Kritikan Terhadap Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Ramai pelajar universiti sering mengulangi penanda wacana yang sama atau menggunakan bentuk yang tidak tepat dalam penulisan esei. Bincangkan masalah ini dengan mengemukakan contoh kesalahan. by Ameerul Aswad

Masalah pengulangan dan penggunaan penanda wacana yang tidak tepat dalam esei pelajar universiti berpunca daripada kurangnya pemahaman tentang fungsi penanda wacana, kebiasaan menggunakan frasa mudah, dan kekurangan kemahiran menyusun idea secara logik.

Contoh kesalahan :

Selalunya mangsa merupakan seorang yang sentiasa merasa cemas, tidak selamat, terlalu berhati-hati, mempunyai harga diri yang rendah dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari.

Ternyata, berakhlak baik sesama insan amat dituntut dalam kalangan mereka yang beriman sehinggakan ianya dianggap dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi sebagai pencuci kepada segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

Kesalahan penanda wacana yang tidak tepat : Ternyata

Pembetulan penanda wacana:

Jelaslah bahawa

Pada pendapat kami, pelajar IPTA sering mengulangi penanda wacana yang sama kerana kurangnya pendedahan tentang penanda wacana yang diberikan kepada para pelajar. Selain itu, para pelajar juga sering mengahafal penanda wacana tanpa memahami cara penggunaannya yang sebenar.

Contoh :

Walaupun ibu tunggal menghadapi masalah kekangan masa bersama anak-anak kerana tanggungajawab yang digalas sebagai ibu dan ayah dalam mengetuai keluarga namun kesemua ibu tunggal tetap berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak  (Moch. Salman Alfarizi et al., 2021).

Pembetulan :

Ibu tunggal menghadapi masalah kekangan masa bersama anak-anak kerana tanggungjawab yang digalas sebagai ibu dan ayah dalam mengetuai keluarga. Walau bagaimanapun, kesemua ibu tunggal tetap berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak (Moch. Salman Alfarizi et al., 2021).

ADAM, LAVI, CHU

Ramai pelajar universiti melakukan kesalahan ketika menggunakan penanda wacana dalam penulisan. Antaranya ialah pengulangan penanda wacana yang sama secara berlebihan. Contohnya, pelajar terlalu kerap menggunakan perkataan selain itu atau oleh itu dalam setiap perenggan. Hal ini menjadikan esei kelihatan hambar dan tidak menarik kerana kurang variasi dalam gaya bahasa.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang menggunakan penanda wacana dalam bentuk yang salah. Misalnya, mereka menulis walaupun begitu tetapi yang sebenarnya salah kerana penggunaan “walaupun” dan “tetapi” tidak boleh digabungkan sekali gus. Kesalahan ini menunjukkan kelemahan pelajar dalam memahami fungsi sebenar penanda wacana.

Contoh artikel:

Pelajar universiti perlu rajin belajar. Selain itu, mereka perlu menghormati guru. Selain itu, mereka harus menjaga disiplin. Selain itu, mereka juga perlu menepati masa.

Dalam penulisan akademik, penanda wacana penting untuk menghubungkan idea. Namun, pelajar universiti sering melakukan kesalahan dalam penggunaannya.

Mereka  kerap mengulang penanda wacana yang sama seperti selain itu sehingga menimbulkan kebosanan. Hal ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan fungsi sebenar setiap jenis penanda wacana. Oleh itu, pelajar perlu memperbanyak bacaan bahan akademik

Contoh :

Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti kefahaman mahasiswa tentang konsep keperluan dan kehendak

Aqil, Kho, Grace

Pada pandangan saya, tindakan pelajar hanya mengulang penanda wacana yang sama tanpa kepelbagaian akan menjadikan penulisan nampak kaku, tidak bervariasi, dan kurang matang.Sepatutnya diganti dengan penanda wacana lain yang seerti, contohnya: Tambahan pula, Di samping itu, Malah, Justeru, Oleh itu.

Contoh kesalahan:

Selain itu, wujud enam kata kunci utama yang mewakili aspek Populasi, tiga kata kunci utama yang mewakili aspek Fokus dan 12 kata kunci utama yang mewakili Konteks. Perkongsian proses penyelidikan ini penting bagi menjana inovasi guru-guru dalam proses menganalisis sesuatu bahan serta memberi pendedahan berkaitan perisian serta kaedah analisis terkini dalam penyelidikan. Selain itu, hasil kajian ini juga membolehkan penulisan karangan murid mampu difokuskan pada kehendak soalan berdasarkan tiga aspek utama serta tiga kata kunci utama yang sekali gus membuka peluang untuk perkembangan kajian lanjutan berkaitan inovasi dalam penulisan karangan.

Walaupun generasi pertama Chetti serta Baba dan Nyonya sudah tiada, tetapi bahasa dan budaya yang digunakan oleh mereka digunakan secara turun temurun.

Kesalahannya ialah'walaupun' tidak boleh menjadi perkataan pertama.

Dalam hal ini, para ulama menjelaskan bahawa di kalangan manusia terdapat 3 jenis hati iaitu hati yang sihat, hati yang sakit dan hati yang mati.