My grand stream by

Fadzli dan Yoon ( Mohd Fadzli dan Nazarul Nazri)
Soalan 2: Seorang atlet renang backstroke mengalami kecederaan koyakan otot pada latissimus dorsi gred 2. Jurulatih atlet ingin mengetahui mengapa atlet ini tidak bersedia untuk bertanding pada keesokan harinya. Apakah yang perlu anda terangkan kepada jurulatih tersebut berkaitan proses penyembuhan kecederaan tersebut? Berapakah lama masa yang perlu diperuntukkan untuk kecederaan tersebut untuk sembuh?

Pengurusan kecederaan pada atlet ini adalah dengan mengenalpasti jenis kecederaan atlet adalah koyakan otot latissimus dorsi gred 2 iaitu ketegangan dan koyakan separuh pada otot yang latissimus dorsi. Pada fasa awal pengurusan kecederaan adalah dengan meletakkan ais di kawasan yang cedera iaitu dikawasan otot latissimus dorsi dan pengunaan NSAID untuk mengelakkan daripada kecederaan yang dialami bertambah teruk dan mengurangkan bengkak dan kesakitan.

Penerangan tentang keadaan dan situasi atlet kepada jurulatih adalah dengan memberi tahu jurulatih bahawa atlet yang dirawat tidak boleh bertanding dan beraksi pada keesokan harinya. Perkara ini disebabkan oleh faktor pengurusan kecederaan dan perawatan pada bahagian yang cedera berdasarkan fasa proses penyembuhan iaitu fasa inflammation, proliferation, dan remodelling. Pada fasa pertama iaitu fasa inflammation ataupun keradangan, proses penyembuhan pada fasa ini ialah mementingkan penggunaan ais dalam perawatan. Apabila fasa inflammation selesai, pada fasa proliferation, sel-sel mula aktif dalam membantu pembentukan semula otot yang cedera. Seterusnya, pada fasa remodelling fasa ini mempunyai penyusunan semula atau pembentukan semula fiber otot membentuk kepada otot asal.

Peruntukan masa dalam mengurus kecederaan otot latissimus dorsi adalah berkait rapat dengan tahap kecederaan dan fasa-fasa penyembuhan dalam mengawal kecederaan atlet. Pada peringkat fasa pertama penyembuhan adalah pada 72 jam iaitu 3 hari dalam mengawal bengkak ataupun kemerahan pada kulit di kawasan koyakan otot. Manakala pada fasa kedua, pengurusan rawatan adalah 4 hingga 6 minggu. Akhir sekali, fasa ketiga proses penyembuhan kecederaan bermula pada minggu keempat selepas kecederaan, Oleh itu, pada fasa ini struktur otot dan badan harus dicabar dengan senaman. Latihan dan pergerakan kekuatan, termasuk senaman regangan penting untuk pemulihan sepenuhnya otot dan fasa ini berakhir setelah enam bulan tempoh kecederaan.

Kesimpulannya, merujuk kepada tempoh fasa-fasa penyembuhan berkemungkinan masa yang paling pantas dan cepat untuk atlet kembali kembali beraksi sekurang-kurangnya 2 bulan. Ini kerana, bulan yang pertama diikuti dengan ketiga-tiga pengurusan fisiologi kecederaan dan berbaki bulan yang seterusnya adalah pengurusan pemulihan dalam menguatkan otot seperti latihan-latihan dan senaman regangan untuk pemulihan dan kekuatan otot.