Kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum by Pang Zhi Xuan

Apakah maksud kegiatan kokurikulum?
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan oleh semua pelajar di sekolah. Kementerian pendidikan telah mewajibkan semua pelajar mestilah menyertai kegiatan kokurikulum dengan aktif sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Kegiatan ini termasuklah  unit-beruniform, kelab persatuan serta permainan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja memberikan hiburan malahan dapat membawa banyak kebaikan kepada pelajar.

Membentuk tubuh yang cergas dan minda yang cerdas
Antara kebaikan kegiatan kokurikulum ialah dapat membentuk tubuh yang cergas dan minda yang cerdas , selaras dengan kata-kata nikmat,otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Pergerakan badan dapat mengekalkan kekuatan sendi, di samping menghilangkan kepenatan melalui perpeluhan. Aktiviti seperti berenang,berjoging, bermain badminton dan sebagainya dapat memperlahankan kemerosotan otot, tulang dan sendi. Maka, kelebihan tersebut merupakan nilai tambah kepada kita untuk terus maju dalam bidang pelajaran.

Menambahkan pengetahuan
Tambahan pula, kegiatan tersebut juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Kita dapat belajar cara-cara memasak, mendirikan khemah dan menghidupkan api apabila kita menyertai Pasukan Pengakap. Murid-murid yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pula dapat mempelajari ilmu pertolongan cemas untuk waktu kecemasan. Maka, kita dapat belajar tentang teknik-teknik dalam kehidupan lalu meringankan beban ibu bapa dengan menyertai kegiatan kokurikulum. Dengan ini, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Melatih murid untuk menjadi pemimpin
Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat mencungkil dan melatih kebolehan bakal pemimpin negara yang berkaliber. Terdapat pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha,bendahari dan lain-lain. Bakat pelajar boleh diperlihatkan apabila kita diberikan tugas-tugas semasa aktiviti-aktiviti dilakukan. Kita dapat belajar menguruskan aktiviti persatuan dengan baik. Misalnya, kebolehan dan keupayaan kita akan dicungkil apabila kita menjalankan tugas sebagai pengerusi dan setiausaha bagi sesebuah badan beruniform, kelab persatuan mahupun permainan. Oleh sebab itu, kita boleh menjadi seorang pemimpin yang unggul dengan melalui aktiviti kokurikulum.

Memanfaatkan masa lapang
Seterusnya, dengan menyertai kegiatan kokurikulum ini seseorang murid dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah. Jika tidak menyertai kegiatan tersebut, kemungkinan besar pelajar akan terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat, seperti melepak di pusat beli-belah ,melakukan vandalisme, berjudi dan sebagainya. Murid-murid juga tidak akan menconteng arang ke muka ibu bapa. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan ,kita akan membuat latihan pada setiap petang selepas sekolah dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum merupakan cara yang baik untuk mengisi masa terluang mereka. Maka, masa perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Memupuk nilai-nilai murni
Di samping itu, aktiviti ini dapat membentuk disiplin pelajar. Hal ini demikian kerana, kita perlu mematuhi peraturan bagi sesuatu persatuan mahupun aktiviti sukan disertai. Sebagai contohnya, kita akan dilatih supaya menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan yang ditetapkan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat melatih kita menjadi seorang yang bersabar,bertoleransi, bertanggungjawab dan berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Dengan itu, kita akan lebih berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Memperkukuh semangat perpaduan
Malahan, kegiatan ini dapat memperkukuh semangat perpaduan antara kaum. Setiap persatuan dan kelab terdapat banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kaum Cina, Kaum Melayu, Kaum India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Contohnya, ahli-ahli dalam sesuatu kelab berkesempatan untuk melakukan berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam menjalankan sesuatu aktiviti secara berkumpulan walaupun berlainan agama atau kaum. Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang erat sesama kita.

Akhir kata
Konklusinya, kegiatan kokurikulum membawa banyak faedah kepada murid-murid. Kita patutlah melakukan aktiviti yang berfaedah supaya tidak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak baik. Bak kata pepatah, "masa itu emas". Oleh itu, kita haruslah bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah mulai dari sekarang.