TITAS by noor shahlinda

HUBUNGKAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Terbentuk prinsip Tauhid daripada BBT:

Prinsip Tauhid di dalam BBT mencatatkan tentang Allah dan Rasulullah. Oleh sebab itu, kita dapat mengesan pemahaman konsep Tauhid al-Uluhiyyah dan Rububiyyah. Tauhid merupakan asas yang amat penting dalam Islam dan merangkumi beberapa aspek seperti:
-Perbezaan yang jelas antara Tuhan dan makhluk.
-Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah yang Maha Berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah semata-mata.

Pendekatan yang ditekankan dalam Ilmu Usul Fiqh:
-Batu bersurat yang bertujuan sebagai rujukan bagi seseorang pembesar dan masyarakat awam Melayu agar setiap perlakuan hidupnya bersesuaian dengan kehendak Islam.
-Muhamad Yusoff Hashim juga berpendapat bahawa mungkin masih lagi ada beberapa elemen perundangan Islam yang belum ditemui di Terengganu sama ada hilang atau musnah ditelan zaman.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan diplomatik merupakan hubungan yang terjalin di antara kerajaan atas dasar permuafakatan . Menurut Mokhtar Muhammad diplomatik ialah hubungan tersusun antara kerajaan dan merupakan rangka asas kepada perhubungan antara negara dengan menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara dalam perhubungan rasmi di antara negara. Hubungan diplomatik ini terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya:
-Faktor Perdagangan.
Perdagangan merupakan antara faktor yang penting dalam mengembangkan Islam . Alam Melayu mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan yang telah menjadi tarikan utama kepada pedagang-pedagang Arab. Ini secara tidak langsungnya telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar melalui aktiviti perdagangan.
-Faktor Perkahwinan.
Perkara ini jelas terbukti apabila berlangsungnya perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam. Di samping itu,  perkahwinan yang berlangsung antara kalangan pedagang dengan ulamak Islam yang dating ke Alam Melayu dengan wanita-wanita tempatan juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dan juga menyebarkan agama Islam.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Mengenai sejarah perkembangan Islam di Nusantara masih mempunyai pelbagai pendapat. Namun begitu ada yang menyatakan Islam datang ke Nusantara melalui perdagangan, sosial dan pengajaran. Pendapat menyatakan Islam masuk ke Nusantara sekitar abad ke-13 didasarkan pada berita Marcopolo (1929 M) dan berita Ibnu Battutah (Abad ke-14). Dari bukti-bukti itu dapat disimpulkan bahawa Islam sudah masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7 M yang mencapai perkembangannya pada abad ke-13. Hal itu terbukti dengan adanya tanda-tanda kerajaan yang bercorak Islam di Indonesia. Selain itu, terdapat beberapa tanda Islam masuk ke Nusantara. Antaranya:
-Perdagangan
Menurut berita Cina, agama Islam disebarkan oleh orang-orang Arab. Fatimi dalam bukunya Islam Comes To Malaysia mengemukakan Islam berasal dari Benggala. Manakala, Snouck Hurgronye berpendapat bahawa Islam disebarkan ke Indonesia melalui perdagang muslim melalui Gujarat (India). Pendapatnya itu diperkuatkan lagi oleh bukti adanya kesamaan unsur Islam di Indonesia dan India.
-Pengajaran
Dalam agama Islam setiap Muslim adalah pendakwah. Baru kemudian pada masa-masa berikutnya terdapat mubaligh dan guru agama Islam yang tugasnyakhusus mengajarkan agama Islam. Mereka ini mempercepat proses Islamisasi sebab mereka mendirikan pondokdan mempunyai para ulama' dan guru-guru agama Islam.
-Sosial
Selain golongan pembawa, ada pula golongan penerima Islam. Terdapat dua penerima Islam, iaitu golongan elite (raja-raja, bangsawan, dan para pengusaha) dan golongan non elite (lapisan masyarakat biasa). Golongan elite lebih cepat mengalami proses Islamisasi, kerana kedudukannya yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat biasa. Proses Islamisasi ada beberapa cara, iaitu melalui perdagangan, perkawinan, pendidikan, tasawuf, dan kesenian. Islamisasi lewat saluran perdagangan terjadi pada tahap awal, iaitui sejalan dengan kesibukan lalu lintas perdagangan (antara abad ke-7 sampai abad ke-16) ramai pedagang muslim yang bermukim di  Indonesia, terbentuklah tempat-tempat pemukiman yang disebut Pekojan. Di antara pedagang muslim asing itu, ada pula yang menetap lalu menikah dengan wanita pribumi. Proses Islamisasi melalui kesenian tampak dari bukti-bukti peninggalan sejarah, seperti ukiran, pintu gerbang, makam, tradisi sekaten, pertunjukan wayang, debus, tarian, dan sebagainya. Penyebaran Islam melalui seni wayang, sastra, debus, tarian, tradisi sekaten, ternyata lebih mempercepat proses islami-sasi. Sampai sekarang proses islamisasi melalui saluran seni masih berlangsung.

LATAR BELAKANG BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu ini telah ditulis dalam bahasa  Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan  Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Selain itu, batu ini juga merupakan peringatan bahasa Melayu yang terawal dijumpai di semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.