ASAS PEMASARAN by

Azean
1.0 TAKRIF PASAR

Sebelum anda diperkenalkan dengan maksud sebenar pemasaran, adalah lebih elok sekiranya anda mengetahui serba sedikit berkenaan dengan takrif pasaran ataupun pasar. Ia bertujuan untuk memudahkan lagi anda memahami maksud pemasaran. Di bawah ini ada disertakan takrif pasar yang diambil daripada beberapa sumber. Marilah sama-sama kita mempelajarinya.

Pasar atau pasaran boleh ditakrifkan sebagai:

1. American Marketing Association mentakrifkan pasar sebagai suatu keadaan di
mana pembeli dan penjual membuat keputusan yang membolehkan
pemindahan barang-barang dan perkhidmatan.

2. Pasaran adalah jumlah permintaan untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan

3. Pasar merupakan suatu kumpulan pembeli dan penjual dalam sesuatu kawasan
untuk sesuatu keluaran di suatu peringkat dalam saluran perdagangan dan pada
sesuatu masa yang tertentu.

4. Pasar adalah suatu kawasan yang di dalamnya:
i) Terdapat permintaan untuk barang-barang dan perkhidmatan
ii) Terdapat kuasa-kuasa penawaran dan permintaan yang bergerak untuk
menetapkan harga.
iii) Berlaku pertukaran barangan atau perkhidmatan

Melalui penakrifan pasar yang telah diberikan , mungkin sekarang anda lebih bersedia untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pemasaran.

1.1 DEFINISI PEMASARAN

Anda mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.