlaku dalam bentuk dua hala atau bersemuka seperti hubungan antara individu dalam masyarakat atau dalam sesuatu urusan. Contohnya, terdapat interaksi sosial dalam kalangan masyarakat yang membawa kemajuan dan pembangunan masyarakat di Melaka. Semenjak Melaka dibuka, bilangan penduduk Melaka telah bertambah dengan pesat terutama dengan kemasukan orang-orang asing daripada pelbagai keturunan. Orang Melayu merupakan teras kepada masyarakat Melaka diikuti etnik Tamil-Muslim, Arab, Jawa, Cina dan sebagainya. Oleh itu, interaksi sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat akan melahirkan masyarakat yang dinamik, harmoni dan saling-menghormati antara satu sama lain serta membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Akhir sekali, aspek sosial kelima ialah pendidikan. Pendidikan bermaksud satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah dan Orang Besar-besar Melaka menadah kitab Duri'l-mazlum dengan Maulana Abu Bakar. Baginda juga memberikan galakan untuk menuntut ilmu seperti ilmu gajah, kuda dan dubalang sehingga sanggup membiayai mereka yang ingin menuntut ilmu. Oleh itu,masyarakat yang berpendidikan dapat berkembang maju dan menjamin kualiti hidup yang lebih baik sekaligus dapat memberi impak yang besar ke atas kehidupan masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi perkara yang melibatkan aspek sosial dalam konteks pembangunan masyarakat Melaka yang dapat diperolehi daripada novel Sulalatus Salatin. Setiap daripadanya amatlah penting malah perlu dipupuk dan dititikberakan dalam diri setiap insan dalam dunia ini. Jika diamalkan, kita akan menjadi seorang yang berguna dan hidup lebih diberkati dan diredai Allah S.W.T.

Soalan 2
Berdasarkan novel SBDKL, bincangkan aspek sosial dalam konteks pembangunan masyarakat. STPM2021U

Sosial merupakan perkara yang merangkumi segala hal yang berkaitan dengan masyarakat dari aspek sistem sosial, struktur sosial, mobiliti sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat, dan stratifikasi sosial. Berdasarkan novel SBDKL, terdapat beberapa aspek sosial yang ditonjolkan dalam konteks pembangunan masyarakat.

Aspek sosial yang terdapat dalam konteks Pembangunan Masyarakat di SBDKL adalah susun lapis masyarakat. Aspek ini menerangkan tentang hierarki bagi sesebuah masyarakat setempat. Misalnya, di dalam SBDKL terdapat golongan raja, pembesar, saudagar, golongan profesional dan penduduk kampung. Jelaslah bahawa, aspek ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Selain itu, aspek sosial yang terdapat dalam pembangunan masyarakat dalam SBDKL ialah perpaduan masyarakat. Perpaduan ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam membentuk identiti nasional seperti satu bangsa, satu bahasa dan satu negara. Sebagai contoh, Encik Muhammad dan Datuk Tan menjalin kerjasama dalam bidang perniagaan. Oleh itu, perpaduan antara kaum akan melahirkan masyarakat yang dinamik, berdaya saing, maju, hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Selepas itu, terdapat aspek sosial lain dalam sbdkl iaitu pendidikan.pendidikan merupakan aspek sosial yang selalu dilakukan.Contohya encik Muhammad,Rahim Dan Robert antara yang mementingkan pendidikan.Dengan ini, pendidikan amatlah penting dalam pembagunan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, aspek sosial lain yang terdapat dalam novel SBDKL dalam konteks pembangunan masyarakat ialah budaya. Budaya merupakan suatu adat atau tradisi yang diamalkan secara turun temurun dalam sesuatu masyarakat. Terdapat beberapa budaya yang diamalkan dan dapat dilihat dalam novel SBDKL, antaranya ialah seperti perkahwinan, pertabalan pembesar dan gotong royong. Sebagai contoh yang diamalkan dan dapat dilihat daripada novel SBDKL ialah perkahwinan antara majlis perkahwinan Sudin dan Gayah. Oleh itu, budaya merupakan salah satu aspek sosial yang boleh diambil sebagai contoh melalui novel SBDKL.

Aspek sosial seterusnya adalah mobiliti sosial. Mobiliti sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat mampu merubah status sosial, ekonomi, dan politik anggota masyarakat ke arah yang lebih baik atau tidak baik. Contohnya, mobiliti sosial secara mendatar telah berlaku ke atas Encik Muhammad dan Tan Sri Syed Aris. Mereka telah mengalami mobiliti secara mendatar disebabkan kekayaan yang mereka miliki. Oleh itu, mobiliti sosial yang berlaku boleh menyebabkan status sosial masyarakat berubah dan kehidupan masyarakat menjadi lebih baik.

Seterusnya aspek sosial  agama Dan kepercayaan . Agama Dan kepercayaan merupakan sistem kepercayaan yang kohensif , dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan . Hal ini kerana orang yang beragama Akan mempercayai kewujudan satu atau banyak kuasa besar yang mencipta Alan semesta ini .Contohnya lebai maarup dan iman saat menunaikan tanggjawabnya sebagai umat Islam yang taat. Oleh itu , agama meningkatkan keupayaan bersama Untuk meningkat kesejateraan masyarakat secara keseluruhan sama Ada di Dunia mahupun akhirat.

Kesimpulannya, terdapat banyak aspek sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan novel SBDKL yang mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Soalan 3
Berdasarkan novel SBDKL, kemukakan pandangan anda tentang budaya yang dapat membangunkan masyarakat. STPM2017

Budaya dan tradisi masyarakat Melayu seperti yang digambarkan menerusi novel SBDKL jelas memperlihatkan keterikatan dan pautan masyarakat Melayu dengan adat istiadat dan budaya Melayu yang menjadi amalan seharian mereka sama ada yang tinggal di kota mahupun desa. Antara budaya dan tradisi masyarakat Melayu yang dapat dikesan dalam novel SBDKL ialah mementingkan hubungan kekeluargaan, mengekalkan makanan tradisional Melayu, budaya kunjung mengunjung, membawa buah tangan, meningkatkan hubungan ukhuwah (persahabatan) menerusi fungsi masjid dan surau, mengekalkan gelaran atau panggilan hormat sesama anggota keluarga atau gelaran pangkat seseorang, melayan tetamu, dan sebagainya. Budaya dan tradisi Melayu ini dalam sesetengah keadaan dianggap punca dan penghalang  kemajuan dan menimbulkan perbalahan atau konflik antara sesama kelompok masyarakat.

Antara kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat ialah

mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan

pekerjaan akan menyebabkan sesuatu pekerjaan itu menjadi lebih mudah. Hal ini dapat

dijelaskan berdasarkan peristiwa semasa lawatan Sultan, penduduk kampung Pulai

bergotong-royong membuat persediaan menyambut kedatangan baginda. Gotong royong

turut diadakan di masjid kampung Pulai bagi mendengar ucapan YB Mohd Yusof dan En.

Muhammad berhubung dengan penempatan ke rancangan Felda. Jelaslah bahawa amalan

budaya bergotong royong merupakan amalan budaya yang mampu membangunkan

masyarakat ke arah pembentukan masyarakat yang bekerjasama.

Selain itu, kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat

ialah membentuk masyarakat yang mempunyai akhlak mulia. Amalan budaya seperti

menghormati pemimpin mampu membangunkan masyarakat yang berakhlak mulia.

Pemimpin merupakan orang yang berpengaruh dan memiliki krisma yang tidak dimiliki oleh

anggota masyarakat lain dan kedudukannya lebih tinggi dan sewajarnyalah mereka dihormati

dan dikagumi. Bukti yang dapat dijelaskan ialah ketika peristiwa sambutan semasa lawatan

YB Mohd Yusof yang dihormati kerana beliau merupakan wakil rakyat di kawasan tersebut.

Begitu juga dengan Lebai Maaruf yang diterima dan dihormati di kampung Pulai walaupun

dia bukan orang kampung Pulai. Jelaslah bahawa, menghormati pemimpin merupakan aspek

budaya yang sememangnya mampu membangunkan masayarakat ke arah masyarakat yang

memiliki akhlak mulia.

Kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat yang

seterusnya ialah membentuk masyarakat yang bermuafakat. Majlis perkahwinan juga

merupakan sebahagian amalan budaya yang masih dipraktikkan dan ianya merupakan satu

upacara yang sewajarnya diteruskan kerana mampu membangunkan masyarakat ke arah

permuafakatan. Contohnya, pernikahan antara Sudin dan Gayah merupakan elemen budaya

Melayu yang dipaparkan dalam novel yang menyatukan kembali keluarga Encik Muhammad

dan keluarga Imam Saad yang sebelumnya ada krisis keluarga. Tegasnya, perkahwinan

mampu menjadi agenda dalam pembangunan masyarakat ke arah pembentukan masyarakat

yang muafakat serta dapat menyatukan dua keluarga besar.

Di samping itu, kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan
masyarakat ialah melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.
Menghargai, menjunjung tinggi serta memuliakan dengan cara memberi atau melahirkan rasa
hormat kepada golongan yang lebih berusia. Contohnya, Jahid yang menghormati Encik
Muhammad sebagai bapa saudara isterinya Gayah dengan panggilan Pak Su sebagai tanda
menghormati kedudukannya dalam anggota keluarga isterinya. Jelaslah bahawa amalan
menghormati orang tua mampu melahirkan masyarakat yang penuh dengan rasa kasih sayang
serta mampu mengeratkan lagi hubungan.
Akhir sekali, melahirkan masyarakat yang berilmu juga merupakan salah satu
kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat. Dengan adanya ilmu
pengetahuan dalam diri, kita dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik dan menjadi
insan yang memiliki sahsiah terpuji. Contohnya, Imam Saad mengajar mengaji al-Quran di
surau kampung Pulai khususnya untuk kanak-kanak yang menjadi budaya di kalangan
anggota masyarakat setempat. Jelaslah bahawa, belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan
khususnya ilmu agama mampu melahirkan masyarakat anggota masyarakat yang
berpengetahuan agama seterusnya membentuk akhlak yang mulia.
Kesimpulannya, amalan budaya yang diamalkan mampu menjadi wadah penting
dalam penbangunan masyarakat yang mampan. Amalan budaya tersebut sewajarnya tidak
dipinggirkan dan harus diteruskan lagi bagi generasi akan datang mempraktikkannya.

Soalan 4
"Budaya mencerminkan ketamadunan sesebuah masyarakat". Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan masyarakat istana Melaka yang terdapat dalam teks SS. STPM2018

Budaya merangkumi segala aspek hidup manusia dalam bentuk fikiran,kepercayaan,perlakuan ataupun penghasilan dalam masyarakat terdapat pelbagai budaya seperti ,perkahwinan,makanan,kematian,permainan dan adat menuntut ilmu.

Antaranya ialah budaya perkahwinan.
Pelaksanaan istiadat perkahwinan biasanya secara langsung melibatkan upacara peminangan, akad nikah, persandingan dan sebagainya. Dalam Sulalatus Salatin, istiadat perkahwinan ini telah wujud sejak zaman Hindu-Buddha lagi sehinggalah kepada zaman Melaka. Dalam Sejarah Melayu, buat pertama kalinya memperlihatkan istiadat perkahwinan raja-raja adalah waktu Seri Teri Buana berkahwin dengan Wan Sendari anak Demang Lebar Daun di Palembang. Walau bagaimanapun, dalam peristiwa itu istiadat perkahwinannya tidak disebut secara jelas. Ia sekadar menyebut Seri Teri Buana menyuruh orang-orangnya pergi meminang dan mereka dikahwinkan.

Selain itu ialah budaya makanan .Sirih juga merupakan sejenis makanan yang dimakan oleh masyarakat Melayu. Siri pinang atau sirih berkapur merupakan hidangan yang sangat sinonim dengan orang Melayu. la merupakan makanan selingan atau kudapan sampingan tradisional dalam budaya Melayu. Sekiranya dilihat berdasarkan car pengambilan sirih pinang di dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), dapat diandaikan bahawa sirih pinang seperti hidangan pencuci mulut masyarakat dahulu kerana sirih pinang dimakan selepas mengambil makanan yang berat seperti nasi. Namun begitu, dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) juga dapat dilihat bahawa makanan atau sirih pinang secara khasnya menjadi satu perlambangan sebagai darjat seseorang.

Seterusnya ialah Budaya politik secara umum merujuk kepada sikap atau tingkah laku masyarakat secara bersama terhadap sistem politik dalam konteks sesebuah negara. Dengan kata lain budaya politik adalah bagaimana penerimaan atau tindakan masyarakat terhadap sistem politik, iaitu struktur, pemerintah dan dasar awam yang dilaksanakan oleh kerajaan. Budaya politik merangkumi persepsi ke atas tadbir urus kerajaan, persepsi masyarakat terhadap sistem politik, persepsi terhadap kepimpinan dan pandangan-pandangan serta reaksi masyarakat terhadap unsur-unsur atau hal-hal yang berkait-rapat dengan politik. Sebagai contoh, Wan Seri Beni yang menjadi pemerintah Bentan pada waktu itu telah menabal dan menobat Seri Teri Buana sebagai raja Bentan menggantikan baginda Seterusnya Seri Teri Buana sekali lagi di tabal menjadi raja Singapura oleh Wan Seri Beni setelah baginda membuka Singapura.

Lain dari itu ialah budaya SENI BINA
Warisan seni bina sesuatu kaum atau bangsa merupakan inti pati kemajuan teknologi, dialiketinggian nilai seni serta acuan cork budaya kehidupan. Pembangunan dan ketamadunan sesuatu bangsa dan negara harus berpaksi kepada warisan silam bagi menjamin kesinambungan kehidupan agar nilai budaya dan keseimbangan alam persekitaran dapat diwariskan dari generasi ke generasi. Hal ini dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.Setelah Hang Jebat mati dibunuh oleh Hang Tuah dalam istana Sultan Mansur Syah, baginda tidak mahu lagi tinggal di istana tersebut. Sehubungan dengan itu, baginda menitahkan kepada Bendahara Paduka Raja agar membina istana baru. Bagi menjunjung titah raja, Bendahara Paduka Raia telah membina sebuah istana baru yang lebih besar daripada istana lama. Istana baru tersebut mempunyai tujuh belas ruang, tiangnya besar sepemeluk, kemuncaknya tujuh tingkat, atapnya berkapa-kapa (atap yang curam), bumbungnya melintang dan bergajah menyusu-semuanya diukir, dicat dengan air emas, kemuncaknya kaca merah. Rasuk istana dibuat dari kayu kulim, sehasta lebarnya, dan tebalnya sejengkal tiga jari. Istana baru itu digelar "Mahligai Hawa Nafsu."

Disamping itu ialah .MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI
Istiadat melenggang perut tersebut kemudiannya diikuti dengan istiadat menyambut kelahiran bayi. Dalam Sulalatus Salatin ada memperlihatkan perkara ini iaitu ketika Tun Fatimah, permaisuri Sultan Mahmud Syah, Melaka, yang melahirkan anak lelakinya di Kopak. Sebaik sahaja putera itu dilahirkan, Sultan Mahmud Syah memerintah orang untuk memalu gong dan gendang serta memasang bedil sebagai tanda kesukaan. Bayi itu kemudiannya dimandikan dan seterusnya diazankan oleh kadi. Tujuh hari kemudian, istiadat bercukur pula dijalankan. Tugas mencukur rambut putera raja itu diserahkan kepada Bendahara Paduka Raja, Tun Khoja Ahmad dan Temenggung Seri Udani ditugaskan untuk mengarak air mandi. Setelah bercukur, putera raja itu terus diberi nama iaitu Raja Ali. Setelah berusia 40 hari, Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti raja bergelar Sultan AlauddinRiayat Syah II. Pada hari itu juga, istiadat permandian Tun Fatimah diadakan bagi menandakan beliau telah lepas pantang

Kesimpulannya,dengan adanya budaya tersebut ia akan memberikan pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita serta dapat mengetahui cara hidup sesuatu masyarakat.

Soalan 5
Berdasarkan novel SBDKL jelaskan budaya masyarakat Melayu dalam konteks pembangunan masyarakat. STPM2018U

Jawapan :
Antara budaya masyarakat Melayu yang terdapat dalam novel SBDKL ialah budaya perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Melayu masih mengamalkan adat perkahwinan yang diadakan dengan penuh meriah. Majlis perkahwinan yang diadakan biasanya akan disertai dengan kenduri-kendara dan hiburan bagi meraikan pengantin dan tetamu yang datang. Contohnya, dalam majlis perkahwinan antara Sudin dan Gayah. Semasa majlis perkahwinan tersebut, encik Muhammad dan puan Tipah telah mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan pengantin dan tetamu yang hadir. Jelaslah bahawa, melalui budaya perkahwinan dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat

Selain itu ,gotong-royong yang merupakan budaya yang telah berkembang dalam kehidupan sosial masyarakat Melayu sebagai satu warisan budaya yang telah berkembang sejak turun-temurun. Gotong-royong adalah bentuk kerjasama kelompok masyarakat untuk mencapai suatu hasil positif dari tujuan yang ingin dicapai secara muafakat dan musyawarah bersama. Dalam novel SBDKL , amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat dapat dilihat melalui sikap penduduk Kampung Pulai yang bergotong-royong membuat persiapan menyambut kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai sempena sambutan perayaan keputeraan baginda. Adanya budaya gotong-royong yang dijalankan ini dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan maju setanding dengan masyarakat dari negara maju.

Seterusnya , budaya politik. Secara umumnya budaya politik merujuk kepada sikap atau tingkah laku masyarakat secara bersama terhadap sistem politik dalam konteks sesebuah negara. Dengan kata lain budaya politik adalah bagaimana penerimaan atau tindakan masyarakat terhadap sistem politik,iaitu struktur, pemerintahan dan dasar awam yang dilaksanakan oleh kerajaan. Budaya politik dalam kalangan masyarakat Melayu tidak hanya terbatas dalam kalangan golongan menengah atau ahli politik semata-mata, tetapi ianya turut tersemai dalam kalangan rakyat bawahan. Melalui novel SBDKL , yang berhormat Muhd.Yusuf merupakan wakil rakyat di wilayah Tualang yang dipilih melalui pilihan raya yang diadakan setiap 5 tahun sekali dan beliau mewakili sebuah parti politik yang disertainya. Oleh itu , apabila wujudnya budaya politik ini ia dapat memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Soalan 6
Bincangkan pembangunan masyarakat dari aspek sosial yang terdapat dalam teks SS. STPM2014

Teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) banyak merakamkan perubahan status sosial yang dialami oleh watak-watak penting dalam pengkisahan sejarah ini. Perubahan status sosial ini melibatkan kelompok Raja dan kerabatnya, pembesar-pembesar utama negara, kelompok agama dan golongan rakyat biasa/hamba.

·         Perubahan status sosial / taraf dalam masyarakat di zaman pemerintahan Kesultanan Awal Melayu (Kerajaan Melayu Palembang, Bentan dan Temasik/Singapura) dan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh faktor perkahwinan, penghormatan, jasa dan bakti terhadap Sultan/Pemerintah, kebolehan istimewa, kekayaan, peperangan, korban penyelesaian konflik, dan faktor suaka politik (perlindungan politik).

·         Interaksi watak dengan kontak sosial, ekonomi, politik, agama dan sebagainya akan  menyebabkan berlakunya perubahan status menegak (menaik) atau menurun  kepada watak-watak atau individu yang terlibat. Kesannya individu itu akan dipandang mulia dan hormat oleh Sultan dan pemerintah luar, masyarakat setempat dan sebagainya.
Demang Lebar Daun dan Wan Seri Beni (Puteri Raja Bintan) memberi laluan kepada Seri teri Buana untuk menjadi Raja di dua kerajaan itu sebagai penghormatan bahawa Seri Teri Buana berketurunan Nabi Adam, Iskandar Zulkarnain dan Raja kerajaan besar dari Benua Keling iaitu salasilah daripada Anak Raja Suran.

Berlaku penurunan status sosial ke atas kedua-dua pemimpin utama ini setelah kerajaan itu diserahkan kepada Seri Teri Buana atas rasa hormat (penghormatan), ketokohannya dan perasaan belas kasihan (ehsan) kerana STB tiada kerajaan yang besar seperti saudara kandungnya Nila Pahlawan (Raja Daerah Minangkabau) dan Krisyna Pandita (Kerajaan Tanjung Pura).Mobiliti sosial menurun ini berlaku ke atas Demang Lebar Daun kerana pada ketika itu Kerajaan Palembang belum mempunyai seorang Raja. Beliau adalah selaku Demang (pemerintah bertaraf pembesar) mahu supaya Palembang setara dengan kerajaan lain seperti Minangkabau dan Tanjung Pura yang telah mempunyai Raja iaitu setelah Nila Pahlawan dan Krisyna Pandita iaitu saudara/adik beradik kepada Nila Utama. Demang Lebar Daun daripada menjadi pemerintah utama Palembang (bertaraf Raja) kemudiannya menurunkan tarafnya menjadi pembesar mewakili rakyat Palembang bertaat setia kepada Nila Utama (Seri Teri Buana). Wan Seri Beni (Puteri Raja Bintan) menyerahkan takhta dan kerajaannya setelah menjadikan Seri Teri Buana (STB) sebagai anak angkatnya. Dia sanggup turun takhta menjadi ibu angkat kepada STB kerana menyedari dia seorang perempaun yang telah berusia dan percaya kebolehan STB memimpin kerajaannya. Mobiliti sosial menurun ini jelas berlaku ke atas Wan Seri Beni dan dia bertindak sebagai penasihat kepada STB sehinggalah STB membuka pula kerajaan baharu iaitu Kerajaan Temasik /Singapura. STB menjadi lebih yakin membuka dan mengasaskan kerajaan yang lebih besar iaitu Singapura setelah mendapat dokongan kedua-dua pemerintah ini iaitu Demang Lebar Daun dan Wan Seri Beni. Segala kekuatan (rakyat dan hasil mahsul negeri Palembang dan Bintan) digunakan untuk membuka kerajaan baru iaitu Kerajaan Singapura.
Tun Kudu anak Bendahara Seri Wak Raja (kakak Tun Perak) telah mengalami penurunan darjat/status daripada bertaraf permaisuri Sultan Muzaffar Shah (Raja Kassim) menjadi isteri pembesar Melaka (isteri kepada Seri Nara Diraja) bagi mengelakkan konflik antara pembesar utama negeri iaitu Seri Nara Diraja dengan Tun Perak.Tun Kudu asalnya merupakan anak bekas bendahara Melaka iaitu Bendahara Sri Wak Raja (yang membunuh diri kerana tersalah sangka bahawa Sultan Muhammad Syah iaitu bapa Sultan Muzaffar Shah enggan menerima permintaan mengadapnya). Beliau menjadi isteri dan menjadi Permaisuri Sultan Muzaffar Shah. Dia terkenal dengan kecantikannya tetapi agak juling sedikit. Dia ditalakkan oleh Sultan (diceraikan oleh Sultan) bagi menyelesaikan pergeseran antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja .Sultan Muzaffar Shah dan Tun Kudu terpaksa berkorban demi menyelamatkan pergeseran antara kedua tokoh pembesar utama Melaka ini. Kebetulan Seri Nara Diraja (SND) berkenan dengan Tun Kudu walaupun disindir oleh pengikutnya yang mengatakan bahawa SND telah tua dan tidak berupaya memperoleh zuriat setelah berkahwin dengan SND.Hubungan kedua-dua pembesar menjadi akrab atas faktor perkahwinan. Kerajaan Melaka menjadi bertambah kukuh dan kuat untuk berhadapan dengan serangan Siam.
Sultan Maliku’t Tahir dan Maharaja Dewa Sutra tarafnya sebagai pemerintah/Raja/Sultan diturunkan setelah menjadi tawanan perang. Sultan Maliku’t Tahir ditawan oleh Raja Shahrun Nuwi (Siam), diculik dan dibawa lari ke Siam dan disuruh menjadi gembala ayam Raja. Maharaja Dewa Sura pula ditawan oleh Seri Bija Diraja (Panglima Melaka di Zaman Sultan Muzaffar Shah) dan dibawa ke Melaka menjadi gembala gajah Raja. Sultan Malikut’t Tahir (Raja Pasai – putera sulung Sultan Maliku’l Salleh) telah ditipu dan diculik oleh Awi Dicu (hulubalang Siam) bersama-sama 4000 tenteranya dan dititahkan membawa hidup-hidup Sultan Maliku’t Tahir ke Siam kerana cemburu akan kehebatan Pasai yang menjadi tumpuan dagang dan santri (hlm.60-61). Selama berada di bawah tahanan Siam, Sultan Maliku’t Tahir disuruh mengembala/mebela ayam Raja. Jadi, jelaslah penghinaan yang diterima oleh Raja Pasai yang dihinakan menjadi gembala ayam seolah-olah bertaraf hamba abdi. Beliau kemudiannya diselamatkan oleh pembesarnya iaitu Sidi Ali Ghiatuddin  yang berjaya menyamar menjadi saudagar Arab dan mengenakan tipu helahnya untuk membawa pulang Raja Pasai itu.

Maharaja Dewa Sura, pemerintah Indera Pura ditawan oleh Seri Bija Diraja dan dibawa pulang ke Melaka sebagai tawanan perang. Semasa di Melaka beliau dijaga dengan baik oleh Bendahara Tun Perak dan disuruh menjadi pengembala gajah Raja kerana kemahirannya tinggi ilmu menjinakkan gajah. Berlaku penurunan darjat apabila beliau menjadi tawanan perang dan menetap di Melaka. Walaupun beliau kekal sebagai kerabat Raja dan diberi layanan bertaraf rakyat biasa, keturunannya selepas itu menjadi pembesar Melaka yang mahir mengenai hal ehwal menjinakkan gajah Raja dan jawatan itu dimonopoli oleh keturuannya. Maharaja Dewa Sura turun taraf sebagai rakyat biasa di Melaka setelah hilang kekuasaan kerajaannya di Indera Pura. Beliau terus menetap di Melaka dan keturunan/warisnya sehingga ke zaman Sultan Mahmud diberi penghormatan menjaga, mengembala dan menjinakkan gajah Raja.  Waris keturunanannya juga berjaya menaikkan nama Raja Melaka atas kemahiran tinggi menjinakkan gajah ini.
Sultan Abdul jamal menurunkan darjatnya sebagai Sultan Pahang  dan memencilkan diri (beruzlah) di Lubuk Pelang (hlm. 233 – A-311) setelah murka dimalukan oleh Sultan Mahmud…”Kita diperbuat oleh Raja Melaka ini ‘Mulut disuapinya dengan pisang, pantat (punggung) dikaitnya dengan onak…” hlm.233/A-311/B-240. Dia menyerahkan takhtanya kepada anaknya Raja Masur/Sultan Mansur Syah sebagai pemerintah Pahang dan sebaliknya beliau “membuang diri” ke Lubuk Pelang untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.Sultan Abdul Jamal dimalukan oleh Sultan Mahmud (sepupunya sendiri yang menjadi Raja Melaka) atas dua faktor iaitu Tun Teja anak Bendahara Pahang yang bakal menjadi permaisuri keduanya telah dilarikan oleh Hang Nadim ke Melaka. Keduanya, gajah kesayangannya (kenaikan Raja) “Ai Kening” dilarikan oleh Laksamana ke Melaka gara-gara mulutnya celupar “hendak melanggar Melaka” dengan gajah kesayangannya itu. Akhirnya Sultan Mahmud membuat tawaran kepada hulubalang dan perajurit Melaka agar membawa pulang “Ai Kening” hidup-hidup ke Melaka.Sultan Abdul Jalil rasa terhina dan malu apabila saudara sepupunya sendiri dari Melaka sanggup mempermalukannya atas dua peristiwa itu lalu dia membuat keputusan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada anaknya Sultan Mansur Shah dan beliau “membuang diri” atau “mengasingkan diri/bertapa” sebagai seorang “abid/syeikh” di Lubuk Pelang. Pahang sebagai naungan Melaka kemudiannya mengurangkan pergantungannya ke Melaka dan seolah-olah memutuskan hubungan diplomatik dengan Melaka. Buktinya selepas Sultan Mahmud dikalahkan oleh Peringgi, beliau tidak meminta bantuan daripada Pahang dan tidak menjadikan Pahang sebagai destinasi “ kerajaan Melaka dalam buangan”. Sebaliknya memilih Siak dan Kopak sebagai benteng terakhir bertempur dengan Peringgi (Portugis) dan akhirnya melarikan diri ke Johor dan menubuhkan Kerajaan Melayu Johor.
kesimpulannya , Mobiliti sosial penting untuk mengukur peranan dan penghormatan seseorang watak ketika berada dalam kelompok masyarakatnya.

·         Mobiliti sosial boleh berubah ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya atau mungkin statik sahaja bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh individu/watak dalam kelompok masyarakatnya

·         Mobiliti sosial boleh saja berlaku ke atas watak hamba, rakyat biasa, golongan bangsawan dan Raja seperti yang terakam dalam teks Sulalatus Salatin.

huraikan aspek sosial di wilayah tualang dalam konteks pembangunan masyarakat sebagaimana yang digambarkan dalam novel saudagar besar dari kuala lumpur

H