CHUAH THEAN TENG by Christie Carmella

Biodata:
Chuah Thean Teng dilahirkan di Fujian, China pada tahun 1914. Beliau mendapat pendidikan awal di Xiamen Art College, China dan datang ke Asia Tenggara pada tahun 1932 untuk bekerja di sebuah kilang sarung. Pada masa itu, beliau terpesona dengan batik Melayu dan setelah penutupan kilang sarung, beliau menggunakan pewarna lilin yang ditinggalkan untuk dijadikan lukisan batik. Namun, ciptaannya belum menerima tanggapan positif dari orang pada masa itu. Pelbagai usaha telah beliau ceburi dalam bidang seni untuk mendapatkan kepastian orang ramai. Beliau menetap di Pulau Pinang sejak tahun 1932. Beliau merupakan perintis yang mempelopori penggunaan teknik membatik dalam karya seni halus.

Artwork:
Musim Buah, 1986 (35x25in)

Ulasan Karya:
1. Aliran: Karya ini merupakan karya batik retak 1000. Karya ini menggunakan aliran naif kerana pengkarya tidak mementingkan ton warna.

2. Teknik:
> Karya ini menggunakan teknik konvensional iaitu merujuk kepada kaedah atau cara yang biasa digunakan dalam penghasilan karya.
> Menggunakan teknik batik yang menghasilkan retak lilin dapat menimbulkan jalinan yang menarik.

3. Konsep dan Idea:
> Konsep dan idea yang terdapat dalam karya ini adalah berkaitan dengan kehidupan masyarakat cina. Hal ini kerana pelukis telah mengambil subjek matter figura yang mungkin terdiri daripada satu keluarga. Ini mungkin berpunca daripada pengkarya yang berbangsa Cina. Dalam masyarakat Cina atau bulat juga membawa maksud bersatu, ini mungkin menjadi sebab utama karya ini dilukis.
> Juga didapati melalui keunikan negara Malaysia. Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim tropika dan mempunyai musim buah setiap tahun.
> Disebabkan karya ini berkaitan dengan negara Malaysia yang mempunyai iklim tropika dan musim buah setiap tahun, mungkin menjadi salah satu sebab karya ini dinamakan sebagai karya 'Musim Buah'.

4. Tema: Kemeriahan suasana musim buah-buahan di Malaysia yang diraikan oleh dua wanita yang berkain batik Malaysia sambil menggendong dan membawa anak mereka untuk meraikan musim buah-buahan pada ketika itu.

5. Nilai:
> Menggambarkan suasana musim buah-buahan di Malaysia.
>Kepelbagaian dan pengulangan penggunaan warna (warna panas) seperti merah, ungu, coklat, jingga dan lain-lain.
>Intesiti warna (kekuatan) terletak pada warna merah.
>Dengan adanya penyatuan elemen perbandingan figura manusia iaitu ibu dan anak yang juga menggunakan ukuran bahagian badan seperti tangan,kaki dan kepala yang sesuai dengan keseluruhan bentuktubuh, ruang dan buah-buahan akan mengimbangi persekitaran dalam karya tersebut menjadi bertambah cantik dan menarik.
>Mewujudkan keseimbangan dalam karya seperti susunan figura manusia yang seimbang iaitu dua wanita dan 4 kanak-kanak.
>Komposisi susunan figura dalam karya dan keharmonian warna panas dalam karya menimbulkan keindahan.