My terrific wall by

Ucapan Pengarah Pendidikan Perak
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan para hadirin sekalian.

Selaras dengan tema perhimpunan bulan ini iaitu KEBERSAMAAN MENDEPANI CABARANICT, wajarlah kita sama-sama  melihat bagaimana ICT hari ini terbukti menimbulkan pelbagai cabaran kepada setiap individu, keluarga, hidup bermasyarakat, pegangan agama, nilai dan etikasosial, bidang pendidikan, cara berkomunikasi dan seterusnya kepada negara. Ini disebabkan, telah berlaku apa yang dikatakan sebagai “ICT ENGAGEMENT” yang  mempengaruhi dan mencabar kehidupan kita masa ini.

1.     “ ICT AND EVERYDAY'S LIFE ENGAGEMENT ”

Hari ini tanpa kita sedari, mahu tidak mahu, paksa atau rela, kehidupan kita telah dipengaruhi dengan ICT. Pelbagai gajet melibatkan ICT seperti smart phone, computer, tablet, peralatan hospital, sistem kutipan tol di lebuhraya, malah mesin basuh di rumah, yang digunapakai oleh manusiadicipta menggunakan teknologi ICT. Hari ini kita tidak lagi berbaris di kaunter bank untuk mengeluarkan gaji, tetapi kita berurusan di mesin ATM. Kaunter di setiap bank semakin kecil bilangannya. Inilah apa yang dikatakan sebagai “ICT AND EVERYDAY'S LIFE ENGAGEMENT”.

2.     “ICTAND CIVICENGAGEMENT”

Ketika saya sedang berucap sekarang ini, “Budaya Tunduk Kepala” sambil memegang telefon jelas kelihatan. “Budaya Tunduk Kepala” ini juga berlaku semasa majlis rasmi, mesyuarat, dan sebagainya.  Ini bermakna“ICTAND CIVICENGAGEMENT”telah berlaku namunnilai dan etika  masih kurang dipraktikkan di kalangan kita. Orang Timur penuh dengan budaya hidup yang indah, janganlah kerana asyik dengan peranti di tangan kita lupa adab dan sopan menghadiri majlis.

3.     “ ICTAND PRINCIPLES OF GOVERNMENTENGAGEMENT”

Dalam dunia pekerjaan hari ini, kita juga sebenarnyaterlibat atau“Engage” dengan ICT. Antaranya, ke arah mengantikan kertas, sampul surat dan setem,kini e-mel serta portal digunapakai. Yang pastinya, ialebih pantas dan memudahkan.Kita tidak lagi keluar pejabat untuk membayar bil, kita mula menggunakan kemudahan bayaran bil secara atas talian. Jika dahulu kita hadir ke pejabat dan menggunakan “punch card”, kad akses , hari ini kita menggunakan teknologi biometrik untuk merakamkan kehadiran. Jelas sistembiometrik ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan kita agar tiba di pejabat sebelum 8.00 pagi dan pulang selepas jam 5.00 petang. Selain itu, pelbagai aplikasi baharu telah dibangunkan antaranya Aplikasi Pergerakan Pegawai, eOffice, ePemantauan,  eDokumen dan MAPOnline telah mula digunapakai di peringkat JPN. Saya dimaklumkan, kehadiran tuan-tuan ke perhimpunan kali ini juga didaftarkan melalui biometrik. Malah semasa Majlis Ramah Mesra PGB Bersama Menteri Besar Perak pada 12 September lalu, pendaftaran peserta juga dilaksanakan menggunakan Quick Response (QR Code).Sistem pendaftaranyang mengabungkan antara teknologi smart phone dan sistemPendaftaran KehadiranKursus yang dibangunkan Sektor Pengurusan Maklumat (ICT). Ia bukan sahaja ringkas, mudah, malah menggunapakai data-data sedia ada, tanpa perlu peserta menaip semula butir-butir peribadi. Saya berharap sistem ini digunapakai oleh semua Sektor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seterusnya.  Tahniah diucapkan kepada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) atas inisiatif melaksanakan penambahbaikan tersebut. Inilah bukti betapa berlaku ICT Engagemnet dalam kehidupan dan kerja-kerja seharian di peringkat jabatan kita.

4.     “  ICT ENGAGEMENT IN LEARNING ENVIRONMENTS ”

Begitu juga ICT Engagement hendaklah wujud dalam PdPc di sekolah. Semua warga sekolah sama ada guru, murid malah kakitangan sokongan perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh lagi mengelak dari menggunakan ICT. Saya berharap, dengan pengedaran peranti Tablet Lenovo kepada 39,269guru di negeri Perak sepanjang bulan ini, bidang pendidikan kita akan berwajah baru. Kepada Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, dan semua PPD diharap dapat duduk bersama-sama, memikir dan merancang apakah yang boleh dilakukan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian akademik, setelah Tablet ini berada di tangan mereka.

Saya dimaklumkan juga, kita sedang berusaha mencapai National Champion untuk pengguaan VLE. Semoga  dengan agihan peranti Tablet ini, Perak juga disasarkan menjadi National Champion penggunaan Aplikasi Tutor Guru. Jika dahulu guru memberi alasan tidak membeli akhbar Utusan Malaysia, kini mereka diberi kemudahan muat turun ePaper Utusan Melaysia. Saya dapati pelbagai artikal di dalamnya sesuai dijadikan bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah.Sambut dan tanganilah cabaran ini dengan berlapang dada.

Hari ini kita mula menyebut e-RPH atau Rancangan Pengajaran Hariansecara atas talian. Guru-guru di Perak hendaklah kita gerakkan dari menyediakan RPH secara konventional kepada penyediaan secara atas talian. Kita boleh bermula dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar yang mempunyai kemudahan internet yang stabil.Dengan dasar langit terbuka, tidak mustahil, suatu hari, ibu bapa mahu mengetahui apa dirancang dan diajar oleh guru kepada anak mereka. Contohi,Sekolah Kebangsaan Pasokan Polis Hutan, Hulu Kinta sebagai benchmarking di mana kini 100 peratus gurunya terlibat. Saya berharap, cadangan ini akan mendapat sokong sepenuhnya daripada BTPN, PKPSM dan MGB. Rancanglah dari sekarang kerana sasaran telah ditetapkan, agar jutaan ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada semua guru mendatangkan hasil (Return of Investment). Apa yang disebutkan tadi merupakan sebahagian kecil darpada  “ICT Engagement in Learning Environments”masa kini.

5.     “ ICT AND BIG DATA ANALYSIS ENGAGEMENT ”

Dalam membuat pelbagai keputusan dan tindakan, rujukan kepada pelbagai data amat diperlukan. Data-data yang terkumpul atau lebih dikenali sebagai Data Raya (Big Data) merupakan satu keperluan hasil ledakan informasi terkini.

Selari dengan fenomena Data Raya dan hasrat kerajaan bagi memacu perkhidmatan ICT, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Projek Rintis Data Raya Sektor Awam (DRSA). YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) Bilangan 25 pada 14 November 2013 telah mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kolaborasi MAMPU dan Malaysia Development Corporation (MDeC) akan meneraju pelaksanaan Big Data Analytic (BDA) Malaysia.

Jika dilihat kepada scenario yang berlaku di jabatan ini, masih terdapat peluang penambahbaikan dalam merealisasikan Data Raya. Sebagai contoh, di bawah Program Transformasi Daerah atau DTP, pelbagai data rujukan seperti keberadaan guru, kehadiran murid, kualiti guru, band sekolah, pencapaian UPSR dan SPM serta bimbingan SIPartners+ dan SISC+. Malangnya data-data ini dilihat masih dalam bentuk silo. Ia menyebabkan kita sukar melaksanakan analisis atau apa yang dipanggil “Perlombongan Data (Data Mining)”. Ini disebabkan Dashboard DTP sudah tidak mampu lagi menangani masalah Big Data DTP. Saya menyeru semua pihak yang terlibat hendaklah berusaha menghasilkan satu bentuk Data Raya DTP yang dapat dibuat analisis, digunapakai dan dirujuk oleh semua pihak. Saya percaya, dengan kerjasama semua pemegang matrik, Data Raya DTP peringkat JPN serta PPD dapat dihasilkan. Bukan itu sahaja, pastikan Data Raya ini mudah dicapai di mana saja untuk dijadikan satu punca rujukan semua pihak. Mendepani cabaran menghasilkan Data Raya bukan saja menuntut kerjasama semua pihak, malah ilmu berkait dengan menganalisis dan membuat keputusan juga mesti ditingkatkan.

6.     “ ICT AND SOCIAL MEDIA ENGAGEMENT ”

Tragedi Maahad Tahfiz terbakar, berita kemangkatan Almarhum baginda Sultan Kedah, situasi banjir yang sedang melanda, video klip kes-kes buli  dan pelbagai lagi  merupakan bukti peranan serta pengaruh media sosial dalam menyebarkan maklumat dengan pantas telah wujud masa ini. Jika dahulu kita diwar-warkan tentang Dunia Tanpa Sempadan, kini kita dapat melihat wujudnyaPemikiran dan Tindakan Manusia Tanpa Sempadan.Tanpa berfikir panjang, tanpa berasa bersalah,  gambar-gambar mangsa kebakaran ditularkan(viral).Ada di kalangan kita turut sama tularkan gambar pelaku yang di tahan pihak polis, walau pun kita tahu mereka di bawah umur, yang dilindungi oleh Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 dan Pindaan 2016.Belum sempat kerajaan negeri Kedah mengumumkan kemangkatan baginda Sultan secara rasmi, telah tular dimedia sosialterutama melalui aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan Twitter memaparkan berita yang belum disahkan.

Begitu juga kita di bidang pendidikan, pengaruh media sosial juga telah telah mengambil tempat. Contohnya, tanpa segan silu kita terlibat dengan tularkan kes-kes buli dikalangan murid yang berlaku di sekolah, di asrama atau diluar sekolah.  Ada dikalangan kita juga turut sama tularkan pelbagai berita-berita dan gambar yang bersifat negatif.Kita juga turut terlibat menyalahkan pihak tertentu apabila berlakunya sesuatu tragedi. Seolah-olah, ada kalanya kita menjadi peguam, ada kalanya kita menjadi hakim.

Menghasut perasaan benci terhadap kerajaan yang memerintah, menghina mana-mana agama,  mengapi-apikan sentimen perkauman, penglibatan dalam bidang politik yang melampaui batas dibenarkan,menghina institusi diraja, serta menyokong mana-mana kumpulan pengganas juga tergolong dalam amalan salah laku media sosial. Sebagai kaki tangan kerajaan kita sebenarnya mesti tahu perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (Do’s and Don’t). Kita juga terikat dengan pelbagai akta termasuklahAkta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Tahun 1998, Akta Pelindungan Data Peribadi 2010, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003, serta Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU (19 November 2009) - Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam.

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah mengeluarkan SPI Bil 3/2017 : Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid, bertarikh 23 Jun 2017.

Garis panduan ini antara lainnya menegaskan akan pentingnya kawalan terhadap penggunaan media sosial di kalangan pegawai, staf dan murid  KPM, maklumat tidak menjejaskan kepentingan kerajaan dan orang awam, elak penyebaran isu salah laku, serta maklumat tidak beretika, agar kesejahteraan sistem pendidikan di Malaysia terpelihara.

Saya berharap dengan kerjasama semua PPD pastikan sesalinan SPI Bil.3/2017  ini diedarkan ke semua sekolah dan diberi penerangan kepada semua guru dan kakitangan sokong akan pentingnya menghindari diri dari terlibat dengan media sosial yang bersifat negatif. Semoga tiada lagi guru yang tularkan latihan atau jawapan peperiksaan muridnya untuk dijadikan bahan jenaka.

Saya memohon supaya semua pihak terutama Ketua-Ketua Sektor dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah mengingatkan kepada pegawai dan kakitangan  bawahannya  sentiasa menggunakan media sosial dalam keadaan terkawal. Kita sebagai kakitangan kerajaan masih bertuah kerana kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana individu menggunakan media sosial, namun pastikan had dan  batasannya. Gunakanlah peluang ini ke arah kebaikan seperti mempromosi atau membuat publisiti perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar baharu kerajaan serta menjadi saluran penyampai maklumat yang betul.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) selalu pengelola perhimpunan bulan September ini. Juga terima kasih kepada semua yang turut terlibat dalam menjayakan perhimpunan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang berkaitan ICT.

Sekian,Wabillahi TaufikWalhidayah,Warahmatullahiwabaraktuh.

Ceritaku
anakku dan gajah