ANALISIS KEKHILAFAN BAHASA S1 by JULAINA BINTI NOPIAH

PENGENALAN ANALISIS KEKHILAFAN BAHASA
Melalui kuliah 1, apakah yang anda fahami berhubung konsep kesalahan bahasa?

Norsyazwina binti Abd Majid (2312144)
Disini saya akan nyatakan beberapa contoh lain mengenai bentuk kesalahan bahasa berdasarkan pemahaman saya berkaitan kuliah 1.

Bentuk kesalahan bahasa terbahagi kepada dua iaitu;

Bentuk kesalahan ketara

Kesalahan lisan - Masalah dalam menyebut perkataan dari segi fonetik

Contoh: Seseorang yang pelat dalam sebutan huruf R

Punca - Seseorang itu mungkin menghadapi masalah lidah yang terikat (masalah alat artikulasi)

Bentuk kesalahan tidak ketara

Kesalahan penulisan - Pembinaan struktur ayat yang tidak tepat

Contoh: Penulisan karangan yang tidak menepati tatabahasa yang betul.

Awak sedang buat apakah?

Contoh ayat di atas menunjukkan kesalahan yang tidak ketara dari segi penyusunan struktur kata tanya.

Punca - Seseorang itu tidak menguasai hukum tatabahasa bahasa Melayu dengan mahir.

Nishya Syaidatina binti Nazarudin (2314384)
Di Malaysia, Tatabahasa Dewan dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat sama ada bahasa yang digunakan betul atau salah.

Webber (1981), kesalahan bahasa boleh berlaku apabila penggunanya keliru atau tidak mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan.

Contohnya seperti penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Ramai masyarakat termasuk kita sendiri kadang kala keliru tentang penggunaan 2 perkataan ini.

1) Ialah - diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. Ia juga turut digunakan untuk menunjukkan persamaan.

“Cikgu Ibrahim ialah seorang guru yang garang"

2) Adalah - diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ia menunjukkan huraian atau keterangan.

“Arahan itu adalah daripada Ketua Jabatan Perolehan.”

Ringkasan kefahaman kuliah 1
Nama : Ayuni Maisarah binti Abdul Radak@Abdul Razak

Nombor Matrik : 2316196

KULIAH 1: ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Bahasa memainkan peranan utama dalam pembentukan bahasa atau linguistik individu. Tanpa penggunaan bahasa yang tepat, akan berlaku kesalahan bahasa tidak kiralah daripada segi morfologi, fonologi dan seangkatan dengannya yang menyimpang daripada sistem bahasa yang telah dipersetujui. Kesalahan ini boleh tercetus atas faktor tindakan penutur itu sendiri yang gagal untuk menyesuaikan bahasa, kekeliruan atau kurangnya ilmu dalam diri penutur tentang sistem dan prinsip bahasa yang betul. Kesalahan bahasa ini dapat dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu kesalahan bahasa ketara dan tidak ketara. Bagi kesalahan bahasa ketara biasanya melibatkan ujaran atau penulisan penutur itu sendiri yang boleh dilihat dan didengari secara nyata dan terang- terangan. Contohnya, fonetik, fonologi, proses peleburan, sebutan dan ejaan, pengaruh bahasa melayu pasar dan peralihan kod . Biar kita ambil contoh ialah kesalahan perkataan ‘pisang goreng’ bagi merujuk konteks kuih muih yang disebut atau dieja sebagai ‘goreng pisang’ . Selain itu penggunaan ayat campuran bahasa seperti ‘ I tak suka banana’ yang menerapkan pencampuran bahasa melayu dan inggeris. Selanjutnya ialah kesalahan bahasa tak ketara seperti imbuhan, salah guna pasangan ungkapan, ayat kabur, tanda baca dan tabu. Misalnya, penggantian tanda baca koma kepada seru yang secara tidak langsung mampu mengubah makna dan konteks ayat seperti ‘Ahmad mari makan !.’ yang lebih merujuk kepada konteks kemarahan dan ‘Ahmad, mari makan.’ yang merujuk kepada konteks yang lebih lembut dan sopan. Walaupun perbezaannya hanyalah tanda baca, namun perkara itulah yang mampu menentukan makna ayat bergantung situasi dan jika disalahgunakan mampu menyumbang kepada kesalahan bahasa. Oleh sebab wujudnya kesalahan seperti inilah yang menyebabkan analisis kesalahan bahasa menjadi bidang yang penting bagi memastikan bahasa sentiasa terpelihara mengikut sistem yang telah dipersetujui melalaui analisis penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau mengkaji kesalahan dalam tatabahasa .

Maizatul Akmal binti Md Nasir (2314744)
Kesalahan bahasa adalah penggunaan bahasa yang menyimpang dari peraturan atau sistem yang ditetapkan. Dalam erti mudahnya, penggunaan bahasa yang salah dari segi hukum tatabahasa dan penggunaan ayatnya.

Aspek kesalahan bahasa:

fonologi

sintaksis

pembentukan ayat

imbuhan

penggunaan kata

Kesalahan bahasa terbahagi kepada dua:

Kesalahan bahasa ketara:

Contoh: Kekeliruan terhadap frasa “media sosial✅” dan “sosial media❎”

Kesalahan bahasa tak ketara:

Contoh: Penyalahgunaan pasangan ungkapan seperti “sebuah roti❎”. Sepatutnya, “sebuku roti✅”

NUR IRDINA SAFIA BINTI ABDUL HADI (2312140)
Berdasarkan kuliah 1, saya dapat simpulkan bahawa konsep kesalahan bahasa adalah segala bentuk percakapan yang tidak mengikut tatabahasa yang betul. Misalnya, pencampuran kod bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam perbualan harian. Perkara ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh pengaruh masyarakat sekeliling.

Intan Ummairah binti Mohd Azhar (2311606)
Maksud kesalahan bahasa: Kesalahan yg kerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu ayat.

Maksud analisis kesalahan bahasa: penghuraian sesuatu perkara untuk tahu selok-beloknya, baik dan buruknya atau kaji suatu yg salah dalam suatu kata-kata yg disusun menurut tatabahasa.

Disebabkan terdapat kesalahan bahasa sewaktu proses pembinaan bahasa Melayu maka wujudnya usaha yg dilakukan DBP untuk membakukan bahasa.

Faktor utama yg merosakkan bahasa kebangsaan adalah pengaruh bahasa Inggeris. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan penutur bahasa Melayu yg sering mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam struktur ayat sehingga menyebabkan kesalahan bahasa. Kesalahan lazim pula spt meninggalkan imbuhan dan membentuk ayat tidak sempurna

Menurut Abdul Aziz terdapat 2 kesalahan bahasa:

1. Kesalahan bahasa ketara

cth: peralihan kod

-harga brooch di kedai itu agak mahal❌

-harga butang/pin di kedai itu agak mahal✅

2. Kesalahan bahasa tak ketara

cth: imbuhan

-merbahaya❌

-berbahaya✅

Ringkasan Kuliah 1
Alia Maisarah binti Che’ Abdul (2314142)

Konsep kesalahan bahasa merupakan isu bahasa yang tidak mematuhi bentuk-bentuk peraturan yang ditetapkan termasuklah dari aspek fonologi, morfologi dan sintaksis.

Kesalahan-kesalahan ini bukan hanya dari aspek morfologi dan sintaksis sahaja namun turun berlaku dalam aspek fonologi.

Antara puncanya ialah kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan situasi baharu, tidak mahir dengan hukum-hukum tatabahasa dan faktor persekitaran yang sering mengulangi kesalahan bahasa yang sama.

Konsep kesalahan bahasa terbahagi kepada 2 bentuk iaitu, kesalahan bahasa ketara dan kesalahan bahasa tak ketara.

Kesalahan bahasa ketara: masalah fonetik, fonologi, proses peleburan, sebutan dan ejaan, pengaruh bahasa Melayu pasar dan peralihan kod.

Contoh: Ejaan ‘reda’ yang dieja sebagai ‘redha’ yang bermaksud menerima ketentuan yang berlaku dengan tenang.

Kesalahan ejaan ini berlaku kerana perkataan tersebut merupakan kata pinjaman bahasa arab dan dipengaruhi dengan ejaannya, iaitu huruf dhod (ض).

Kesalahan bahasa tak ketara: imbuhan, penyalahgunaan pasangan ungkapan, ayat-ayat kabur, tanda baca dan kata-kata tabu.

Ayat: Afiq memberikan sehelai roti kepada Ali sebagai sarapan.

Kesalahan: Kesalahan penjodoh bilangan.

Pembetulan: Afiq memberikan sekeping roti kepada Ali sebagai sarapan.

Ringkasan Kuliah 1
Nur Fatini Adlin binti Aziz (2310822)

Konsep Kesalahan Bahasa

Corder (1981) mentakrifkan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan jati. Kesalahan bahasa juga berpunca daripada tindakan penutur melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga menyebabkan ayat-ayat yang dibentuk mengandungi kesilapan. Menurut Corder juga, kesalahan bahasa merupakan satu perkara yang pasti dilakukan oleh orang yang mempelajari subjek bahasa. Hal ini demikian kerana, setiap bahasa ibunda di negara masing-masing hanya diperoleh, bukan dipelajari. Oleh disebabkan itulah, apabila kita mempelajari bahasa, baru kita tahu yang kita banyak melakukan kesalahan bahasa. Contoh yang boleh diambil ialah ayat "Haaa, adik jatuh tu". Ayat itu digunakan oleh semua orang tetapi apabila ditukarkan kepada penulisan , ada kesalahan bahasa di situ. Ayat yang betul adalah "Haa, adik terjatuh tu". Selain tu , menurut Abdul Aziz (1987), kesalahan bahasa terbahagi kepada dua iaitu kesalahan bahasa ketara dan kesalahan bahasa tidak ketara. Terdapat 6 kesalahan bahasa ketara iaitu masalah fonetik, fonologi, proses peleburan, sebutan dan ejaan, pengaruh bahasa Melayu pasar dan peralihan kod. Manakala bagi kesalahan tidak ketara telag dibahagikan kepada 5 jenis iaitu imbuhan, penyalahgunaan pasangan ungkapan, ayat-ayat kabur, tanda baca dan kata-kata tabu. Akhir sekali , contoh kesalahan dalam bahasa Melayu yang sering kita lihat ialah kesalahan frasa iaitu hukum D-M dan kelewahann dalam ayat. Sebagai contoh, Amran Kedai Gunting Rambut . Mengikut hukum D-M , Amran Kedai Gunting Rambut adalah nama yang betul. Unsur kelewahan yang selalu dilakukan ialah "semua murid-murid". "Semua murid" atau "murid-murid) merupakan frasa yang betul.

Nur Aina Maisarah binti Azman (2316536)
Berdasarkan kuliah 1, terdapat beberapa perkara penting yang saya pelajari berkenaan konsep kesalahan bahasa. Antaranya:

Analisis kesalahan bahasa merupakan sebuah bidang linguistik terapan.

Kesalahan bahasa merujuk penggunaan yang menyimpang daripada peraturan atau sistem bahasa yang telah ditetapkan, sama ada dalam aspek sebutan (fonologi), susunan frasa (sintaksis), atau pembentukan ayat.

Pengaruh bahasa asing seperti bahasa Inggeris sering kali mencetuskan kesalahan dalam bahasa Melayu. Penutur yang terbiasa dengan struktur bahasa asing ini cenderung untuk mencampur adukkan tatabahasa atau istilah, yang kemudian membawa kepada kesilapan.

Dialek tidak dikira sebagai sebuah kesalahan melainkan digunakan dalam situasi formal.

Kesalahan bahasa berpunca daripada:

- Penukaran

Contoh: Penukaran imbuhan “ber-” kepada “mem-”, seperti dalam ayat “Abu bermain bola” yang ditukar kepada “Abu memain bola”.

- Penghilangan

Contoh: Dalam ayat “Dia pergi sekolah”, kata sendi “ke” dihilangkan, menyebabkan ayat menjadi tidak lengkap. Ayat yang betul ialah “Dia pergi ke sekolah.”

- Pengalihan

Contoh: “Saya nampak semalam Sarah di kedai.”, menyebabkan makna ayat menjadi tidak jelas. Pengalihan perkataan yang betul ialah “Semalam saya nampak Sarah di kedai.”

Kesalahan bahasa terbahagi kepada dua:

-Kesalahan bahasa ketara

Contoh dalam aspek peralihan kod:

Peralihan daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dalam satu ayat, seperti “Saya ada meeting lepas ni”,. Perkataan “meeting” merupakan peralihan kod daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

- Kesalahan bahasa tidak ketara

Contoh dalam aspek kata-kata tabu:

Ayat “Lelaki tua itu sudah mati.” mengandungi kata tabu “mati”, yang dianggap kurang sopan dalam konteks formal atau perbualan yang memerlukan kehalusan bahasa. Dalam situasi ini, kata “mati” sebaiknya digantikan dengan perkataan yang lebih sopan seperti “meninggal dunia”.

Nurqistina Najhah binti Abu Zarim (2315648)
Menurut pemahaman saya bagi kuliah 1 ini, saya menyimpulkan bahawa konsep kesalahan bahasa ini boleh berlaku sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Seseorang yang mempelajari bahasa mudah melakukan kesalahan bahasa terutamanya bagi individu yang mempelajari lebih daripada satu bahasa. Hal ini kerana, tatabahasa bagi setiap bahasa berlainan dan kurangnya pengetahuan individu tersebut mengenai bahasa tersebut. Tambahan itu juga, penggunaan bahasa pasar atau slanga dalam kehidupan seharian juga boleh mempengaruhi seseorang individu untuk melakukan kesalahan bahasa.

Nur Lailatul Jaizah Binti Uzairi (2315178)
Analisis kesalahan bahasa adalah bidang linguistik terapan dan kebiasaanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam mempelajari sesuatu bahasa sama ada bahasa ibunda iaitu bahasa pertama ataupun bahasa kedua/bahasa asing, seseorang itu tidak akan lari daripada melakukan kesalahan berbahasa sama ada semasa bertutur ataupun bertulis. Definisi kesalahan bahasa adalah kesalahan yang sering dilakukan dalam membina sesuatu ayat. Dalam proses pembinaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, timbul kekacauan daripada segi kesalahan-kesalahan bahasa. Akibat daripada kesalahan tersebut, timbulnya keperluan untuk membakukan bahasa tersebut.

Konsep kesalahan bahasa : Corder (1981) mentakrifkan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan jati. Manakala Webber (1981) pula telah menyokong pendapat Corder (1981) dengan menyatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku apabila penggunanya keliru atau tidak mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan. Kesalahan seperti ini lazim didapati pada kebanyakan orang Melayu melalui pertuturan biasa dengan meninggalkan imbuhan-imbuhan tertentu, membentuk ayat-ayat yang tidak sempurna dan sebagainya. Contohnya : "Adik jatuh tu". Sepatutnya "Adik terjatuh".

Siti Umairah binti Ismail (2319694)
Berdasarkan nota dan rakaman suara kuliah 1, konsep kekhilafan bahasa berpunca daripada penutur itu sendiri yang tidak mampu bertutur mengikut hukum tatabahasa yang betul. Menurut Abdul Aziz (1987) yg membahagikan kesalahan bahasa kepada dua.

Disini saya nyatakan satu contoh masalah kesalahan bahasa bagi kesalahan bahasa ketara yang berlaku dalam kalangan masyarakat penutur bahasa Melayu. Satu contoh bagi masalah pengaruh bahasa Melayu pasar ialah orang Melayu yang pergi ke kedai mamak sering memanggil pekerja disitu dengan panggilan 'macha' yang bermaksud 'abang' dalam bahasa tamil. Contoh ayat "macha, teh tarik satu! "

Satu contoh daripada kesalahan bahasa tak ketara bagi masalah tanda baca ialah "ibu ayah pergi kenduri." dan "ibu, ayah pergi kenduri" Dua contoh ayat ini membawa maksud yang berbeza. Ayat pertama mbawa maksud ibu dan ayah pergi kenduri, manakala contoh ayat kedua membawa maksud untuk membaritahu kepada ibu bahawa ayah pergi kenduri.

Nur Insyirah Binti Hamdan (2312538)
Ringkasan kuliah 1:

Berdasarkan kefahaman saya terhadap topik kuliah yang telah dibentangkan, analisis kekhilafan bahasa merupakan salah satu cabang bidang linguistik yang mana bidang tersebut adalah linguistik terapan.

Kesalahan bahasa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempelajari bahasa sama ada secara lisan atau tulisan. Oleh sebab itu, di Malaysia, Kamus Tatabahasa Dewan menjadi panduan kepada mereka yang mempelajari bahasa Melayu.

Penutur bahasa Melayu yang sering menggunakan perkataan atau sturktur bahasa Inggeris dapat merosakkan keindahan dan menyumbang kepada kesalahan dalam berbahasa. Menurut Corder (1981), kesalahan bahasa merupakan bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan jati.

Kesalahan bahasa juga terbahagi kepada dua kategori:

Kesalahan bahasa ketara

Kesalahan bahasa tidak ketara

Kesalahan bahasa ketara melibatkan masalah fonetik, fonologi, proses peleburan, sebutan dan ejaan, pengaruh  bahasa Melayu pasar dan peralihan kod

Kesalahan bahasa tidak ketara melibatkan imbuhan, penyalahgunaan pasangan ungkapan, ayat-ayat kabur, tanda baca dan kata-kata tabu.

NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN (2315754)
Menurut pemahaman saya,analisis kesalahan bahasa adalah salah satu cabang bidang linguistik dimana ia dikategorikan sebagai lingusitik terapan. Kesalahan bahasa sentiasa berlaku kepada sesiapan sahaja melalui lisan mahupun tulisan.Malah,orang yang sedang atau sudah belajar berkaitan bahasa juga pasti akan melakukan kesalahan.Hal ini kerana seseorang itu tidak akan lari daripada kesalahan jika mempelajari tentang bahasa. Oleh itu,Malaysia telah mencipta Kamus Dewan Bahasa untuk membetulkan dan memurnikan kesalahan biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat dan menjadi panduan kepada mereka yang sedang mempelajari tentang ilmu bahasa Melayu.

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam membina sesuatu ayat.

Kesalahan bahasa terbahagi kepada dua iaitu

* Kesalahan bahasa ketara

* Kesalahan bahasa tidak ketara

Kesalahan bahasa ketara boleh ditafsirkan sebagai kesalahan dalam menggunakan ilmu fonetik, fonologi,

proses peleburan, sebutan dan ejaan, pengaruh bahasa Melayu pasar dan peralihan kod.

Manakala Bahasa Melayu tidak ketara pula boleh diertikan sebagai kesalahan kecil yang dibahagikan kepada 5 jenis iaitu imbuhan,

penyalahgunaan pasangan ungkapan,

ayat-ayat kabur, tanda baca dan kata-kata

tabu.

Ringkasan Kuliah 1
Bintang desyratna binte sukiman (2318444)

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu ayat. Menurut Abdul Aziz (1987) Kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada dua kategori utama: kesalahan ketara dan kesalahan tak ketara. Kesalahan ketara meliputi beberapa jenis masalah termasuk fonetik, fonologi sebutan dan ejaan. Kesalahan tak ketara pula terbahagi beberapa jenis seperti imbuhan dan penyalahgunaan perkataan.

Contoh kesalahan bahasa yang kerap berlaku ialah kesalahan frasa yang melanggar hukum termasuk frasa seperti "lain-lain faktor" dan "plastik beg" yang tidak mengikuti struktur bahasa Melayu yang betul.

Kesalahan bahasa sering berpunca daripada pengaruh bahasa Inggeris, di mana penutur bahasa Melayu menggunakan perkataan atau struktur ayat bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Kesalahan-kesalahan ini menyumbang kepada kerosakan bahasa dan menyebabkan keperluan untuk membakukan bahasa tersebut.

Nurnatasha binti Ahmad Nazri (2316426)
Ringkasan kuliah 1

Dalam subjek ini kita akan selalu dengar nama tokoh iaitu Corder.

Analisis kesalahan bahasa ini merupakan suatu bidang linguistik terapan.

Subjek ini pelajar akan banyak menganalisis teks, tulisan dan iklan.

Kesalahan berbahasa merujuk kepada kesalahan dari segi tatabahasa seperti

pembentukan kata

penggabungan kata

penyusunan ayat

ejaan

penggunaan kata kerja

penggunaan kata nama

Corder (1990) mengatakan semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesalahan.

penyelarasan bahasa Melayu ialah DBP.

Amirah Najihah binti Nazri (2316562)
Berdasarkan pemahaman saya pada kuliah 1, kesalahan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang atau tidak sesuai yang kerap kali dilakukan. Kesalahan ini boleh berlaku dalam pelbagai aspek, termasuk ejaan, tatabahasa, pengucapan dan penggunaan ungkapan yang tidak betul, yang boleh mengakibatkan kekeliruan atau salah faham dalam komunikasi.

Terdapat dua jenis kesalahan bahasa iaitu kesalahan ketara dan tidak ketara.

Kesalahan ketara

Kesalahan ketara adalah kesalahan yang mudah dikesan kerana melibatkan pelanggaran langsung terhadap peraturan tatabahasa yang jelas.

Contoh:

Kesalahan Imbuhan:

"Saya memandukan kereta ke pejabat."

Pembetulan: "Saya memandu kereta ke pejabat."

Kesalahan: Penggunaan imbuhan "kan" yang tidak sesuai pada kata kerja.

Kesalahan tidak ketara:

Kesalahan tidak ketara lebih sukar dikesan kerana melibatkan masalah yang lebih halus seperti penggunaan frasa atau ungkapan yang tidak tepat.

Contoh:

Kelewahan Kata:

"Dia telah pergi ke sana pada waktu pagi tadi."

Pembetulan: "Dia telah pergi ke sana pada pagi tadi."

Kesalahan: Frasa "waktu pagi" adalah berlebihan kerana "pagi" sudah merujuk kepada waktu tertentu.

Nur Adriana Najwa binti Mohd Shafiee (2319840)
Ringkasan Kuliah 1

Definisi kesalahan Bahasa

-          Istilah kesalahan merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem atau peraturan-peraturan bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis. (contoh memasak nasi, menanak nasi)

-          Kesalahan bahasa ialah kesalahan yang berulang dalam sesuatu ayat. Kesalahan turut merujuk kepada kesalahan dari segi tatabahasa.

Disebabkan terdapat kesalahan, timbul keperluan untuk membakukan bahasa. (Abdullah 1987). - Bagi Mengelakkan percampuran bahasa lain yang menggangu penyelarasan bahasa.

Nik Safiah Karim (1978), Asmah Omar (1980) dan Arbak Othman (1981) mengatakan bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaannya yang standard dianggap sebagai kesilapan bahasa atau kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal seperti dialek-dialek Melayu. (contoh dalam kelas perlu guna Bahasa standard, bukan dialek -menjadi kesalahan)

Faktor-faktor penggunaan Bahasa

-          pemindahan bahasa

-          gangguan intralingual

-          kesan-kesan situasi berbentuk sosiolinguistik

-          sistem lingusitik pelajar yang tidak stabil.

Konsep Kesalahan Bahasa

Corder (1981) –

-          mentakrifkan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan jati.

Webber (1981) –

-          menyokong pendapat Corder (1981) dengan menyatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku apabila penggunanya keliru atau tidak mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan.

Za’ba (1965), Nik Safiah Karim (1978), Asmah Omar (1980) dan Arbak Othman (1981)

-          kesalahan berlaku kerana adanya penggunaan aspek-aspek bahasa yang tidak sempurna daripada sistem tatabahasa baku.

-          Penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaannya yang standard dianggap sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu.

NUR SHAFIKA NAZRIN BINTI AHMAD SHAKIR 2314578
Ringkasan kuliah 1

Berdasarkan pemahaman saya dalam kuliah 1 ini, terdapat beberapa konsep berkenaan kesalahan bahasa yang telah saya dapat. Antaranya adalah:

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang sering dilakukan

dalam membuat sesuatu ayat. Kesalahan bahasa ini merujuk kepada kesalahan dari segi tatabahasa yang merangkumi kesalahan pembentukan

kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan dan

kesalahan-kesalahan bahasa yang lain seperti penggunaan kata kerja, kata nama, kata tugas dan sebagainya.

Kesalahan bahasa ini juga merupakan kombinasi dua perkataan “kesalahan” dan “bahasa”. Kesalahan merujuk perbuatan salah atau kesilapan. Perkataan bahasa pula, bermakna sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud mengkaji suatu perbuatan yg salah atau apa-apa yg salah dalam suatu kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau penulisan.

Corder 1973 berpendapat bahawa sebab terjadi kesalahan bahasa ialah kerana terdapat banyak peraturan yang ada pada sesuatu bahasa iaitu formal dan tidak formal. Kadang-kadang, jika tidak berhati-hati, dalam masa menggunakan bahasa formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk yang tidak formal. Penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal adalah dianggap kesalahan bahasa. Malah sesuatu bahasa lazimnya mempunyai dialek-dialek. Penggunaan dialek adalah tidak formal. Oleh itu jika dialek dicampuradukkan dengan bahasa formal atau standard maka terjadilah kesalahan bahasa.

Sebagai contoh, kesalahan seperti ini kerap terjadi kerana kurang pemahaman tentang tatabahasa.

Contoh 1. “Baru” dengan “baharu”.

1a. Ayah baru sampai dari kampung.

1b. Baju baru yang dibelinya berwarna kuning.

Penggunaan ejaan baru dalam ayat 1a betul yang merujuk kepada masa. Tetapi baru pada ayat 1b salah kerana ayat merujuk kepada benda. Sepatutnya dieja baharu.

NORLAILA BINTI HASURAN (2311604)
Konsep Kesalahan Bahasa menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga:

penghuraian sesuatu perkara untuk mengetahui selok-belok, buruk baik dan mengkaji suatu perbuatan yang salah dalam kata-kata yang disusun dalam tatabahasa.

Corder (1981) : bentuk peraturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan jati.

Antara contoh kesalahan dalam Bahasa Melayu:

kesalahan frasa ( hukum D-M )

i. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan.

kesalahan frasa ( kelewahan dalam ayat)

i. " burung-burung berterbangan" : kedua-dua nama ganda penuh ( burung-burung) dan kata kerja berterbangan menyokong maksud jamak. oleh itu, hanya satu jamak sahaja harus digunakan.

EZZA NUR ALISYA BINTI ALI ZAINI (2318970)
Defini Kesalahan Bahasa

Merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang atau tidak selari dengan peraturan bahasa yang betul termasuk fonologi dan sintaksis.

Kesalah bahasa juga merujuk kepada kesalahan yang acapkali dilakukan dan dinormalisasikan oleh pengguna bahasa.

Walaubagaimanapun, Corder (1990:62) pula berpendapat bahawa semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesalahan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna bahasa untuk melakukan kesilapan

Pemindahan Bahasa

Gangguan Intralingual

Kesan faktor sosiolinguistik

Sistem linguistik pelajar yang tidak stabil

Antara contoh kesalahan dalam Bahasa Melayu

Kesalahan frasa (hukum D-M)

Kesalahan hukum D-M terdiri daripada sesuatu frasa nama yang mempunyai susunan yang salah. Kesalahan ini sering dilakukan atas sebab normalisasi masyarakat dan memimpin kepada kekeliruan frasa yang betul. Contohnya, frasa 'mini bas', 'cili sos', dan 'lain hal'.

Kesalahan frasa (kelewahan dalam ayat)

Kelewahan dalam ayat merujuk kepada pengunaan dua perkataan atau lebih yang membawa maksud yang sama. Kesalahan ini pula sering dilakukan atas sebab kurang kefahaman akan peraturan tatabahasa dan kefungsian atau penerapan peraturan-peraturan tersebut. Contohnya, 'Paling penting sekali', 'Ramai murid-murid', dan 'Kos perbelanjaan'.

NUR ATHIRAH ALEYA BINTI MOHD ROZI (2316600)
Analisis kesalahan bahasa adalah kajian yang biasanya digunakan dalam pembelajaran bahasa, sama ada bahasa pertama (bahasa ibunda) atau bahasa kedua/asing. Kesalahan bahasa sering berlaku ketika seseorang bercakap atau menulis, seperti kesalahan dalam membina ayat. Dalam proses memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kesalahan bahasa ini menyebabkan keperluan untuk membakukan bahasa. Corder (1981) menyatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku apabila pertuturan menyimpang daripada bentuk yang betul, manakala Webber (1981) menyokong pandangan ini, mengatakan bahawa kesalahan berlaku apabila seseorang tidak memahami aspek tertentu dalam bahasa.

Kesalahan bahasa terbahagi kepada dua iaitu

﻿﻿1. Kesalahan bahasa ketara

﻿﻿2. Kesalahan bahasa tidak ketara

Kesalahan bahasa ketara boleh ditafsirkan sebagai kesalahan dalam menggunakan ilmu fonetik, fonologi, proses peleburan, sebutan dan ejaan, pengaruh bahasa Melayu pasar dan peralihan kod.

Manakala kesalahan Bahasa Melayu tidak ketara pula boleh diertikan sebagai kesalahan kecil yang dibahagikan kepada 5 jenis iaitu imbuhan, penyalahgunaan pasangan ungkapan, ayat-ayat kabur, tanda baca dan kata-kata tabu.