Video: Bertanggungjawab by Shaheda Salim

Soalan 3: Pada pendapat kamu, bagaimanakah pihak sekolah dapat memupuk sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam kalangan murid-murid?
(Zara, Hana & Faith)

A：Pada pendapat saya, ada beberapa cara pihak sekolah boleh dapat memupuk sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam kalangan murid-murid.

N：Pertama, pihak sekolah boleh mengadakan sebuah bengkel.

J: Melalui cara ini, pihak sekolah boleh mengajar murid-murid bagaimanana mereka boleh menolong orang lain menerusi bengkel ini.

C: Seperti contoh, sekolah saya menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk menjadi baik budi.

P: Pada pendapat saya, bengkel ini akan menolong murid-murid kerana cara ini sangat efektif.

N: Kedua, pihak sekolah juga boleh menjemput individu daripada organisasi tertentu yang boleh datang untuk membuat sebuah perkongsian atau persembahan yang menarik.

J: Persembahan itu boleh diselitkan dengan kuiz supaya murid-murid boleh mendapat hadiah jika mereka mengambil bahagian dalam aktiviti itu.

C: Seperti contoh, sekolah saya sering akan menjemput murid-murid daripada luar negara seperti Malaysia. Pengawas di sekolah saya akan menunjukkan pelawat ini di sekeliling sekolah. Mereka akan mengadakan aktiviti-aktiviti dengan kami seperti lakonan bangsawan tentang cara menunjukkan baik budi kepada orang lain.

P: Pada pendapat saya, idea ini baik kerana murid-murid boleh belajar tentang topik ini dengan kaedah yang menarik.

N: Ketiga, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti nilai dalam tindakan.

J: Setiap kelas boleh pergi ke rumah orang-orang tua untuk berinteraksi dengan mereka dan meluangkan masa bersama-sama.

C: Seperti contoh, saya pernah pergi ke sebuah pusat jagaan orang-orang tua di Toa Payoh dengan kelas saya. Saya bersama rakan-rakan saya menyanyi dan melukis dengan mereka. Mereka kelihatan sungguh gembira kerana ada orang untuk bermain dengan mereka supaya mereka tidak berasa kesunyian.

P: Pada pendapat saya, orang tua sangat sunyi kerana mungkin anak mereka telah meninggalkan mereka dan mereka akan berasa sedih.

Natijahnya, pihak sekolah boleh membuat beberapa perkara yang telah saya sebutkan bagi memupuk sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam kalangan murid-murid.

Soalan 2: Apakah perkara-perkara yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab rasa bertimbang rasa
(Olivia and Nayli)

A: Ada pelbagai cara yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

N: Pertama,kita boleh menghantar tugasan sekolah kepada guru tepat pada masanya.

J: Apabila guru memberikan kerja rumah kepada kami, kami boleh buat kerja rumah dahulu selepas sekolah di rumah dan barulah kami boleh berehat selepas kami selesaikan semua kerja rumah kami.

C: Seperti contoh, saya selalu menerima tugasan daripada guru Sains saya. Oleh itu, saya akan pastikan bahawa saya akan selesaikan semua tugasan itu supaya tidak dimarahi oleh guru Sains saya. Sebaik sahaja saya pulang ke rumah, saya akan membuat tugasan-tugasan itu.

P: Pada pendapat saya, kita mesti membuat kerja tepat pada masanya. Ini akan menunjukkan bahawa kita boleh mempunyai sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa kepada guru yang harus menyemak tugasan-tugasan kita.

N: Kedua, kita boleh membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.

J: Apabila kita ada sampah, kita tidak boleh membuang sampah sembarangan kerana kita akan memberikan lebih kerja kepada pekerja pembersihan. Pekerja pembersihan akan menjadi sangat penat dan pekerja pembersihan tidak boleh berehat.

C: Seperti contoh, saya ada satu pengalaman yang pernah saya alami di sekolah. Saya melihat seorang pekerja pembersihan kelihatan amat penat. Saya berasa simpati untuknya dan saya menolongnya untuk membersihkan kelas. Saya sedar bahawa kawan-kawan saya sentiasa membuang sampah di atas lantai dan sebelum ini, saya tidak peduli. Pekerja pembersihan itu perlu menangani masalah tersebut kerana kami tidak bertimbang rasa kepadanya.

P: Pada pendapat saya, kami mesti mengamalkan sikap bertimbang rasa terhadap pekerja pembersihan kerana majoriti di antara mereka merupakan warga emas.

N: Akhirnya, kita mesti membantu ibu bapa kita untuk membuat kerja rumah.

J: Ibu bapa kita ada banyak kerja untuk diselesaikan dan mereka akan menjadi sangat penat kerana mereka mesti menjaga kita. Tambahan pula, mereka juga harus pergi ke tempat kerja untuk bekerja.

C: Seperti contoh, saya selalu melihat ibu bapa saya berasa sangat penat apabila mereka pulang dari tempat kerja. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk membantu mereka dengan melakukan kerja rumah. Saya boleh mencuci pakaian, mengemop lantai atau memasak.

P Pada pendapat saya, kita harus mengamalkan sikap bertimbang rasa bagi mengurangkan masalah keluarga.

Natijahnya, inilah perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan sikap bertimbang rasa.

Soalan 1: Berdasarkan video ceritakan satu peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
(Yasmin, Samaira & Nikita)

A: Satu peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa ialah,

N: ada dua remaja perempuan telah mengelap meja selepas makan lalu memulangkan dulang.

J: Ini menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Apabila orang lain ingin duduk di situ untuk makan, mereka boleh makan dengan meja selesa. Ketika mereka memulangkan dulang, mereka sedang memudahkan tugas pekerja pembersihan.

C: Seperti contoh, suatu masa,saya telah pergi ke pusat makanan dengan keluarga saya. Selepas kami makan, saya lihat ada banyak lebihan makanan di atas meja. Dengan segera, saya meminta tisu daripada nenek saya untuk mengelap meja tersebut. Selepas itu, saya mengambil tisu tersebut dan buang ke dalam tong, seperti peristiwa di dalam video itu. Nenek memuji saya kerana saya menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

P: Pada pendapat saya, saya setuju bahawa kita mesti mengelap meja kerana nanti bakteria atau kuman akan membiak (breed) di meja itu dan akan menjadikan kawasan itu kotor.