ULASAN EKONOMI by Syahirah nizam (285689)

Berdasarkan apa yang saya baca ini, negara kita iaitu Malaysia telah mengalami perkembang ekonomi sebanyak 4.5 peratus pada suku pertama dalam tahun 2019 dan mampu mengatasi unjuran pasaran yang digariskan sebanyak 4.3 peratus. Namun, pada suku pertama ini lebih rendah berbanding pada suku keempat tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.7 peratus dan suku pertama sebanyak 5.3 peratus. Pertumbuhan yang dicatatkan pada suku pertama pada tahun 2019 ini disokong oleh pemulihan  dalam sektor pertanian terutama dalam pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan eskport bersih yang tinggi kata Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Selain itu, sektor perkhidmatan dan perkilangan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Beliau berkata, Malaysia kekal dalam pertumbuhan kukuh dan dijangka akan berkembang antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus dan disokong oleh perbelanjaan swasta. Manakala akaun semasa pula, akaun semasa dijangka kekal dalam lebihan berikutan permintaan dari negara dagang utama terus berkembang meskipun sederhana. Pengaliran pelaburan asing (FDI) pada suku pertama tahun ini berjumlah RM21.7 bilion dan kekal merentasi sektor meluas. Beliau turut mengulas mengenai pergerakan mata wang Malaysia didorong oleh faktor luar pada tahun ini. Tambahan pula, ringgit Malaysia sejajar dengan mata wang serantau yang terus didorong oleh faktor luaran. Pada tahun 2019, kadar inflasi dijangka antara 0.7 peratus hingga 1.7 perastus secara purata.