TUGASAN HMT 411 : ETIKA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN DALAM KAJIAN KUALITATIF by Nurasikin Rusli

ETIKA PENYELIDIKAN DALAM KAJIAN KUALITATIF
Tajuk buku : Qualitative Researching
Penulis : Jennifer Mason
Tahun : 2002

Buku ini adalah berkaitan dengan kajian kualitatif. Penulis telah menerangkan mengenai strategi yang diperlukan sebelum melakukan kajian kualitatif, cara menjana data kualitatif dan menganalisis data kualitatif. Selain itu, dalam buku ini juga, penulis ada membincangkan mengenai etika penyelidikan dalam kajian kualitatif.

Terdapat beberapa etika penyelidikan yang perlu diambil kira oleh penyelidik dalam menjalankan kajian kualitatif. Jennifer Mason (2002) dalam bukunya "Qualitative Research" ada menyatakan secara khusus mengenai isu etika dalam temu bual kualitatif. Berikut merupakan isu etika yang telah dinyatakan oleh beliau dalam temu bual kualitatif.

1) Etika yang perlu diambil kira oleh penyelidik adalah mendapatkan keizinan individu yang ingin ditemu bual olehnya terlebih dahulu.

Mendapatkan keizinan daripada individu yang ingin ditemu bual`merupakan langkah awal yang perlu dilakukan oleh seseorang penyelidik sebelum memulakan temu bual. Selain itu, penyelidik juga harus berhati-hati tentang cara persetujuan tersebut diperoleh. Hal ini bermaksud, seseorang penyelidik harus mengambil kira sama ada cara persetujuan yang diperoleh daripada individu tersebut sesuai atau tidak. Sebagai contohnya, seseorang penyelidik perlu melihat sama ada meminta keizinan daripada ibu bapa bagi pihak untuk menemu bual kanak-kanak merupakan cara yang sesuai atau tidak.

2) Seseorang penyelidik juga perlu berfikir secara berhati-hati mengenai perkara yang ingin dimaklumkan kepada individu yang ingin ditemu bual.

Seseorang penyelidik perlu mengambil kira seberapa banyak maklumat , kerumitan dan tujuan sebenar temu bual tersebut dijalankan. Hal ini kerana, kebanyakan individu yang ditemu bual berkemungkinan tidak berapa berminat dengan maklumat atau tidak  biasa mendengar mengenai isu atau soalan yang akan ditanyakan oleh seseorang penyelidik kepadanya. Oleh itu, seseorang penyelidik perlu menerangkan dengan lebih jelas mengenai tujuan temu bual tersebut dilakukan.

ETIKA PENULISAN
Tajuk jurnal: The Ethics of Research, Writing and Publishing
Penulis: Jaynelle F.Stichler
Tahun: 2014

Jurnal ini menerangkan mengenai etika penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Berdasarkan jurnal yang telah ditulis oleh penulis, jurnal tersebut menepati etika penulisan. Antara etika penulisan yang dipatuhi oleh penulis dalam jurnal tersebut adalah seperti berikut.

1) Setiap maklumat dalam jurnal tersebut disertai dengan rujukan.
Penulis telah menyatakan maklumat mengenai rujukan yang telah diambil. Penulis telah memberikan penghargaan kepada hasil kerja orang lain.

2) Maklumat jurnal disusun dengan kemas mengikut urutan tajuk.
Jurnal tersebut telah dihuraikan secara jelas dan subtopik yang terdapat dalam jurnal tersebut disusun mengikut urutan tajuk jurnal.