TAMADUN ISLAM by

3. Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.  Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. |   |  Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

2. Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

1. Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Diketahui umum, batu surat yang ditemui di Terengganu pada 1303 SM di Tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) adalah satu tanda aras yang menga agama Islam. Penemuan batu bersurat yang ditemukan oleh Sayid Husin Bin Ghulam al-Bukhori ini adalah satu bukti besar bahawa Islam telah bertapak lebih 700 Tahun di Tanah Melayu dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Kesyumulan Agama Islam yang merangkumi segala aspek kehidupan umatnya membuatkan ramai yang tertarik untuk menganutinya. Jaminan keselamatan dunia akhirat telah melindungi umatnya dengan satu perundangan yang dinamakan Syariah islamiah. Kekuasaan kerajaan Islam yang memerintah telah melaksanakan undang-undang syariah Islam sepenuhnya dengan mewartakannya kepada seluruh rakyat jelata sebelum dilaksnakan. Batu bersurat yang ditemui ini adalah bertulisan jawi dan kandungannya adalah menyentuh mengenai perundangan Syariah Islam dimana pemerintahan kerajaan disitu pada masa tersebut adalah kerajaan Islam dan rakyat jelatanya juga adalah penganut agama Islam sepenuhnya.