PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3012) by fiza yana

Bab 1: Sosiologi dan Pembelajaran
Istilah sosiologi diperkenalkan oleh Auguste Comte 1798 – 1857 dalam buku beliau yang bertajuk Positive Philosophy (1842). Menurut Max Weber,
sosiologi adalah ilmu yang berupaya memahami tindakan sosial. Di samping itu, sosiologi berperanan membincangkan tentang hubungan antara individu dengan masyarakat. Di dalam sosiologi terdapat 3 teori besar yang diguna pakai iaitu:

TEORI FUNGSIONALISME

Sesebuah masyarakat mempunyai matlamat yang sama dan setiap ahli  memainkan peranan bagi mencapai matlamat melalui interaksi sosial.

setiap ahli masyarakat itu mempunyai peranan atau fungsi masing-masing agar salin melengkapi antara sesama.

Aspek pendidikan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat

TEORI KONFLIK

Melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan.

Interaksi sosial dalam sesebuah masyarakat adalah berdasarkan konflik, bukan kerjasama atau kompromi

TEORI INTERAKSIONISME

Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain

Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi

PEMBELAJARAN
pemerolehan, atau pengubahsuaian dan pengukuhan bagi pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, nilai yang baharu atau sedia ada pada seseorang individu.

Auguste Comte (1798-1857)

Bab 2: pengurusan interaksi dalam pembelajaran
Pengurusan: menurut stoner 1984, pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli organisasi dan menggunakan sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Interaksi: Tindak balas antara dua atau beberapa pihak

Pembelajaran: Menurut Murphy dan Alexander 2006, pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh suatu kefahaman dan mengubah kefahaman tertentu yang telah dipelajari itu.

Jenis-jenis interaksi:

a)      1 hala = hanya guru yang memberikan maklumat.

b)      2 hala = pelajar di beri peluang untuk menyoal

c)      2 haa berkumpulan = melibatkan interaksi ketika membuat aktiviti berkumpulan.

interaksi yang berkesan dapat mewujudkan suasana yang aman di dalam  kelas, bilik pembelajaran khas mahupun sekolah. hal ini kerana setiap pelajar dapat berinterasi dengan baik tentang apa yang mereka perlukan untuk membantu mereka memahami sesuatu topik pembelajaran. kebolehan untuk menyoal juga dapat membantu mereka lebih peka dengan jawapan-jawapan yang di jawab oleh guru. oleh itu, seseorang guru perlulah lebih bersedia untuk mengajar dengan mengulangkaji pembelajaran yang akan di ajar dan mewujudkan inovasi di dalam kelas supaya pelajar dapat menerima input baru dengan cara yang kretif.

bab 3: pengurusan pembelajaran pelajar
Menurut Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan merujuk kepada aktiviti yang teratur serta sistematik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti.

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah:

a)      Merancang

-Merancang strategi dan kaedah pengajaran.

-Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

-Merancang bahan-bahan pengajaran

b)      Mengawal

-Mengurus bahan-bahan pelajaran.

-Mengurus disiplin bilik darjah.

-Mengurus aktiviti kumpulan.

c)       Mengelola

-Mengawal aktiviti kumpulan.

-Mengawal murid bermasalah peribadi.

-Memastikan masalah disiplin tidak timbul.

d)      Mengarah

-Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .

-Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

-Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah

Persediaan Rancangan Kerja

- Membuat perancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)

- Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah.

- Penyediaan buku rekod dan jadual

- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P

- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.

bab 4: pengurusan kepimpinan dan organisasi
Kepimpinan:

Gribben berpendapat satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.

Fulmer juga pernah mengatakan bahawa melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.

Organisasi:

Robbins telah menyatakan bahawa suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.

Dahlan Al Barry pula berpendapat pengaturan dan penyusunan bagian-bagian tertentu hingga menjadi satu kesatuan, aturan dan susunan dari berbagai bagian sehingga menjadi satu kesatuan yang teratur dan gabungan kerjasama untuk mencapai tujuan tertentu.

Organisasi pendidikan di sekolah adalah berbeza dengan organisasi lain yang biasa.

bab 5: pengurusan murid
Bab ini sangat penting dalam seseuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang berjaya ialah pengurusan yang membolehkan setiap maklumat pelajar dikenal pasti dengan baik.

Tujuan Mengurus Rekod Murid

1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah

2. Kemaskini profil murid

3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar

4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)

5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.

6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

jenis-jenis rekod:

rekod pelajar

rekod kehadiran

rekod peminjaman alatan sekolah

rekod penggunaan bilik khas

rekod bacaan nilam dan sebagainya

Guru berperanan untuk memastikan pelajar bersedia untuk belajar dan mampu memberi perhatian yang baik sewaktu di proses p&p berlaku. Pihak pentadbiran juga turut terlibat secara langsung berkaitan rekod pelajar-pelajar di sekolah tersebut. rekod ini akan diguna pakai untung urusan pengantian alatan lama dengan yang baru seperti alatan makmal sains, alatan komputer dan rekod peminjaman alatan sekolah. keadaan ini merupakan jalan yang baik kerana dengan rekod-rekod ini kita dapat mengesan msalah, keperluan dan tindakkan yang perlu di lakukan berdasarkan sesuatu rekod yang di simpan.

bab 6: pengurusan bilik darjah
Mok Soon Sang 2011, Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai.

Noraini Idris 2009, Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri.

Pelajar banyak meluangkan masa mereka di dalam bilik darjah berbanding bilik pembelajaran lain. Oleh itu bilik darjah perlulah:

a)      Selesa untuk para pelajar

b)      Bersih

c)      Cantik dan menarik

Keadaan ini akan membantu mengawal masalah salah laku pelajar seperti:

a)      Ponteng

b)      Vandalism

c)      Buli kerana kelas selesa dan sebagainya.

pengurusan bilik darjah dilihat memainkan peranan penting terutamanya dalam memupuk minat pelajar untuk belajar. suasana bilik darjah yang lengkap dengan kemudahan asas dan cantik akan menyebabkan pelajar suka untuk datang ke kelas. mereka juga gemar untuk memberikan respone bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh guru. selain itu, tahap fokus mereka juga akan meningkat. keadaan ini sekaligus akan meningkatkan tahap pencapaian mereka didalam peperiksaan. selain itu, pengurusan bilik darjah yang baik juga akan menyebabkan masalah salah laku pelajar di elak kerana mereka lebih suka berada di dalam kelas berbanding keluar merayau di kawasan sekolah.

bab 7: pengurusan sumber
Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik

Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan

pusat sumber

Pusat sumber merupakan pusat tumpuan untuk para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran mereka.

Makmal Sains

salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains untuk pelajar yang mempelajari mata pelajaran tersebut.

Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal sama ada dikawal oleh guru mahupun seseorang yang diberi autoriti.

Kajian langsung di makmal sains dapat memberikan kesan yang lebih berkesan kepada para pelajar berkaitan sains.

pengurusan sumber merujuk kepada cara sesebuah pentadbiran mengurus bilik-bilik sumber pembelajaran seperti perpustakaan sekolah dan makmal komputar yang menjadi tempat untuk para pelajar memperoleh pengetahuan baru dan menambah pengetahuan sedia ada. pengurusan sumber yang baik ini dapat memberi impak yang positif terhadap pelajar. mereka akan rasa selesa dan senang untuk berada di sekolah atau sesebuah institusi pengajian kerana pengurusan sumbernya yang baik.

bab 8: strategik pengurusan bilik pembelajaran
Bilik darjah

Menurut bosch 2006, Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan  kuasa  serta sumber pengajaran guru.

Rekod pelajar:

Rekod pelajar ini merangkumi maklumat berkaitan kemampuan akademik pelajar, peminjaman alat bantu mengajar oleh guru, rekod kerosakkan alatan bilik pembelajaran oleh guru.

Rekod ini diguna pakai sebagai bukti atau pengesahan sesuatu perkara untuk pihak bertanggung jawab

strategik pengurusan bilik pembelajaran ini lebih cenderung kepada pengurusan bilik darjah. hal ini merujuk kepada susun atur meja kerusi di dalam kelas, peralatan di dalam kelas dan alat bantu mengajar yang membantu guru di dalam kelas. hal ini juga merujuk kepada minat pelajar untuk belajar di dalam suasana kelas yang baik, selesa dan selamat. strategik ini turut melibatkan rekod-rekod rasmi pelajar, peralatan bilik pembelajaran dan rekod pinjaman alatan sekolah.

bab 9: pengurusan tingkah laku dan displin
Menurut T. Rusyandi (1997 : 6) mengatakan bahawa disiplin diertikan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan perbuatan yang sesuai dengan tata aturan atau norma yang digariskan.

Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan  disiplin pelajar sering ditimbulkan.  Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif  kepada sistem pelajaran kita.

Masalah salah laku dan displin ini sering dikaitkan dengan masalah buli, merokok dan ponteng sekolah.

Buli

Remaja yang nakal akan membuli remaja yang dilihat dapat memberi manfaat kepada mereka atau di rasakan mengacam kegiatan kumpulan mereka.

Merokok

Masalah ini sering melanda remaja sekolah yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau terpengaruh dengan rakan sebaya hingga membawa kebinasaan terhadap diri sendiri.

Ponteng

Masalah ini juga sering di war-warkan di dada-dada akhbar. Keadaan berlaku apabila pengurusan tingkah laku dan displin di pandang enteng oleh pihak pentadbiran.

masalah yang melanda pada masa kini sangat membimbangkan. di tambah pula dengan kes-kes buli hingga melibatkan kehilanggan nyawa. masalah ini berlaku di sebabkan pengurusan disiplin sekolah itu yang kurang berkesan. keadaan ini menyebabkan pelajar dapat berbuat sesuka hati mereka. mereka juga tidak takut dengan tindakan disiplin yang akan diterima kerana bagi mereka hukuman itu merukan sesuatu yang biasa. masalah merokok dan ponteng juga menjadi semakin menular dalam kalangan pelajar. hal ini di sebabkan pengaruh negatif rakan sebaya. oleh itu, pengurusan disiplin yang baik dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan bermoral.

bab 10: pengurusan bimbingan dan kauseling
Bimbingan

satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

Kauseling

Menurut Persatuan Kaunseling amerika, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

Elemen PENTING dalam Kaunseling

1. Kaunseling adalah profesion

2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.

3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.

4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.

5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.

6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.

secara keseluruhan, unit bimbingan dan kauseling ini merupakan badan yang penting dalam usaha membentuk sekolah yang harmoni, pelajar yang cemerlang dan termotivasi. unit kauseling bukan sahaja berperanan untuk memnasihati pelajar tetapi menjadi role model untuk pelajar itu sendiri. oleh itu, pengurusan unit kauseling yang baik dapat memberikan peluang dan ruang untuk pelajar meluahkan isi hati mereka dan meniru perkara baik yang ditunjukkan oleh seseorang kauselor itu sendiri.

bab 11: pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya merujuk kepada persekitaran sekolah yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum. Masing-masing mempunyai budaya dan kepercayaan mereka tersendiri. Keadaan ini menyebabkan pengurusan pelbagai budaya ini penting dalam memastikan keamana dan kebajikan setiap budaya itu terjaga.

Kewujudan pelbagai budaya juga merujuk kepada budaya sekolah itu sendiri seperti:

a)      Budaya membaca

b)      Budaya membuang sampah di tempat yang sepatutnya

c)      Budaya tolong menolong

kewujudan pelbagai budaya bukan hanya dikaitkan dengan penempatan pelajar pelbagai kaum di sesebuah sekolah seperti cina, india dan melayu. tetapi kewujudan pelbagai budaya di sekolah ini turut melibatkan pembentukkan budaya yang diinginkan oleh pihak pentandiran. sebagai contoh, pentadbir mahu pelajar sekolahnya mengamalkan budaya membaca, maka, pentadbir itu sendiri akan membentuk budaya itu melalui kempen, percakapan awam, galakkan dan sebagainya kepada pelajar untuk membentuk budaya tersebut.  selain itu, kepelbagaian budaya ini juga menuntut kepada kewujudan pelbagai agama dan kepercayaan yang perlu di pandang serius oleh setiap pihak terlibat terutamanya pentadbir sekolah. keadaan ini mampu memastikan sekolah kekal dalam keadaan aman dan harmoni.

laman sesawang:

berita online:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/sekolah-pupuk-persefahaman-toleransi-murid-pelbagai-kaum-1.137704

bab 12: pengurusan pelbagai upaya
Tidak banyak sekolah yang menerima pelajar kurang upaya untuk belajar di sekolah mereka. Terlalu sikit juga sekolah yang diperuntukkan khas untuk mengajar pelajar-pelajar ini.

Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri.  Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis kekurangan upaya yang dimiliki oleh seseorang individu itu seperti:

a)      Kurang upaya pendengaran

b)      Kurang upaya penglihatan dan fizikal

c)      Masalah pembelajaran

terdapat 3 komponen penting iaitu:

pemulihan=untuk pelajar yang mengalami masalah 3m (membaca, mengira, memahami)

pengayaan=aktiviti tambahan yang berlangsung di dalam kelas sewaktu proses pembelajaran

teori kecerdasan pelbagai=kenestetik, ruang visual, muzikal dan sebaginya.

Walau bagaimanapun, mereka juga mempunyai perasaan ingin di sayangi, ingin mencuba sesuatu yang baru dan mempunyai kemampuan yang tersendiri. Oleh itu, peluang dan ruang perlu di beri kepada mereka untuk membuktikan mereka mampu berdikari. pelajar yang kurang upaya ini juga mempunyai hal asasinya tersendiri yang membolehkan mereka mendapatkan pendidikan. pengurusan kelengkapan untuk pelajar pelbagai upaya ini perlu di pandang serius supaya mereka mendapat manfaat sepertinya pelajar lain dapat. mereka juga perlu di berikan perhatian yang lebih dan guru khas yang mendidik mereka. mereka juga mempunyai kemampuan yang tersendiri terhadap sesuatu bidang yang mereka ceburi atau minati.

laman sesawang:
https://azizirashid.blogspot.com/2019/04/bab-12-pengurusan-pelbagai-upaya.html
berita online:
https://www.bharian.com.my/node/271619

bab 13: sekolah dan persekitaran
Sekolah merujuk kepada sebuah bangunan yang di dalamnya terdapat guru yang mengajar pelajar. Sekolah juga merujuk kepada pusat penyebaran ilmu secara formal yang seharusnya diterima oleh setiap individu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1989, persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).

Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

Persekitaran sekolah yang baik dapat membantu pelajar untuk membentuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Keadaan ini juga akan memberi impak terhadap penyerlahan prestasi setiap pelajar yang belajar di sekolah yang mempunyai persekitaran yang baik.

Persekitaran yang baik termasuklah hubungan antara guru dan pelajar, guru dan ibu bapa dan guru dengan pentadbiran sekolah itu sendiri. hal ini sangat memberi kesan kepada pembentukan pelajar yang sejajar dengan wawasan 2020 iaitu melahirkan modal insan yang seimbang.

persekitaran yang baik termsuklah pengurusan kokurikulum yang mampu memberi kesan positif kepada pelajar.

artikel:
http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf
laman sesawang:
https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/

bab 14: pengurusan alam pembelajaran
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama, dari semua ahli dalam mencapai matlamat Pendidikan.

menurut Lee Shok Mee (1993), pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

FAKTOR PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1. Rancangan Orientasi Sekolah

2. Kajian Pedagogi

3. Kurikulum

4. Persedian Mengajar

5. Alat Bantu Mengajar

6. Kajian Di Sekolah

Guru memainkan peranan penting dalam memastikkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Oleh itu, guru perlu membuat persediaan awal sebelum memulakan kelas. Persediaan guru mampu mempengaruhi fokus pelajar dan memberi kesan yang positif kepada mereka. selain itu, pengurusan alam pembelajaran yang baik juga akan memberi kesan kepada perkembangan potensi pelajar. mereka akan merasa seronok untuk belajar sesuatu mata pelajar kerana penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan. walau bagaimanapun, selepas mengajar guru perlulah mengkaji semula kelemahan pengajarannya agar dapat di baiki pada pengajaran seterusnya.

carian internet:
http://faiezimtiaz.blogspot.com/2018/12/tajuk-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html