Silir Daksina by Michelle

Terangkan cabaran-cabaran Haiqal untuk menyingkap rahsia di sebalik manuskrip (2 cabaran hebat)
Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang telah saya baca.Dua cabaran hebat yang dihadapi oleh Haiqal untuk menyingkap rahsia di sebalik manuskrip Abdullah bin Kayan.

Cabaran yang dihadapi oleh Haiqal ialah cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya.Haiqal ingin pulang ke kampung arwah ayahnya di Johor, namun uminya tidak membenarkan tindakan Haiqal untuk pergi ke sana kerana di Johor,Haiqal tidak mengenali sesiapa dan tidak mempunyai tempat untuk bermalam.Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja jika Haiqal terus berkeras untuk pergi ke Johor.

Selain itu,cabaran Haiqal dengan penduduk Kampung Seri Purnama.Pada mulanya,niat Haiqal untuk pulang ke kampung hanyalah untuk menjejaki warisan Abdullah bin Kayan tetapi penduduk kampung seperti Pak cik Bakar dan yang lain berharap agar Haiqal menghidupkan semula Kumpulan Zapin D'purnama di kampung ini.

Contoh-contoh peristiwa yang menunjukkan kesepakatan masyarakat di Kampung Seri Purnama.
Berdasar novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang telah saya baca.Terdapat tiga contoh peristiwa yang menunjukkan kesepakatan penduduk Kampung Seri Purnama.

Peristiwa yang pertama ialah,ketua kumpulan Zapin D'purnama Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka.Semua orang kampung bersepakat dan bersetuju untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama.Kita dapat melihat betapa bersungguh-sungguhnya penduduk Kampung Seri Purnama mahu menghidupkan semula zapin jincat bersama-sama.

Selain itu,peristiwa yang kedua ialah perbincangan antara Cikgu Zam iaitu Abdullah bin Kayan dengan beberapa penduduk kampung tentang persiapan untuk majlis tersebut.Tauke Lim bersetuju akan menanggung perbelanjaan jamuan tetamu,Cikgu Zam dan Roslan pula berbincang tentang persiapan majlis dan Abang Bakir mencadangkan aktiviti lain iaitu slot mendeklamasi puisi.Bukan itu sahaja,Abang Bakir juga memujuk dan menasihatkan Cikgu Zam untuk tidak mensia-siakan bakat yang ada pada Cikgu Zam.Kita dapat melihat betapa gembira dan bersemangatnya penduduk kampung dalam perbincangan persiapan majlis tersebut.

Akhir sekali,peristiwa yang ketiga ialah Haiqal berkerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan Zapin D'purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya Abdullah bin Kayan.Ketika hari persembahan,Lazim telah ditimpa kemalangan.Haiqal dan See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga membuatkan penduduk kampung berasa sangat terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan.Kita boleh lihat bagaimana semua penduduk kampung berkerjasama menghargai dan mengingati perkara baik yang telah arwah lakukan semasa arwah masih hidup kerana Abdullah bin Kayan ialah aset kepada Kampung Seri Purnama bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.