My radiant padlet by habsah omar

Soalan
Dato Seri Aminuddin merupakan seorang ahli politik yang sangat terkenal. Beliau mempunyai ibu dan ayah yang sudah lanjut usia di kampung halaman. Dato Seri Aminuddin bercadang untuk mengambil ibu bapanya di kampung untuk tinggal bersama di bunglo mewahnya di Putrajaya memandangkan dia adalah anak tunggal dalam keluarga. Walaubagaimanapun, isterinya Datin Seri Rosmah tidak bersetuju dengan keputusannya, lalu menengking beliau agar meletakkan ibu bapanya di pusat jagaan orang-orang tua atas alasan dia tiada masa untuk menguruskan mertuanya di rumah.

Pada pandangan anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Dato Seri Aminuddin?

Soalan
Puan Aini merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Bandar Ipoh. Beliau baru saja kematian ibu bapa akibat kemalangan jalan raya. Selama ini, ibu bapanya lah yang telah banyak mengeluarkan modal membantunya dalam perniagaan sehingga beliau bergelar jutawan.

Sebagai seorang anak yang baik, apakan yang perlu beliau lakukan untuk membalas budi setelah ibu bapanya meninggal dunia.

Soalan
Puan Adila, seorang pensyarah di Kolej matrikulasi baru saja di masukkan ke hospital Bainun akibat cedera dipukul dan ditendang oleh suaminya, seorang pemandu lori yang sering mabuk ketagihan arak. Pertengkaran antara mereka suami isteri sering terjadi sejak Puan Adila mengambil dan menjaga ibunya yang tinggal keseorangan di kampung setelah kematian bapanya.  Suaminya tidak bersetuju kerana pada pandangannya, menjaga ibu bukanlah tanggungjawab anak perempuan, tetapi merupakan tanggungjawab anak lelaki. Oleh kerana Puan Adila hanya mempunyai seorang abang yang bekerja di luar negara, beliau nekad untuk menjaga ibunya walau sering dimarahi suaminya.

Apakah perbezaan tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan terhadap ibu bapa?

Antara tanggungjawab terhadap suami dan ibunya, yang manakah perlu didahulukan oleh Puan Adila?

Soalan
Setelah 20 tahun merantau mencari rezeki  di negeri Perak, Azlan nekad untuk berhenti kerja pulang ke kampung halaman untuk menjaga ibu bapanya yang sedang uzur di negeri Kelantan.

Sebagai seorang anak, apakah yang perlu dilakukan oleh Azlan  untuk menjalankan kewajipannya terhadap ibu bapanya?

Jawapan Kumpulan 4
Sebagai seorang anak, cara Azlan  untuk menjalankan kewajipannya terhadap ibu bapanya adalah dengan :

1) Azlan hendaklah sentiasa becakap dengan lemah lembut dan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dengan kedua ibu bapanya.

2) Azlan wajarlah sentiasa menghormati dan memberi kasih sayang terhadap kedua ibu bapanya.

3) Azlan haruslah sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan atau ajaran ibu bapanya selagi tidak melanggar agama.

4) Azlan tidak boleh cuba untuk menderhakakan kedua ibu bapanya.

5) Azlan mestilah sentiasa mendoakan dan meminta keampunan untuk kedua ibu bapanya.

6) Azlan hendaklah memanggil kedua ibu bapanya dengan panggilan yang disenangi oleh mereka.

7) Azlan haruslah sentiasa gembirakan hati ibu bapanya dengan menolong mereka.

8) Azlan wajarlah memberi ucapan salam dan memohon kemaafan kepada kedua ibu bapa.

9) Azlan mestilah memuliakan sahabat-sahabat ibu bapanya dan merapatkan silaturrahim antara keluarga mereka.

10) Sekiranya ibu bapa Azlan sudah lanjut usia (uzur), dia hendaklah memenuhi segala keperluan dan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapanya.

1.Bersedekah atas nama ibu bapa.
2.Mengupah haji atas nama ibu bapa.
3.Menyelesaikan segala hutang ibu bapa.
4.Merapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga ibu bapa
5.Menunaikan wasiat ibu bapa.

1) Tanggungjawab mula berubah apabila anak-anak mula berkahwin. 2)Anak lelaki masih mempunyai tanggungjawab utama kepada ibu bapa
3) Anak perempuan yang bertanggungjawab ke atas suaminya dahulu sebelum ibu bapa.
4)Pada pendapat kami, Puan Adila perlulah menjaga ibunya di kampung. Memang betul isteri perlu mentaati perintah suami tetapi tengok juga apa yang suami arahkan.
5) Jika Kita lihat dalam kes Puan Adila, arahan suaminya itu tidak salah di sisi syariat tetapi tiada belas ihsan kepada ibu Dan isterinya.
6) suami dalam keadaan yang boleh berfikiran secara waras, boleh membuat keputusan dengan betul Dan boleh mengawal diri. Tetapi berbeza dengan suami Puan Adila yang ketagih akan Arak Dan selalu memukul Puan Adila.
7)Puan Adila juga mempunyai seorang abang tetapi abangnya bekerja di luar negara. Pastinya sukar jika abang Puan Adila hendak menjaga ibunya di kampung dengan sebab yang munasabah.
8) Puan Adila boleh Cuba berbincang dengan suaminya akan hal ini tetapi jika suaminya tetap berkeras Dan suaminya masih tidak mahu berubah ke arah lebih baik, Puan Adila boleh memohon fasakh Dan memilih jalan perpisahan bagi mereka berdua.
9) Puan Adila tidak perlu risau malah lebih beruntung kerana dapat menjaga ibunya Dan dia juga bebas dari perbuatan suami yang dayus.

Pada pandangan saya, tindakan yang perlu dilakukan oleh Dato Seri Aminuddin adalah bertegas tentang keinginannya untuk menjaga kedua ibu bapanya kepada isterinya, Datin Seri Rosmah. Ini kerana, beliau merupakan ketua keluarga dan setiap perintahnya wajib dipatuhi isterinya selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.

Selain itu, dia juga perlu berbincang dan memujuk isterinya dengan cara baik tentang keinginannya menjaga kedua ibu bapanya. Cara perbincangan perlulah dengan cara baik, sopan dan lembut dalam bertutur kata. Dengan cara ini, peluang untuk isteri bersetuju akan menjadi lebih tinggi dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.