REFLEKSI by Ana PI2

ANA A'LIAH INSYIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR
Dalam subjek Asas Amalan Reka Bentuk dan Teknologi yang diajar oleh En. Aimee Shahrin bin Jais, saya mempelajari aspek keselamatan, bahan, dan proses penghasilan produk dengan mendalam. Melalui HPK1, saya memahami pengurusan keselamatan dalam bengkel serta peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang risiko, yang sangat penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat. Seterusnya, HPK2 memberi saya peluang untuk menganalisis pelbagai jenis bahan, termasuk bahan kitar semula, dalam konteks revolusi industri masa kini. Ini mengukuhkan pengetahuan saya tentang sifat bahan dan pemindahan tenaga dalam proses pembuatan. Akhirnya, HPK3 mengajarkan saya cara menghasilkan produk dengan langkah-langkah pembinaan yang betul, memperkasa kemahiran praktikal dan memastikan hasil yang berkualiti. Terima kasih kepada En. Aimee Shahrin bin Jais atas bimbingan beliau dalam memperkaya kemahiran ini.

AISYAH AQILAH
Melalui subjek ini, saya dapat pelbagai ilmu baharu tentang alatan dan bahan, jenis jenis bahan, cara kitar semula dan lain lain. Subjek ini juga meningkatkan kemahiran saya dalam menukang. Kaedah oembelajaran membantu saya memahami lebih mendalam tentang topik topik berkenaan. Akhir sekali, melalui penghasilkam prosduk daya mampu mengaplikasi teori yang telah dipelajari. Bahan bahan rujukan yang disediaakan okeh guru amat membantu saya untuk menjawab kuzi dan peperiksaan akhir.

HANANIA FARIHA
Sepanjang belajar kursus RBTS3433 ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam pelbagai aspek contohnya mengetahui tentang keselamatan makmal, tahu tentang sifat bahan, belajar cara membuat produk bermula lakaran idea sehingga penilaian produk tersebut. Kursus ini juga banyak memberikan teknik belajar secara hands-on yang menyebabkan saya lebih fahan dengan lebih mendalam

AIN AQILAH
Kursus RBTS3433 iaitu Asas Reka Bentuk dan Teknologi memberi pendedahan kepada saya tentang konsep-konsep asas dalam Reka Bentuk dan Teknologi seperti Pengurusan dan Keselamatan Bengkel, Jenis dan Sifat Bahan, Bahan Kitar Semula, Pemindahan Tenaga, Perancangan Pembinaan Produk, Alatan Tangan dan Mesin serta Proses Penghasilan Produk, Melalui topik-topik ini, saya dapat memahami bagaimana ingin menghasilkan sebuah produk yang mampu memberi banyak manfaat kepada pengguna. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berinovasi, penyelesaian masalah serta kreativiti. Kursus ini juga memperkukuh keupayaan saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam konteks pendidikan dengan memberikan ruang untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik serta sesuai dengan keperluan murid. Pendekatan hands-on melalui projek dan tugasan dokumentari membantu saya bukan sahaja memahami konsep teori, tetapi juga mengembangkan kemahiran teknikal dan praktikal yang diperlukan dalam pendidikan masa kini

NUR FARISHA BINTI ABDUL HALIM
Melalui kursus RBTS3433 ini, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan baharu berkaitan bidang Reka Bentuk dan Teknologi. Antaranya, ialah saya dapat memahami pengurusan dan keselamatan bengkel yang perlu dipatuhi bagi mencegah berlakunya kemalangan. Selain itu, pengajaran tentang jenis dan sifat bahan juga telah membantu saya mengenali dengan jelas ciri-ciri serta kegunaan setiap bahan logam dan bukan logam yang ada. Tambahan pula, penghasilan projek yang dilaksanakan telah mengasah kemahiran saya dalam mengenal pasti masalah, merancang proses, berfikir secara kreatif, membuat keputusan dengan cekap serta bekerjasama dengan pensyarah dan rakan-rakan lain. Misalnya, saya telah memanfaatkan penggunaan bahan kitar semula dan mengaplikasikan konsep pemindahan tenaga yang dipelajari ke dalam penghasilan projek bagi mencipta satu produk yang berinovasi, mesra alam serta dapat berfungsi secara efisien. Impaknya, pembelajaran ini telah menjadi satu pengalaman yang amat bermakna buat saya.

NUR FARHANI
Sepanjang belajar kursus ini, saya mendapat banyak pengalaman dan pemahaman yang mendalam tentang prinsip dan proses reka bentuk serta aplikasinya dalam pendidikan. Saya berpeluang mempelajari pelbagai teknik seperti penggunaan Arduino dan komponen elektronik untuk membina projek interaktif yang bukan sahaja melibatkan teori tetapi juga kemahiran praktikal. Selain itu, tugasan yang memerlukan kreativiti dan inovasi dalam merancang serta membangunkan projek memberi peluang kepada saya untuk meneroka potensi saya dalam mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran, khususnya untuk pelajar MBPK.

SHAMIRA INSYIRA BINTI SHAMSUNIZAM
Kursus RBTS 3433 Asas Amalan Reka Bentuk dan Teknologi telah memberikan saya kefahaman yang mendalam tentang konsep-konsep asas dalam reka bentuk dan teknologi. Setiap tajuk yang dipelajari memberi peluang untuk mengaplikasikan teori ke dalam amalan praktikal, seterusnya meningkatkan kemahiran reka bentuk dan teknologi secara menyeluruh.

Tajuk keselamatan bengkel mengajar saya tentang pentingnya mematuhi prosedur keselamatan asas dan mengurus peralatan di bengkel untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan mengurangkan risiko kecederaan. Seterusnya, tajuk jenis dan sifat bahan membantu saya untuk memilih bahan yang sesuai untuk setiap projek reka bentuk dengan mengambil kira sifat-sifat seperti kekuatan, ketahanan, dan fleksibiliti yang mempengaruhi fungsi dan keberkesanan produk akhir. Selain itu, tajuk bahan kitar semula meningkatkan kesedaran saya tentang kepentingan penggunaan bahan kitar semula dalam reka bentuk dan pembinaan produk. Mempelajari konsep ini menggalakkan saya untuk merancang projek yang lebih mesra alam dan lestari, sekali gus mengurangkan pembaziran dan impak negatif terhadap alam sekitar.

Kefahaman tentang pemindahan tenaga turut dipelajari dalam kursus ini, di mana saya didedahkan kepada konsep asas pemindahan tenaga yang sangat penting dalam reka bentuk teknologi. Pengetahuan ini membolehkan saya memahami bagaimana tenaga dapat digunakan dengan lebih berkesan, terutamanya yang melibatkan sistem elektrik. Selain itu, tajuk perancangan pembinaan projek menekankan betapa pentingnya perancangan yang teliti dalam menghasilkan sesuatu projek. Melalui tajuk ini, saya mempelajari proses penyusunan langkah-langkah kerja, pemilihan bahan, dan pengurusan masa yang efektif bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

Di samping itu, tajuk alatan tangan dan mesin memberi saya pengetahuan praktikal tentang penggunaan pelbagai alatan dan mesin di bengkel, yang memudahkan proses pembinaan dan pengeluaran produk. Kemahiran menggunakan alat-alat ini dengan selamat  sangat penting dalam penghasilan produk. Akhir sekali, tajuk proses penghasilan produk memberikan saya gambaran keseluruhan tentang langkah-langkah dalam penghasilan produk, dari perancangan hingga ke peringkat akhir, untuk memastikan produk akhir memenuhi permintaan dan keperluan pengguna.

Secara keseluruhan, kursus ini telah menambahkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang cara menghasilkan produk yang berfungsi dengan baik, selamat, dan mesra alam.

BALQIS BINTI ZULHELMI
Melalui subjek RBTS3433 Asas Amalan Reka Bentuk dan Teknologi, saya didedahkan kepada prinsip-prinsip reka bentuk yang dapat diaplikasikan secara praktikal, seperti kaedah merancang, membangun dan menilai sesuatu projek reka bentuk yang berimpak. Aspek teknologi pula mengajar saya untuk menggunakan alatan moden yang sesuai untuk menyampaikan idea dan konsep secara efektif. Pendekatan yang bersifat hands-on ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Encik Aimee Shahrin bin Jais sebagai pensyarah subjek ini mempunyai cara penyampaian yang sangat profesional dan jelas, di mana beliau banyak menggunakan contoh nyata dalam pengajaran. Beliau juga sering menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar kotak dan memberikan panduan secara terperinci dalam setiap tugasan. Cara beliau mengendalikan kelas menambah keyakinan saya dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari, kerana setiap proses pembelajaran dirangka untuk membantu kami memahami asas-asas reka bentuk dengan lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, saya merasakan subjek ini sangat berguna dalam meningkatkan kemahiran saya sebagai bakal pendidik. Saya bukan sahaja belajar menguasai kemahiran teknikal dalam reka bentuk, malah dapat mengembangkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan pengurusan projek yang penting dalam menyampaikan pengajaran yang lebih interaktif dan berkesan kepada pelajar di masa hadapan.

UMMI UMAIRA BT USOP
Selepas mengikuti kursus asas Reka Bentuk dan Teknologi, saya memahami konsep penting dalam menghasilkan reka bentuk yang kreatif dan berfungsi. Kursus ini mengajar saya tentang proses reka bentuk, termasuk langkah-langkah perancangan, pembuatan prototaip dan penilaian hasil. Selain itu, saya belajar teori-teori baru yang membantu saya menghasilkan projek dengan lebih berkesan, khususnya dalam aspek penyelesaian masalah dan kreativiti. Saya juga kini lebih mahir menggunakan pelbagai alat dan bahan, yang memperkasa kemahiran teknikal saya. Melalui kursus ini, saya menjadi lebih yakin untuk meneroka projek reka bentuk dengan pendekatan yang teratur dan terancang, memberi inspirasi untuk terus memajukan diri dalam bidang ini.

IZZATUL AFIFAH BINTI MOHD ROSLI
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, En. Aimee Shahrin atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau, saya dapat menjayakan kursus RBTS3433 ini dengan jayanya. Bukan itu sahaja, melalui Kursus rbts3433 ini saya berpeluang mempelajari pelbagai topik. Antaranya topik berkaitan pengurusan dan keselamatan bengkel. Topik ini telah membantu saya dalam menerapkan etika keselamatan ketika dalam bengkel. Selain itu, Pembelajaran kursus ini melibatkan pemahaman yang mendalam tentang setiap fasa reka bentuk, dari peringkat analisis masalah dan penjanaan idea hingga ke fasa penilaian dan penambahbaikan. Hal ini secara tidak langsung telah membantu saya dalam menjayakan tugasan 2 iaitu penghasilan produk.

NISA FARZANA
Berdasarkan pengalaman saya belajar kursus ini, saya dapat menambah pengetahuan yang luas berkaitan aspek keselamatan bengkel dan makmal, jenis dan sifat bahan, proses kitar semula dan juga proses pembinaan produk. Dalam masa yang sama, kursus ini membuka peluang kepada saya untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kerana adanya aktiviti hands-on di bengkel kemahiran. Proses pembinaan produk juga membantu saya untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritikal untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

SITI WAJIHAH BINTI NOOR AZNI
Alhamdulillah, pertamanya saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya iaiatu En Aimee Shahrin bin Jais kerana telah memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang pembelajaran kursus RBTS3433. Sepanjang kursus ini, saya dapat mempelajari pelbagai aspek yang menarik dan menambah pengetahuan saya berkenaan keselamatan bengkel, sifat bahan, pemindahan tenaga, proses pembinaan produk. Kursus ini banyak mengajar saya teknik-teknik yang boleh digunakan semasa membuat projek dengan lebih berhati-hati. Bukan itu sahaja, kursus ini juga dapat membimbing saya untuk menjadi seorang yang lebih kreatif dan inovatif.

Subjek Asas Amalan Reka Bentuk dan Teknologi yang saya pelajari di Institut Pendidikan Guru (IPG) memberi saya pemahaman yang lebih mendalam mengenai konsep asas dalam reka bentuk dan teknologi, serta kepentingannya dalam pendidikan. Sepanjang kursus ini, saya tidak hanya belajar tentang teori reka bentuk, tetapi juga cara-cara untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam konteks pengajaran di sekolah, khususnya dalam subjek  Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Selain itu, saya juga menyedari pentingnya pendekatan berasaskan masalah dalam kursus asas amalan RBT. Subjek ini mengajarkan saya bahawa reka bentuk adalah cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam projek reka bentuk yang kami lakukan, kami diberi masalah yang perlu diselesaikan, seperti mencipta alat atau produk yang dapat membantu memudahkan kehidupan seharian atau memberi manfaat kepada orang ramai. Proses ini bukan sahaja melibatkan kreativiti, tetapi juga pemikiran kritis dan analisis yang mendalam. Saya kini dapat melihat bagaimana pendekatan ini boleh diterapkan dalam bilik darjah untuk membantu pelajar memahami bahawa reka bentuk adalah cara untuk mereka mengatasi cabaran dalam kehidupan mereka, bukan sekadar sesuatu yang bersifat abstrak.

NUR ILI NABILAH BINTI NOZULAN
Dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bersama Encik Aimee, saya mempelajari pelbagai aspek penting dalam pemilihan dan penggunaan bahan seperti logam dan bukan logam, di mana setiap bahan mempunyai sifat tersendiri yang mempengaruhi reka bentuk dan kegunaannya. Saya turut diberi panduan tentang teknik membina model yang tepat dan kemas, memastikan hasil kerja yang praktikal dan estetika. Penggunaan teknologi dalam proses ini juga memberi dimensi baru, seperti perisian reka bentuk dan mesin digital yang memudahkan saya untuk menganalisis, mengukur, dan mencipta model dengan lebih cekap serta profesional. Pembelajaran ini memperluas pemahaman saya tentang dunia reka bentuk yang moden dan berasaskan sains.