TUGASAN INDIVIDU KPS3014 by PETLUSIA ANAK FRANKIE

Objektif Pembelajaran:
Menghasilkan karangan pendek berdasarkan gambar yang diberikan.

Aktiviti:
Kaedah Make a Match.
1. Guru menyediakan beberapa keping soalan bercetak dalam bentuk gambar.
2. Setiap pelajar akan diedarkan oleh guru keping kertas yang mengandungi soalan dalam bentuk gambar.
3. Kemudian pelajar akan bergerak mencari rakan kelas yang memiliki soalan bergambar yang sama.
4. Pelajar berbincang menyelesaikan tugasan secara bersama-sama.
5. Kefahaman pelajar akan diuji dengan menghasilkan karangan pendek berdasarkan soalan berbentuk gambar yang telah diberikan.

KESIMPULAN
Melalui kaedah Make a Match, isu pelajar terlalu ramai di dalam kelas akan diselesaikan. Kaedah ini dapat mengawal kesesakan pelajar dalam menanyakan soalan yang sama berulang kali sekaligus meningkatkan kemahiran pelajar  mengerjakan tugasan secara  berkumpulan. Justeru, guru dapat menerangkan berkaitan soalan yang kurang difahami pelajar secara serentak.

FAKTOR PERBEZAAN SOSIOEKONOMI KELUARGA
1. Ekonomi Keluarga.
Kesediaan belajar seseorang murid agak terpengaruh apabila ekonomi keluarga tidak mendukung. Setiap tahun ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM800 atau lebih bagi membiayai persekolahan anak-anak mereka mengikut kuantiti anak-anak mereka yang masih menuntut ilmu tidak kira di sekolah rendah, menengah mahupun IPT. Bagi ibu bapa yang kurang mampu kemungkinan besar mengalami kekangan untuk membiayai anak-anak mereka sekolah. Hal sedemikian mampu mempengaruhi kesediaan belajar seseorang murid. Sebagai contoh, apabila murid tersebut diminta untuk membeli buku latihan mahupun buku rujukan. Sekiranya ibu bapanya tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi, maka murid tersebut terpaksa menangguhkan pembayaran buku. Kesannya, ianya menyebabkan murid tersebut kekurangan sumber idea dan latihan kendiri bagi subjek yang penting.

2. Pendidikan Keluarga
Pendidikan dalam kalangan ahli keluarga juga memberi impak yang besar kepada kesediaan belajar seseorang murid. Sesetengah ibu bapa tidak berpelajaran tinggi dan hanya mampu membimbing anak-anak mereka membaca dan menulis sahaja. Masalah akan timbul sekiranya anak-anak mempunnyai kerja sekolah yang perlu dikerjakan. Sebagai contoh, bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan salah satu subjek teras yang kurang diminati oleh para murid. Sekiranya murid mempunyai kerja rumah bahasa Inggeris yang diberikan oleh guru mereka, murid-murid sudah tidak mempunyai hala tuju kepada siapa mereka akan bertanya berkaitan kerja rumah berkenaan. Akhirnya mereka akan bertanya kepada ibu bapa mereka dan meminta bimbingan dari mereka. Bagi murid yang mempunya ahli keluarga yang berpendidikan, perkara tersebut mungkin menjadi perkara kecil dan mudah. Akan tetapi, bagi murid yang berasal dari keluarga yang kurang berpendidikan, ianya menjadi satu masalah dimana ibu bapa mereka tidak dapat membimbing murid tersebut dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahnya. Oleh itu, pendidikan keluarga menjadi kekangan terbesar dalam kesediaan belajar seseorang murid.

3. Tidak mendapat bimbingan keluarga.
Terdapat sesetengah ibu bapa  yang kurang mengambil tahu tentang pelajaran anak-anaknya. Ibu bapa tersebut kurang peka terhadap pencapaian anak-anak di sekolah begitu juga tentang kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada anak-anaknya. Kebanyakkan ibu bapa bersifat sambil lewa terhadap masa belajar anak-anak sehingga menyebabakn anak-anaknya mengambil kesempatan tersebut untuk tidak menumpukan perhatian penuh kepada setiap pembelajaran di sekolah ataupun di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa tidak membuat jadual belajar untuk anak-anaknya. Hal ini menjadikan sesetengah anak-anak leka sehingga lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid. Berbeza dengan murid yang mempunyai ibu bapa yang tegas dalam pembelajaran mereka. Murid seperti ini cenderung lebih menghargai masa belajar dan kurang meluangkan masa terhadap gadjet dan media sosial. Keadaan ini juga mempengaruhi kesediaan belajar seseorang murid.

4. Sikap Keluarga.
Sering kali kita mendengar tentang istilah 'anak emas' dalam sesebuah keluarga. Wujudnya sikap keluarga terutamanya ibu bapa yang bersifat terlalu berlembut dan memberi apa yang diingini oleh anak mereka mampu menjadi halangan bagi seseorang murid dalam kesediaan belajar. Tidak salah apabila ingin memanjakan anak masing-masing. Akan tetapi sifat terlalu memanjakan anak sehingga mendatangkan kesukaran kepada ibu bapa lebih berbahaya. Sebagai contoh, apabila anaknya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa sebab, segelintir ibu bapa tidak bertegas dan hanya mengikut kemahuan anaknya. Kesannya dapat mempengaruhi kesediaan belajar seseorang murid sekaligus menjadikan murid tersebut sebagai anak yang tidak mempunyai komitmen dalam pembelajarannya.

KAEDAH MEMOTIVASIKAN MURID YANG BERBEZA KESEDIAAN MEMBACA.
Mengambil berat masalah murid. Sekiranya murid tersebut tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang diberikan, guru tidak seharusnya menghukum murid tersebut. Hal ini kerana memahami lebih baik berbanding menghukum. Murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan bukan menyifatkan diri mereka sebagai seorang pemalas. Kemungkinan murid tersebut tidak memahami cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut dan tiada yang membimbing murid tersebut untuk menyiapkan tugasannya. Akhirnya murid berkenaan membiarkan tugasannya dalam keadaan belum lengkap selain tidak mahu meniru hasil kerja rakan-rakannya. Pada masa yang sama juga, mungkin itu salah satu cara murid tersebut untuk meminta guru menerangkan berkaitan tugasan berkenaan dengan lebih jelas.

1. Mendengar Pengakuan Murid
Sebagai seorang guru kaunseling, saya berperanan dalam mendengar masalah murid tersebut. Mendengar masalah murid dapat meringankan masalah yang dihadapi murid sekaligus mengekang murid tersebut daripada mengambil tindakan di luar jangkaan yang mampu membahayakan keselamatan murid itu sendiri. Memandangkan murid tersebut merupakan mangsa liwat kepada murid lain, di mana kes berikut merupakan kes berat, kemungkinan besar ‘mangsa’ berada dalam keadaan tertekan dan tidak teliti dalam menceritakan situasi yang sebenar, maka saya akan menenangkan murid tersebut dengan memberikan nasihat kepadanya terlebih dahulu. Hal ini dikatakan demikian, agar ‘mangsa’ tetap berada dalam keadaan tenang. Selain itu, memberitahu ‘mangsa’ bahawa keselamatan dan rahsia ‘mangsa’ dijamin selamat dengan saya. Setelah ‘mangsa’ berada dalam keadaan tenang, saya akan meminta ‘mangsa’ menceritakan situasi sebenar secara terperinci, iaitu memberitahu di mana dan masa perkara tersebut berlaku.

2. Menyiasat Aduan Murid
Seterusnya, menyiasat aduan murid. Sebagai seorang guru kaunseling, saya berperanan dalam menyiasat aduan murid berkaitan dengan masalah yang dihadapinya. Segelintir guru kaunseling terlalu tergesa-gesa dan mengambil keputusan sendiri dalam menyelesaikan masalah murid kerana menilai masalah murid tersebut kurang serius tanpa perlu disiasat terlebih dahulu. Akibatnya, guru kaunseling seperti ini hanya menunding jari kepada murid-murid yang memiliki rekod masalah disiplin yang kurang memuaskan di sekolah. Tidak kurang juga guru kaunseling yang menyalahkan murid itu sendiri kerana tidak mempunyai kemahiran dalam melindungi diri sendiri. Walaubagaimanapun, guru kaunseling perlu amanah dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Masalah yang dihadapi murid sama ada ringan, sederhana mahupun berat perlu diselidiki secara terperinci oleh guru kaunseling. Oleh itu, bagi kes liwat seperti yang dihadapi ‘mangsa’, saya perlu meminta bantuan daripada guru disiplin untuk bersama-sama menyiasat perkara tersebut sekaligus mencari bukti yang kukuh.

3. Memanggil Pelajar Yang Terlibat Dan Saksi
Selanjutnya, memanggil pelajar yang terlibat dan saksi. Saya sebagai guru kaunseling perlu mendapatkan maklumat dan kesaksian daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu. Selain itu, saya tidak seharusnya tergesa-gesa menyerahkan murid yang bersalah kepada guru disiplin untuk diambil tindakan sekiranya bukti masih belum kukuh. Dalam hal yang melibatkan kes berat seperti ini, kami pihak guru yang terlibat perlu mengambil serius kes seperti ini bagi mengelakkan masalah terlepas pandang kerana dapat menyulitkan lagi siasatan yang dijalankan. Sekiranya murid yang bersalah mengaku kesalahannya, saya perlu menanyakan kepada murid tersebut secara peribadi akan sebab murid itu berkelakuan begitu. Akan tetapi sebaliknya yang berlaku sekiranya murid yang bersalah tetap mengaku tidak bersalah maka saksi-saksi perlu dipanggil, iaitu guru kelas, guru disiplin, guru-guru lain termasuk rakan sekelas pesalah. Tujuan para saksi dipanggil adalah untuk mengetahui rekod disiplin murid semasa di dalam kelas mahupun di luar kelas. Rakan sekelas dapat dipersoalkan berkaitan dengan masa keberadaan pesalah di dalam kelas dan membandingkan dengan masa semasa berlakunya situasi tersebut. Kemungkinan terdapat rakan-rakan pesalah yang turut bersubahat dengan pasalah untuk melakukan kesalahan tersebut.

4. Tidak Menyebarkan Masalah Murid
Guru kaunseling merupakan guru yang mendapat kepercayaan daripada para murid untuk meluahkan masalah mereka. Segelintir guru kaunseling yang tidak bersikap professional dalam pekerjaannya seringkali menyebarkan masalah murid kepada rakan-rakan guru yang terdekat. Hal ini menyebabkan masalah tersebut semakin tersebar luas dalam kalangan penghuni di sekolah. Masalah lebih parah apabila sesetengah guru kaunseling mendedahkan nama murid yang bermasalah tersebut kepada sesama guru kaunseling walaupun ianya tahu tentang peraturan sebagai seorang guru kaunseling. Kesannya, para murid mengambil keputusan tidak mahu berterus terang tentang masalah mereka kepada guru kaunseling.

KESIMPULAN
Sebagai guru kaunseling, saya perlu bersikap professional dan tidak seharusnya mencampur adukkan masalah peribadi dengan masalah murid. Selain daripada itu, saya perlu bersikap amanah dalam menyimpan masalah murid dan menganggapnya sebagai rahsia antara guru kaunseling dan murid sahaja tanpa melibatkan pihak ketiga. Justeru, saya perlu mengadakan sesi kaunseling bersama-sama dengan murid yang terlibat dengan masalah salah laku. Bagi membantu murid juga, saya harus membuat pemantauan terhadap pelajar yang mempunyai masalah salah laku secara berteusan dan cuba untuk memperbetulkan tingkah lakunya berdasarkan pendekatan kaunseling.