What do we know about Giraffes by Nur Liyana

PENDAHULUAN
Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum.

Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.

Penilaian Formatif
•Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
•Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Penilaian Sumatif
•Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
Pengujian
•Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970).
Pengukuran
•Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pentaksiran
•Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
•Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar.
•Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
•Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
Jenis-Jenis Pentaksiran
•peperiksaan
•kerja kursus
- projek
- ujian amali
- penilaian praktikum
•penilaian praktikum
•penilaian bina insan guru (BIG)
•penilaian gerak kerja kokurikulum
Persediaan untuk Pentaksiran
•pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik, membuat ulang kaji, memahami dan menghafal nota dan menyediakan jadual perancangan ulang kaji.
•pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG dan aktiviti kokurikulum.
Kandungan Penulisan Reflektif
•menerangkan berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus projek.
•menghuraikan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan kerja kursus projek.
•menerangkan sejauh manakah pengalaman yang diperoleh dapat membantu perkembangan diri.
•menerangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.
•menerangkan berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus projek.
•menghuraikan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan kerja kursus projek.
•menerangkan sejauh manakah pengalaman yang diperoleh dapat membantu perkembangan diri.
•menerangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Integriti Pelajar
•Amat penting ketika melaksanakan tugasan kerja kursus.
•Idea yang depersembahkan mestilah idea dan pandangan yang tulin bukannya ciplak, misalnya penulisan esei dengan idea sendiri, penghasilan produk dengan idea sendiri, membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan, menghadapi kuiz tanpa meniru dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli bukan ciplak idea seni individu lain.

Kesimpulannya, saya seharusnya menguasai dengan mendalam tajuk yang ingin saya hasilkan untuk melahirkan sebuah hasil kerja yang sangat cemerlang dan mencapai kecemerlangan dalam penghasilan kerja kursus bagi setiap subjek yang saya ambil.

Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan
pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,
para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa
soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,
perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda
boleh juga dilakukan.