My harmonious grid by Aisyah Atira

Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Penemuan oleh ayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.
Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

BATU BERSURAT TERENGGANU

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR

Undang-undang syariah ialah undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada zaman dahulu telah membuktikan kedatangan Islam di Tanah Melayu telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi. Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah yang turut menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti pembunuhan dan kecurian, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.
Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.  Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara iaitu Sultan Iskandar Shah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.  Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

Pertemuan batu bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan sejarah perkembangan islam di nusantara. Proses Islamisasi di setiap daerah di Indonesia dilakukan secara bertahap. Daerah yang pertama mendapat pengaruh Islam adalah daerah Indonesia bahagian Barat. Daerah ini merupakan jalur perdagangan internasional sehingga pengaruh disebarkan dengan cepat di sana.Ada beberapa pendapat mengenai proses Islamisasi di Indonesia. Menurut Ricklefs, proses Islamisasi dilakukan dengan dua proses. Pertama, penduduk pribumi berhubungan dengan agama Islam dan kemudian menganutnya. Kedua, orang-orang asing seperti Arab, India, Persia, dan lain-lain yang telah memeluk agama Islam bertempat tinggal secara tetap di suatu wilayah Indonesia, melakukan perkawinan campuran dan mengikuti gaya hidup tempatan sehingga ajaran Islam dengan mudah masuk dalam kehidupan orang Indonesia. Perkembangan berikutnya penyebaran Islam dilakukan melalui pertunjukan kesenian, diplomasi politik dengan penguasa setempat, membuka lembaga-lembaga pendidikan seperti pesantren, dan tasawuf. Proses masuk dan berkembangnya agama Islam di Nusantara menurut Ahmad Mansur Suryanegara terdapat tiga teori waktu masuknya Islam ke Nusantara. Antaranya ialah Islam datang dari Arab, Islam datang dari Gujarat dan Islam datang dari Persia.