Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan Malaysia by Nazri Miswan

KESULTANAN MELAYU DALAM ISLAM
Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka, negeri-negeri Melayu adalah diperintah oleh Sultan-sultan Melayu yang beragama Islam. Apabila Inggeris menjajah negeri-negeri Tanah Melayu, Sultan-sultan yang beragama Islam masih lagi kekal memerintah dengan mendapat nasihat daripada Residen Inggeris. Sungguhpun demikian, Inggeris tidak memberi nasihat mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu. Perkara agama Islam diserahkan secara mutlak kepada Raja-raja Melayu. Daripada aspek peranan dan status turun temurun Sultan-sultan Melayu dalam menjaga dan mempertahankan agama Islam tidaklah dapat dinafikan.

Sebelum kedatangan Islam kedudukan raja di bawah sistem pemerintahan Hindu dikaitkan dengan kedewaan yang mana raja mempunyai kuasa sihir dan kekuatan luarbiasa yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa. Raja memiliki kekuatan, keberanian, kepahlawanan dan kemahiran luar biasa yang dipanggil “shakti”. Keistimewaan ini dikatakan diperoleh melalui pertapaan dan pemujaan alat senjata raja yang diistilahkan sebagai “samadhi”. Setelah Islam diterima oleh Raja-raja Melayu keistimewaan raja ini digantikan dengan istilah “daulat” yang dikatakan berunsur Islam. Manakala penekanan kedudukan raja sebagai “bayangan Allah” yang difahami umum di kalangan kerajaan Islam di Alam Melayu adalah merupakan warisan dan lanjutan daripada amalan oleh para pemerintah kerajan Abasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khiji serta Moghul di India. Meletakkan raja dalam kedudukan ini sesuai dan selari dengan konsep kejadian manusia sebagai “khalifah” iaitu sebagai wakil Allah SWT untuk mentadbir dan mengurus dunia. Perubahan ini telah menjadikan institusi raja sebagai sebagai wahana terpenting dalam memupuk kuasa politik dan ekonomi Islam di alam Melayu.

Kejayaan Raja-raja Melayu dalam menonjolkan keperkasaan dan kekuatan Islam menjadikan Islam sebagai satu kuasa yang disegani oleh negara-negara jiran yang bukan Islam. Sebenarnya peranan istana yang paling utama pada masa itu adalah sebagai pusat perancangan politik dalam usaha meluaskan jajahan takluk dan memesatkan penyebaran Islam. Adalah juga diakui sejarah bahawa istana memainkan peranan dalam mengukuhkan ajaran Islam, memelihara amalan sistem pemerintahan dan mempertahankannya daripada sebarang ancaman. Oleh kerana Islam di alam Melayu bukan sahaja merupakan kuasa politik malahan telah menjadi kuasa ekonomi, maka ini menimbulkan rasa cemburu di kalangan bangsa Eropah. Malahan penulis berpendapat inilah salah satu faktor tersembunyi yang mendorong Belanda dan Portugis datang ke alam Melayu dan kemudiannya mengambil tindakan agresif berperang dengan Raja-raja Melayu

Dalam penubuhan dan pemupukan Kesultanan Melayu di Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan juga dipengaruhi oleh faktor Islam.xliv Sejarah Kesultanan Kedah mencatatkan bahawa Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) ialah seorang raja yang berwibawa kerana kecekapannnya mentadbir dan kemesraannya dengan golongan ulama. Manakala di bawah Kesultanan Perak, Sultan Iskandar Zulqarnayn Shah (1752-1765) terkenal sebagai seorang raja yang berpegang kepada ajaran Islam. Seterusnya di Terengganu Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) masyhur sebagai seorang Raja yang luas pengetahuan agama dan amat rapat pergaulannya dengan golongan ulama. Dalam jangka waktu tiga abad, dari kurun ke 16 hingga kurun ke-19 Masihi, masyarakat Melayu terus terdedah kepada pengaruh Islam, sama ada menerusi istana, dalam bentuk perintah dan pelaksanaan undang-undang berunsur Islam, atau melalui pengajaran oleh guru agama, termasuk mereka yang bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejarah mencatatkan bahawa Sultan Muhammad Shah adalah yang pertama masuk Islam iaitu sekitar tahun 680 Hijrah. Penerimaan Islam oleh Sultan dan Raja Melaka telah membuka laluan penting dalam sejarah Islam umumnya, dan sejarah masyarakat Melaka khususnya. Berikutan pembabitan istana dalam kehidupan Islam, rakyat turut sama terpengaruh untuk mengikut jalan yang telah dipilih oleh pemimpin mereka. Hal ini sedia terakam dalam Sejarah Melayu. Ini diikuti oleh pembesar-pembesarnya. Sumber China mencatatkan, pada zaman pemerintahan Sultan Melaka ketiga, Raja dan rakyat telahpun beragama Islam, dan mematuhi ajaran agama Islam.

MUKA HADAPAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk membaca penulisan yang telah ditugaskan kepada kami. kami merupakan pelajar daripada Politeknik Tun syed Nasir yang bertapak di Pagoh dan merupakan pelajar semester akhir bagi sesi II (2021/2022). kami harap pembahasan yang ditulis ini dapat memberi pencerahan mengenai agama islam sebagai agama persekutuan Malaysia seperti mana yang tertera. Semoga penulisan ini dapat memudahkan para pelajar lain untuk mendiskusi mengenai agama islam di dalam tugasan mereka yang akan datang. sekian daripada kami, terima kasih.

PENGENALAN
Islam menggalakkan umatnya menunaikan janji dalam setiap perjanjian yang dibuat dalam kehidupan manusia.  jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memberikan keizinan kepada orang Islam agar mengikat perjanjian antara kaum serta masyarakat dan menunaikan janji yang dibuat terhadap orang musyrik yang tidak mencabuli dan tidak mengkhianati perjanjian tersebut.

Hal ini penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat dalam sesebuah institusi masyarakat dan negara. Di Malaysia, perjanjian sosial atau kontrak sosial telah wujud semasa pra-kemerdekaan. Kontrak sosial adalah rundingan permuafakatan yang dicapai dan dipersetujui oleh wakil-wakil parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC dalam memuktamadkan terma-terma dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Permuafakatan ini dibuat oleh wakil-wakil parti yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India sebagai prasyarat kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Umumnya, Malaysia mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan agama serta mengamalkan sikap toleransi beragama antara kaum. Namun masih juga terdapat segelintir masyarakat bukan Islam yang sering mencabar kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia. Seringkali terpapar di dada akhbar tentang isu penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia.

Antaranya adalah isu murtad, isu kumpulan bekas penjawat awam G25 yang mengkritik undang-undang murtad, kumpulan Sister In Islam (SIS) yang memperjuangkan kebebasan hak kesamarataan gender, larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘Kaabah’ dan ‘Solat’ oleh orang bukan Islam dan meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama-agama lain disebabkan oleh pembinaan yang tidak mendapat kelulusan dari kerajaan, ancaman liberalisme Barat yang memperjuangkan hak kebebasan manusia, kebebasan beragama, serta menolak autoriti tradisi Ahli Sunnah Waljamaah, ancaman sekularisme Barat yang mengasingkan hal agama daripada kehidupan duniawi serta ancaman pluralisme agama yang menanggap semua agama adalah sama dan benar.

Jika diteliti, kesemua isu ini akan membangkitkan kemarahan dan persengketaan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Hal ini akan menggugat perpaduan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Maka, makalah ini menjelaskan status agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam kontrak sosial di Malaysia.

PERLEMBAGAAN
Menurut perlembagaan bagi status islam, terdapat beberapa peruntukan perkara 3 perlembagaan persekutuan iaitu:

Perkara 3(1): Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 3(2): Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang Di Pertuan Agong mewakilinya.

Perkara 3(3): Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang Di Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama dalam Negeri itu.

Perkara 3(5): Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.

Sungguhpun kedudukan Islam adalah sedemikian, tetapi setidak-tidaknya penderaf-penderaf Perlembagaan Persekutuan telahpun mengambil kira kedudukan dan martabat Islam daripada segi sejarahnya di Tanah Melayu. Agama Islam yang mana apabila diterima dan dianuti oleh Raja-raja Melayu telah diletakkan pada suatu tempat yang tinggi dan dijadikan sumber undang-undang di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah barat selain bersandarkan adat Melayu. Dalam dunia moden ini dengan adanya pernyataan tentang status Islam itu dalam Perlembagaan adalah merupakan satu pengiktirafan yang amat besar maknanya, apatah lagi bila Perlembagaan itu sendiri adalah asas kepada pemerintahan sebuah negara moden.

CARA KEDATANGAN ISLAM MELALUI TANAH ARAB
Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu dengan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Malabar Coast di Kerala India ,Srivijaya dan Palembang. Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

PERSETUJUAN ISLAM SEBAGAI PERSEKUTUAN
SELAMA ini antara asas diguna pakai golongan perundangan, akademik dan ahli politik untuk mendakwa Malaysia adalah negara sekular, berpaksikan pada salah satu usul Perikatan bertarikh 27 September 1956 dalam Laporan Suruhanjaya Reid.

Laporan itu antara lain menyatakan, agama bagi Malaysia hendaklah Islam. Pematuhan prinsip ini tidak akan mengenakan sebarang ketidakupayaan ke atas warganegara bukan Islam untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka dan ini tidak bermaksud negara (Persekutuan) bukan sebuah negara (Persekutuan) sekular.

Justeru, rencana ini menyingkap penggunaan istilah 'sekular' dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan adakah ia dipersetujui oleh pihak yang menguatkuasakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957? Usul di atas dibuat susulan Memorandum Raja-Raja bertarikh 12 September 1956 yang menyatakan kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan Islam dalam bidang kuasa negeri

Memorandum Raja-Raja dan Usul Perikatan itu akhirnya dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Penyemakan Cadangan Perlembagaan Persekutuan yang bersidang dari 22 Februari hingga 27 April 1957. Pada peringkat awal, Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dimasukkan peruntukan 'Islam sebagai agama bagi Persekutuan' dalam Perlembagaan.

Meneliti pada dokumen yang ada, isu yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja di atas bukan untuk menentukan sama ada Malaysia akan menjadi negara sekular atau tidak.

Pertamanya, seseorang Raja Melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing yang kedudukan agama ini sudah diabsahkan di sisi Perlembagaan. Keduanya, di bawah penyusunan Perlembagaan baharu yang dicadangkan ini, agama Islam adalah satu perkara yang dikekal terpelihara oleh pihak negeri. Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berpandangan bahawa untuk memperakukan agama Islam sebagai agama Persekutuan akan menyebabkan timbul prejudis ke atas kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing dan cadangan itu akan mencerobohi dengan serius hak negeri dan kerajaan sepenuhnya apabila menangani persoalan agama Islam."

Isu pokok hanya berkisar mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing. Selepas melalui proses rundingan, dalam mesyuarat terakhir Jawatankuasa Kerja pada 27 April 1957, Raja-Raja Melayu memberi perkenan untuk memaktubkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Draf Perlembagaan Persekutuan diluluskan oleh kedua-dua badan dalam Parlimen British pada 9 Julai 1957 dan 19 Julai 1957 tanpa pindaan.

Tiada syarat, dan ini tidak bermaksud negara (Persekutuan) bukannya sebuah negara (Persekutuan) sekular atau sebarang maksud Malaysia sebagai sebuah negara sekular dimasukkan dalam rang undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Justeru Perkara 3, tertakluk pada konsep kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan, hendaklah ditafsirkan berdasarkan perbahasan yang terkandung dalam Official Report of Parliamentary Debates Commons, 19 July 1957, halaman 1599:

"Dalam jawapan terhadap perkara berbangkit mengenai agama rasmi, Setiausaha Negeri-Negeri Jajahan, Alan Lennox-Boyd, menyatakan beliau bersetuju dengan peruntukan ini kerana ia diterima dengan sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Perikatan. Beliau berasakan sudah wujud jaminan yang mencukupi dalam Perlembagaan untuk mengekalkan kebebasan beragama.

Lennox-Boyd menyatakan: "Perlembagaan itu mempunyai satu urutan jaminan yang menarik untuk mengekalkan kebebasan beragama yang mana Raja-Raja Melayu dan Kerajaan Malaya tidak menimbulkan sebarang bantahan. Saya telah membincangkan perkara ini dengan mereka semasa mereka berada di sini (London). Artikel 3 memperakukan tolak-ansur beragama.

Artikel 11 memperkukuhkan secara khusus kebebasan beragama dalam Perlembagaan. Artikel 12 menjelaskan sebarang bentuk diskriminasi, termasuk diskriminasi beragama, pada masa sama memperkukuhkan hak mana-mana kumpulan agama menjalankan sekolah mereka sendiri dan memperakukan mana-mana agama selain daripada mereka sendiri."

ADAT
Secara lazimnya seperti yang kita tahu, Agama Islam sudahpun bertapak di bumi Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jadi secara tidak lansung Agama Islam ini telahpun menjadi adat sejak nenek moyang kita lagi,

UNDANG UNDANG
Di zaman pemerintahan Melaka, suatu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka,telah diperkenalkan dan diterima pakai sebagai undang-undang Islam. Walaupun ia banyak merujuk kepada undang-undang adat dan bukannya semuanya Islam,namun ia sudah cukup untuk membuktikan undang-undang Islam berada di tahap tertinggi ketika itu.

Sebenarnya Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka merupakan hasil rujukan daripada teks Abu Shuja’ at-Tariq dan Fath al-Qarib oleh Ibn Qasin al-Ghazzi. Malah undang-undang ini juga dikatakan mengandungi perundangan Islam dan ianya terdiri daripada Undang-undang Melaka Asal, Undang-undang Laut, Undang-undang Keluarga dan Undang-undang Jual Beli. Di Perak, terdapat Undang-undang 99 Perak. Bagi negeri Terengganu, undang-undang Islam telah ditadbir dengan berkesan di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Bagi negeri Johor, Majallah Al-Ahkam dari Turki telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan dipakai di Johor. Malah pada akhir abad ke 19,Perlembagaan Johor melalui Artikel 2 menyatakan dengan jelas bahawa raja yang terpilih hendaklah bangsa Melayu berdarah raja,laki-laki dan beragama Islam.Malah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi bagi Johor.

Boleh dinukilkan di sini bahawa sebelum penjajahan Inggeris, kuasa Sultan atau Raja adalah meliputi semua perkara termasuklah adat istiadat Melayu dan persoalan agama Islam. Didapati bahawa sebahagian kuasa pentadbiran ketika itu ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam di negeri masing-masing begitu juga dengan kuasa eksekutif juga ditangan mereka.

Melihat kepada bukti-bukti sejarah,memang menjadi kenyataan bahawa undang-undang Islam merupakan undang-undang utama di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dalam satu kes iaitu Sheikh Abdul Latif & Others lwn Shaikh Elias Bux, mahkamah memutuskan undang-undang yang terpakai kepada orang Islam pada masa itu adalah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat tempatan. Dalam satu kes terpenting, Ramah lawn Laton, mahkamah semasa penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan Tanah Melayu, malah undang-undang Islam mestilah diberi pengiktirafan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, skop undang-undang Islam yang dimaksudkan hasil dari penghakiman tersebut bukannya meliputi keseluruhan undang-undang Islam tetapi hanya meliputi persoalan tertentu sahaja melibatkan undang-undang diri dan prosedural sahaja.

CABARAN & LANGKAH MENGATASI
CABARAN

1.Fahaman Sekularisme

Golongan ini mengganggapkan mereka lebih benar dan lebih Islam daripada jumhur (kesepakatan) ulama yang lain. Sesiapa yang menentang golongan ini akan dianggap sebagai fanatik, konservatif, ketinggalan zaman dan sesat. Pemikiran sekular dan liberal ini terus menular ke Malaysia apabila terdapat masyarakat yang terpengaruh dengan ideologi songsang ini. Kesan negatif atas nama pemodenan dan hak asasi manusia ini merupakan pemikiran yang sesat menurut perspektif Islam. Pemikiran ini terhasil daripada pengaruh pemikiran modenisasi Barat, sekular dan liberal yang menular ke seluruh dunia Islam

2.Sistem Kehidupan Barat

British juga memperkenalkan sistem sosial yang lebih moden seperti mempopularkan pakaian Barat yang dianggap berstatus tinggi seperti pemakaian tali leher, kot, baju kemeja dan seluar pendek. Anak-anak Malaysia kini cenderung memakai pakaian moden yang kadangkala tidak sesuai dengan norma ketimuran dan secara tidak langsung mengabaikan pakaian tradisi masing-masing. Sedangkan seperti kita tahu adat pemakaian tradisi Kaum Melayu kebanyakkan mengikuti undang-undang Islam yang menyuruh setiap individu untuk menutup aurat.

LANGKAH-LANGKAH

Dakwah di sekolah

Usaha berdakwah di sekolah adalah usaha yang murni. Pengajaran dalam kelas semata-mata belum mampu untuk menerapkan nilai murni hidup beragama secara menyeluruh. Justeru, program dakwah sama ada secara rasmi atau tidak tetap memainkan peranan.

Selain itu, persekitaran yang baik juga penting dalam usaha menjana akhlak yang baik dalam kalangan murid sebagai memenuhi perintah Agama Islam

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Menurut Zakiah Ariffin menerusi kajian ilmiah sarjananya bertajuk Pembudayaan Iklim Dini di sebuah sekolah di Perak, pengetua dan guru berperanan penting membentuk serta menjana pelaksanaan iklim dini. Ini bermakna kepemimpinan pengetua mempunyai hubung kait dengan kesungguhan melaksanakan iklim dini di sekolah atau institusi pendidikan, manakala guru berperanan merancang dan melaksanakan pengisian dalam mengimplimentasikan iklim dini di sekolah.

Zakiah juga menambah, rendahnya penghayatan agama dan nilai murni dalam kalangan pelajar berpunca daripada kurangnya penekanan kepada suasana persekitaran yang Islami, termasuk program budaya ilmu, kesedaran ukhuwah Islamiah, keceriaan kawasan fizikal sekolah serta penghayatan Islam bersepadu.

Mahi Din melalui artikelnya bertajuk Iklim Dini di Sekolah dalam Jurnal Dakwah Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan, iklim dini merujuk kepada amalan dan kebiasaan seseorang atau masyarakat yang mengamalkan dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan harian. Ia termasuk menghayati akhlak mulia melalui suasana persekitaran.

Mohd Kamal Hassan dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu, menyatakan matlamat pendidikan Islam tidak terkeluar daripada tujuan asal manusia dijadikan untuk mendapatkan kebaikan.

Suasana dan kesedaran beragama dapat diwujudkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran, oleh itu iklim dini secara tidak langsung dapat diwujudkan melalui penganjuran program dakwah seperti Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Ihya' Ramadan dan lain-lain. Poster dan papan tanda doa, tazkirah, selawat dan adab Muslim mampu memberikan kesan terhadap amalan hidup beragama di sekolah. Kempen kesedaran menutup aurat, senyum dan salam bakal mewujudkan suasana harmoni dan Islami.

Selain itu, pengajaran merentas kurikulum juga boleh diamalkan seperti menghubungkan kejadian alam dan atmosfera dengan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta dalam pengajaran sains untuk meningkatkan kesedaran aspek tauhid kepada pelajar.

Malah, banyak lagi aspek pengajaran yang boleh mewujudkan kesedaran beragama seperti pengajaran nilai dalam mata pelajaran sivik, kajian tempatan, Bahasa Malaysia dan lain-lain. Peranan ini dipikul oleh semua guru dan pendidik, bukan hanya dipertangungjawabkan kepada guru Pendidikan Islam semata.

Gaya hidup Islam di sekolah

Ustaz dan ustazah harus mengambil inisiatif untuk menerajui usaha membentuk persekitaran serta gaya hidup Islami di sekolah.Budaya hidup Islami juga boleh diterapkan di rumah oleh ibu bapa membina budaya positif dan diterapkan terhadap pembinaan jati diri serta akhlak anak. Budaya positif ini akan diteruskan kesinambungannya dengan kewujudan suasana Islami di sekolah.Usaha ini juga perlu dibantu oleh masyarakat serta media untuk mewujudkan persekitaran dan gaya hidup beragama kerana pembinaan modal insan yang kental akidah dan jati diri harus dijadikan keutamaan demi mencipta kelompok pemimpin negara pada masa akan datang.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pemilihan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan adalah tindakan yang tepat.Hal ini demikian kerana Agama Islam banyak memberikan impak yang positif kepada negara tanpa menganggu kepercayaan penganut agama yang lain. Pihak kerajaan perlulah mengukuhkan institusi Islam di Malaysia untuk menjadikan negara ini aman, murni dan sejahtera.

CARA KEDATANGAN ISLAM MELALUI INDIA
Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Malabar sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Malabar Coast dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Malabar Coast yang terletak di Kerala, India. Fakta fakta ini telah pun di terbitkan di dalam buku Prof Dr Hamka.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

CARA KEDATANGAN ISLAM MELALUI CINA
Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke- ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.