AQIDAH ISLAMIYYAH by khairul

AL-ASYA'IRAH
1) memerlukan rasul kerana rasul membawa apa yang diperlukan oleh manusia untuk pembentukan taklif, nilai, peraturan atau suruhan dan larangan dalam risalah mereka.

2)menyatakan bahawa rasul membawa kepada manusia tentang perkara yang tidak sampai oleh pemikiran akal dan ia adalah perkara asas dalam akidah seperti syurga dan neraka, dosa dan pahala dan lain- lain lagi. Justeru, itu golongan ini sepakat bahawa penilaian baik dan buruk yang diperolehi oleh akal adalah melalui syarak, ataupun melalui wahyu yang disampaikan oleh rasul kepada manusia.

3) berpegang bahawa taklif itu hanya diperolehi melalui rasul, bukan melalui akal.

4) perutusan rasul adalah salah satu bentuk taufiq umum daripada Allah kepada manusia di mana taufiq umum itu meliputi kewujudan dalil- dalil, perutusan rasul serta memudahkan jalan supaya tiad lagi hujah manusia terhadap Allah selepas diutuskan rasul.

Al- MATURIDIAH
Menurut mereka,sememangnya manusia memerlukan rasul. Walaupun manusia ditaklifkan berasaskan akal dan akal merupakan sebab taklif, namun taklif hanya berlaku melalui syarak. Maka, untuk merealisasikan syarak, Allah mengutuskan rasul di samping akal yang sedia ada pada diri setiap manusia.

1) dalam kalangan manusia sememangnya ada perselisihan dalam menentukan kebenaran. Justeru itu, perlu ada orang yang mulia, terhormat dan terpilih untuk menyelesaikan perselisihan tersebut dari berlaku perpecahan dan kemusnahan.

2) dalam kalangan ulama dan manusia itu tidak sama tahap pemikiran dan ilmu merek khususnya dalam menentukan urusan dunia dan agama. Maka, Allah mengutuskan rasul untuk menentukan perkara tersebut.

3) akal manusia diakui tidak mampu menilai perkara baik kecil atau besar kerana akal itu sentiasa dipengaruhi oleh angan- angan, kedukaan serta nafsu. Justeru itu, manusia memerlukan rasul untuk membawa mereka ke arah jalan yang benar.

MUKTAZILAH
membicarakan berkaitan kepentingan Rasul diutuskan kepada manusia adalah di bawah prinsip keadilan Allah yang mana merupakan salah satu dari prinsip mereka yang lima.

1) Allah mengutuskan Rasul sebagai pembawa kebaikan daripada Allah kepada manusia kerana perutusan rasul itu merupakan salah satu perbuatan Allah.

2) mereka turut menyatakan bahawa perutusn rasul diterima oleh akal dan akal sememangnya memerlukan rasul.

3) memberi peranan akal lebih bebas dan luas dari golongan Maturidiah. Malahan ada sesetengah dari mereka bebas menggunakan akal sepeti mentafsir al- Quran dan hadis.

4) berpegang bahawa akal manusia sudah mencukupi untuk mentaklifkan manusia mmengenai penilaian baik atau buruk.

PANDANGAN ULAMA' KALAM MENGENAI KENABIAN DAN KERASULAN
- beriman dengan akidah Islam khususnya kepada Rasul dan Nabi adalah merupakan salah rukun Iman dan wajib beriman dengannya.
- manusia wajib ber’itikad bahawa kitab suci yang diutuskan kepada para Rasul mengandungi perintah dan pengajaran yang harus disampaikan dan mengandungi hukum-hukum dan kisah-kisah. Manusia wajib beriman dengan kitab suci yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul itu adalah benar iaitu sesuatu yang tidak dapat  diselami oleh akal dan diluar kemampuan manusia menciptanya. Ia merupakan mukjizat kepada para Rasul.
- mengakui bahawa Allah telah mengutuskan seorang Nabi yang ummi dari suku Quraisy bernama Muhammad kepada seluruh manusia dan jin. (pandangan ilmu kalam dalam buku Aqidah siri Imam Al-Ghazali)
-manusia perlu beriman kepada Nabi dan rasul kerana iman seseorang itu tidak diterima kecuali ia percaya kepada perkara-perkara selepas mati sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah (contoh: pertanyaan Munkar dan Nakir di dalam kubur) & manusia wajib memepercayai terhadap syafaat para anbia, kemudia para mu’min mengikut darjat kelebihan masing-masing di sisi Allah.
- Kenabian tidak dapat diusahakan oleh seseorang dengan usahanya walaupun dengan membanyakkan kebajikan dan ibadah kerana kenabian itu semata- mata kurniaan Allah kepada manusia yang dikehendaki Allah