KPP3014 PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR by Syarifah Aisyah Binti Syed Mahamud

Perkenalan Diri
SYARIFAH AISYAH BINTI SYED MAHAMUD
D20202097201
AT59- ISMP PENDIDIKAN JASMANI

Permulaan
Jantungku berdegup laju ketika peristiwa ini berlaku sambil memikirkan nasib yang menimpa sahabtku, Ayu (Bukan Nama Sebenar).

17 December 2019

Jam 10 pagi, telefon ku berdering mendapat panggilan daripada kakak.

"Aisyah! betul ke ayah Ayu meninggal pagi tadi dekat rakan muda masa jogging dengan Ustazah Rita"

"Eh, tak akan kot kakak, ayah dengan ustazah rita baru je datang rumah 2 hari lepas melawat Umi. Takpe lah, aisyah tanya ayu."

Lalu dengan pantasnya aku menelefon Ayu. Deringan kali ketiga barulah ayu menjawab panggilanku.

"Ayu, betul ke ayah hang dah tak ada?" Lalu, suara Ayu yang sedih bertukar menjadi tangisan.

"Pah, ayah aku dah tak ada. Kenapa aku tak balik rumah hari jumaat haritu. Kenapa aku tak sempat nak jumpa ayah aku buat kali terakhir. Dah 2 minggu aku tak balik kampung,  sepatutnya aku balik. Ni semua salah pensyarah tu, tiba tiba buat kelas mengejut, buat ujian pulak tu"

Banyak persoalan yang bermain di minda sahabatku ini. Dalam pada masa yang sama, ayat yang hanya keluar dari mulutku adalah "sabar ayu, ada hikmah semua ni jadi, hati-hati balik, kami tunggu hang balik."

Jam 12 tenghari, aku dan rakan-rakan tiba di rumahnya. Tujuan kami datang berharap dapat kuatkan semangat ayu walaupun hanya dari jauh sambil mendoakan ayahnya. Raut wajahnya tidak dapat aku dan rakan-rakan lain lupakan. Termasuk wajah ibunya yang merupakan ustazah yang mengajar kami ketika tingkatan 4 dan tingkatan 5. Tidak pernah kami melihat raut wajah ustazah yang sentiasa ceria di dalam kelas, bertukar menjadi tidak bermaya.

Alhamdulillah, sepanjang proses pengebumian jenazah, ayah Ayu selamat dikebumikan jam 4 petang.

Pertengahan
March 2020

Sebagaimana yang kita tahu, tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi masyarakat Malaysia iaitu Pandemik Covid-19 dan semua rakyat diperintahkan Stay at Home iaitu  Perintah Kawalan Pergerakan bermula bulan 3 sehingga bulan 6.

Sepanjang tahun 2020, Ayu hidup dalam keluarga yang tidak punya ayah sebaliknya hanya bersama ibu, abang sulong, dan dua orang adik lelakinya. Harta pusaka yang diwariskan oleh ayahnya sangatlah banyak untuk setiap adik-beradiknya. Oleh itu, tidak ada masalah bagi mereka untuk bertahan sebelum membina kerjaya tersendiri.

Selepas beberapa bulan tidak bersua muka, pada bulan 8 selepas mendapat kelonggaran perintah kawalan pergerakan, aku, Ayu dan beberapa rakan yang lain berjumpa untuk sekian lama. Ketika Ayu menceritakan kisahnya, aku terkejut dan tidak tergambar bahawa hidupnya mula berubah selepas ketiadaan ayahnya.

"Disebabkan covid, satu malaysia kelas online, aku stress bila dekat rumah, rasa tak sabar nak keluar dari sini. Ibu aku ada depression selepas kematian ayah aku, dan aku menjadi tempat sasaran. Semua benda ibu aku suruh aku buat, tak adil betul. Habis abang dengan adik-adik lelaki aku gonyang kaki je dekat rumah terperap dalam bilik. Masing-masing dah besar panjang, umur 22, 18, 15 tahun, tak akan nak tukar lampu syiling pun suruh aku yang buatkan. Aku tak kesah kalau bab memasak, mengemas rumah, tapi tak akan kerja-kerja lelaki pun aku kena buat? Mana tanggungjawab anak lelaki dalam rumah ni? Macam dah terbalik tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bagi kami setiap anak. Ibu aku ustazah sepatutnya lebih tahu, bahawa anak lelaki harapan keluarga sebagai tanggungjawab mereka dalam menjaga kaum hawa." Berkata ayu

Aku sebagai sahabtnya, sememangnya sedih bila hari-hari indah semasa ayahnya masih hidup amatlah berbeza. Arwah ayahnya pada setiap pagi akan menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga memandangkan ayahnya seorang Pegawai Celcom. Jikalau ada pergaduhan kecil antara ibu dan ayu, ayahnya akan menjadi orang tengah untuk menyatukan mereka kembali. Tetapi, Ustazah Rita masih tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa suami tercintanya telah kembalik menghadap Ilahi.

Pengakhiran
"Alhamdulillah, sepanjang tahun 2021 sehingga 2022 sekarang......"

Sekitar jam 9 malam, telefonku menerima kiriman Whatsapp daripada kumpulan sahabatku.

"Guys, jom lah jumpa esok, banyak gossip ni, esok semua free kan?" berkata Ayu.

Keesokan harinya, masing-masing menceritakan khabar ataupun update terkini tentang perihal masing-masing. Sehingga aku menayakan soalan kepada Ayu.

"Ayu, macam mana hubungan keluarga hang? Ustazah Rita dah sembuh? Adik-beradik hang mula galaskan tanggungjawab sebagai anak lelaki ke? Apa rancangan hang lepas tamat degree?"

"Hahaha, lama betul aku tak update hal aku dekat korang ye." ketawa kecil Ayu apabila mendengar soalan yang begitu banyak.

"Alhamdulillah, sepanjang tahun 2021 sehingga 2022 sekarang, banyak perubahan dalam kehidupan kami sekeluarga. Kami lebih banyak berkomunikasi berbanding dahulu, secara tak lansung ia mengeratkan hubungan kami sekeluarga. Sepatutnya dari dahulu lagi kami kuatkan semangat dengan pemergian ayahanda tercinta. Tapi takpelah, ianya sebagai pengajaran buat kami untuk lebih kuat."
"Berkaitan dengan ibu, ustazah rita. Alhamdulillah, ibu makin sihat. Depresi tak seteruk dulu, tapi kami sekeluarga akan berpindah ke Terengganu supaya ibu lebih kuat dan kurang memori bersama ayah dekat rumah. Walaupun kami adik-beradik tidak setuju, tapi kami doakan yang terbaik buat ibu."

Pemindahan Ayu amat mengecewakan kami semua kerana ia akan menjadi sukar untuk berjumpa kelak. Tetapi ianya juga memberi impak positif bagi ayu kerana, ia mengajak kami bercuti ke rumahnya suatu hari nanti. Lalu Ayu meneruskan lagi percakapannya,

"Sekarang semua berjauhan dengan ibu sebab masing-masing sibuk belajar. Sekarang hanya ada adik bongsu yang temankan ibu di rumah. Jadinya, masing-masing lebih pikul tanggungjawab selepas mula belajar duduk berjauhan dengan ibu. So, masa cuti semester semua faham akan tanggungjawab. Walaupun sedikit, at least membuahkan hasil."
"Akhir sekali, rancangan aku lepas tamat degree tercapai sebab, aku berjaya diterima kerja dekat syarikat latihan industri aku sekarang!"

Kesimpulannya, pergaulan antara manusia amatlah penting untuk kesejahteraan mahupun keharmonian bagi seseorang individu. Hal ini kerana, pergaulan akan membawa kepada komunikasi, perhubungan, aktiviti bersama, dan pengurusan masa. Oleh yang demikian, seseorang itu akan lebih kuat ketahanan mentalnya sejurus dalam memahami tanggungjawabnya mengikut peredaban usia dan pengalaman peribadai yang dihadapi oleh seseorang individu.

E-certificate

Video Ulasan Ilmiah
i. Video
https://youtu.be/ckwiG4j71qs

Tajuk Artikel:
Perbaikan Tingkah Laku  Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah Melalui Terapi Kognitif–Tingkah Laku

Nama Penulis:

Johari Talib (UNITAR International University)

Maharam Mamat (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Maznah Ibrahim (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Zulkifli Mohamad (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Objektif Kajian:

Berasaskan masalah peminggiran yang dilakukan  oleh pentadbir  sekolah rendah terhadap murid-murid  yang mempunyai pencapaian  sederhana dan rendah.

Dapatan Kajian:

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang mempunyai pencapaian sederhana dalam pelajaran di sekolah boleh mengalami penambahbaikan tingkah  laku dan  peningkatan pencapaian akademik jika diberi perhatian sewajarnya.

Refleksi Kendiri:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah akademik tidak sepatutnya diberikan denda yang berlebihan dari pihak sekolah. Malah, mereka inilah seharusnya disayangi mahupun diberikan perhatian yang lebih agar mereka merasa lebih dihargai dan selesa ketika berada di sekolah. Hal ini kerana, sekolah seharusnya medan yang selesa bagi kanak-kanak yang berlatar belakangkan pendapatan rendah untuk mengelakkan jurang antara pelajar yang lain. Oleh itu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi faktor tingkah laku mereka sejurus memperbaiki akademik mereka.

ii. Atikel/Buku yang dipilih:
Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah Melalui Terapi Kongnitif-Tingkah Laku. (2017), 5, 1-11. Retrieved 24 May 2022, from https://www.researchgate.net/publication/328305032_Perbaikan_Tingkah_Laku_Bermasalah_Kanak-Kanak_Sekolah_Rendah_Melalui_Terapi_Kognitif-Tingkah_Laku.

Soalan 1
Sepanjang mengikuti kurus KPP3014, apakah kandungan pembelajaran yang paling menarik minat anda? Kenapa?

Assalamualaikum Dr Muslim, sepanjang saya mengikuti kuliah KPP3014 Perkembangan dan Pembelajaran Pelajar, topik yang paling saya minati adalah Bab 10 iaitu Gaya Pembelajaran Pelajar Remaja. Hal ini kerana, bab ini amatlah penting untuk warga pendidik supaya dapat meneliti gaya bahasa para pelajar. Oleh itu, warga pendidik mudah menilai para pelajar terhadap tingkah laku seseorang pelajar dalam memberikan tumpuan ketika memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, pengetahuan, kemahiran atau pengalaman yang baharu.

Soalan 2
Apakah yang anda ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan kandungan dalam kurus ini? Adakah terdapat sebarang cadangan untuk penambahbaikan?

Perkara yang saya ingin ketahui lebih lanjut berkenaan kandungan kursus ini adalah sebagai warga pendidik, apakah langkah-langkah yang terbaik untuk kita memahami setiap para pelajar agar mereka serasi bersama kita sejurus memudahkan penyampaian ilmu kepada mereka.

Itu sahaja daripada saya.
Sekian, terima kasih