KEPENTINGAN PENGAJIAN SOSIAL DALAM BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK by NUR NABILAH BINTI ABDULLAH KPM-Guru

• Mengenal diri dan identiti

Kanak kanak mempelajari tentang nama, umur dan asal usul dan siapa ahli keluarga mereka. Ini membantu mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan membina keyakinan sejak kecil

Kanak-kanak dapat mempelajari nilai² murni serta diterapkan Semasa Di akar umbi /sedari kecil agar dapat membentuk peribadi Yang dihormati

Pendidik dapat melaksanakan pelbagai Aktiviti pembelajaran Dan pengajaran agar dapat membantu Dalam perkembangan kanak-kanak mengikut kesesuaian milestone mereka seperti umur , kemahiran Dan sebagainya

Kepentingan pengajian sosial dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah membantu identiti dan jati diri. Hal ini dapat membantu kanak-kanak belajar mengenali diri mereka sebagai individu dan ahli masyarakat di Malaysia. Selain itu, dapat memupuk nilai sivik dan sosialisasi dalam diri kanak-kanak. Hal ini membantu kanak-kanak mengenali nilai murni seperti hormat-menghormati, kerjasama, dan bantu-membantu.

Pengajian sosial dalam pendidikan awal kanak-kanak ini penting bagi membina keyakinan diri seseorang kanak-kanak tersebut. Aktiviti sosial bagi peluang mereka bercakap di hadapan rakan, beri pendapat, atau minta tolong. Dari situ, kita boleh melihat tahap keyakinan mereka sama ada meningkat atau tidak.

Pelajar dapat menerapkan nilai sosial ianya dapat mengajar nilai-nilai murni seperti tolong menolong, berkasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab dan lain-lain. Tambahan pula, dapat mewujudkan perkembangan sahsiah dan adab pelajar.

Pelajar juga dapat membentuk jati diri mereka. Setiap pelajar dapat belajar mengenali diri, keluarga dan orang di sekeliling mereka. Ia juga dapat membantu mereka membentuk rasa bangga terhadap identiti diri dan warisan budaya.

Antara kepentingan pengajian sosial kepada kanak-kanak adalah supaya mereka dapat belajar untuk berinteraksi dengan individu lain di persekitaran mereka. Selain itu, untuk menjadikan mereka individu yang mempunyai nilai murni di dalam diri seperti sabar dan juga bertanggunjawab. Seterusnya, kanak-kanak dapat menjadi insan yang baik dari segi akhlak dan juga rohani. Contohnya, membantu rakan ketika di dalam kesusahan dan lain-lain. Akhir sekali, pengajian sosial ini penting kepada kanak-kanak supaya mereka dapat belajar secara holistik. Contohnya, kanak-kanak akan belajar berkenaan sejarah keluarga mereka dengan berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang lain.

dapat membantu kanak-kanak mengenal diri dan keluarga.

dapat meningkatkan kemahiran bergaul dan berkawan.

dapat menanam nilai-nilai murni sejak kecil.

dapat memberi kesedaran tentang persekitaran.

dapat mempersiapkan kanak-kanak menjadi warga yang bertanggungjawab.

i) Meningkatkan Keupayaan Komunikasi

Dalam aktiviti pengajian sosial, kanak-kanak belajar untuk bertanya, berbincang, memberi pendapat dan mendengar pandangan orang lain. Contoh: Aktiviti perbincangan tentang "Apa yang kamu buat bila jumpa orang baru?" atau "Macam mana kita tunjuk hormat kepada orang tua?"

ii) Menguatkan Hubungan Anak-Guru-Keluarga

Aktiviti pengajian sosial yang melibatkan keluarga Contoh: temu bual dengan ibu bapa, bercerita tentang pekerjaan ibu bapa) menguatkan ikatan antara sekolah dan rumah.

Mengenal warisan budaya negara seperti tempat bersejarah dan pakaian tradisional

Memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain serta hormat menghormati

Mengenal dunia sekeliling seperti cuaca, lokasi dan bentuk muka bumi

Belajar membuat pilihan serta menggunakan sumber dengan bijak

Bagi perkembangan sosioemosi ini dapat membantu kanak-kanak memahami emosi sendiri dan orang lain kerana kanak-kanak dapat mengenalpasti perasaan marah , sedih atau gembira melalui interaksi dan aktiviti sosial .

Kanak-kanak belajar tentang masyarakat, budaya, sejarah dan geografi.
Mereka memahami peranan mereka sebagai ahli masyarakat dan kepentingan hidup bermasyarakat. Sebagai contoh Kanak-kanak belajar bekerjasama semasa aktiviti gotong-royong di sekolah.

antara kepentingan pengajian sosial dalam pendidikan awal kanak kanak ialah untuk bersosial dengan individu yang lain dari segi berkomunikasi. selain itu, dapat menyakinkan diri untuk bersosial dengan individu yang lain. seterusnya, dapat membentuk nilai dan sikap yang positif pada diri dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku.

Pengajian sosial membantu kanak-kanak memahami peranan mereka dalam keluarga, sekolah dan komuniti. Pada masa yang sama, memupuk semangat cintakan negara dan menghargai kepelbagaian. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, pendekatan ini juga menyokong perkembangan emosi dan moral kanak-kanak secara menyeluruh, berpandukan kurikulum yang menekankan perkembangan holistik.

Dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan nilai murni dalam diri. Sebagai contoh, mengutip sampah, bantu ibu kemas rumah Dan sebagainya.

Dapat membantu kanak-kanak mengenal persekitarannya. Sebagai contoh, peta keluarga bermula dari datuk nenek, ibu bapa, saudara mara Dan sebagainya.

membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak

menggalakkan pemahaman nilai murni dan budaya masyarakat

membina kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap komuniti

perkembangan kemahiran pemikiran

memupuk kesedaran awal terhadap isu-isu sosial

kepentingan pengajian sosial dalam pendidikan awal kanak kanak adalah dapat membentuk kesedaran sivik dan kewarganegaraan dalam diri kanak kanak. Kanak kanak diperkenalkan dengan simbol simbol negara seperti lagu kebangsaan, bendera dan tokoh tokoh penting dalam sejarah negara.

Seterusnya, penghayatan nilai murni dan kanak kanak diajar tentang nilai nilai seperti jujur, bertolak ansur dan bantu membantu.

Selain itu, kanak kanak dapat mengenali diri dan identiti mereka dengan belajar tentang asal usul keluarga, budaya dan adar resam yang berada di dalam malaysia.

Akhir sekali, ia dapat memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan tanggungjawab terhadap komuniti seperti kebersihan, penjagaan alam semula jadi dan peranan mereka dalam menjaga persekitaran

Kepentingan sosial dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk meningkatkan kemahiran berinteraksi sosial terhadap kanak-kanak. Contohnya membuat aktiviti berkumpulan seperti gotong royong, membuat hari terbuka dan membuat sukaneka. Selain itu,  untuk mengajar kanak-kanak nilai murni dengan orang sekeliling. Contohnya nilai tolong-menolong, hormat menghormati dan berkongsi mainan. Akhir Sekali, meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Contoh aktivitinya adalah lakonan dan bercerita.

Meningkatkan tahap pengetahuan kanak-kanak dalam mengetahui perkara yang berada disekelilingnya seperti Taman, pandang dan sebagainya.

Menguji tahap ingatan kanak-kanak bagi menuju kesebuah destinasi atau tempat seperti rumah dan sekolah mereka.

Bagi perkembangan sosial , pengajian sosial dapat membantu kanak-kanak memahami emosi sendiri dan orang lain kerana kanak-kanak dapat mengenalpasti perasaan marah , sedih atau gembira melalui interaksi dan aktiviti sosial. Seterusnya bagi geografi pula dapat kanak-kanak menggalakan bertanya soalan dan menjalankan aktiviti eksplorasi seperti pemerhatian dan bermain sambil belajar untuk mengenal pasti persekitaran mereka. Akhir sekali , bagi sejarah dapat mededahkan kanak-kanak  kepada kepelbagaian budaya melalui cerita, muzik, pakaian tradisional, dan sambutan perayaan.

Pengajian sosial merupakan bidang pembelajaran yang memperkenalkan kepada kanak-kanak kepada dunia sekeliling mereka antaranya tentang masyarakat, tempat tinggal dan nilai murni.

Antara kepentingannya ialah membina identiti dan kesedaran diri. Pengajian sosial membantu kanak-kanak mengenali diri mereka, keluarga, budaya dan asal-usul. Ini penting untuk membina jati diri, rasa bangga dan kefahaman tentang peranan mereka dalam masyarakat.

Menggalakkan nilai sosial dan moral

melalui pengajian sosial, kanak-kanak belajar nilai nilai murni

seperti contoh:  tolong menolong, toleransi dan hormat

Kanak-kanak mendapat kesedaran tentang dunia sekeliling

melalui pengajian sosial juga, kanak-kanak akan belajar tentang budaya, agama dan dunia.

kanak-kanak akan mula faham mereka adalah sebahagian daripada masyarakat dan dunia yang besar

Meningkatkan skil komunikasi kanak-kanak

dengan adanya pengajian sosial, kanak-kanak akan didedahkan dengan aktiviti yang lebih terbuka seperti, menceritakan pengalaman mereka sendiri, bermain peranan dan bercerita

Dengan cara ini, kanak-kanak akan belajar untuk menyampaikan idea dan perasaan mereka dengan lebih jelas.

• Membentuk identiti diri dan jati diri

Pengajian sosial sangat penting kerana boleh membantu kanak-kanak membentuk identiti diri dan jati diri sejak awal. Mereka juga boleh belajar dalam mengenali nama sendiri, ahli keluarga, budaya dan agama, sekali gus membina rasa bangga terhadap asal-usul dan latar belakang mereka. Ini juga boleh menyumbang kepada pembentukan harga diri yang positif dan keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain. Apabila kanak-kanak sudah memahami siapa mereka, mereka akan lebih mudah untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.

• Menyemai nilai-nilai murni sejak awal

Pengajian sosial ini sangat penting kerana ia telah menyemai nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak sejak awal lagi. Melalui aktiviti harian, mereka telah belajar tentang tanggungjawab, hormat-menghormati, kejujuran, kerjasama dan prihatin terhadap alam sekitar. Nilai-nilai ini juga boleh membentuk asas kepada sikap dan tingkah laku yang sangat positif. Ia juga sangat diperlukan untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab dalam masyarakat.

Mendidik rasa empati dalam diri.

Pengajian sosial ini dapat mengajar mereka untuk membuka pandangan dan melihat kehidupan orang lain, serta bertindak dengan belas kasihan.

Membantu kanak-kanak bersedia menghadapi dunia nyata.

Mereka akan mengasah kemahiran untuk menangani konflik, bekerjasama dalam kumpulan, serta belajar untuk menerapkan nilai murni.

Kepentingan pengajian sosial dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ialah ia memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Selain itu , ia juga dapat membantu kanak-kanak membina jati diri melalui aktiviti mengenali diri , anggota keluarga, rakan sebaya dan lain-lain. Bukan itu sahaja, pengajian sosial ini juga dapat mewujudkan nilai murni dalam diri kanak-kanak dengan sifat bertanggungjawab, hormat-menghormati dan bertolak ansur antara ibu bapa, guru dan rakan.

Mengenal Alam Sekitar dan Hubungan Manusia dengan Alam

Pengajian sosial juga memberi pendedahan kepada konsep penjagaan alam sekitar dan bagaimana manusia bergantung kepada sumber alam. Perkara ini dapat memupuk kesedaran awal tentang kelestarian dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Membina Jati Diri dan Identiti Diri

Kanak-kanak belajar mengenal siapa diri mereka, keluarga mereka, budaya, dan asal usul. Hal ini membantu mereka membentuk identiti yang kukuh dan rasa bangga terhadap latar belakang sendiri.

Meningkatkan Kemahiran Sosial dan Emosi

Melalui aktiviti berkumpulan dan perbincangan, kanak-kanak belajar berkongsi, bekerjasama, berempati, menyelesaikan konflik, dan menghormati orang lain. Hal ini penting untuk mewujudkan persekitaran yang harmonis di dalam dan luar kelas.

1.membantu kanak-kanak memahami budaya, masa lampau, dan hubungan antara manusia 👳🏾‍♂️👩🏽‍🦲🧘🏼‍♀️

2.kemahiran menyelesaikan masalah sosial lebih baik.👭🏻(kempen anti dadah💉💊, pencemaran alam sekitar🚗🚎🛻💨)

3.memghormati dan memghargai pelbagai etnik.🙆🏿‍♀️🙆🏽‍♀️🙆🏼‍♀️🙆🏻‍♀️contoh:(India,melayu,cina,iban,kadazandusun)

4.Mengetahui idea yang asas tentang tingkah laku yang baik dan tidak baik.👼🏻😈contoh:Ali memukul abu❌ , biha berkongsi makanan bersama kucing✅

5.membantu mereka memahami dunia di sekeliling mereka.🌇🌃(bandar, kampung,tanah pamah🛫,tanah aluvium🌾)

6.Membina konsep kendiri Menghormati dan dan keyakinan diri menghargai🕌⛪️🤝🏻( percaya diri🎭 , yakin terhadap keputusan sendiri💪)

Memahami peranan dalam masyarakat yang baik iaitu dapat mendidik menghormati ibu bapa, guru, rakan-rakan dan juga masyarakat. Ia juga dapat membuatkan kanak-kanak mempunyai rasa toleransi dan kasih sayang terhadap masyarakat dan orang sekeliling.

Ia juga akan membentukkan jati diri yang baik terhadap agama, budaya dan asal usul

Ia juga dapat memahami peranan tersendiri sebagai murid, anak dan pemimpin seperti seorang anak mematuhi setiap aturan yang ibu bapa berikan dengan baik dan dapat mendegar arahan yang baik.

Dapat memahami kesedaran tentang alam sekitar dan dapat memahami punca jika alam sekitar kita tercemar dengan asap dan sampah.

Pengajian Sosial merupakan elemen penting dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak kerana melalui pembelajaran ini, kanak-kanak dapat menyokong pembentukan identiti diri serta mengembangkan kemahiran berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka. Selain itu, kanak-kanak juga akan menjadi lebih peka terhadap dunia persekitaran serta dilatih untuk membina hubungan yang positif dengan makhluk hidup lain.

Terdapat beberapa kepentingan pengajian sosial dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Yang pertama, dapat meningkatkan dan mengasah kemahiran berkomunikasi kanak-kanak sejak mereka kecil. Melalui empat bidang pengajian sosial iaitu geografi, ekonomi, sejarah serta sivik dan kenegaraan, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu fokus untuk menambah pengetahuan mereka di samping menambahbaik kemahiran sosial mereka.

Melalui bidang pembelajaran geografi, kanak-kanak dapat mempelajari berkenaan dengan persekitaran mereka. Sebagai contoh tajuk bentuk muka bumi seperti gunung, laut dan kawasan landai (rata) dapat meningkatkan sikap ingin tahu mereka terhadap isi pembelajaran.

Kemudian, bidang pembelajaran sosial dari segi ekonomi dapat memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak berkenaan dengan ekonomi negara. Contohnya, pendidik boleh menyediakan aktiviti nilai wang yang dapat menbantu kanak-kanak mengetahui kepentingan sesebuah nilai wang di samping memupuk sifat menghargai rezeki.

Seterusnya, bidang pembelajaran sosial dari aspek sejarah mampu mendidik kanak-kanak sejak dari awal untuk menghargai sesuatu peristiwa berharga dan bersejarah. Sebagai contoh, pendidik boleh menyediakan pembelajaran berkenaan dengan Perdana Menteri di Malaysia. Sepanjang sesi pembelajaran, pendidik boleh menceritakan berkenaan dengan sumbangan tokoh-tokoh tersebut terhadap negara. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat dipupuk dengan rasa patriotik dalam diri mereka.

Akhir sekali, sivik dan kenegaraan. Bidang pembelajaran ini mampu membantu kanak-kanak untuk mengetahui berkenaan dengan nilai murni serta nilai rasa cinta akan negara. Nilai sivik seperti hormat meghormati perlu didedahkan kepada kanak-kanak sejak kecil bagi membentuk insan yang berbudi pekerti.

Pengajaran sosial sangat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ia membantu mereka membina asas dalam berinteraksi dengan orang lain. Melalui aktiviti berkumpulan seperti bermain bersama, bergilir-gilir, dan berkongsi mainan, kanak-kanak belajar cara bergaul dan menjalin hubungan yang sihat. Selain itu, ia juga membina keyakinan diri apabila mereka diberi peluang untuk bercakap, menyuarakan pendapat atau berkomunikasi secara terbuka. Dalam masa yang sama, mereka turut belajar mengawal emosi seperti rasa marah atau kecewa apabila berhadapan dengan situasi konflik. Pengalaman ini mengajar mereka untuk bersabar, bertolak ansur dan memaafkan. Tambahan pula, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong dan kejujuran turut diterapkan secara tidak langsung melalui interaksi sosial harian. Kesemua ini penting bagi mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi dunia luar, terutamanya apabila melangkah ke alam sekolah yang memerlukan kemahiran sosial yang lebih matang.