BATU BERSURAT TERENGGANU by Sibingkai Hitam_

SEJARAH PENEMUAN BATU BERSURAT TERENGANU
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

HUBUNG KAIT BATU BERSURAT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Batu bersurat Terengganu yang mempunyai ukuran yang paling tua dan tulisan jawi membuktikan Islam sampai ke Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386. Dengan penemuan ini, Terengganu menjadi negeri paling awal menerima kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Batu yang berasal daripada batu granit yang keras dan tidak mudah pecah ini, mencatatkan nama Raja Mandalika yang telah memerintah dan melaksanakan hukum-hukum Islam. Tambahan pula, batu ini juga menunjukkan bahawa Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan kemungkaran. Selain itu, batu tersebut mengandungi fakta falak iaitu Jumaat pertama pada bulan Rejab tahun 702 Hijrah bertepatan dengan munculnya Buruj Saratan apabila perintah agama mengisytiharkan ukiran undang-undang Islam pada batu tersebut oleh pemerintah Terengganu pada masa itu.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Penemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam di Nusantara ialan melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat, Arab, Rusia telah membawa pengaruh besar. Pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam ,memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam keseluruh negara. Pada awal abad ke-13 wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir Samudera, kurang dari 15km Ihoksamuwe. Penemuan Batu Nisan Sultan Malik Al- Salleh, yang meninggal pada 696\1297 Masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu. Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi menggelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka  aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Bapa Melaka yang kebanyakannya beragama Islam