AWANG DAMIT & YONG MUN SEN by NUR FAKHIRA AINA BINTI MOHAMAD SUKERIA

BIODATA ARTIS
1. AWANG DAMIT BIN AHMAD

Nama yang diberi adalah Awang Damit bin Ahmad.

Beliau dilahirkan di Kampung Palu-Palu iaitu di daerah Kuala Penyu.

Awang Damit merupakan seorang pensyarah di UITM iaitu dalam bidang seni rupa.

Selain pensyarah, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai kurator Galeri Seni dan juga Ketua Jabatan Seni Halus sebelum dilantik sebagai Profesor Madya iaitu pada tahun 2000.

Awang Damit juga telah mengadakan pelbagai pameran iaitu secara berkumpulan mahu pun solo termasuk pertunjukan intipati budaya- Satu Sintesis di Galeri Nasional, Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1995 yang juga dipamerkan di Shenn’s Fine Art di Singapura pada tahun sebelumnya.

KARYA : MERENTAS DIRI
Artist: Awang Damit Ahmad (Malaysian, born 1956)

Title: PAYARAMA BARU "MERENTAS DIRI, 2015

Medium: mixed media on canvas

Size: 122 x 122 cm. (48 x 48 in.)

KRITIKAN KARYA : MERENTAS DIRI
Diskripsi :

Antara diskripsi yang dapat diperoleh dalam karya Awang Damit’Merentas Diri’ ini adalah karya ini mempunyai tema atau idea utama iaitu berkaitan dengan lautan kerana tajuknya adalah ‘ Merentas Diri’. Karya ini juga menggambarkan situasi yang sedang huru-hara. Dalam karya tersebut juga terlihat seperti sebuah kapal yang sedang berlayar di lautan, kapal yang di lambung ombak, terlihat juga jambatan-jambatan, sauh kapal. Karya juga memperlihatkan seperti kapal yang hampir karam.

Analisis :
Analisis yang dapat ditafsir melalui karya Awang Damit pula adalah melalui prinsip rekaan iaitu dari segi harmoni pada warnanya. Sebagai contohnya, warna biru yang digunakan berulang-ulang seperti pada lautan biru. Selain itu juga boleh dikaitkan dengan kepelbagaian jalinan yang terdapat iaitu pada kapal, lautan, sauh dan juga pada figura manusia.

Interpretasi :
Interprestasi yang dapat dilihat seperti di dalam karya melalui isi tersurat adalah menggambarkan sebuah lautan yang sangat luas yang dipenuhi dengan kapal-kapal, juga dapat dilihat bahawa terdapat manusia-manusia yang ingin menyelamatkan diri dari hanyut di lautan akibat angin yang sangat kencang dan juga ombak yang sangat besar sehingga menyebabkan kapal-kapal hilang kawalan dan seterusnya ada yang hampir karam ke dasar lautan. Isi tersirat yang dapat ditafsir melalui karya ‘Merentas diri” ini pula apabila beliau memainkan warna-warna yang panas seperti warna merah yang menggambarkan bahawa wujudnya kecelakaan antara kapal semasa berlayar untuk merentas diri. Selain daripada itu, dapat dilihat juga pada jambatan yang beradi di posisi tengah sebelah kanan karya. Hal ini kerana manusia tidak mampu untuk merentas sesuatu halangan dan seharusnya mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan diri dengan menaiki jambatan-jambatan di pinggiran yang berdekatan.

Judgement :

Karya Awang Damit ‘ Merentas Diri’ merupakan sebuah karya yang berjaya menggambarkan situasi yang penuh dengan onak duri, cabaran, halangan, kepahitan dalam merentas diri di kawasan lautan yang luas, dalam dan juga menakutkan. Karya ini juga berjaya dari segi penggunaan warna, rupa, bentuk, jalinan dan juga garisan . Prinsip-pripnsip rekaan yang digunakan ini juga telah meningkatkan kefahaman kepada audien tentang makna atau mesej yang ingin diekspresikan melalui karya tersebut. Akhir sekali, karya ini juga berjaya menyamaikan mesej melalui objek-objek yang digunakan iaitu objek yang bersesuaian atau mempunyai kaitan dengan tajuk iaitu ‘ Merentas Diri’.

BIODATA ARTIS
2. YONG MUN SEN

Nama asalnya ialah Yong Yen Lang.

Beliau  telah dilahirkan pada tahun 1896 di Kuching, Sarawak.

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1962.

Beliau menukar namanya kepada Yong Mun Sen pada tahun 1922.

Beliau dikenali sebagai Bapa Lukisan Malaysia.

Kebanyakan karya beliau adalah bertemakan bumi malaysia

Beliau menetap di Pulau Pinang pada tahun 1922 di mana beliau mempunyai studio seni sendiri di Pulau Pinang Road dan kemudian Northam Road.

Selepas kematiannya pada tahun 1962, karya-karyanya diberi penghormatan dan penghargaan yang tinggi dalam Seni Malaysia.

KARYA : BEACH, 1947
Artist : Yong Mun Sen (Chinese, 1896–1962)

Title: BEACH , 1947

Media : cat minyak atas kanvas

Size: 89 cm x 105 cm. (35 x 41.3 in.)

KRITIKAN KARYA : BEACH 1947
Diskripsi :
Karya yang bertajuk “Beach” ini telah dihasilkan oleh seorang artis tempatan kelahiran negeri Sarawak iaitu Yong Mun Sen pada tahun 1947. Karya ini bersaiz 89cm x 105 cm. Karya ini telah diperoleh di Malaysia pada tahun 1940-an di Private Collection Denmark. Pada karya tersebut, Yong Mun Sen telah menggambarkan tujuh figura manusia. Beberapa wanita sedang berdiri di kawasan pinggir laut sambil memandang kearah seberang. Terdapat juga dua orang anak kecil sedang memanjat sebatang pokok kelapa. Kelihatan seorang nelayan sedang duduk di dalam sampan di kawasan pinggir laut tersebut berkemungkinan baru sahaja pulang dari laut. Suasana yang diggambarkan dalam karya tersebut kelihatan sungguh tenang melalui penggunaan warna sejuk iaitu warna biru  pada air laut dan bahagian langit.

Analisis :
Karya “Beach” 1947 telah dihasilkan oleh seorang artis yang bernama Yong Mun Sen. Karya ini dihasilkan menggunakan cat minyak atas kanvas. Pelukis telah  menghasilkan satu karya yang berbentuk realistik dimana ianya dapat difahami oleh audien secara langsung. Tambahan pula, teknik yang digunakan oleh Yong Mun Sen ialah teknik Scumbling, dimana ianya dapat dilihat pada permukaan air laut dan pasir. Pelukis telah menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam. Warna yang digunakan oleh Yong Mun Sen dalam menghasilkan karya ini adalah, warna sejuk. Ianya dapat dilihat pada bahagian langit dan air laut. Selain itu, warna harmoni pada bahagian bawah lukisan iaitu pada pasir dan bahagian pokok kelapa. Terdapat juga beberapa warna panas yang digunakan oleh pelukis dalam karya ini iaitu pada baju dan kain sarung wanita yang sedang duduk dan berjalan dalam karya tersebut. Antara garisan yang digunakan pula adalah garisan selari yang memberikan kesan harmoni dalam karya dan dapat dilihat pada batang dan daun pokok kelapa.

Interpretasi:
Karya yang dihasilkan oleh Yong Mun Sen ini mempunyai makna tersurat dan makna yang tersirat. Antara makna tersurat dalam karya ini ialah, gambaran suasana di kampung kecil yang terletak di tepi laut. Kelihatan dua orang wanita yang memakai selendang di kepala sedang berjalan di pinggiran laut. Manakala lagi dua orang wanita yang memakai kain sarung sedang memandang ke arah seberang laut. Seterusnya, terdapat dua orang anak kecil yang memakai seluar bewarna putih dan biru sedang memanjat pokok kelapa. Seorang daripadanya sedang mencuba untuk memanjat manakala seorang lagi sudah berjaya memanjat pokok tersebut. Terdapat juga dua buah sampan kepunyaan penduduk di kampung tersebut dimana salah satu daripadanya kelihatan seorang nelayan yang memakai topi sedang duduk di dalamnya.

Antara makna tersirat pula ialah, dua orang wanita yang sedang memerhati ke arah seberang laut itu sedang menunggu keluarga mereka pulang dari mencari rezeki. Pekerjaan utama penduduk di kampung tersebut merupakan nelayan dan hasil daripada tangkapan mereka juga merupakan sumber pendapatan dan makanan yang utama. Anak kecil itu juga sedang menunggu ayahnya pulang dari laut sambil memanjat pokok kelapa yang menjadi permainan utama mereka pada waktu dahulu. Nelayan yang sedang duduk di dalam sampan tersebut baru sahaja pulang dari laut.

Judgement :
Berdasarkan karya Yong Mun Sen yang bertajuk “Beach” tahun 1947, beliau telah menggunakan media cat minyak atas kanvas yang berukuran 89cm x 105 cm. Dalam karya ini, pengkarya telah menggambarkan suasana penduduk kampung pada zaman dahulu. Kelihatan suasana yang sangat tenang di tepi laut sambil kelihatan anak-anak kecil yang sedang memanjat pokok kelapa. Seterusnya, dalam karya ini juga terdapat gambaran cara kehidupan yang mereka lalui pada waktu itu. Sampan-sampan yang terdapat dalam karya ini juga seolah-olah memberitahu audiens bahawa pekerjaan mereka pada waktu itu adalah sebagai nelayan.

Bagi sudut instrumentalisme pula, keberkesanan yang dapat dirasakan oleh audiens adalah, rasa bersyukur dengan kehidupan pada zaman sekarang dimana hampir semua manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk menjadi seorang nelayan semata-mata untuk mendapatkan hasil laut. Selain itu, wujudnya rasa berterima kasih dan rasa menghargai antara satu sama lain terutamanya kepada para nelayan yang menjadi punca berterusan bekalan makanan dari sumber laut di negara kita. Oleh itu, karya Yong Mun Sen ini telah berjaya memberi kesan kepada emosi dan perasaan audiens disamping dapat memberikan pengajaran yang baik kepada audiens.