Batu Bersurat Terengganu by Akmal Hayati

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi.

Penemuan oleh Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Penemuan Batu Bersurat Terengganu juga dikaitkan dengan sejarah awal penggunaan Undang -undang Syariah Islam di Malaysia.

Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14.Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Justeru, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penemuan Batu Bersurat Terengganu ini sangat berkait rapat dengan sejarah awal Undang-Undang Syariah di negara ini.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Batu Bersurat Terengganu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu . Ia dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai  pada tahun 1282. Bahkan, pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa Brunei serta Borneo Utara. Malah, Islam juga telah menembusi kepulauan Maluku dan Sulu.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Berasaskan kepada Batu Bersurat Terengganu, kita dapat melihat wujudnya masyarakat Melayu Islam yang agak progresif di Terengganu suatu masa dahulu, masyarakat maritime yang berdaya maju. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya merupakan nucleus asas masyarakat wilayah Timur Laut Malaysia.

Perkembangan Islam di Nusantara ini didorong oleh beberapa faktor seperti perdagangan, hubungan diplomatik, perkahwinan, dan peranan pendakwah. Selain itu, agama Islam telah disambut baik oleh masyarakat nusantara kerana agama Islam tidak mengenal sistem kasta, tidak menentang adat istiadat dan tradisi setempat, malah syarat masuk agama Islam tidak berat serta penyebarannya dilakukan dengan damai.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar dengan mengambil zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh dimana hubungan diplomatik amat dititikberatkan oleh Sultan untuk menjaga keamanan dan kedamaian negeri Melaka pada masa tersebut.

Hubungan diplomatik yang paling utama dan penting pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara Melaka dan China. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.

Parameswara memohon perlindungan daripada China dimana Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. Justeru, China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.