PERMAINAN TRADISONAL by Qilah Azham

I - Permainan Tradisional
F - Punca tidak diminati dan usaha memartabatkannya

PUNCA TIDAK DIMINATI OLEH GOLONGAN MUDA
1. Perkembangan pesat teknologi gajet
2. Pihak berkuasa tidak menunjukkan komitmen yang tinggi
3. Sikap dan pandangan masyarakat terhadap permainan tradisional yang dianggap ketinggalan zaman.
4. Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan

USAHA MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL
1. Ibu bapa mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah
3. Pertukaran budaya dengan negara luar
4. Pertandingan untuk memartabatkan permainan tradisional

Permainan tradisional warisan masyarakat Melayu semakin dipinggir oleh generasi muda dewasa ini. Sesetangah daripada mereka langsung tidak mengetahui kewujudan permainan tradisional ini yang popular pada zaman nenek moyang kita dahulu. Masyarakat dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai satu medium untuk mengeratkan hubungan antara penduduk dan mengisi masa lapang mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah. Antara permainan tradisional yang begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat tradisi kita ialah gasing, congkak, sepak raga, ketinting, galah panjang dan lompat tali. Golongan muda tidak berminat untuk bermain permainan tradisional atas pelbagai faktor. Pelbagai usaha yang akan dilakukan untuk memartabatkan permainan ini semula.
/3M
pengenalan yang baik,tahniah!

PERKEMBANGAN PESAT TEKNOLOGI MODEN
Perkembangan teknologi mempengaruhi kepupusan permainan tradisional. Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan moden melalui perkembangan kemajuan sains dan teknologi telah menghakis minat masyarakat dengan permainan tradisional. Perkara ini disebabkan segelintir masyarakat lebih gemar bermain permainan video seperti FIFA, Valorant dan sebagainya. Tambahan pula permainan tradisional seperti galah panjang, lari dalam guni dan tarik upih memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Situasi ini menyebabkan golongan remaja merasakan aktiviti tersebut meletihkan kerana memerlukan pergerakan yang banyak. Oleh itu, generasi muda lebih cenderung untuk bermain permainan video berbanding permainan tradisional. Jelas sekali, permainan moden yang semakin berkembang menjadikan permainan tradisional semakin tidak digemari oleh masyarakat.  /3M

Tahniah!!

SIKAP DAN PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP PERMAINAN TRADISIONAL YANG DIANGGAP KUNO
Sikap dan pandangan terhadap permainan tradisional yang dianggap kuno semakin sebati dalam masyarakat di negara ini. Perkara ini bertambah rumit apabila mereka beranggapan ia layak diletakkan di muzium-muzium sebagai khazanah negara akibat ketinggalan zaman dan membosankan. Selain itu, pemikiran masyarakat moden hari ini lebih ke arah mengumpulkan harta kekayaan dan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Golongan muda akan mengalami kekangan masa untuk melakukan perkara lain seperti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, makan angin apatah lagi untuk bergiat cergas mengisi masa dengan bermain permainan tradisional. Prespektif mereka telah meracuni generasi muda //kerana tidak didedahkan dengan keistimewaan dan kelebihan permainan tradisional dalam diri mereka. Impaknya, budaya dan minat mereka terhadap permainan tradisional akan luntur dan hilang begitu sahaja akibat tidak mengenali dan menghargai warisan yang wujud sejak zaman nenek moyang mereka. Jelaslah bahawa, masyarakat perlulah menanam minat dan sikap mengambil berat akan warisan budaya dan mengekalkannya.

/3M

IBU BAPA MENDEDAHKAN PERMAINAN TRADISIONAL KEPADA ANAK-ANAK
Ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memeperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memdedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional seperti congkak dan gasing sebagai hadiah sempena ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Tambahan pula, ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian. Insiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelaslah bahawa, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke generasi.   /3M

KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah juga digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Seni dan Kebudayaan, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Pelajar juga boleh meluangkan masa lapang mereka dengan bermain permainan tradisional untuk mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.// Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa setra mewarnai masyarakat akan datang. Oleh itu, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan trdisional dapat memartabatkan permainan tersebut di negara kita daripada pupus dan lenyap begitu sahaja.
/ 2M

PERTANDINGAN UNTUK MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Akhir sekali, pihak kerajaan menganjurkan pelbagai bentuk pertandingan yang berkaitan dengan permainan tradisional merupakan insiatif yang praktikal untuk memartabatkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan boleh bergabung dengan sektor koporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan boleh menggalakkan penyertaan mereka dengan memberi sijil penyertaan supaya dapat mendorong banyak remaja untuk menyertainya. Sebagai contoh, penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang, Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.  Pertandingan tersebut berjaya menarik peminat-peminat layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.  / 2M

Kesimpulannya, generasi muda pada hari ini perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjungi dan menghargai warisan ini sejak umbi lagi. Masyarakat Malaysia juga perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa dipelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur di hati, fikiran dan diri masyarakat itu sendiri. //Tanpa kita sedari, warisan ini amat berharga dan boleh dijadikan aset penting membantu meningkatkan pendapatan negara jika dapat dieksploitasi dengan bijak melalui industri kraf tangan dan industri pelancongan. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam usaha memartabatkan permainan tradisional supaya warisan ini tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja.   / 3M

Kesimpulan yang baik.

Idea mencukupi
Huraian matang
Anda berpotensi cemerlang . Teruskan perjuangan.