Bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji by Usha Ramani A/P Batumalay

Jayden
Pada pendapat saya, saya tidak setuju dengan tajuk iaitu ,”Bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji,”. Pertama, anda akan memperoleh kestabilan kewangan kerana gaji anda akan terjamin. Ini sangant bermanfaat kerana ia membolehkan anda merancang perbelanjaan kewangan anda. Tamsilnya, anda boleh menentukan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk belanjakan untuk barangan runcit. Selain itu, anda juga boleh memperoleh lebih banyak faedah seperti cuti bergaji, skim pencen, penjagaan kesihatan, rehat makan tengah hari, gaji sakit, skim bonus dan kelonggaran. Bekerja sendiri bermakna anda kehilangan peluang untuk mengalami semua ini kerana semua tanggungjawab berada di atas anda. Begitu juga, ia lebih mudah untuk membuat kawan baharu dengan orang lain kerana anda semua berkongsi status yang sama.  Saya secara peribadi akan menikmati ini kerana saya suka berkomunikasi dengan orang lain, terutamanya jika saya sedang melakukan kerja.

Dayna
Bekerja sendiri atau makan gaji? Perkara ini menonjol dalam perbualan kerana ramai orang tidak tahu yang mana lebih baik. Pada pendapat saya, makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri kerana ada pendapatan bulan yang tetap. Jika kita bekerja sendiri, kita akan ada bulan yang kurang pendapatan dan bulan yang lebih pendapatan, kedua-duanya akan menjejaskan gaya hidup anda. Walaupun, waktu kerja anda boleh berbeza-beza dan itu memberi kita lebih banyak lengah waktu. Persoalannya, adakah kita sanggup meluangkan masa untuk bekerja seperti semut untuk pendapatan tetap?

Tiffany
Orang ramai akan memilih makan gaji daripada bekerja sendiri kerana makan gaji lebih stabil. Terlalu banyak risiko jika bekerja sendiri kerana kita akan mempunyai keuntungan yang sangat besar jika kita berjaya atau mengalami kerugian yang besar jika perniagaan tidak berjalan dengan baik. Kebanyakan orang berkemungkinan gagal perniagaan mereka kerana data menunjukkan bahawa kira-kira 20% perniagaan baharu gagal dalam tempoh dua tahun pertama dibuka, 45% dalam tempoh lima tahun pertama dan 65% dalam tempoh 10 tahun pertama.  Hanya 25% daripada perniagaan baharu yang berjaya mencapai 15 tahun atau lebih. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Justeru, makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri kerana walaupun syarikat jika mengalami kerugian, anda akan tetap mendapat pendapatan yang stabil dan tidak akan rugi apa-apa.

Bryan
Pada pendapat saya, saya berasa bekerja sendiri amat baik daripada makan gaji.

Antaranya, dalam bulan yang baik, kamu akan dapat rezeki yang lebih banyak. Kamu juga tidak perlulah mengongsinya rezeki yang banyak dengan pekerja kamu. Tetapi, jika bos kamu mendapat rezeki seperti juta-juta, mereka masih tidak akan beri ke kamu kerana, kamu seorang pekerja.
Selain itu, bekerja sendiri adalah lebih flexibil daripada makan gajil. Ini kerana, jika kamu bercuti, kamu tidak perlu memohon kebenaran dari bos. Tetapi, jika kamu makan ganij dan mahu bercuti, mohon kamu tidak terjamin untuk menerima dari bos.
Di samping itu, kamu tidak perlu tiba ke tempat kerja kamu pada masa yang ditetapkan. Manakala, jika kamu makan gajil, kamu mestilah tiba tempat kerja pada masa yang ditetap supaya tidak dihukum dari bos.

Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik , ini kerana ia ada lagi banyak faedah dan kebaikan daripada makan gaji.

Jaden 9B1
“Bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji”, saya bersetuju dengan tajuk ini. Jika anda bekerja sendiri, anda dapat membuat pilihan atau menguruskan perniagaan sendiri. Anda dapat memilih masa pekerjaan dan menetapkan masa yang sesuai untuk menghantar atau melengkapkan kerja. Kalau anda berusaha bekerja supaya perniagaan berjaya, semua wang yang diperoleh akan pergi ke anda sahaja. Selain itu, bekerja sendiri lebih ringkas kerana anda dapat bercuti atau balik dari kerja pada bila-bila masa. Anda dapat balik ke rumah semasa kecemasan dan tidak perlu mendapat keizinan daripada pengurus kita.

Ee Wen
Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan ayat “bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji.” Makan gaji merupakan cara bekerja yang lebih bermanfaat dan berguna manakala bekerja sendiri terdapat banyak titik negatif. Jika kita makan gaji, kita akan menerima gaji tetap setiap bulan yang tidak berubah tidak kira keadaan kewangan majikan kita. Kita juga tidak perlu risau dan terlalu tertekan dengan keadaan syarikat atau perniagaan yang kita bekerja dalam. Selain itu, kita juga boleh belajar cara bekerjasama kerana jika kita bekerja makan gaji, kita mesti buat kerja kita dengan ramai jenis orang. Di samping itu, makan gaji boleh mengajar kita untuk koordinasi dan kemahiran sosial untuk membuat kerja kita dengan berkesan. Oleh itu, makan gaji merupakan jenis pekerjaan yang terdapat banyak faedah dan boleh mengacuhkan kita.

Tanya
Faktor utama yang menyebabkan saya bersetuju dengan penyataan bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji ialah faktor kerja lebih dapat lebih. Kerja lebih dapat lebih bermaksud jika anda bekerja sendiri, semakin banyak anda bekerja semakin tinggi hasil pendapatan. Keadaan sebaliknya berlaku, walaupun anda bekerja keras tetapi masih mendapat gaji yang sama. Pendapatan adalah berdasarkan kerajinan seseorang individu. Bahkan pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, oleh itu semangat dan keyakinan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Justeru, saya angkat tangan setuju dengan bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji.

Giselle
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Makan gaji boleh memberikan kita jumlah gaji yang tetap, tidak seperti bekerja sendiri, perniagaan mereka tidak stabil, sumber pendapatan akan menjadi masalah yang biasa. Selain itu, kita juga dapat pembangunan kerjaya dan peluang. Dengan bekerja dalam pejabat, kita boleh cuba peranan yang berbeza sepanjang hidup kita dan meluaskan fikiran kita. Seterusnya, kita juga dapat bersosial dengan rakan sekerja dan dapat peluang untuk mengenali orang yang berbeza.

Daniel
Pada pendapat saya, makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri. Pertamanya, terdapat risiko yang lebih rendah untuk membuat kerugian apabila orang bekerja di sebuah syarikat. Jika bekerja sendiri, kerugian besar boleh berlaku jika perniagaan itu gagal atau tidak menarik ramai pelanggan. Terdapat kemungkinan besar perkara ini berlaku seperti yang ditunjukkan daripada statistik yang direkodkan mengenai kegagalan perniagaan sendiri sepanjang tempoh masa tertentu selepas ia dimulakan. Oleh itu, ini bermakna bahawa makan gaji mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi lebih mampan daripada perniagaan yang dimulakan sendiri. Selain itu, gaji lebih konsisten apabila makan gaji. Biasanya, terdapat gaji bulanan tetap untuk orang dalam syarikat. Dalam sesetengah syarikat, terdapat peluang untuk mendapat kenaikan gaji, yang membolehkan orang ramai memperoleh lebih banyak pendapatan, walaupun ini tidak berlaku untuk semua orang. Walau bagaimanapun, perniagaan yang dimulakan sendiri tidak akan menjana pendapatan yang konsisten kerana jualan boleh menjadi lebih baik pada bulan tertentu berbanding bulan lain. Oleh itu, ini bermakna bekerja di syarikat memastikan kestabilan yang lebih baik. Saya berpendapat bahawa orang ramai tidak seharusnya mengambil risiko besar kerana tamak. Ia boleh membawa akibat yang amat buruk. Bak kata pepatah, “Orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang”. Oleh itu, saya berasa makan gaji adalah lebih baik daripada bekerja sendiri kerana risikonya lebih rendah dan ia secara amnya dianggap lebih stabil.

Yeng Yeng
Saya tidak bersetuju. Pada pendapat saya, makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri. Dalam statistik dalam Internet, terdapat 80% orang memilih kehidupan bekerja yang selesa, manakala 20% orang memilih kehidupan keusahawanan yang sukar dan berisiko tinggi. Makan gaji bermakna memerlukan masa dan tenaga yang terhad sebagai pertukaran untuk gaji yang terhad. Makan gaji lebih mudah dan mendapat gaji yang stabil dan terjamin berbanding dengan bekerja sendiri. Oleh itu, orang yang makan gaji boleh mendapat gaji jika mereka bekerja untuk bos mereka dan menguruskan sendiri setiap bulan. Faktor ini berbukti bahawa lebih orang bersetuju dengan makan kaji.

Nysha
Pada pendapat saya, bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji. Ini ialah kerana orang yang pilih kehidupan dan kerja yang makan gaji tidak dapat banyak kebebasan ataupun masa bercuti. Bila orang makan gaji, terdapat risiko bahawa pekerjaan nya tidak cukup gaji. Orang yang bekerja sendiri terdapat lebih banyak masa lapang dan juga boleh membuat gaji sendirinya. Kadang-kadang, orang yang makan gaji mesti bekerja lebih lama dan dia tidak akan mendapat gaji yang tinggi. Orang yang bekerja sendiri boleh membuat waktu kerja sendiri dan juga mereka akan kurang tertekan dengan orang yang makan gaji. Oleh itu, saya berasa bekerja sendiri ialah lebih baik daripada makan gaji.

Khadijah
Pada pendapat saya, kerja makan gaji adalah lebih baik daripada berkerja sendiri.  Ini adalah kerana, berkerja makan gaji beri gaji bulanan yang tetap, oleh itu lebih senang untuk seseorang itu membuat bajet perbelanjaan bulanan.  Dengan adanya bajet ini, ia boleh memudahkan seseorang itu membuat bayaran bil, membeli barang-barang keperluan dan menyimpan sedikit sebanyak wang untuk hari hujan. Pendapatan daripada kerja makan gaji lebih stabil dan tetap, dan tidak dipengaruhi oleh faktor lain seperti cuti sakit atau pandemik COVID-19.  Sedangkan berkerja sendiri boleh diibaratkan seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.  Pendapatan dari berkerja sendiri kadang-kadang tidak menentu.  Contohnya, semasa dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana pandemik covid, banyak perniagaan dalam sektor pelancongan terpaksa ditutup, mengakibatkan periuk nasi mereka tertutup.  Berkerja makan gaji dalam syarikat atau kerajaan juga mungkin mempunyai insentif-insentif lain seperti insurans.  Justeru itu, berkerja makan gaji adalah lebih baik daripada berkerja sendiri kerana ia lebih stabil dan selamat.

Isabelle
Makan gaji adalah pemilihan yang orang ramai akan memilih. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji. Antaranya, seorang yang menubuhkan perniagaan sendiri boleh menentukan masa yang mereka akan bekerja. Jika mereka sakit atau mengurus hal peribadi, mereka tidak harus memohon cuti serta menyusahkan sendiri. Orang yang makan gaji dan bekerja di syarikat, mesti membuat laporan kepada pengurus. Kadang-kadang, mereka tidak akan mendapat cuti yang mencukupi atau orang lain sudah bercuti dan mereka berpaksa untuk pergi bekerja. Oleh itu, bekerja sendiri lebih selesa dan baik daripada makan gaji.

Iman
Pertama sekali, saya tidak setuju dengan kenyataan bahawa ‘bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji’, kerana pekerjaan ini tidak memberi ganjaran yang tetap, dan walaupun ia boleh memberi cabaran yang memberangsangkan kepada pelbagai individu, bekerja sendiri ini tidak stabil dalam masa jangka panjang dan terdapat kemungkinan bahawa ia tidak mampu menanggung keluarga. Menurut statistik daripada Bureau of Labor Statistics, sebanyak 20 peratus perniagaan kecil gagal dalam tahun pertama beroperasi, dengan 30 peratus gagal pada tahun kedua dalam operasi. Justeru, kajian sahih dari organisasi ini membuktikan bahawa bekerja sendiri itu merupakan sebuah risiko yang amat berat untuk diambil; dan ia juga tidak digalakkan buat individu yang merupakan pencari nafkah utama keluarga mereka. Selain itu, makan gaji dan bekerja untuk sebuah syarikat juga lebih baik berbanding bekerja sendiri kerana ia memastikan bahawa pekerja tersebut mempunyai gaji yang tetap, tidak kira apa nasib atau takdir industri tersebut. Walaupun terdapat kemungkinan kecil syarikat itu boleh muflis, dan mereka yang bekerja buatnya harus dipecat, ini adalah senario yang jarang berlaku, dan ia sering terbukti bahawa kes perniagaan sendiri menjadi bankrup lebih biasa dilihat berbanding syarikat besar. Tambahan pula, namun terdapat idea yang tersebar luas berkenaan bekerja sendiri, iaitu ia membenarkan individu bekerja secara lebih santai, dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, hal ini adalah palsu. Sebenarnya, sumber Internet seperti https://open.lib.umn.edu/exploringbusiness/chapter/5-4-advantages-and-disadvantages-of-business-ownership/ telah berkata bahawa menghasilkan perniagaan sendiri ini punca lebih banyak stres dan tekanan, serta mencuri masa dengan keluarga. Hal ini kerana, terutamanya pada pengawalan pekerjaan sendiri, anda harus memberi tumpuan kepada persaingan dari bisnes lain, serta terdapat kerisauan tentang jualan perniagaan anda, serta ketidakpastian tentang gaji. Tambahan pula, makan gaji ini juga lebih baik berbanding dengan bekerja sendiri pada pendapat saya kerana laman web menunjukkan bahawa bekerja sendiri ini mungkin memerlukan anda untuk melakukan tugasan yang tidak diingini seperti memecat pekerja yang bekerja di bawah mereka, dan meluangkan banyak masa buat perniagaan bebas mereka. Pekerjaan sendiri ini bukan sahaja tentang pengenduran dan perasaan santai, tetapi ia juga memerlukan komitmen yang tinggi. Menurut Google, biasanya ia mengambil masa sebanyak dua hingga tiga tahun untuk mencapai tahap yang memuaskan dalam perniagaan kecil anda. Meskipun ramai orang berasa bahawa sikap determinasi dalam menjayakan pekerjaan sendiri itu penting, makan gaji itu adalah pilihan yang lebih selamat. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak guna”. Dengan semua mata yang telah disenaraikan seperti di atas, terbuktilah bahawa makan gaji itu lebih baik daripada bekerja sendiri disebabkan oleh kestabilannya, keupayannya untuk mengelakkan tekanan yang terlalu banyak, dan hakikat bahawa anda mampu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Keseluruhannya, saya telah membuktikan bahawa bekerja sendiri tidaklah lebih baik daripada makan gaji kerana ia ternyata bahawa bekerja sendiri ini mengambil banyak masa kita, mengorbankan jam dengan keluarga, dan memberi lebih banyak stres serta tidak memberi gaji yang tetap. Sebaliknya mengeluh jika pekerjaan sendiri gagal, mereka yang telah memilih untuk mengambil cabaran ini berbanding makan gaji haruslah gigih berusaha untuk berjaya. Pada masa hadapan, saya berharap bahawa individu daripada khalayak ramai boleh mengejar impian mereka untuk memulakan perniagaan sendiri jika dikehendaki, tetapi memahami risiko yang datang dengannya. Kesimpulannya, makan gaji itu lebih baik daripada bekerja sendiri, dan walaupun kita mungkin berasa bahawa bekerja sendiri itu mampu membekalkan gaji yang lebih lumayan, seperti yang dikatakan oleh Bob Sadino, “Gaji tinggi bukan jaminan kepuasan hidup.”

Xin Ying dan Bernice
Ramai orang berhasrat untuk bekerja sendiri, tetapi adalah orang yang berhasrat untuk makan gaji. Orang yang bekerja sendiri memulakan perniagaan sendiri, kadangkala menggaji orang lain untuk membantu memkembangkan perniagaannya, atau membuat kerja sendiri. Dalam pendapat saya, bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji disebabkan oleh beberapa faktor. Bekerja sendiri biasanya dianggap lebih sukar, tetapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pertamanya, bekerja untuk diri sendiri boleh mempunyai lebih banyak kebebasan. Menurut Kaji selidik FreshBooks, 55% pekerja berasa kurang tertekan apabila bekerja untuk sendiri. Kamu tidak perlu tergesa-gesa dan tarikh akhir adalah lebih fleksibel kerana bekerja sendiri bermakna kamu tidak akan mempunyai bos. Natijahnya, bekerja sendiri tidaklah tertekan seperti bekerja untuk makan gaji kerana memberi diri kamu masa untuk melakukan sesuatu dan bukannya tergesa-gesa.

Seterusnya, bekerja sendiri mendapat gaji yang lebih tinggi. Biasanya, orang yang bekerja sendiri adalah gaji yang 45% lebih tinggi dari orang yang makan gaji. Bekerja sendiri boleh mengawal harga mereka sendiri dan tidak mempunyai majikan yang mungkin menahan wang untuk keuntungannya sendiri. Oleh itu, orang yang bekerja sendiri boleh mendapatkan semua wang yang layak untuk masa kerja mereka, kerana masa itu emas.

Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji disebabkan oleh beberapa faktor. Sebagai contoh, bekerja sendiri adalah lebih bebas dan bekerja sendiri mendapat gaji yang lebih tinggi. Oleh kedua-dua faktor itu, kita boleh melihatkan beberapa kesan dan  perangkaan tentang itu. Dalam hal ini, kelebihan mengatasi keburukan, justeru, bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji.