Majlis Graduasi Pra Sekolah & Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2019 by YiKing Chong

Setiap tahun kanak-kanak berusia 5 akan mendaftar menjadi warga baharu sekolah ini,  harapan dan hasrat ibu bapa yang mendaftarkan mereka telah mengambil langkah pertama dalam kehidupannya. Hasrat dan harapan ibu bapa ditenun dan dirapatkan dengan bilah-bilah belidah agar kemas dan halus. Hamparan yang ditenun pastinya gah dipuja malah bangga bila dipakai.
Setiap tahun juga sekolah akan menilai setiap hamparan yang ditenun sepanjang musim agar sulaman kerawang dapat dilakukan bagi menandakan hamparan terbaik mahupun hamparan yang perlu dikemas kembali. Analogi ini membawa kita kepada suatu proses penilitian dan pemilihan, maka hujungnya akan ada suatu sesi menghargai hasil yang baik serta pujian yang perlu dizahirkan melalui kata-kata.
SK Pengkalan Lobang yang telah wujud sejak 1951, berdiri penuh berjasa di tapak yang sama sejak zaman sebelum Malaysia. Pada usianya kini, ia telah melahirkan beribu-ribu hamparan tenunan iaitu anak didik yang  berjasa kepada Bumi Kenyalang malahan negara ini. Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-68 kewujudannya dan sambutan MAKP yang ke-49. Dan Kali Ke-3 bagi Majlis Graduasi Pra Sekolah yang masih berusia semuda 3 Tahun.

Setiap insan tidak mampu untuk hidup bersendirian dan terpisah dari kelompok. Kehidupan bermasyarakat memerlukan suatu hubungan yang sihat dan baik, hubungan ini harus sentiasa dipelihara dan dipupuk agar kekal baik dan berfungsi dengan sempurna.
Konsep itu dijadikan kayu ukur utama atau rasional agar kehidupan bermasyarakat di Bawan kekal baik dan terpelihara, bukan sekadar institusi sesama institusi malahan lebih halus dan akrab seperti hubungan sesama murid, hubungan murid dalam keluarga, hubungan murid dalam masyarakat, hubungan antara sesama ahli dalam institusi.
Setiap usaha yang baik harus dihargai dan diberi peneguhan agar dapat dicontohi ahli masyarakat selain mengekalkan momentum bermotivasi. Cabaran dan dugaan dalam kehidupan ahli pasti akan menghakis dinding motivasi, oleh itu sesuatu penghargaan pasti akan mengekalkannya.

Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang sebagai satu pengiktirafan atas usaha mereka sepanjang tahun.

Membina rangsangan dan membentuk galakan kepada semua pelajar agar berusaha mencipta kecemerlangan.

Para pelajar lebih bersemangat dan beriltizam dalam merealisasikan visi dan misi sekolah

Mengeratkan silaturrahim dan membina kerjasama erat antara guru, kakitangan, pelajar dan  bermuafakat sebagai asas persefahaman untuk kecemerlangan.

Aturcara Majlis