E-MENTORING MAKLUM BALAS ISRAK MIKRAJ by PI30622 Nuratiqah Amnani Binti Mohd Khir

SIRATUL JANNAH BINTI ZULKIFLEE
Apa yang sya dapat dari ceramah semalam ialah sebagai seorang guru,kita haruslah sentiasa semangat dan tidak berputus asa dalam menyampaikan ilmu.Selain itu,kita mestilah mempunyai kenderaan yang baik dan laju untuk ke syurga di akhirat nanti.Oleh itu kita mestilah memperbanyakkan amal soleh untuk merealisasikan hasrat tersebut.Seterusnya,untuk menjadi seorang pendakwah ,kita mestilah mempunyai tekad yang kuat kerana jalan dakwah penuh dengan liku dan penentangan daripada masyarakat.Kesimpulannya,banyak iktibar yang dapat kita perolehi daripada peristiwa israk dan mikraj yang mana boleh menjadi pedoman kepada kita sebagai guru dan pendakwah.

Muhammad Mustaqim Bin Abdul Razak
Kesimpulan yg dpt saya buat berdasarkan ceramah isra' mikraj semalam adalah malam isra' mikraj adalah malam yg dimana Rasulullah SAW berjumpa dgn Allah SWT untuk diperintahkan solat fardu iaitu diwajibkan keatas muslim utk solat 5 waktu. Kita sebagai bakal guru disekolah nanti, haruslah sentiasa menasihati rakan² utk sentiasa solat di masjid. Kita mestilah menasihati mereka dalam keadaan yg lemah lembut kerana Islam itu adalah agama yg mulia. Kita juga mestilah sentiasa menasihati mereka dan jgn pernah berputus asa kerana hidayah itu adalah milik Allah

Nur Khairina Binti Abdul Rashid
Berdasarkan program israk mikraj semalam,perkara yang dapat saya kongsikan ialah kita hendaklah mencontohi sifat Rasulullah SAW iaitu  tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah.Begitu juga apabila menjadi seorang guru,kita mestilah sentiasa berusaha menyampaikan ilmu kepada anak murid kita di sekolah kelak..Selain itu,ustaz wan juga ada mengajukan soalan berkaitan dengan "apakah pengajaran yang kita dapat  dengan kenderaan yang dinaiki oleh Rasulullah iaitu Buroq?".Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Wan bahawa Allah telah menurunkan Boroq kepada Rasulullah kerana baginda banyak melakukan amalan-amalan kebaikan.Maka,pengajarannya di sini, sekiranya kita mahu mempunyai kenderaan yang laju untuk ke syurga maka,kita hendaklah mempertingkatkan amalan seharian kita.Oleh itu dapat dikatakan di sini bahawa peristiwa ini sedikit sebanyak memberi hikmah dan pengajaran untuk kita sebagai umat Rasulullah iaitu memperingati   pengorbanan Rasulullah untuk mengurangkan jumlah solat 50 waktu kepada 5 waktu sahaja kerana baginda amat menyayangi umat-umatnya.

NURUL IZZAH BINTI ROSDI
Berdasarkan program israk mikraj yang dijalankan semalam, dapat saya simpulkan kita sebagai umat islam hendaklah bersama-sama dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan amalan kebaikkan. Hal ini bukan sahaja menghasilkan kebaikkan kepada kita, namun juga menjadi contoh tauladan kepada masyrakat. Tambahan lagi kita sebagai guru mestilah menunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak murid supaya mereka boleh mencontohi dan mengikut amalan kebaikkan yang dilihat. Peristiwa Israk Mikraj juga mempringatkan kita tentang pengorbanan Baginda Nabi Muhammad kepada umat Islam iaitu dengan meminta kepada Allah SWT untuk mengurangkan waktu solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu sahaja. Oleh itu sebagai umat Islam hendaklah kita mencuba untuk menirikan solat dengan sempurna dan di awal waktu.

Nur Sakinah Binti Md Adam
Bismillah. Apa yang saya dapat daripada ceramah Israk Dan mikraj semalam ialah sebagai seorang muslim yang beriman wajib untuk membenarkan serta percaya dengan segala yang telah diciptakan oleh Allah SWT.  Mempercayai bahawa kejadian Israk dan Mikraj berlaku kepada Nabi Muhammad SAW atas izin Allah untuk dimuliakan olehNYA serta memberi ganjaran dan keistimewaan kepada baginda Muhammad SAW. Selain itu, dalam sesi ceramah ini juga dapat memberi kesedaran kepada diri sendiri untuk sentiasa ingat pada Allah sama ada ketika dalam keadaan susah mahupun senang dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberi. Tambahan pula, terselit dalam ceramah tersebut juga tentang kesediaan untuk menjadi seorang pendidik memerlukan hati yang bersih untuk mendidik pada masa akan datang serta melakukan kerana Allah SWT supaya dapat membentuk/melahirkan ketaqwaan murid kepada Allah dan sentiasa memahami agama Islam. Disamping itu juga, Kita sebagai seorang pendidik juga perlu  mempunyai teknik/kaedah mengajar dengan baik supaya dapat menarik minat murid.  Akhir sekali ialah sebagai umat Islam seharusnya sentiasa menanam tekad untuk terus dan sentiasa menambahkan amal kepada Allah SWT supaya berjaya di dunia akhirat. Kesimpulannya, banyak pengajaran dan iktibar yang dapat diperoleh daripada program Israk dan Mikraj yang telah dianjurkan dan menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini sebagai pedoman kepada kita semua. Insya Allah.

NURINA SAFAWATI BINTI MOHD SHUKERI
Melalui ceramah israk dan mikraj yang telah dijalankan, saya dapat banyak ilmu pengetahuan yang baru terutama mengenai hikmah & pengajaran daripada peristiwa Isra' dan mikraj. Sebagaimana Rasulullah saw telah diisra' dan mikrajkan untuk menerima syariat baru oleh Allah SWT iaitu solat. Kesungguhan dan kasih sayang kepada umatnya baginda sanggup bertemu dan meminta berulangkali dengan Allah untuk mengurangkan bilangan waktu solat. Selain itu juga, pengajaran yang dapat diambil sepanjang pencerahan mengenai Isra' dan mikraj ini ialah kita sebagai seorang bakal pendidik diberi amanah untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada murid-murid supaya mereka mengetahui perkara-perkara dosa dan pahala seperti kewajipan menunaikan solat. Kesimpulannya, peristiwa isra' dan mikraj merupakan suatu peristiwa yang penting diketahui oleh semua umat islam supaya dapat menambah keimanan dan ketakwaan dalam diri setiap individu.

Nur Alya Khairani binti Kharul Amilin
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..
Banyak perkara baharu yang saya dapat sewaktu berlangsungnya ceramah Israk Mikraj semalam. Ustaz Wan Mohd Hanif Saifuddin merupakan seorang guru sekolah, oleh itu cara penyampaian beliau sangat mudah untuk difahami. Beliau menekankan bahawa kita sebagai mukmin yang sejati wajib mempercayai berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj terhadap Nabi Muhammad SAW. Apa yang dapat saya perkatakan ialah ustaz memberitahu bahawa sememangnya semua diantara kita tahu keseluruhan cerita berkenaan dengan peristiwa tersebut, namun beliau mengatakan bagaimana kita sebagai seorang guru tambahan pula seorang ustaz dan ustazah ingin menyampaikan perkara tersebut kepada anak-anak murid kita nanti. Ustaz Wan Mohd Hanif Saifuddin berkongsikan tips-tips dan pengalamannya sebagai seorang guru pendidikan Islam bagaimana kita hendak menarik perhatian anak-anak murid terhadap cerita yang kita sampaikan. Pelbagai situasi telahpun ustaz tersebut gambarkan kepada kami supaya persediaan awal kami sebagai seorang guru dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah nanti. Saya harap dapat mengaplikasikan tips-tips tersebut ketika telah menjadi seorang guru kelak. Sekian terima kasih...

SYAZA ADAWIYAH BINTI JAMIL
Bismillahirrahmanirrahim.. Kesimpulan yang saya dapat daripada program ceramah Israk Mikraj malam tadi adalah, sebagai umat Islam kita mestilah percaya berkenaan peristiwa Israk Mikraj dengan menanam di dalam hati “Aku percaya bahawa tiada yang mustahil bagi Allah SWT”. Ustaz Wan juga berpesan untuk sentiasa mendahului Aqidah dalam apa jua hal yang berkaitan agama. Kerana seseorang yang mempunyai Aqidah yang mantap, tidak akan mudah terpesong dari ajaran agama yang sebenar. Ustaz Wan juga berkongsi beberapa pengajaran yang kita boleh ambil daripada peristiwa Israk Mikraj. Antaranya ialah, peristiwa Nabi melihat orang yang memecahkan kepala berulang kali. Peristiwa itu merupakan gambaran terhadap orang yang meninggalkan ibadah solat di hari akhirat kelak. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita wajib menunaikan solat fardhu dengan sempurna.

Nur Faieqah binti Abdul Sukor
Bismillahirrahmanirrahim, apa yang saya dapat daripada ceramah israk mikraj ialah sebagai umat Islam kita perlulah menyediakan bekalan amal ibadah kita di dunia ini untuk kehidupan di akhirat nanti.
Seterusnya, sebagai umat Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana solat fardhu kita dapat dikurangkan daripada 50 waktu kepada 5 waktu sahaja sehari semalam. Oleh itu, tiada alasan untuk kita untuk meninggalkan solat fardhu tanpa adanya keuzuran. Selain itu, sebagai seorang bakal pendidik, kita hendaklah menyediakan mental dan fizikal yang kuat serta ilmu pengetahuan yang luas untuk mendidik anak bangsa serta berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai. Akhir sekali, semoga setiap amalan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini sentiasa dipandang oleh Allah agar kita sentiasa mendapat keredaan dan kasih sayang Allah di dunia mahupun di akhirat. Wallahu Alam.

Nur Awatif Binti Abdul Ghani
Berdasarkan apa yang saya perolehi daripada ceramah israk mikhraj adalah beberapa peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi yang salah satunya memberi pengajaran untuk kita sebagai seorang guru. Peristiwa yang diperlihatkan kepada nabi adalah golongan yang memikul beban  dan beban itu tidak mampu dipikul oleh mereka tetapi masih ditambah lagi dengan beban yang lain. Golongan ini adalah golongan yang tamak untuk mendapatkan jawatan. Jadi, kesimpulannya iktibar yang diperolehi daripada peristiwa ini ialah kita perlulah besederhana dalam melakukan sesuatu pekerjaan tidak kiralah sebagai seorang guru ataupun melakukan pekerjaan yang lain.

NURATIQAH AMNANI BINTI MOHD KHIR
Assalamualaikum, alhamdulillah berdasarkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Hanif semalam berkenaan Israk dan Mikraj adalah sebagai seorang yang beragama islam wajib ke atas diri untuk menguatkan akidah dengan mempercayai bahawa kejadian Israk dan Mikraj adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. Sebagai guru yang akan menjadi pemangkin negara pada suatu masa kelak, wajib ke atas kita untuk menguatkan akidah murid-murid dengan meyakinkan mereka Rasulullah saw adalah pesuruh Allah dan pegangan manusia adalah al-quran dan sunnah. Bukan itu sahaja, kejadian Israk dan Mikraj juga merupakan satu hadiah yang paling istimewa dari Allah swt kepada baginda Nabi Muhammad saw. Hal ini berikutan kerana, pada tahun tersebut merupakan tahun kesedihan buat baginda apabila kehilangan dua insan yang tercinta dan juga pendokong kuat dakwah baginda iaitu Abu Talib bapa saudara baginda dan Saidatina Khadijah iaitu isteri tercinta baginda.
Perjalanan tersebut bermula dengan Malaikat Jibril yang menjemput baginda dari masjidil haram dengan menaiki buroq. Pengajaran dari kisah buroq adalah Allah mampu mencipta haiqan tunggangan yang luar biasa tak mampu tercapai dek akal fikiran manusia dengan kelajuan sepantas satu hari satu malam ke langit ke tujuh, tapi adakah kita mampu melangkah ke dalam syurga sepantas haiwan tersebut di akhirat kelak? Seterusnya adalah ujian yang besar menimpa baginda apabila jin ifrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan ke sidratulmuntaha. Kemudian , Rasulullah melihat seseorang yang memecahkan kepalanya berulang kali di langit pertama. Lantas baginda menjawab itu adalah balasan bagi sesiapa yang meninggalkan solat sewaktu i dunia. Seterusnya baginda meneruskan perjalanan ke langit yang kedua dan melihat manusia yang membawa beban sehingga tidak mampu mengangkat kemudian ditambah lagi beban tersebut. Lantas baginda berkata bahawa manusia tersebut adalah orang yang sewaktu di dunia sangat tamak dengan pangkat. Kemudian diteruskan lagi dengan langit seterusnya, iaitu terlihat seekor anak lembu yang sudah keluar dari lubang ibunya dan sudah membesar kemudian ingin masuk kembali. Gambaran tersebut diberikan kepada sesiapa sahaja yang bersikap angkuh dan bongkak dengan manusia. Kemudian Nabi singgah untuk solat di masjidil aqsa, ini menujukkan sejauh mana kita pergi mahupun bermusafir, jangan sesekali kita meninggalakan solat. Akhirnya langit yang teratas kelihatan seseorang yang sedang bersandar rupanya dia adalh nabi ibrahim a.s Baginda nabi ibrahim memberi pesanan supaya mengamalkan
لا حولا ولا قوة الاّ بالله علي العظيم
untuk membina tanaman i dalam syurga. Nabi terus berjumpa Allah dan dihadiakan buat baginda solat yang bersamaan 50 waktu. Akan tetapi, nabi musa berkata kepada baginda "mintalah Allah mengurangi kerana umatmu takkan terdaya". Lantas nabi pun berjumpa Allah semula dan meminta pengurangan waktu solat sehingga 5 waktu. Dengan itu diwajibkan keatas manusia untuk menunaikan solat meskipun dalam keadaan sakit kerana islam mempunyai rukhsah dalam menunaikan solat bagi keadaan dan situasi darurat.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru wajib bagi kita mempunyai visi dan misi yang kukuh dan jelas seperti Rasulullah saw yang tekad dengan dakwahnya meskipun ditentang difitnah dan berbagai macam rupa lagi pengkhianatan yang dibuat tetap teguh membawa ajaran agama islam. Jngan lah kita mudah berputus asa dan yakinlah bahawa pertlongan sentiasa ada buat orang yang bersabar. sekian terima kasih

NURUL NAZIHA BINTI MD YUSOF
antara isi-isi penting yang saya dapat semasa ceramah israk mikraj diadakan semalam

لإن شكرتم لأزيدنكم إن عذابي لشديد

- sekiranya kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat tetapi jika kita tidak bersyukur, Allah akan timpakan azab kepada kita.

- israk mikraj adalah peristiwa yang benar dan mukjizat kepada Rasulullah saw.

- ramai generasi sekarang berfikiran terlalu bebas sehingga mereka mengeluarkan pernyataan bahawa peristiwa israk mikraj adalah dongeng.

- kenapa israk mikraj berlaku kepada Rasulullah saw?
1. sebagai keistimewaan atau tashrif kepada baginda saw
2. Allah memuliakan baginda saw

- Rasulullah saw merupakan seorang pendakwah yang tak pernah berhenti berdakwah dalam memperjuangkan Islam.

- ada satu tahun, terdapat dua orang yang nabi sayang meninggal dunia dan orang arab jahiliyyah waktu tu mencemuh baginda.

waktu tu merupakan tahun hambar.

- selepas itu, nabi saw mencuba nasib pergi berdakwah ke taif tetapi mereka pun mencemuh dan menghina baginda saw.

- nabi pun nak cari kekuatan dan baginda berhenti di suatu tempat iaitu qarnu manazil, lalu malaikat datang ke baginda saw nak offer untuk hempap gunung pada penduduk taif tapi baginda saw tak bagi dan baginda saw mendoakan supaya akan datang anak cucu orang yang hina nabi saw tadi jadi orang yang memperjuangkan agama Islam.

- dari kisah ini kita sebagai guru;
1. kena sentiasa jaga hubungan dengan Allah tak kira waktu susah atau senang.
2. kita juga kena cari kekuatan melalui doa, zikir dan amalan lain.

- daripada peristiwa nabi saw dicuci hatinya dengan air zamzam, kita dapat tahu bahawa hati yang bersih ini penting agar dapat menambah lagi ketakwaan kepada Allah swt.

- pengajaran yang boleh diambil dari kenderaan yang nabi naik semasa israk mikraj iaitu Bura’ ;

1. nak menuju ke akhirat, kita perlukan kenderaan yang laju dan elok dan kenderaan tu adalah amalan soleh yang kita buat di dunia.

- kalau non muslim tengah buat karaoke dan menari, kita jangan halang dan kita kena meraikan budaya mereka tapi jangan sampai kita diraikan. selain itu, kita juga jangan sisihkan diri, cuba merapatkan silaturahim serta bergaul dengan mereka supaya dapat tarik minat mereka untuk masuk Islam.

- ada satu lagi peristiwa semasa israk mikraj yang berlaku kepada nabi dan boleh dijadikan iktibar iaitu ketika nabi saw dikejar oleh jin ifrit untuk menyekat jalan nabi saw.

- pengajaran;
1. setiap kali kita nak buat kebaikan mesti akan diganggu dan diuji oleh syaitan dan jin.
2. kita kena ada tekad yang kuat dan minta bantuan kepada Allah.

- ada orang yang dipecahkan kepala depan nabi saw dan lepastu disambungkan semula sebab mereka lalai dalam mendirikan solat.

pengajaran;
1. sebagai guru pendidikan Islam, kena pandai terangkan kat murid kenapa solat tu penting dalam Islam.

- apabila kita menjadi guru kelak, jangan kita jadi guru yang pegi balik sekolah je takde ape.

- seperti yang kita tahu, guru merupakan insan yang paling dekat dengan masyarakat, so, kita kena jadi orang yang menggerakkan Islam dan masyarakat. jadi, nak dakwah dan tackle non muslim ni kita kena dakwah dengan kebajikan.

- nabi saw dimikrajkan oleh Allah untuk terima perintah solat dari Allah swt. dalam surah an-najm ayat 10-22 ada cerita detail nabi saw dimikrajkan.

- siapa baca لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم akan ada pokok yang tumbuh di taman syurganya.

- seorang yang istiqamah dalam ibadah dan amalannya, Allah akan beri ganjaran baik kepadanya didunia dan juga akhirat.

- setiap hamba kena sentiasa menyucikan hati dengan berzikir, beramal kepada Allah

Akhir sekali, kesimpulan ringkas yang saya boleh buat daripada ceramah ini adalah, kita sebagai hamba mestilah sentiasa mengambil tahu mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku kepada Rasulullah saw agar ianya dapat dijadikan iktibar serta menjadi panduan kepada kita untuk menjadi seorang hamba dan manusia yang baik serta taat terhadap perintah Allah swt. Selain itu, dari sudut pandangan seorang bakal guru pula, kita seharusnya mengetahui peristiwa israk mikraj ini agar kita dapat menerapkan nilai-nilai yang baik dalam diri anak murid kita pada masa akan datang.

Farah Ain Tasnim bt Mohd Ridhuan
Bismillahirrahmanirrahim,
kesimpulan yang saya dapat berdasarkan ceramah Israk Mikraj semalam ialah kita mestilah percaya dan membenarkan dengan hati tentang peristiwa Israk Mikraj. Selain itu, pengajaran yang dapat kita ambil melalui peristiwa ini adalah ketika Nabi Muhammad SAW menaiki buroq iaitu jika kita ingin menaiki "kenderaan yang elok" di akhirat kelak, kita mestilah melakukan amal soleh yang banyak ketika berada di dunia ini agar perjalanan kita di akhirat dipermudahkan segalanya. Di samping itu, melalui peristiwa ini juga tidak dapat kita nafikan lagi kasih sayang Baginda SAW terhadap umatnya apabila baginda sanggup berulang kali meminta kepada Allah untuk mengurangkan bilangan waktu solat iaitu daripada 50 sehingga menjadi 5 kali sahaja. Ustaz ada juga berkongsi tips beliau sebagai guru Pendidikan Islam dan pengalaman dalam dunia pendidikan ini dan bagaimana untuk menarik perhatian anakanak murid kelak. Sekian, itu sahaja daripada saya. Terima kasih

Athirah binti Mohd Zaharudin
Kesimpulan yang saya dapat dari ceramah Israk dan Mikraj ialah terdapat beberapa pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dan dijadikan pedoman hidup kepada kita sebagai seorang muslim yang sejati. Peristiwa ini telah termaktub dalam Alquran sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 1.

Antara pengajarannya ialah kita sebagai umat Islam wajib untuk menyakini bahawa Allah SWT ini Maha Berkuasa dalam melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya seperti Allah SWT mempercepatkan perjalanan dalam peristiwa Israk dan Mikraj daripada mengambil masa berbulan lamanya kepada satu malam perjalanan sahaja.

Selain itu, sepertimana yang kita ketahui bahawa solat itu tiang agama maka kita sebagai umat islam yang patuh kepada perintah Allah, kita juga wajib untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Ini kerana ibadah solat merupakan yang paling mulia berbanding dengan ibadah - ibadah yang lain.

InsyaAllah dengan kita menyakini dan melaksanakan segala perintah Allah dengan hati yang ikhlas, kita akan menerima ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Akhir sekali, sempena memperingati peristiwa Israk Mikraj ini, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Justeru, bermuhasabah dan perbanyakkan bersabar serta berusaha memperbaiki hubungan kita dengan Allah Tuhan sekalian alam. Wallahu a'lam.

Nur Farah Hani binti Mohd Muzakir
Apa yang saya dapati berdasarkan ceramah israk mikraj semalam ialah, sebagai umat Islam,kita wajib percaya bahawa peristiwa israk mikraj itu benar-benar telah terjadi kepada Rasulullah SAW. Tambahan pula,sebab israk mikraj ini terjadi pada nabi ialah kerana Allah ingin memberi ganjaran kepada baginda dan baginda dimuliakan oleh Allah SWT atas sebab kegigihannya dalam menyebarkan agama Islam walau terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Jelaslah disini bahawa Allah SWT hanya melihat usaha hamba-hambanya bukan hasilnya. Oleh itu,apabila terasa lemah dan tidak mampu,yakinlah bahawa Allah itu sentiasa ada dengan kita dengan syarat kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah ( التقرب الى الله ). Sebagai seorang muslim dan juga bakal warga pendidik,kita haruslah melakukan penyucian jiwa ( تزكية النفس) agar rasa kasih sayang sesama pelajar dan bertimbang rasa itu dapat diterapkan dalam diri kita. Contohnya, janganlah ada sikap berkira dengan pelajar apabila terlihat ada yang mengalami kesusahan dan sentiasa bermuhasabah  diri agar menjadi lebih baik dari hari ke hari .

Nur Ain Sofia Binti Nor Azizan
Alhamdulillah,berdasarkan ceramah israk mikraj yang disampaikan oleh ustaz Wan Mohd Hanif semalam, dapat saya simpulkan bahawa sebagai orang Islam dan orang beriman, kita wajib yakin dengan peristiwa Israk dan Mikraj ini. Hal ini kerana, pada zaman moden ini, ramai dari golongan muda yang tidak mempercayai akan kejadian peristiwa tersebut. Selain itu, peristiwa ini juga mengajar bahawa kita seharusnya sentiasa ingat kepada Allah pada setiap masa, bukan hanya pada waktu susah sahaja. Peristiwa Israk Mikraj ini terjadi adalah untuk menceriakan Rasulullah SAW yang sedang berduka kerana baginda kehilangan dua orang yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang baginda semasa berdakwah iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan juga bapa saudara, Abu Talib. Dalam peristiwa tersebut, Rasulullah SAW ternampak beberapa golongan yang berbeza antaranya golongan yang memecahkan kepala berulang kali,  iaitu mereka yang meninggalkan solat. Sebagai pengajaran, kita wajib menunaikan solat 5 waktu yang sudah terkandung dalam rukun Islam yang kedua. Kita perlu bersyukur kerana pada awalnya, kita perlu solat 50 waktu, namun Rasulullah bermohon kepada Allah SWT untuk mengurangkannya sehingga 5 waktu. Solat itu adalah tiang agama, jika tiang itu tidak mampu berdiri dengan teguh, bagaimana pula dengan tembok dan rumah yang akan dibina. Seterusnya, penceramah juga ada menyatakan bahawa kita sebagai bakal pendidik mestilah menyucikan hati dan niat kerana Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian dan mengajar. Kita juga sebagai bakal pendidik perlu bijak dalam berdakwah seperti meraikan budaya sesuatu kaum atau bangsa serta menjalinkan hubungan baik dengan mereka agar masyarakat sekeliling dapat memandang agama Islam sebagai agama yang indah dan sempurna. Perkara ini boleh menjadi asbab masyarakat diluar sana untuk memeluk agama Islam apabila melihat budi pekerti yang ditunjukkan oleh individu yang menjaga nama baik agama Islam. Kesimpulannya, peristiwa Israk Mikraj perlulah sentiasa diingati dan difahamj agar kita sentiasa bersyukur dan ingat akan perjuangan Rasulullah yang ingin meringankan waktu solat umatnya serta mengambil pengajaran daripada setiap perkara yang berlaku semasa peristiwa itu berlaku.

Bismillah, Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan umur yg pjg untuk kita mengenali agama Islam. Alhamdulillah apa yg saya telah peroleh pada ceramah israk mikraj yg tlh berlangsung pada malam 16 Februari ialah Kita sebagai org yg beriman mesti percaya dgn peristiwa israk wal mikraj dan perlu sematkan dlm hati kita. Kerana pemuada skrg lantang bersuara bahawa ini kisah dongeng. Oleh hal yg demikian ditrgkan oleh penceramah bahwa kita sebagai Muslim perlu memberi keterangan kpd mereka bhw peristiwa israk mikraj ini adalah peristiwa yg benar. Maza ya'ni dimai' islam, apa guna nye kita masok agama islam jika kita tidak memberitahu kpd mereka yg kurang tahu. Seterusnya, penceramah juga mengingatkan kpd kami tujuan israk mikraj ini adalah Allah nk beri ganjaran kpd nabi muhammad saw kerana Nabi saw tidak pernah berputus asa dlm menyampaikan dakwah. Pada Tahun ke 11 kerasulan, yakni tahun hambar Rasulullah kerana dua pendokong kuat nabi muhammad tlh pergi meninggalkan nabi iaitu isteri tercinta Siti khadijah dan pak ciknya Abu Talib. Seterusnya, Ustaz Hanif mengingatkan kami bahawa sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bertaqarub kpd Allah dan ketika ssh ataupun sng dan bila ii masa perlu ada connection dgn Allah swt. Sbb  ia merupakan sumber kekuatan kita kpd Allah swt dan yang terakhir apa yg kita dapat ibrah drpd bura'  yg membawa nabi saw ke akhirat adalah untuk kita sentiasa beringat dan memperbaiki diri kita dalam melakukan kebaikan kerana perjalanan untuk kita kesana kita perlu bergantung dengan amalan yg kita telah kita lakukan di dunia. Sekian, terima kasih.

HARISH HANNAN BIN EZNI RAIS
Pada 16 Februari 2023,pihak IPGBL telah mengadakan program kerohanian iaitu ceramah Israk Mikraj dan penceramahnya adalah Ustz Wan Mohd Hanif Saifuddin.Sedikit sebanyak ceramahnya berkaitan dengan peristiwa Israk Wal Mikraj dan pengajaran atas setiap peristiwa yang berlaku pada kejadian tersebut.Namun,saya tertarik dengan suatu isi kandungan yang diceramah oleh ustaz iaitu berkaitan cara atau strategi untuk mendekati masyarakat dan anak murid dalam hal dakwah Islamiyah.Ustaz Saifuddin berpendapat bahawa strategi yang patut dilakukan supaya pelajar dan masyarakat dapat menerima dalam aktiviti dakwah kita adalah dengan cara kita perlu menelusuri dan memahami budaya,bahasa dan cara mereka bersosial sebelum kita menjalankan dakwah kepada mereka.Sebagai contoh,jika kita sebagai guru yang ingin mengajar murid sekolah rendah,selain daripada menceritakan tentang azab yang diterima oleh golongan yang tidak solat,lebih baik hanya mengarahkan bahawa solat itu wajib dan menceritakan tentang kepentingan solat.Hal ini kerana murid sekolah rendah akan lebih mendengar arahan yang jelas berbanding perkara yang bagi mereka tidak logik.Kesimpulannya,kita sebagai manusia tidak kira sebagai muslim,guru dan ahli masyarakat,perlulah memahami dahulu budaya,bahasa dan cara sosial orang lain sebelum kita menjalankan aktiviti dakwah kita kepada mereka atau erti kata lain menegur perkara yang sepatutnya kepada mereka.

Noor Haziqah Inani binti Atan
Kesimpulan yang dapat diperolehi berdasarkan program Israk dan Mikraj yang dijalankan semalam adalah sebagai seorang muslim yang beriman, kita mesti mempercayai dan membenarkan kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW kerana dimuliakan oleh Allah dan merupakan satu keistimewaan kepada baginda. Selain itu, sebagai umat nabi Muhammad kita perlu bersyukur dan menghargai pengorbanan baginda kepada umat Islam iaitu meminta kepada Allah SWT untuk mengurangkan waktu solat dari 50 waktu kepada 5 waktu. Disebabkan itu, umat Islam wajib mendirikan solat dan tiada lagi alasan umat Islam untuk meninggalkan solat dalam apa jua keadaan. Ustaz Wan juga ada menyampaikan bahawa umat Islam perlu meningkatkan amalan kita di dunia supaya dapat menjadi kenderaan kepada kita di akhirat kelak untuk menuju ke syurga Allah dengan pantas. Oleh itu umat Islam perlu mengambil pengajaran dan menghayati peristiwa Israk Mikraj supaya dapat menambahkan ketaqwaan di dalam diri setiap individu muslim.

SHAHIRUL ASHRAF BIN SHA'IELMAN
Assalamualaikum, Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa, di Palestin.Sementara Mikraj pula bererti perjalanan baginda dari Masjid Al Aqsa ke langit yang pertama sehingga langit ketujuh dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.

Antara pengajaran yang saya peroleh daripada ceramah Isra Mikraj semalam ialah, pengarajan pertama ialah wajib yakin bahawa ALLAH berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, termasuk mempercepatkan perjalanan dalam peristiwa Israk dan Mikraj daripada masa berbulan lamanya kepada perjalanan hanya dalam masa satu malam.
Firman ALLAH dalam Surah al-Maidah, ayat 120 yang bermaksud:

“ALLAH jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan DIA lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Pengajaran kedua, Darjat hamba merupakan darjat yang sangat tinggi di sisi ALLAH. Dalam peristiwa ini, baginda SAW disebut oleh ALLAH dengan panggilan hamba.Oleh itu hendaklah kita berusaha menjadi diri hamba-NYA yang taat. Ini kerana mereka yang diiktiraf sebagai hamba ALLAH adalah orang yang layak memasuki syurga-NYA.Firman ALLAH dalam Surah al-Fajr, ayat 27 hingga 30 yang bermaksud:

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap (mutmainnah) dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-KU (yang berbahagia) dan masuklah ke dalam Syurga-KU.

Pengajaran ketiga, Ibadat solat merupakan yang paling mulia berbanding dengan ibadat-ibadat yang lain. Oleh  itulah kewajipan ibadat solat diperintahkan secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril.Kewajipan ibadat-ibadat yang lain seperti zakat, puasa, menunaikan haji dan sebagainya hanya diperintahkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW:

“Kepala urusan agama itu, Islam, tiangnya adalah solat.”
(Hadis Riwayat, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Pengajaran keempat, setiap perbuatan yang baik dan buruk akan menerima balasan yang setimpal dengan di hari akhirat nanti. Ia sebagaimana yang telah didedahkan kepada baginda dalam peristiwa tersebut.Antaranya, orang yang berjihad pada jalan ALLAH akan dapat menuai hasilnya berterusan. Bau harum datang daripada tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah) yang sanggup mati dibunuh kerana mempertahankan tauhid kepada ALLAH.Bagi orang yang meninggalkan solat, azabnya dengan memecahkan kepala sendiri berulang-ulang berterusan.Manakala orang yang menyebarkan fitnah, azabnya ialah dengan menggunting lidah dan bibir sendiri berterusan dan pelbagai lagi azab yang diperlihatkan kepada baginda.

Kesimpulannya, sempena memperingati peristiwa Israk Mikraj ini, sama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.Justeru, bermuhasabah dan perbanyakkan bersabar serta berusaha memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH.

Kesimpulannya, Isra' Mikraj merupakan sebuah pengembaraan dan perjalanan yg diperjalankan Allah kepada kekasihnya junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada itu, ia juga adalah satu bentuk gantian pengubat kesedihan kepada baginda Nabi atas kehilangan 2 orang penting yang menjadi tulang belakang Rasulullah sepanjang misi dakwah baginda sejak baginda menerima wahyu pertama iaitu isteri baginda, Saidatina Siti Khadijah & bapa saudara baginda iaitu Abu Talib. Didalam perjalanan Isra' Mikraj tersebut banyak peristiwa yg telah diperlihatkan kepada baginda tentang beberapa keadaan manusia berdasarkan perkara2 yg dilakukan mereka. Setiap perbuatan yg diperlihatkan baginda mempunyai sebab dan maksud tersendiri yg menjadi pengajaran kepada kita yg masih hidup untuk sentiasa beringat contohnya baginda telah diperlihatkan seseorang yg memecahkan kepalanya dengan batu yg membawa maksud org tersebut merupakan orang yg meninggalkan solat. Jadi kita sebagai seorang guru boleh menceritakan perihal peristiwa yg disaksikan baginda ini merupakan satu peristiwa yg benar kepada anak murid kita kelak agar mereka bukan sahaja lebih mendalami dan memahami kenapa kita sangat diwajibkan untuk solat disamping kita memberitahu mereka bahawa solat merupakan tanda sayang kita kepada Allah yg telah memberikan segalan- segalanya kepada kita.

Muhammad Arif Ihsan bin Zamri
Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab menjadi saksi satu lagi tanda kekuasaan ALLAH SWT. Sesungguhnya, apabila Sang Khalik berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah ia.

Kejadian penuh menakjubkan itu berlaku setahun sebelum hijrah Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah. Mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW itu sarat dengan 1,001 hikmah dan begitu besar nilainya di sisi Islam.

Secara ringkasnya, Israk bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menunggang buraq, manakala Mikraj pula merujuk kepada pergerakan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha.

Pada peristiwa itu, Allah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam.
Sepanjang di Mekah, sahabat dan Nabi menghadap Masjid al-Aqsa. Namun setahun selepas hijrah di Madinah, kiblat bertukar ke arah Masjidil Haram