TITAS MOOC by Yaya Sueraya

Sejarah Perkembangan Islam Di Nusantara
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran.Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gujarat,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Paa awal abad ke-13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudera, kurang 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh, yang meninggal pada 696H/1297 Masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Hubung Kait Dengan Undang-Undang Syariah Islam
Dalam Batu Bersurat pengistiharan Islam telah dilakukan sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Terdapat keterangan tentang Allah dan Rasul,serta bukti bahawa sistem perundangan Islam gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia juga membabitkan bidang muamalat iaitu tentang hutang piutang,undang-undang keterangan,hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman.