Shades of summer by Siti Kholijah Binti Awang @ Zakaria

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH?
penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mecari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui.
Bagi ahli-ahli psikologi kognitif, mereka melihat penyelesaian masalah sebagai satu tahap pemprosesan maklumat. Kebanyakan ahli psikologi kognitif berminat untuk memahami apa yang berlaku dalam minda manusia apabila mereka menyelesaikan masalah dan bagaimana mereka mengendalikan maklumat untuk menyelesaikan masalah. Alan Newell dan Herbert Simon (1972), adalah merupakan dua orang ahli psikologi kognitif yang menjadi pendukung kepada pendekatan pemprosesan maklumat kepada penyelesaian masalah. Mereka merujuk kepada konsep masalah dengan menggunakan istilah “ruang masalah”. Terdapat empat elemen yang terkandung bagi sesuatu masalah, elemen masalah yang pertama dikenali sebagai “ruang permulaan” dimana ia merujuk kepada keadaan bermulanya sesuatu masalah. Elemen yang kedua dikenali sebagai “ruang matlamat” yang merujuk kepada berakhirnya sesuatu masalah. Elemen yang ketiga pula dikenali sebagai “ruang perantaraan” iaitu keadaan berbagai yang wujud di sepanjang laluan di antara “ruang permulaan” dan “ruang matlamat”. Seterusnya ialah elemen yang terakhir iaitu “operasi” dimana ia bertindak sebagai pergerakan yang dibuat terhadap penyelesaian masalah (Clarke & Gillet, 1997).

STRATEGI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH.
Setiap masa dan setiap hari kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan tidak kira di mana kita berada, di tempat kerja, semasa bermain dan lain - lain,.

Walaubagaimanapun, penyelesaian masalah merupakan satu seni kerana tiada satu pendekatan yang universal dalam menyelesaikan masalah.
Perkara pertama perlu dilakukan dalam menyelesaikan masalah ialah dengan menyatakan masalah tersebut. Ini merupakan tahap kritikal dalam penyelesaian masalah dan mengambil masa serta perbincangan kumpulan mungkin diperlukan.
Memikirkan sejenak :
*Apakah permasalahannya?
*Adakah ia masalah saya?
*Adakah ia masalah sebenar, atau ia merupakan symptom untuk masalah yang lebih besar?
*Sekiranya ia maslah lama, di mana kah kesilapan atau kelemahan pada penyelesaian sebelum ini?
*Adakah ia memerlukan penyelesaian yang segera, atau ia boleh tunggu?
*Adakah ia boleh selesai dengan sendirinya?
*Adakah berisiko sekiranya saya mengabaikannya?
*Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam menyelesaikan masalah?
*Adakah penyelesaian tersebut akan memberi kesan ke atas sesuatu yang perlu ddikekalkan?
MENGANALISA SEBAB-SEBAB Sebaik sahaja masalah dikenalpasti, seterusnya perlu menganalisa penyebabnya.

Pertimbangan persoalan apakah sebab atau sebab-sebab kepada permasalahan tersebut?
MEMBINA PENYELESAIAN ALTERNATIF

Melihat kepada masalah dalam perspektif yang berbeza cuba dapatkan perspektif baru yang anda tidak pernah fikirkan. Sebaik sahaja semua penyelesaian alternative disenaraikan, perlu ada sikap terbuka kepada kepada setiap kemungkinan. Berikan tumpuan kepada:
*Perlu lebih maklumat (need more information)

*Penyelesaian yang baru

*Boleh digabung atau dibuang

*Akan bertemu sesuatu yang berlawanan

*Kelihatan seperti memberi harapan atau mengujakan?
MEMILIH DAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK

Penyelesaian pertama yang difikirkan tidak semestinya penyelesaian terbaik walaupun ia diterima oleh semua.

Pertimbangan persoalan :

*Adakah kelebihan dan kekurangan setiap penyelesaian dikenalasti?

*Adakah setiap penyelesaian telah dikaji berdasarkan kesan ia akan memberikan kepada keseluruhan organisasi, bukan hanya sebuah kumpulan atau jabatan?

*Adakah maklumat yang diperlukan boleh didapati dalam membuat keputusan memilih penyelesaian alternative yang terbaik?
Seterusnya membina perancangan untuk pelaksanaan:

*Proses langkah demi langkah atau tindakan dalam menyelesaikan masalah

*Mengenalpasti sumber masalah

*Jangka masa pelaksanaan masalah.
MENILAI KESAN SESUATU PENYELESAIAN
Ini merupakan peringkat terakhir dalam menyelesaikan masalah ialah menilai kesan penyelesaiannya. Kita tidak seharusnya menganggap bahawa hanya dengan melalui langkah-langkah yang sebelumnya tindakan yang dilaksanakan akan menyelesaikan masalah. penilaian penyelesaian berguna sama ada kesimpulannya positif atau negatif.

KREATIVI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
Kreativiti sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian sesuatu masalah. (Guilford, 1950) Kreativiti adalah perbuatan, idea dan produk yang boleh mengubah domain sedia ada atau mengubah domain sedia ada kepada yang baharu.
Masalah dapat didefinisikan sebagaI Wujud apabila objektif tidak dipenuhi. Apa yang berlaku menentang apa yang mahu berlaku. Penyelesaian masalah didefinisikan sebagai proses mengambil tindakan pembetulan untuk memenuhi objektif.
Penyelesaian masalah secara kreatif adalah melihat perkara yang sama seperti orang lain dan berfikir sesuatu yang berbeza.

KAREKTER KREATIVI DAN LITERASI PENYELESAIAN MASALAH
Fikirkan tentang setiap idea dan menentukan pilihan yang terbaik. Fikirkan tentang apa

yang mungkin berlaku jika membuat sesuatu pilihan. Fikirkan tentang akibat yang

mungkin terjadi akibat idea yang dipilih. Idea yang dipilih seharusnya akan

menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Ini mungkin bahagian yang paling kompleks

dalam proses penyelesaian masalah. Berbanding daripada langkah sebelumnya ia kini

masa untuk melihat setiap penyelesaian berpotensi. Beberapa penyelesaian mungkin

mengalami masalah-masalah lain seperti kekangan masa atau bajet. Adalah penting

pada peringkat ini untuk mempertimbangkan apa yang mungkin berlaku jika apa-apa

yang telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Proses ini memerlukan

pemikiran yang kreatif dan idea-idea inovatif. Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa

membuat keputusan adalah satu kemahiran yang penting dalam penyelesaian masalah.

Penambahbaikan Idea

Penambahbaikan idea dibuat untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu

idea untuk meningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan.

Indikator Penambahbaikan Idea:

a. Menokok tambah idea

b. Mengubah suai idea

c. Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea

d. Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan

e. Memberi pelbagai kategori atau aspek

Membuat Keputusan (Decision Making)

'Membuat Keputusan adalah tindakan memilih antara dua atau lebih pilihan atau

tindakan. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat lebih daripada satu keputusan yang

'betul' antara pilihan yang ada. Mungkin terdapat pilihan yang lebih baik yang tidak

pernah dipertimbangkan, atau maklumat yang betul mungkin tidak boleh didapati pada

masa itu. Oleh kerana itu, adalah penting untuk menyimpan rekod semua keputusan

penting dan sebab-sebab mengapa keputusan ini telah dibuat, supaya penambahbaikan

dapat dilakukan pada masa hadapan. Ini juga menyediakan justifikasi untuk apa-apa

keputusan yang diambil apabila sesuatu berlaku. Pengalaman lalu mungkin tidak dapat

PENYESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM.
Amalan Dalam Penyelesaian Masalah 1. melalui Al-Quran – sesuai digunakan pada setiap masa, keadaan dan tempat 2. melalui Al-Hadis – selesaikan masalah yang tidak dijelaskan dengan terperinci dalam Al-Quran 3. melalui tindakan pemerintah – berpandukan hukum islam, lebih adil, saksama. Rakyat mesti mematuhi keputusan pemerintah 4. melalui nasihat yg bijaksana – bijak dan tidak menyinggung perasaan orang yang dinasihati dan ianya dapat menjamin.
5. melalui dakwah – dapat didekatkan kepada perkara kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan dilakukan berterusan tanpa mengira tempat , masa dan keadaan 6. melalui pendidikan – pendidikan sempurna dapat menjamin kehidupan seseorang ke arah yg lebih baik 7. melalui doa – cara memohon kebaikan dan menolak keburukan kepada Allah, di dahului usaha , doa dan bertawakkal 8. melalui kesungguhan bekerja – asas kejayaan dan segala masalah dapat diselesaikan dengan baik . Bagi mengatasi kemiskinan , Islam menggalakkan bekerja bersungguh-sungguh dan jadikan kerja sebagai ibadat 9. melalui pegangan agama yg teguh – islam adalah agama yg sempurna dan lengkap samada politik , sosial , ekonomi .