TEACHING PRACTICUM 2023: SELF-REFLECTING ON COMMENTS & REFLECTING ON REFLECTIONS by Muhammad Kamarul Kabilan

response from Sumeta A/P Balachanthar(smk kampung jambu)
1. good set induction.Why was it a good one?
It was a good set induction because the moment they enter class the picture catches their attention and makes them interested to know the purpose of the pictures

2. movement and students being active -what are the aims of this activity? did you want the students to do and learn?
The aims of this activity is for students to recognize what is the meaning of inheritance by connecting the knowledge of the same features with them and their parents and get familiar with the terms that related to inheritance. Since this is an average class, I want the students to be exposed to vocabulary related to inheritance.

3. which is better asking a question and accepting from everyone or asking a question and accepting answer from one specific student? why?
As for me I prefer both and believe I apply both ways because in between I'm teaching there should be responses and at that time I prefer everyone to answer to make the class active but at the same time to make them alert in the class I will point to them and ask question.

4. how would you rate your lesson today (out of 10) justify.
8/10. the reason I didn't give 10/10 is that one student actual love to play interactive games but there was lack of games. the time that I should allocate for quiz more time since students enjoy it and are learning effectively.

5. how can you reinforce learning for student to understand dominance and non dominance ?
By exposing them to question . I realise they more understand when do exercise since there is restricted time for time being they will do some exercise but I will do revision after chapter.

6. 1 pembentangan , 4 pelajar menjawab 1 soalan - what are the advantages and disadvatages ?
advantages : all students will be contributing into the activity
there will be communication
the 1 Pembentangan for sure will get know the reason behind their teammates answer.
disadvantages : During the Q&A session some pembentang cannot answer becuase lack of understanding but the teammates helped them . there was a lack of understanding for the pembentang.

7. do these kind of tools help or disrupt student learning and understanding ?why?
I think the question is low level this is because they are newly exposed to the topic and its something new for something . for upcoming lesson they will face much more challenging question . So it actually help them to recognise and remember the basic level of topic.

DAYANG INCI ANAK CHUNDAU (S
SMK KAMPUNG JAMBU
1.      What can you do if students are not in yet? Adakah menunggu pelajar sesuatu strategi yang baik? Kenapa?

Answer:

Pada pendapat saya menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas itu bukan satu strategi yang baik. Hal ini kerana akan menyebabkan waktu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan seperti yang dirancang. Dengan ini cara untuk penambahbaikan ialah mungkin saya boleh mengenakan denda kepada pelajar yang lambat masuk kelas seperti menerangkan semula hasil pembelajaran sebelumnya. Selain itu, saya sebagai guru boleh minta kebenaran dari cikgu yang mengajar mereka untuk melepaskan lebih awal pelajar. Sementara saya menunggu pelajar saya boleh menanyakan khabar, kehadiran dan hasil pembelajaran sebelumnya. Hal ini kerana, pada hari kejadian pelajar menyertai aktiviti kerohanian jadi mereka memerlukan masa sedikit untuk naik ke tingkat atas untuk menghantar beg ke dalam kelas. Tambahan pula, pada masa itu saya lupa memberitahu pelajar boleh membawa beg ke dalam bilik tayangan sahaja.

2.      Response atau jawapan dari seluruh kelas adalah suatu tindakan yang tidak efektif. Kenapa? Apa kaedah yang lebih baik?

Answer:

Kaedah yang sesuai digunakan oleh guru untuk mendapatkan respon pelajar ialah panggil nama pelajar atau menggunakan permainan seperti  Roda Impian. Dengan ini dapat mengelakkan kelas dari bunyi yang bising dan guru dapat memastikan pelajar yang menjawab dengan betul serta memberikan bimbingan kepada pelajar yang memberikan jawapan kurang tetap.

3.      Penglibatan menyeluruh daripada kesemua pelajar diperlukan. Adakah ini sesuatu yang jelas in this class?

Answer:

Penglibatan menyeluruh daripada kesemua pelajar penting di dalam kelas. Namun, penglibatan semua pelajar kurang berlaku ketika itu. Hal ini kerana terdapat pelajar yang tidak dapat mengikuti atau menjawab soalan dengan lambat. Untuk penambahbaikannya mungkin saya boleh membuat persaingan antara pelajar dengan cara pelajar yang dapat paling awal mengangkat tangan dan menjawab dengan tepat akan diberikan ganjaran manakala bagi pelajar yang tidak sama jawapan boleh mempertahankan jawapan sehinggalah guru menunjukkan jawapan yang tepat.

4.      How do we engage students secara fizikal? Bagaimana postur berdiri seorang guru yang membolehkan beliau mengawal atau initiate eye contact dengan mana pelajar?

Answer:

Postur berdiri guru yang kurang sesuai ialah berdiri dengan keadaan yang senget ke sebelah kiri atau kanan. Cara berdiri yang betul ialah berdiri tegak dengan berdiri secara condong sedikit ke hadapan dengan berat badan di hadapan. Posisi sebegini akan menampakkan guru tersebut sentiasa bertenaga. Pergerakan guru yang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan atau terlalu banyak berjalan juga kurang baik. Cara pergerakan yang betul ialah hanyalah sedikit ke hadapan, belakang, kanan atau kiri. Selain itu, untuk eye contact dengan pelajar penting untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Ketika kita berkomunikasi, mata perlu memandang seseorang dari 5 ke 15 saat manakala 4 ke 5 saat untuk satu kumpulan agar para pelajar merasa mereka sedang diperhatikan. Contohnya, semasa saya melaksanakan aktiviti kuiz guru perlu mendengar soalan dan jawapan yang disampaikan murid, mata guru perlu tepat memandang ke arah pelajar tersebut.

5.      “kita repeat semula apa yang telah kita belajar”..response dari pelajar tertentu sahaja ans secara terbuka (the entire class baca) seolah-olah okestra! What can you differently so that everyone can be engaged? Was this lesson based on active or pasive learning approach?

Answer:

Penambahbaikkan untuk mendapatkan respon pelajar ialah menggunakan spin of name atau menggunakan kotak beracun. Menggunakan aktiviti akan menyebabkan pelajar sentiasa bersedia untuk menjawab soalan yang mungkin akan ditanya oleh guru. Secara tidak langsung akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif sebab semua student sudah bersedia dengan jawapan masing-masing.

6.       Murid mendengar dengab tekun, murid mengeluarkan isi penting, murid menanyakan soalan. How can teacher make sure these happen? Adakah ketiga ini berlaku? Bagaimana anda tahu??

Answer:

Bagi murid mendengar dengan tekun dan mengeluarkan isi penting dalam petikan cikgu boleh menyemak nota pelajar sekali dalam seminggu. Selain itu, Untuk memastikan murid menanyakan soalan guru boleh memberikan pujian kepada pelajar yang memberikan soalan. contohnya, bagus soalan ini, ini soalan yang dinantikan cikgu dan sebagainya.

7.      What was your learning approach, adapted for this class? Ada theory digunakan? Kenapa? Adakah teori yang digunakan jelas?

Answer:

Pengaplikasian pendekatan deduktif yang saya catat dalam kelas tidak digunakan dengan jelas. Pada pendapat saya pendekatan yang saya guna masa itu lebih kepada pemusatan guru dan penerangan daripada guru sahaja.

8.      Quiz!! How can u make this INTERESTING, EXCITING and CHALLENGING?? Was the one you conducted fulfill the above three criteria? Why?

Answer:

Penambahbaikan untuk mewujudkan kuiz yang interesting, exciting and challenging ialah saya boleh melaksanakan kuiz dalam bentuk kumpulan dan pelajar yang paling cepat angkat tangan akan menjawab soalan. Namun jika jawapan kumpulan pertama salah maka soalan tersebut dibuka semula untuk mewujudkan persaingan antara pelajar. Selain itu, saya boleh memberikan point atau ganjaran bagi setiap soalan berdasarkan aras pemikiran soalan. seterusnya, untuk menarik minat pelajar saya boleh menggunakan intonasi yang sesuai membacakan soalan dan menetapkan masa menjawab soalan kuiz antara 15 saat-20 saat. Di samping itu, saya juga boleh mewujudkan 1-2 soalan yang salah jawapan untuk mewujudka  suasana inquiry pelajar. Perkara ini penting kerana, adakalanya pelajar ingin menjawab  soalan dengan cepat sahaja. Lastly, jumlah soalan untuk kuiz 15-20 soalan untuk mengoptimumkan keseronokkan dalam menjawab kuiz.

REFLECTIONS: CARRISSIA NASA HONG
1.      Apa maksud postur badan sebegini? Adakah ianya positif atau negatif atau tidak berkait langsung? Agaknya, berdasarkan kepada kefahaman anda, apakah kesannya terhadap pelajar?

Postur badan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan merupakan suatu tindakan luar kawal atau tanpa disedari. Postur badan tersebut sebenarnya tidak berkait langsung dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada kefahaman saya, postur badan seseorang guru sememangnya dapat memberi kesan kepada pandangan dan persepsi pelajar walaupun ia merupakan suatu tindakan di luar kawalan. Guru menjadi fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, jadi setiap tindakan termasuk postur badan guru akan diperhatikan oleh pelajar serta boleh mempengaruhi pandangan mereka terhadap guru. Sebagai seorang guru, saya perlu mengambil berat terhadap penampilan dan personaliti kerana tingkah laku guru dapat mempengaruhi pelajar dalam pelbagai aspek.

2.      “Dengar ke tidak tadi…?” – is this an effective way of knowing whether one has listened to you or not? Apakah cara terbaik atau yang lebih berkesan? Kenapa?

Pada pandangan saya, pertanyaan tersebut bukanlah cara terbaik untuk mengetahui sama ada pelajar telah mendengar atau tidak perkara yang telah disampaikan oleh guru. Guru boleh bertanya terus sama ada pelajar faham atau tidak isi pelajaran yang telah diajarkan oleh guru. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya pelajar dapat memahami perkara yang telah diajar maksudnya mereka telah mendengar dan menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan juga sebaliknya. Namun begitu, cara yang lebih baik untuk mengetahui sama ada pelajar telah belajar dengan baik adalah melalui aktiviti pembelajaran yang dijalankan selepas penerangan guru iaitu melalui aktiviti penerokaan dan pengembangan. Guru dapat membuat penilaian terhadap pelajar-pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, latihan pengukuhan yang diberikan juga dapat membantu guru mengetahui pelajar yang dapat menguasai objektif pembelajaran atau tidak. Jadi, guru perlu mengambil perhatian terhadap cara untuk bertanya kepada pelajar.

3.      Pembelajaran aktif atau pasif? Agaknya berapa peratus guru bercakap dan berapa peratus pelajar bercakap?

Pembelajaran adalah aktif apabila pelajar aktif terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pelajar turut memberi maklum balas semasa guru menanyakan soalan kepada mereka. Pelajar juga berinteraksi dengan bahan pengajaran termasuk mengenali, memproses dan mengaplikasi informasi yang diterima melalui aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang pasif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Tidak semua pelajar aktif dalam suatu sesi PdP. Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, peratus guru bercakap adalah sebanyak 80% dan peratus pelajar bercakap adalah sebanyak 20%. Jadi, pembelajaran tersebut adalah lebih kepada pembelajaran yang berpusat kepada guru dan pelajar lebih banyak menerima daripada mengaplikasi perkara yang diterima.

4.      Is listening the best form of learning? Why?

The fastest and most effective way to absorb new thing is by actively listening. Pada pemahaman saya, salah satu cara terbaik untuk belajar perkara yang baharu adalah dengan mendengar secara aktif perkara yang disampaikan oleh guru terlebih dahulu sebelum memahaminya. Oleh itu, pelajar perlulah menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru menyampaikan isi pembelajaran. Pelajar perlulah mendengar bagi menerima informasi yang disampaikan terlebih dahulu dan seterusnya mereka boleh memproses maklumat yang diterima. Sekiranya mereka tidak dapat memahami perkara yang diterima, mereka boleh bertanya kepada guru supaya guru dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut. Jadi, mendengar adalah salah satu cara terbaik untuk belajar perkara baharu sebelum memproses maklumat yang diterima untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan.

REFLECTIONS-KANCANA A/P EH TEE
SMK KAMPUNG JAMBU

1. Set induksi was efektif? Why? Is there a better way or this way was the best?

Penggunaan gambar yang berkaitan kata ganda efektif digunakan kerana dapat merangsang otak murid untuk berfikir dan meneka tajuk pembelajaran dengan tepat. Mereka dapat melihat pelbagai gambar yang menarik perhatian mereka dan merangsang sifat ingin tahu dalam diri murid sebelum memulakan sesi pembelajaran. Kekurangan pengunaan gambar pada sesi pembelajaran pada kali ini ialah murid berkemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas gambar yang ditunjukkan oleh guru. Cadangan aktiviti lain untuk set induksi seperti guru dapat mengagihkan gambar yang merangkumi kata ganda kepada setiap kumpulan pelajar dan kumpulan masing-masing meneka topik pembelajaran. Selain itu, pendekatan didik hibur juga dapat digunakan seperti guru menyediakan kata ganda kemudian seorang atau dua orang murid keluar dan memberi petunjuk atau kata kunci dan rakan sekelas yang lain meneka perkataan tersebut. Aktiviti ini dapat meningkatkan komunikasi murid di dalam kelas di samping merangsang sifat ingin tahu dalam diri mereka.

2. Pembelajaran aktif atau pasif? Agak-agaknya berapa peratus guru bercakap dan berapa peratus pelajar berinteraksi? Especially this is a language classroom!

Pembelajaran agak pasif kerana guru banyak bercakap pada aktiviti penerangan tetapi murid diminta untuk membaca dan bersoal jawab bersama guru pada langkah penerangan bagi mewujudkan interaksi dua hala bersama murid. Guru 60% bercakap manakala murid 40%. Penambahbaikan pada aktiviti ini, murid dapat membuat penerangan dan guru memberi bimbingan dan teguran jika terdapat kesalahan bagi mewujudkan pembelajaran yang aktif. Aktiviti penerokaan dan pengembangan perlu dirancangan dengan lebih mementingkan interaksi murid.

3. Is this the best form 4 class? Adakah kaedah pengajaran yang dirancang merupakan yang terbaik yang boleh merangsang minda pelajar serta mencabar keupayaan berbahasa mereka?

Kelas 4 Amanah merupakan kelas paling hadapan tetapi murid berbangsa Cina dan India lemah bagi matapelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh saya untuk melakukan aktiviti berkumpulan murid yang dapat menguasai bahasa Melayu dapat membantu murid yang lemah. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat memahami perkataan atau istilah yang ada dalam bahasa Melayu, aktiviti perbincangan dalam kumpulan dapat meningkatkan interaksi bersama rakan dengan menggunakan bahasa Melayu kerana kumpulan yang diagihkan terdiri daripada murid berbangsa Melayu, Cina dan India bagi mengelakkan mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sewaktu perbincangan.

Aktiviti penambaikan bagi mencabar keupayaan berbahasa mereka ialah guru tidak perlu menyediakan kata ganda kepada murid. Murid perlu kreatif menghasilkan dialog atau ayat dengan menggunakan kata ganda mengikut kreativiti mereka sendiri. Guru hanya berperanan sebagai pembimbing sahaja.

4. What is Empty Vessel (Tin Kosong) yang diperkenalkan oleh Paolo Freire? Apa relevansi konsep ini dengan pengajaran anda pada hari ini? Bersetuju? Tidak?...Kenapa?

Empty Vessel yang diperkenalkan oleh Paolo Freire berkaitan hubungan antara guru dan pelajar. Freire berpendapat hubungan yang ‘strict vertical hierarchy’ antara guru dan pelajar di mana guru berperanan memberikan pelajar tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat. Hal ini bermaksud guru yang memberikan maklumat kepada mereka. Sepatutnya murid sudah memiliki pengetahuan mengenai topik pembelajaran berkaitan sesuatu subjek itu. Pembelajaran bukan hanya bergerak sehala iaitu guru kepada pelajar tetapi pembelajaran bebas bergerak ke semua arah. Pembelajaran dapat dilaksanakan melalui aktiviti perbincangan seperti bertukar pendapat dan Teknik sumbang saran bagi memperoleh pemahaman yang lebih mendalam. Konsep ini relavan dengan pengajaran pada hari ini kerana guru telah menyediakan maklumat kepada semua pelajar sepatutnya bukan hanya guru yang perlu menyediakan bahan, murid juga perlu menyediakan bahan berdasarkan pembacaan mereka. Setelah itu, guru membuat perbincangan bersama dengan semua pelajar serentak termasuk pelajar yang telah dapat menguasai topik ini. Aktiviti ini akan meningkatkan komunikasi dan interaksi bersama pelajar dan dapat mencabar tahap kebolehan murid.

5. Kerja kumpulan atau sendiri? Apa rasional anda untuk melakukan aktiviti ini? Adakah kesemua di atas dicapai? Interaksi pelajar berkesan @ Berjaya?

Rasional aktiviti berkumpulan dirancang bagi murid-murid dapat berinteraksi kerana pada asal kedudukan dalam kelas murid berkelompok mengikut bangsa mereka. Oleh itu, secara tidak langsung aktiviti ini merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam diri murid yang berbangsa Cina dan India dan dibantu oleh murid berbangsa Melayu. Perancangan pada langkah pengembangan ini dapat dicapai berdasarkan pembentangan yang dilakukan oleh murid.

7. Berapa % penglibatan guru? Berapa % penglibatan pelajar? Apa kesimpulan yang anda boleh buat berdasarkan kepada statistik di atas? Kenapa?

Penglibatan guru sebanyak 60% dan penglibatan pelajar 40%. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah perancangan pdp perlu lebih berpusatkan murid dan merancang pembelajaran yang lebih kreatif untuk menarik minat dan menghasilkan pembelajaran yang dapat mencabar kebolehan pelajar bagi subjek bahasa.

ZULHANIEYZA HANIM BINTI ZULKIFLI