Apa harapan sebagai seorang pendidik? by Miss Aisyah

NUR AINA SHAZLIN BINTI SHAHAL (KBJ240810106)
harapan sebagai seorang pendidik ialah murid dapat berkembang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga sahsiah. seterusnya, mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan. selain itu , dapat memupuk nilai murni seperti jujur, bertanggungjawab, tolong menolong dan hormat menghormati.

NOR AZWANIE BINTI AZMI (KBJ240810077)
Sebagai seorang pendidik, harapan saya adalah dapat membentuk generasi yang tidak hanya cerdas secara akademik, tetapi juga memiliki akhlak yang mulia dan karakter yang kuat. Saya ingin menjadi inspirasi bagi para murid untuk terus belajar, berfikiran kritis, dan berani bermimpi besar. Selain itu, saya berharap bisa menciptakan suasana pembelajaran yang menyenangkan, inklusif, dan penuh semangat agar setiap murid merasa dihargai dan termotivasi untuk berkembang.

NUR AINA RASYIQAH BINTI MOHD RODZI (KBJ240810074)
Harapan saya sebagai seorang pendidik ialah ingin menjadi contoh teladan yang baik. Harapan saya bukanlah setakat menjadi role model tetapi dapat memberi ilmu serta sikap dan nilai diri yang berdisplin. Selain itu, dapat membantu pelajar mencapai pontensi mereka dengan mencungkil bakat yang tersembunyi. Akhir sekali, ingin membentuk generasi muda. Harapan untuk mendidik dan membimbing pelajar agar menjadi individu yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

NUR AINA FARZANA BINTI MOHD FAUZI (KBJ240810070)
Sebagai seorang pendidik, saya berharap dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji. Saya ingin menjadi seorang yang berguna untuk memberi dorongan kepada murid murid untuk mencapai cita cita dan kejayaan masing masing. Harapan saya semoga setiap ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat dalam jangka masa yang panjang kepada murid dan masyarakat.

RAUDHAH AFIQAH BINTI RISHAL AZMAL
Harapan sebagai seorang pendidik ialah kita perlu mengajar kanak-kanak supaya kita dapat melahirkan generasi yang pandai dan berjaya. Sebagai guru pendidik, pasti bangga akan kejayaan yang kanak-kanak yang kita mengajar pada dahulu kala. Oleh itu, kita boleh meningkatkan mutu pendidikan negara.

NUR ZULAIKHA AZIZI ZULKARNAEN
Harapan saya ialah saya berharap agar dapat mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Ilmu tanpa akhlak akan menjadikan seseorang itu mudah terpesong daripada landasan yang benar. Oleh itu, saya sentiasa berusaha untuk menyampaikan pendidikan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Selain itu, saya ingin menjadi pendidik yang sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid saya. Saya percaya bahawa setiap murid mempunyai potensi untuk berjaya, asalkan diberi peluang dan bimbingan yang betul. Saya ingin menjadi pencetus semangat dalam diri mereka agar tidak mudah berputus asa dan terus berusaha mencapai cita-cita masing-masing.

CEMPAKA MURNI
Harapan saya sebagai seorang pendidik adalah dapat menjalankan amanah sebagai seorang pendidik dengan baik . Selain itu , harapan saya ialah untuk mendidik dan membimbing generasi muda dengan baik agar mereka berjaya sesuai dengan impian mereka . Saya juga berharap untuk menjadi pendidik yang cemerlang dan berdedikasi supaya dapat menjadi contoh yang baik terhadap anak didik yang lain .

SANDRA JEFFREY (KBJ240810110)
Harapan saya sebagai seorang pendidik adalah untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Saya ingin membuat kanak-kanak berasa bersemangat untuk belajar di sekolah dengan adanya aktiviti dalam pembelajaran dan juga mereka dapat bebas untuk meneroka benda yang mereka pelajari dengan adanya pendidik yang menyokong dan memberi bimbingan kepada mereka. Selain itu, sebagai seorang pendidik saya ingin membantu murid saya mencapai potensi diri mereka. Saya akan memberi peluang kepada murid saya untuk berkembang mengikut kebolehan dan minat mereka. Itu disebabkan kerana bukan semua orang belajar dengan cara yang sama, maka sebagai seorang pendidik saya akan berusaha menyokong keunikan mereka.

WAN NUR WIDAD DARWISYAH BINTI WAN MOHD NAZARI (KBJ240811143)
Harapan sebagai seorang pendidik ialah keinginan mewujudkan pendidik-pendidik di seluruh Malaysia yang bertoleransi, bertanggungjawab, menjalankan tugas dengan baik, menghormati, bangga dengan ramainya pendidik di Malaysia.

Selain itu, harapannya adalah keinginan untuk menjadi pendidik yang di sayangi oleh murid-murid, yang dikasihi, yang dihormati dan sebagainya.

Seterusnya,  keinginan membuka Tadika, Taska atau pusat penjagaan kanak-kanak yang menarik, murah dan sebagainya supaya ibu bapa tertarik dengan pusat penjagaan kanak-kanak tersebut.

harapan sebagai seorang pendidik ialah melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia

NUR HIDAYAHTUL HUSNA BINTI MOHD RAMLI ( KBJ240810107)
Harapan umum yang sering dimiliki oleh seorang pendidik adalah dapat memberi inspirasi dan contoh yang baik kepada murid.

Hal ini kerana pendidik ingin menjadi contoh teladan yang boleh memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi insan yang berjaya dalam hidup.

NUR BATRISYIA
Harapan saya sebagai seorang pendidik ialah saya ingin menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan sentiasa berlaku adil dalam memberi ilmu. Saya juga berharap agar anak-anak didik saya mendapat ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam semasa sesi pengajaran. Harapan saya yang paling penting ialah saya ingin membanggakan kedua ibu bapa saya dengan kejayaan saya pada masa akan datang 🤍

NUR NAJIHATUL NAJWA BINTI ZAINOL ABIDIN (KBJ240810075)
Harapan sebagai seorang pendidik ialah berharap dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar agar mereka dapat berusaha untuk mencapai impian. Selain itu, sebagai seorang pendidik juga berharap dapat membina generasi masa depan yang cemerlang agar murid yang dididik ini menjadi pemimpin ,profesional dan masyarakat yang bertanggungjawab. Seterusnya, sebagai seorang pendidik ini juga berharap dapat melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia untuk membentuk sahsiah dan nilai murni dalam diri.

SYAFIRAH AQILAH BINTI JUNAIDI
Harapan sebagai seorang pendidik ialah dapat melihat kejayaan anak didiknya. Hal ini kerana tiada yang lebih membahagiakan seorang pendidik selain melihat pelajarnya berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan yang di didik oleh pendidiknya sendiri.

NUR SITI KHADIJAH BINTI MOHD ASRI (KBJ240810086)
Haparan saya sebagai seorang pendidik ialah, saya berharap menjadi seorang pendidik yang jujur dan amanah dalam memegang sebuah tanggungjawab. Saya juga ingin menjadi seorang pendidik yang dapat memberikan banyak manfaat kepada pelajar dan orang sekeliling saya. Seterusnya, saya juga ingin menjadi seorang pendidik yang sentiasa ringan tulang menolong pelajar pelajar dalam kesusahan. Di samping itu, saya ingin meningkatkan kemahiran diri seperti dalam mengajar, berkomunikasi dan ingin memahami lebih lagi tentang diri saya supaya saya faham cara yang sesuai digunakan dalam mengajar.

AQILA HUMAIRAH
Harapan saya sebagai seorang pendidik ialah saya berharap suatu hari nanti setiap ilmu yang saya curahkan kepada anak murid saya menjadi bekalan yang sangat bermakna buat mereka. Impian saya ialah ingin melihat senyuman bangga dari wajah ibu ayah saya apabila mereka melihat saya berjaya mendidik dan membentuk insan yang berguna. Itulah hadiah yang paling berharga yang ingin saya berikan kepada ibu ayah saya.

NUR MURNI NATASYA BINTI MUHAMAD ( KBJ240810109 )
Sebagai seorang pendidik, saya berharap agar dapat membimbing mereka yang bukan hanya bijak dalam akademik , malah mempunyai sikap yang baik dan mampu menghadapi rintangan hidup. Saya ingin menimbulkan suasana belajar yang nyaman, di mana semua murid merasakan diri mereka dihargai dan mempunyai semangat untuk belajar. Saya juga berharap apa yang saya ajar dapat dimanfaatkan oleh mereka pada masa hadapan mereka. Selain itu, saya ingin terus belajar dan berkembang supaya dapat menjadi guru yang lebih baik lagi.

NURUL ELIEYSA SHUHADA BINTI ROZILAN KBJ240810119
sebagai seorang pendidik, saya berharap agar setiap ilmu yang saya curahkan mampu menyentuh hati dan membentuk jiwa anak-anak didik saya. Saya ingin menjadi insan yang bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Harapan saya adalah untuk melihat mereka membesar bukan hanya dengan ilmu di dada, tetapi juga dengan akhlak yang terpuji. Dan saya juga percaya setiap murid ada potensi, dan menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka menyinar dengan cara mereka sendiri. Semoga usaha kecil saya hari ini memberi kesan besar dalam kehidupan mereka suatu hari nanti.

NURESYA SYAZIEANA BT MOHD ZAMRI
Sebagai seorang pendidik,kita perlu menyimpan harapan untuk melahirkan generasi pelajar yang akan datang menjadi lebih berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik.Sebagai seorang pendidik juga kita perlu berharap agak usaha dan teladan yang ditunjuk tidak akan sia-sia dan dapat membantu pelajar dengan lebih mudah.Akhir sekali.Saya juga berharap pelajar meningkatkan peningkatan dalam apa jua bidang.

MIOR SYAH ISKANDAR BIN MIOR KHAIRUDIN
Harapan saya sebagai seorang pendidik adalah menjadi seorang pendidik yang mampu memberi pendidikan yang setara untuk semua anak murid-murid. Seterusnya, saya ingin menjadi seorang pendidik yang berintegriti dalam semua aspek bagi mengurangkan golongan-golongan pendidik yang tidak bertanggungjawab ketika bertugas. Seterusnya, saya ingin berjaya mendidik murid-murid untuk menjadi rakyat atau generasi yang berkualiti untuk negara pada masa akan datang bagi mewujudkan anjakan paradigma dalam kemajuan negara kita, Akhir sekali, saya ingin menjadi seorang pendidik yang sabar dalam mendidik supaya saya dapat memberi kasih sayang dan saya boleh jalankan tanggungjawab saya dengan penuh berkhidmat serta murid-murid juga menyayangi saya.

-miyoo

Nurhidayah bt Mohd Nor
Harapan sebagai seorang pendidik pertama sekali ialah ilmu yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan. Walaupun mereka tiada satu hari nanti, masih akan ada insan yang terus berjasa kerana hasil didikan mereka dahulu. Selain itu, pendidik juga berharap agar dapat menyalakan pelita dalam kegelapan. Menjadi cahaya yang membimbing walau setitis agar anak bangsa tidak hanya bijak di kertas, akan tetapi mulia pada hati, jujur dalam tindakan serta tinggi pekerti.

SITI NURKHADIJAH INSYIRAH BINTI ZULKARNAIN (KBJ240810068)
Harapan saya sebagai seorang pendidik adalah saya ingin menjadi cikgu tadika yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid saya. Saya berharap semua murid-murid yang saya ajari dapat mengenal huruf dengan baik. Selain itu, saya juga berharap dapat melahirkan insan yang berjaya dalam kehidupan kanak-kanak serta membentuk akhlak mulia dalam diri mereka. Sekian.

MUHAMMAD FIKRI DANIEL BIN MUHAMMAD ZULKARNAIN SHAH
Harapan saya sebagai seorang pendidik ialah untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi dalam berakhlak mulia, berfikiran positif terutama kepada diri mereka dan juga bagi orang lain. Saya juga berharap dapat memberikan insipirasi kepada mereka agar menjadi insan yang  cemerlang dan tidak mudah putus asa. Saya juga berharap setiap ilmu yang disampaikan dapat menjadi satu perkara yang berharga dalam membentuk diri dan masa depan mereka.

NUR MAZLIANA BINTI MOHD FAUDZI (KBJ240810108)
Harapan saya sebagai seorang pendidik ialah saya berharap agar semua anak didik dapat menggunakan ilmu yang telah dicurahkan dengan baik dan sentiasa mengamalkannya. Hal ini kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Ilmu yang ada dalam diri mereka perlulah digunakan kerana ianya langsung tidak memberi manfaat sekiranya tidak diamalkan. Selain itu, saya berharap agar dapat membentuk mereka menjadi seorang yang berakhlak mulia. Seseorang yang berilmu sudah tentu mempunyai daya fikiran yang tinggi bagi memikirkan mana yang baik dan yang buruk. Dengan berakhlak mulia sudah tentu mereka mempunyai nilai tanggungjawab dan bertolak ansur dalam diri mereka.

NUR SYUHAIDA BINTI MOHD NASIR ( KBJ240810118 )
sebagai seorang guru, saya berharap saya dapat memikul tanggungjawab dalam membentuk generasi muda pada zaman globalisasi ini. Saya berharap agar anak didik saya bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran malah menjadi seorang insan yang memiliki sahsiah diri yang terpuji, hormat orang yang lebih tua, sopan santun dan beradab. Saya juga berharap saya dapat menempuh segala cabaran yang mendatang supaya saya dapat menjadi seorang pendidik yang dapat memberikan kanak-kanak teladan, inspirasi dan mampu untuk membimbing mereka bukan sahaja melalui kata-kata.

FARAH NAJWA BINTI AZHAR (KBJ240810104)
Harapan saya sebagai seorang pendidik ialah saya ingin melihat anak murid saya berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Harapan ini menjadi fokus utama guru untuk melihat anak murid mereka menjadi individu yang sukses dan mempunyai kehidupan yang sebaiknya di masa akan datang.

Selain itu, harapan saya sebagai seorang pendidik ialah saya ingin belajar dan terus berusaha selayaknya sebagai pendidik untuk menjadi contoh yang baik kepada murid-murid serta menjadi yang terbaik dalam dunia pendidikan.

Akhir sekali, pendidik hendaklah diberikan sokongan dan penghargaan bagi melayakkan dirinya sebagai seorang pendidik yang berkualiti yang boleh melahirkan ramai insan yang berjaya dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu. Oleh itu, setiap pendidik mempunyai harapan tersendiri dalam menggalas tanggungjawab yang sepatutnya untuk membentuk diri sendiri ke arah yang lebih baik, membantu murid-murid mencapai target mereka dan menjadi contoh terbaik kepada orang sekeliling.

FARAH NAJWA BINTI AZHAR (KBJ240810104)
"Hari ini adalah kesempatan baru untuk menjadi versi terbaik kepada diri kamu."

Dengan ini, dapat meningkatkan rasa percaya diri dalam diri mereka untuk terus belajar dan berusaha mengubah masa hadapan serta menjadi insan yang lebih berjaya

PUTRI DARWISYAH BINTI MOHD HELMI (KBJ240810102)
Harapan saya sebagai orang pendidik ialah melahirkan generasi berkualitas. Sebagai seorang pendidik berharap dapat membentuk pelajar yang cerdas dan berakhlak mulia.