My Stunning Wall by NiKaLyn rhmd

KUMPULAN 1
Pada era yang canggih serba  mencabar ini telah menyumbang  kepada perubahan kemajuan kawasan luar bandar seiring dengan kemajuan negara . Perubahan ini telaah memberi kemudahan kepada masyarakat yang hidup di kawasan luar bandar supaya kehidupan masyarakat seiring dengan kemajuan negara .Apabila negara mampu membangunkan kawasan luar bandar nescaya pelbagai impak positif boleh disumbangkan demi kemajuan negara agar mampu duduk samarendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang lain di dunia.Pihak utama yang memainkan peranan dalam memajukan kawasan luar bandar adalah pihak kerajaan.

Pengangkutan awam menjad pilihan utama bagi pihak kerajaan untuk memudahkan  masyarakat yang hidup di kawasan luar bandar dalam penggunaan pengangkutan awam.Hal ini demikian kerana pengangkutan awam tidak memerlukan kos yang  tinggi apabila masyarakat luar bandar ingin pergi ke sesuatu destinasi. Pengangkutan awam seperti bas awam dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas serta menjimatkan masa perjalanan kerana pengangkutan tersebut dapat menampung  banyak penumpang  berbanding  teksi  awam.Di samping itu, pengangkutan awam juga dapat membantu  masyarakat yang hidup susah atau masyarakat  yang tiada kenderaan sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa penyediaan pengangkutan awam dapat membangunkan kawasan luar bandar  seiring dengan kemajuan negara.

Selain itu , pihak kerajaan mestilah meningkatkan fasiliti di sekolah untuk membantu para pelajar. Hal ini demikian kerana fasiliti yang cukup di sekolah dapat meningkatkan ilmu yang luas kepada para pelajar.Sebagai contohnya pihak  kerajaan  menyediakan komputer ,kemudahan ICT dan pencapaian internet ( 1 Bestari Net ). Fasiliti yang  cukup juga membuatkan para pelajar berasa seronok kerana semua kemudahan telah lengkap .Oleh itu , para pelajar menjadi seorang yang berfikiran  di luar kotak dan menjadikan kawasan luar bandar lebih maju.

Bak kata  peribahasa  jauh berjalan luas pandangan , lama hidup luas pengalaman.Peribahasa ini bermaksud ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara. Daripada peribahasa ini, pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan internet dan penyediaan perpustakaan awam di kawasan-kawasan pedalaman. Hal ini demikian kerana memudahkan masyarakat luar bandar  untuk mencari bahan bacaan atau maklumat.. Sebagai contoh,  penyediaan Siber Kafe kerana dapat membantu  masyarakat yang  tidak memiliki komputer sendiri .Selain itu , masyarakat juga mencari bahan rujukan di perpustakaan dan mengulangkaji pelajaran terutama para pelajar ingin menduduki peperiksaan .Malah, mereka boleh menambahkan ilmu pengetahuan  dan mereka boleh memimjam bahan rujukan tanpa bayaran.Secara tidak langsung,hal ini dapat melahirkan masyarakat yang rajin dalam membaca.Oleh itu , jelaslah bahawa penyediaan internet dan perpustakaan awam mampu memudahkan kehidupan masyarakat luar bandar.

Tambahan pula, segelintir masyarakat luar bandar mengalami pengangguran kerana mereka  sukar mencari pekerjaan pada era yang canggih ini . Dengan ini ,pihak kerajaan mestilah membuka pusat pelancongan di kawasan – kawasan pedalaman.Hal ini demikian kerana membuka  peluang  pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.Selain itu , hal ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara .Sebagai contoh , pertukaran mata wang  yang bernilai tinggi seperti wang dollar, euro ,yen dan lain-lain.Dengan hasil pertukaran mata wang ,pihak  kerajaan dapat memajukan negara dari segi ekonomi,  sistem pendidikan, pelabuhan dan sebagainya.Oleh itu ,sektor pelancongan mampu mengurangkan kadar pengangguran.

Kesimpulannya,bukan pihak kerajaan sahaja  yang memainkan peranan malah semua pihak juga perlu membahu bagai aur dengan tebing membangunkan negara .Menurut hadis Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud kekuatan antara seseorang yang lain ibarat susunan batu bata yang mendirikan sebuah bangunan .Andai satu daripadanya runtuh ,maka runtuhlah selurh bangunan itu.

KUMPULAN 2
rangka isi

KUMPULAN 3
Penanda aras bagi pencapaian Malaysia menjadi negara maju adalah pada tahun 2020. Sebagai prasyarat untuk membentuk sebuah negara maju, rakyat hendaklah memiliki daya berfikir bertaraf dunia atau berminda kelas pertama. Selain itu, rakyat juga perlulah menjadi seorang yang mampu bersaing dengan negara luar di persada antarabangsa. Seperti yang kita sedia maklum, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk melahirkan rakyat bertaraf dunia, rakyat perlulah dididik sejak kecil iaitu semasa di bangku sekolah lagi. Namun, pada hari ini, Malaysia masih lagi mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di mana kecemerlangan pelajar diukur melalui prestasi mereka dalam peperiksaan. Semakin banyak bilangan gred A, semakin cemerlang seorang pelajar itu. Sistem pendidikan yang mengutamakan peperiksaan yang dijalankan sejak 25 tahun lalu, dikatakan telah melahirkan pelajar yang kurang mempunyai kemahiran insaniah seperti kurang kemahiran berkomunikasi, berfikiran kreatif dan inovatif. Secara peribadinya, saya bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi membuktikan perkara ini, telah saya kemukakan beberapa isi bagi mengukuhkan pernyataan di atas.

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa, peperiksaan tidak memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan idea mereka yang kreatif. Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya tertumpu sepenuh perhatian kepada peperiksaan untuk mencapai kecemerlangan dan kelulusan. Hal ini dapat dibuktikan melalui jadual harian pelajar yang dipenuhi dengan aktiviti tuisyen berbayar selepas waktu persekolahan mahupun pada waktu cuti sekolah.  Secara tidak langsung membuktikan pelajar tidak dirangsang untuk menjadi seorang yang kreatif kerana pelajar kurang pendedahan dengan dunia luar. Hakikat yang perlu kita terima bahawa pelajar kini tidak mampu untuk berfikiran di luar kotak dan berfikiran secara kreatif kerana kurangnya maklumat dan informasi yang mereka ketahui. Para pelajar ini boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung jika situasi ini terus berlaku. Jadi, mereka akan terus berfikiran sempit dan tidak mampu untuk berfikiran secara kreatif dalam segala aspek. Daripada penjelasan yang ringkas dan padat di atas jelaslah para pelajar haruslah berfikiran secara kreatif agar mampu untuk bersaing di persada dunia dan dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan pelajar cemerlang di setiap pelosok dunia.

Sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan sebenarnya mendorong pelajar untuk menjadi seorang yang kurang mahir berkomunikasi. Hal ini berlaku demikian kerana pelajar hanya fokus belajar untuk mencapai kecemerlangan akademik sehingga pelajar mengabaikan dan tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum . Ketidakaktifan dalam aktiviti kokurikulum bermaksud pelajar tidak melibatkan diri dalam sukan mahupun aktiviti di luar sekolah . Hal ini menyebabkan pelajar kurang berinteraksi dengan orang sekeliling sama ada di sekolah mahupun di rumah. Apabila pelajar menggunakan masa mereka seharian hanya untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Hal ini bukan sahaja merenggangkan hubungan pelajar dengan orang lain, malahan pelajar menjadi kurang yakin untuk berinteraksi dan berhadapan dengan orang luar. Pada masa yang sama, pelajar juga tidak dapat menikmati keindahan menimba ilmu pengetahuan. Manakan tidak, pelajar seolah-olah dipaksa untuk belajar untuk memastikan keputusan akademik sekolah mereka berada pada tahap yang cemerlang.  Di samping itu, pelajar juga berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak sehingga pernah suatu ketika Malaysia digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar dari SRJK Tamil Ladang Sempah yang membunuh diri apabila mendapat 4B 2C 1D dalam UPSR sedangkan sasarannya ialah 4A. Jika budaya 'banyak' A menjadi trend bagi pelajar-pelajar di Malaysia, tidak mustahil pelajar hanya cemerlang dalam akademik di sekolah dan tidak dinamik. Natijahnya, pelajar tidak mampu bersaing dengan pelajar luar negara di persada antarabangsa. Dengan ini, jelaslah bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan bukan sahaja menyebabkan para pelajar tidak mahir berkomunikasi, malahan mengakibatkan pelajar menjadi kurang dinamik. Oleh hal yang demikian, pemansuhan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan adalah amat diperlukan di Malaysia bagi melahirkan modal insan yang dinamik dan berdaya saing.

Selain itu, sistem pendidikan kini juga telah melahirkan pelajar yang kurang inovatif. Kajian daripada Bernama mengatakan bahawa negara ada menyasarkan satu juta tenaga kerja dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) menjelang 2020 yang memerlukan tenaga kerja 60 peratus pelajar sains. Namun, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya, hanya 20 peratus pelajar di negara ini yang mengambil jurusan sains. Hal ini disebabkan oleh mentaliti kebanyakan pelajar yang beranggapan sains ialah bidang yang sukar. Walaubagaimanapun, pelajar lain sebenarnya juga boleh membantu merealisasikan sasaran negara tersebut. Hakikatnya, pelajar kini hanya menjalani peperiksaan bertulis sahaja. Maka, melalui sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata ini telah melahirkan generasi yang hanya mampu memperoleh maklumat dan mencurahkannya dalam kertas peperiksaan sahaja. Pelajar tidak mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar hanya belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang mahupun sekadar lulus sahaja. Menyedari hakikat tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa negara sepatutnya mengubah sistem pendidikan demi melahirkan generasi yang berinovatif demi kemajuan negara supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Pada keseluruhannya, sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan sebenarnya membawa banyak impak negatif kepada pelajar. Sindrom mengejar banyak gred A menyebabkan pelajar dan guru ghairah untuk mencari soalan ramalan peperiksaan bagi memudahkan pelajar menjawab soalan. Tidak dilupakan, pusat tuisyen yang semakin menjadi-jadi dengan janji manis yang pelbagai, kelas tambahan dan kem teknik menjawab soalan menjadi perniagaan. Sekiranya keadaan ini terus berlaku, tidak mustahil pelajar hanya mampu berjaya dalam peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM tetapi tidak mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajari di sekolah untuk menjalani kehidupan seharian.

KUMPULAN 5
rangka isi

KUMPULAN 4
rangka isi

Kumpulan 5
Sejak dari zaman klasik hingga ke hari ini, peribahasa menyelam sambil minum air masih lagi dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia. Hal ini dapat di kaitkan dengan kegiatan sukan di mana sukan bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas malah dapat menjana pendapatan negara. Seperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan telah mengeluarkan modal yang besar bagi menaik taraf bidang sukan di negara kita sehingga ekonomi negara ini meningkat secara drastik. Misalnya, badminton, berbasikal dan memanah telah mendapat nama di peringkat antarabangsa sehingga membawa pulangan yang lumayan. Yang menjadi pokok persoalannya, bagaimanakah industri sukan di Malaysia mampu menjana pendapatan negara?

Pada suatu masa dahulu, pertukaran mata wang asing di Malaysia menjadi sebuah kerenah yang rumit. Namun kini segalanya telah berubah apabila terdapat pelancong asing yang datang berkunjung ke Malaysia semata-mata untuk menyaksikan atlet-atlet kegemaran mereka beraksi. Dengan ini, mereka akan melakukan pertukaran wang bagi memudahkan proses jual beli di negara kita. Sebagai contohnya, semasa pelancong bersiar-siar, mereka akan membeli produk-produk tempatan seperti jersi sukan. Secara tidak langsung, perkara ini akan menyebabkan negara kita menjadi publisiti di mata warga dunia. Pada masa yang sama, sudah tentu Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara yang terkaya di dunia seperti Qatar, Luxembourg dan Singapura. Tuntasnya, proses pertukaran wang yang dilakukan oleh pelancong asing ke negara kita dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

Apabila industri bidang sukan dapat diwujudkan, pihak kerajaan dapat menghantar beberapa orang atlet yang membawa nama Malaysia untuk berhadapan dengan atlet dalam sukan antarabangsa. Kebiasaannya, para atlet yang bertuah akan mendapatkan hadiah berupa wang sekiranya mereka memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh negara luar. Hal ini sudah pasti dapat membantu negara dalam meningkatkan ekonomi nya kerana mereka bukan sahaja membawa nama Malaysia malah turut membantu dalam membuka mata orang luar bahawa Malaysia juga mampu menjadi seperti negara-negara lain. Secara tidak langsung, ramai pelabur luar akan tertarik dengan kredibiliti atlet Malaysia sehingga mereka sanggup menyumbangkan sejumlah dana bagi keselesaan atlet-atlet kita. Misalnya, pelabur akan menyumbang beberapa peralatan sukan yang canggih dan mahal seperti kereta lumba F1. Oleh itu, jelaslah bahawa pendapatan negara juga dapat disumbangkan melalui kemenangan para atlet yang bertanding di negara luar.

Saban kali kita mendengar bahawa Malaysia sering menghidangkan temasya sukan antarabangsa yang dapat menjana kepada pendapatan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana acara sukan secara besar-besaran ini mampu menarik umat manusia dari luar negara untuk melawat negara kita bagi menyaksikan temasya sukan tersebut. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini dapat memajukan sektor pelancongan dan perhotelan negara. Dalam waktu yang sama, para pelancong dan peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan malah mereka juga akan membeli cenderamata dan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Antara sukan popular yang pernah diadakan di Malaysia ialah Sukan SEA , yang menjadikan Malaysia mengungguli kejuaraan pada tahun 2017, Sukan Komanwel dan Le Tour De Langkawi. Pendek kata, temasya sukan antarabangsa yang diadakan di negara kita sudah pasti dapat meningkatkan ekonomi negara kita.

Tuntasnya,semua pihak mestilah memainkan obligasi masing-masing dgn penuh iltizam bagi melahirkan negara bertamadun sehingga ke peringkat milenium supaya dapat mencipta nama di mata dunia terutamanya , dalam bidang sukan selaras dgn peningkatan ekonomi negara. Industri sukan bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri di mana sasaran utama adalah untuk menjana keuntungan. Oleh itu, tidak hairanlah setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan pelbagai kejohanan yang lain.

Kumpulan 2 (Bahaya wabak influenza A(H1N1), punca dan langkah mengatasi)
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Itulah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan masalah yang kian membelenggu masyarakat sekarang di Malaysia. Berdasarkan penelitian World Wealth Organization (WHO), sekitar tahun 2009 dan 2010, telah berlakunya penyebaran wabak virus yang membahayakan nyawa ribuan orang dan penyakit ini ditakuti oleh masyarakat dunia. Sememangnya penyakit H1N1 ini perlu dicegah secepat mungkin agar nasi tidak menjadi bubur. Persoalannya, apakah punca dan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi wabak ini tersebar dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat Malaysia?

Kebiasaannya, penyakit ini berisiko tinggi dijangkiti oleh kanak-kanak kurang daripada 5 tahun dan juga wanita mengandung. Hal ini demikian kerana, penyakit ini mudah melumpurkan sistem badan mereka kerana antibodi mereka untuk melawan penyakit dalam keadaan yang lemah. Faktor ini juga mampu meragut nyawa mereka dan virus yang mematikan ini telah dikesan oleh WHO bahawa virus ini mudah tersebar melalui udara iaitu dibebaskan oleh pesakit H1N1 semasa batuk dan bersin lebih-lebih lagi apabila pesakit tidak menggunakan topeng mereka semasa berada di kawasan orang ramai.

Selain itu, virus ini juga mudah merebak melalui perkongsian barang peribadi di mana kita sering pandang enteng. Kita mendakwa bahawa ini mustahil kerana tiada kaitan dengan seks rambang di mana kita menganggap sama seperti penyakit yang masih belum ditemui solusi untuk merawatnya iaitu AIDS. Namun malangnya, H1N1 juga boleh tersebar melalui perkongsian barang peribadi seperti tuala dan sapu tangan kerana virus yang terkecil ini mudah melekat pada barang peribada dan apabila dikongsi, virus ini tersebar dengan pantas dalam kalangan orang di sekeliling pesakit. Ini akan memberi impak yang sangat dikhuatiri dimana penyakit itu akan semakin susah ditangani. Oleh itu, kita mestilah berinisiatif sebelum perkara ini berlaku kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dikemukakan, terdapat satu punca yang telah dikenal pasti oleh WHO sebagai pencetus kepada penyebaran wabak ini adalah penyakit bawaan unggas. Hal ini demikian kerana bahawa penyakit ini sebar dengan meluas di haiwan berpesepah tersebut. Musnahlah ekonomi negara dan ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Jelaslah bahawa penyakit ini perlu diatasi supaya nyawa masyarakat tidak terancam dan ini akan membawa kerugian yang besar kepada negara. Oleh itu, kita mestilah membantu dalam mengatasi wabak ini daripada tersebar.

Langkah yang proaktif bagi mengatasi penyakit ini tersebar dalam kalangan masyarakat kita adalah menghindari aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya wabak ini. Dengan ini, dapat dikurangkan dan jumlah kematian juga berkurang. Namun, sekiranya kita ingin pergi ke tempat berisiko tinggi, kita perlu memakai pakaian yang sesuai untuk mengelakkan kita dijangkiti penyakit ini. Sebagai contohnya, memakai topeng muka. Oleh itu, kita mestilah mencari inisiatif bagi menghalang penularan penyakit ini kerana tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampahlah juga.

Selain itu, langkah yang positif bagi mengatasi penyakit ini adalah pastikan masyarakat dan individu menjaga adab tatatusila. Hal ini, mampu bagi mengelakkan wabak ini merebak kepada sesiapa sahaja. Menjaga adab tatasusila mampu menyelamatkan banyak nyawa. Sebagai contohnya, tidak memberi atau meminjamkan barangan peribadi kepada orang lain. Oleh itu, kita hendaklah mejaga adab tatatusila agar wabak H1N1 dapat dicegah bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Seterusnya, dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda mendapat penyakit H1N1. Hal ini demikian kerana dengan mendapat rawatan tersebut, wabak ini dapat dicegah daripada merebak dengan lebih meluas. Sebagai contoh, dapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital terdekat jika anda mempunyai siptum seperti batuk, demam dan sakit kepala. Oleh itu, kita haruslah segera mendapatkan rawatan agar penyakit ini dapat dirawat sepenuhnya.

Akhirulkalam, dalam era yang dipenuhi penyakit berbahaya ini, orang awam hendaklah tahu akan bahayanya penyakit H1N1 dan mesti mengambil langkah untuk mencegah supaya penyakit ini tidak mendatangkan maut kepada seseorang individu. Semua pihak perlu mengambil peranan untuk mencegah penyakit H1N1 supaya bilangan pesakit yang hidap H1N1 berkurang.

Kump 2