Draft Mediasi dalam Perkembangan Novel Sabah by Diandra Eleanor

BAB 1: Mediasi Sebagai Satu Bentuk Mediasi Sosiologi Sastera
PENGENALAN

Buku Mediasi dalam Perkembangan Novel di Sabah dikarang oleh Asmiaty Amat. Beliau arif mengenai bidang kritikan sastera. Buku ini ditulis untuk menerangkan proses perkembangan novel-novel di Sabah serta faktor-faktor atau mediasi yang secara tidak lansung mempengaruhi hasil karya sastera seorang penulis novel. Buku ini mengandungi tujuh bab yang saling berkaitan.

5 Model Mediasi

Terdapat lima model mediasi yang telah diasaskan oleh Ungkuh Maimunah.

1)      Mediasi Ideologi- merujuk kepada pemikiran atau idea yang menjadi pegangan dan seterusnya mempengaruhi tindakan seseorang itu. Setiap penulis bermula dengan idea di fikiran sebelum mengarang sebuah novel. Penulis juga ingin menerapkan idealisme atau pegangannya di dalam karyanya sendiri.

2)      Konvensi Sastera- merujuk kepada perkara yang sudah lazim dan kerap digunakan oleh penulis tanpa disedarinya. Perkara tersebut merujuk kepada bentuk isi, idea dan kod-kod sastera yang diterima oleh pengarang dan masyarakat. Contohnya, novel yang bertema percintaan bukan sesuatu yang baharu tetapi sudah lazim dikarang oleh penulis terdahulu.

3)      Mediasi budaya- merujuk kepada adat dan cara hidup sesebuah masyarakat yang secara lansung mempengaruhi pengarang dalam penulisan karyanya. Penulis bergantung dengan mediasi ini untuk mengelakkan daripada menyatakan sesuatu yang sensitif terhadap sesebuah masyarakat.

4)      Mediasi Institusi- merujuk kepada hubungan antara penaung, peganjur, penerbit dan segala kemudahan dalam menjayakan penghasilan sebuah karya sastera.

5)      Mediasi Ekonomi- Kuasa pasaran novel ditentukan oleh cita rasa orang ramai. Dengan kata lain, jumlah penjualan sebuah novel itu bergantung dengan cita rasa dalam kalangan pembaca.

BAB 4 : PERKEMBANGAN PENULISAN DI SABAH.
1.0 PERKEMBANGAN AWAL NOVEL SABAH HINGGA DEKAD 1970.

1.1 TEMA PENULISAN TAHUN HINGGA DEKAD 1970.

Secara umumnya, dalam perkembangan penulisan dalam dekad tahun hingga 1970 ini amnya, lebih menonjolkan penulisan karya yang lebih berunsur pensejarahan(patriotisme) dan percintan serta bemediasikan budaya,insitusi dan ekonomi dalam sesebuah penulisan.Buktinya,terdapatnya novel yang dikaitkan dengan negeri Sabah dimana penciptanya bernama Harun Aminurrashid yang di hantar oleh inggeris untuk bertugas sebagai pegawai pendidikan di Brunei.

Bukan itu sahaja, tokoh pengarang dan nasionalis yang sangat hebat ini juga, telah menjadikan negeri Sabah,Serawak dan Brunei sebagai salah sebuah latar belakang dalam penghasilan karyanya dalam mengambil dan menggunakan watak tempatan,nama tempat dan sebagainya. Buktinya, novel pertama yang ditulis oleh Harun Aminurrashid adalah perkara yang berkait dengan dengan etnik serta persoalan masyarakat yang berkait dengan Borneo seperti Novel Darah Kedayan (1947).Namun demikian, terdapat juga penulisan novel yang ditulis oleh beliau dalam memperlihatkan perjuangan masyarakat Borneo dalam menentang penjajah yang mana novel tersebut berjudul Dayangku Fatimah (1947) dan Korban Kinabalu (1957).

Selain itu, dalam pengahasilan novel terakhir beliau yang bertajuk Gugudi lembah Kinabalu juga,Harun Aminurrashid  menulis novel yang berkait dengan penentangan masyarakat Sabah terhadap penjajah yang mana mengambil tokoh pejuang Sabah seperti paduka Mat Salleh sebagai watak dalam menjayakan novel tersebut. Oleh hal yang demikian, perkara tersebut umumnya, telah menjadikan novel itu sebagai novel sejarah oleh pengkaji novel yang lain kerana mengambarkan banyak tokoh-tokoh pejuang seperti paduka Mat Salleh, Bandan, Gunting dan sebagainya.,Jesteru itu, novel-novel Harun Aminurrashid ini amya diterbitkan di Singapura serta telah menjadi rujukan  kepada golongan guru serta peminat sastera.
Bukan itu sahaja, dalam lingkungan tahun 1960 juga, terdapat satu penulisan karya bertemakan budaya namun terkait dengan mediasi ekonomi dimana penulis K.Bali mengeluarkan karya yang bertajuk  Bulan Muda hati muda (1960) yang mana diterbitkan oleh syarikat pustaka muda Ipoh,Perak serta novel  bogel(1969) yang dicetak oleh syarikat Pustaka Abadi,Singapura. Oleh hal yang demikian, novel tersebut adalah merupakan novel yang berkisarkan picisan ataupun novel yang berunsur luca dalam penceritaannya dimana perkara tersebut dijadikan mediasi ekonomi untuk menarik para pembeli untuk membelinya.Buktinya,Bulan Muda hati muda (1960) ini menceritakan tentang kisah suami isteri yang bernama Awan dan Bulan dimana mereka ini dikisarkan sebagai pasangan yang tidak mempunyai zuriat akibat Awan disahkan mandul dalam penceritaannya. Namun demikian, dipendekan cerita kisah, babak lucah yang dipernampakan dalam novel ini apabila Bulan isteri kepada Awan melakukan hubungan besetubuh dengan doktor Siva akibat terlalu sayangkan  suaminya Awan dalam mendapatkan zuriat dan novel Bogel(1969) yang memperlihatkan seorang  wanita berbangsa murut  yang bernama Sarini ratu cantik daerah tenom yang mana telah jatuh cinta dengan Musta dan  Musta ini selalu melukis gambar-gambar sarini dalam keadaan berbogel di bawah sinaran bulan.

Namun demikian, terdapat juga, mediasi yang lain dalam perkembangan penulisan di negeri Sabah tersebut iaitu mediasi insitusi beserta pengalaman seorang penulis dalam  berada di negeri Sabah.
Contohnya, Isa Razak  yang menghasilkan novel bertajuk Serandung dimana novel ini menceritakan kisah beliau  berada di Sabah yang mana dalam penulisannya banyak mengambarkan pengalaman yang dialaminya sewaktu berada di Sabah dan kemenangan Ismail Abbas sebagai pengarang novel pertama di Sabah akibat penganjuran pertandingan oleh seperti BAHASA ,DBP, dan GAPURA dimana memperlihatkan peranan mediasi insitusi tersebut.

Oleh itu, dalam lingkungan tahun 1960 hingga ke 1970 tersebut banyak memperlihatkan terdapat tema  penulisan pensejarahan dan  percintaan  beserta bermediasikan insitusi,ekonomi dan budaya di dalamnya.
2.0 PERKEMBANGAN NOVEL TAHUN 1980-AN

2.1 TEMA PENULISAN TAHUN 1980-AN.

Dalam aspek perkembangan penulisan novel di negeri Sabah pada tahun 1980 ini amnya, tema yang diketengahkan dalam penulisan sesebuah karya tersebut lebih kepada penulisan keagamaan dan berlatar belakangkan budaya yang terdapat di negeri Sabah.Oleh hal yang demikian, perkara tersebut secara langsung mengaitkatkan kemunculan mediasi insitusi keagamaan serta mediasi agama dalam perkembangan penulisan di negeri Sabah 1980.
Buktinya, dalam perkembangan tersebut sastera islam yang dulunya menjadi topik hangat pada tahun 1970-an telah, membuatkan pihak insitusi agama ini merangka aktiviti dalam kefahaman sastera islam.Sekali lagi, mediasi insitusi telah berjaya menonjolkan karya penulisan novel yang berteraskan agama menjadi satu karya yang terbaik dimana, Harun Salleh telah dinobakan sebagai penulis sabah terbaik dalam novel terbaik dalam keagamaan. Buktinya, karya beliau seperti Di sebalik sebuah Khutbah(1986),Hidayah(1986) dan Dearah Asing(1986) adalah merupakan dari penulisan novelnya yang terhasil daripada mediasi insitusi dalam memperkenalkannya kepada orang ramai.Buktinya, Hidayah (1986)dan Dearah Asing (1986) telah mendapat tempat di dalam satu pertandingan seperti Hidayah merangkul tempat ke tiga dan Daerah Asing merangkul hadiah bakat dalam anugerah novel Darul Iman 1 pada tahun 1984.Oleh hal yang demikian, terbuktilah mediasi insitusi pada tahun 1890-an ini, memaikan peranan dalam peranan memperkenalkan penulisan Sabah ke mata persada penulisan karya di Malaysia.

Pada tahun 1980-an ini juga,terdapat pengkarya-pengkarya wanita yang wujud dalam penulisan novel.Hal ini boleh dibuktikan, dengan wujudnya Obasiah Usman,Siti Rahmah ,Ibrahim dan Azmah Nordin yang mana kewujdan mereka ini adalah disebabkan mediasi insitusi  dalam mengangkat novel-novel mereka kepada mata negara kita. Bukan itu sahaja, novel yang dihasilkan oleh mereka ini juga, lebih kepada memberi unsur-unsur positif dalam karyanya dimana novel-novel ini memperlihatkan masyarakat tentang nilai-nilai murni seperti kerja keras, tidak berputus asa dan sebagainya dalam penulisan novel tersebut. Buktinya, Novel Osbasiah Usman yang bertajuk bertaut (1986) memperlihatkan watak indah, seorang wanita yang gigih bekerja sambil belajar dalam mencapai cita-citanya dan memajukan diri pada anak bangsa mereka. Perkara tersebut, jelas memperlihatkan terdapat garis perbezaan dari perkembangan penulisan dari tahun 1970-an kepada 1980-an yang mana kurangnya karya picisan dalam penulisan serta pengamalan mediasi ekonomi dalam penghasilan sesebuah novel

Novel lain, yang diterbitkan pada tahun 1980-an ini juga memperlihatkan mediasi budaya dalam penghasilannya. Buktinya, novel Bangaton(1988) yang ,menceritakan suku kaum Bajau dan Dusun dalam penulisan latar masyarakatnya di Sabah yang mana menceritakan tentang perebutan mayat seorang wanita Dusun yang telah berkhawin dengan orang berbangsa Bajau yang beragama islam.Namun demikian, perkembangan tersebut hanya menampakan kepada kuantiti namun tidak kepada kualiti dalam menjayakannya. Buktinya, Harun Salleh hanya memenangi tempat ke tiga dan sagu hati dari tiga karyanya dan Ismail Abbas hanya meneruskan  kovensi sastera dalam penghasilan karyanya berteraskan budaya.
Secara ringkasnya, perkembangan penulisan pada tahun 1980-an ini ianya lebih banyak dimediasikan oleh insitusi, budaya dan kovensi sastera serta banyak memperlihatkan penulisan budaya,nilai murni dan keagamaan  dalam penghasilnya.
3.0 PERKEMBANGAN NOVEL TAHUN 1990-AN.

3.1 TEMA DALAM PERKEMBANGAN PENULISAN NOVEL TAHUN 1990 AN SABAH

Dalam perkembangan ini amnya, ianya lebih bertemakan politik dan di hiasi oleh mediasi insitusi dan campur  tangan pihak tertentu. Hal ini disebabkan kerana , perkembangan novel pada tahun 1990-an ini umumnya, adalah merupakan kemuncak kepada perkembangan novel di Sabah. Hal ini demikian kerana, pada perkembangan ini terdapat perkembangan kuantiti dan kualiti yang dipamerkan oleh para penulis dalam menulis sesebuah novel.Bukan itu sahaja, dalam perkembangan novel tahun ini juga, ianya  adalah disebabkan oleh  faktor kerancakan insitusi seperti DBP dan nilai diri penulis tersebut dalam menghasilkan sesebuah novel.Buktinya, terdapat sebanyak 25 novel yang diterbitkan atas kerjasaman antara penulis dan DBP.

Kerancakan penerbitan serta penulisan pada tahun 90-an ini umumnya, adalah disebabkan oleh terdapatnya mediasi ataupun campur tangan dalam pelbagai pihak. Buktinya, mediasi tertentu terwujud  apabila terjadinya kerjasama, bimbingan dan galakan yang diberikan oleh DBP kepada para penulis. Buktinya, terdapat penulis Sabah yang terwujud dalam mediasi  campur tangan tersebut iaitu Azmah Nordin,Deniel, R.Hamzah dua dan Welin Ebal.

Pada tahun 90-an ini, juga isu berkenaan dengan politik amat sensetif dalam penulisan sesuatu karya yang mana perkara tersebut membuatkan terdapat tapisan jika terdapat isu-isu berkenaan dengan politik.Buktinya, Azmah Nordin menghasilkan sebuah novel yang berbaur dengan politik negeri Sabah yang bertajuk Halusinasi(1995) dan novel tersebut umumnya, telah ditapis oleh beliau dalam penghasilannya dengan kerjasama DBP.

Oleh hal yang demikian,dalam perkembangan penulisan novel di Sabah pada tahun 1990-an ini, umumnya banyak memperlihatkan penghasilan novel-novel yang berkualiti serta baik. Buktinya, terdapat Penulis Sabah yang cemerlang dalam melakukan sesebuah penulisan. Buktinya, Azmah Nordin.

4.0 PERKEMBANGAN NOVEL TAHUN 2000 HINGGA 2010.

Secara umumnya, perkembangan pada tahun 2000 hingga tahun 2010 ini, amnya memperlihatkan kadar kemerosotan dalam penulisan karya novel di Sabah. Hal ini demikian kerana, kemerosotan tersebut lahir apabila terdapat kelemahan dalam kuantiti dan kualiti dalam sesebuah penulisan karya novel. Buktinya, kebanyakan novel yang diterbitkan hanya berteraskan manuskrip yang telah dihasilkan pada dekat terdahulu.

Peranan mediasi insitusi juga, pada saat ini tidak banyak memainkan peranan dalam penghasilan ataupun penemuan novel-novel yang berkualiti daripada Sabah. Hal ini demikian kerana, tidak ada sebuah novel yang mendapat tempat pada penganjuaran peraduan mengarang tersebut.Oleh hal yang demikian, perkara tersebut memperlihatkan bahawa karya penulisan yang dihasilakan pada ketika itu hanya dihasilkan mengikut keperluan penganjur sehinggakan banyak karya yang wujud di Sabah pada ketika itu tidak mendapat sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.

Natijahnya, penulisan pengkarya pada tahun 2000 hingga tahun 2018 hanya memperlihatkan Sabah sebagai terkebelakang dalam penulisan sesebuah novel.Buktinya, 40 tahun Sabah meredekah namun penulisnya masih berada di takok lama dalam bidang  penulisan.

5.0 PERKEMBANGAM NOVEL 2010 HINGGA 2018

Dalam perkembangan novel pada tahun 2010 hingga tahun 2018 ini, umunya memperlihatkan peningkatan dan perkembangan yang sedikit perlahan.Hal ini demikian kerana, terdapat inisiatif yang dibuat oleh BAHASA dalam menghasilkan novel bersiri.Buktinya wujud novel  siri 1 pada tahun(2009/2010).

Umumnya, dalam perkembangan novel Sabah pada tahun 2010 sehingga 2018 ini umunya, banyak memperlihatkan kesan positif walaupun perkembangan tersebut bergerak secara perlahan dalam   perkembangannya.Buktinya, terdapat novel dewasa yang dihasilkan oleh Ruhaini Matdarin yang mana telah memberi impak dalam dunia kesusteraan.

BAB 3: Peranan Institusi dan Pengaruhnya Dalam Perkembangan Persuratan di Sabah
Peranan Persatuan Penulis

1.PASPAM

Mewujudkan bilik bacaan untuk menanam minat membaca terutama berkaitan denga kesusasteraan dan bahasa melayu. Paspam membuka ruang, memberikan pengetahuan dan membangkitkan rasa cinta terhadap kesusasteraan bertulis pada penulis Sabah.

2)Booty Suria Negara

melakukan pementasan bangsawan Melayu di Sabah. Dengan ini, masyarakat Sabah mula didedahkan  dengan aktiviti kesusasteraan dan kebudayaan.

3)Angkatan Gaya Baru (AGABA)

kegiatan Agaba cuba untuk memberi kesedaran pendidikan dan kegiatan berdrama dalam kalangan masyarakat Sabah. Agaba telah menganjurkan kelas-kelas tarian, pertukangan dan melukis di Sabah.

4)Persatuan Penulis Sabah (PERPESA)-

Menyemarakkan lagi kegiatan bahasa dan kesusateraan di Sabah. Menganjurkan peraduan mengarang cerpen, puisi dan menaja penulis berbakat mengikut kursus penulisan.

5) BAHASA

mengadakan aktiviti yang berfaedah yang mampu mengembangkan bahasa dan kesusasteraan di Sabah. Persatuan ini telah mengadakan kempen-kempen kesedaran, mengadakan minggu dan bulan bahasa secara berperingkat dan menerbitkan majalah tentang kepentingan bahasa melayu.

6) GAPURA

ditubuhkan untuk menhapuskan legitimasi yang dibina oleh BAHASA. Persatuan ini menganjurkan peraduan dan mengadakan bengkel penulisan kreatif menyebabkan peluang untuk aktiviti penulisan di Sabah semakin besar.

7) IPS

Memberi galakan kepada penulis-penulis yang baru dalam dunia penulisan. Persatuan ini telah menjalinkan kerjasama dengan badan-badan persatuan di Sabah untuk memperkembangkan lagi penulisan novel di Sabah.

Peranan Institusi Agama
1) Majlis Agama Islam Sabah(MUIS)

peranan muis dalam perkembangan persuratan di Sabah dapat dilihat apabila muis menganjurkan peraduan mengarang novel Islam yang pertama di Sabah yang membuka ruang kepada penulis-penulis untuk menyertai peraduan tersebut.

2) GAPENA ( berkerjasama dengan persatuan sasterawan Terengganu(PELITA)

mengadakan sayembara iaitu anugerah darul iman I yang ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu untuk memartabatkan kesusasteraan Melayu. Merupakan perintis kepada kewujudan anugerah seterusnya seperti anugerah darul iman II, III dan IV.

3) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)

Peranan jakim dapat dilihat apabila jakim menganjurkan peraduan mengarang novel Islam yang mengangkat Islam begi memperingati pertumbuhannya di Malaysia.

4) Institusi Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)

membantu penerbitan karya penulis di Malaysia termasuk Sabah. Mengadakan kerjasama dengan badan-badan lain untuk mengadakan peraduan penulisan novel,cerpen,puisi dan sajak. Mengaktifkan semula peranan institusi dalam penyuburan perkembangan sastera tanah air.

BAB 5 : Peranan dan Mediasi Dalam Perkembangan Novel Sabah
Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka
1- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sastera di negeri Sabah.
2- Mempertingkatkan kegiatan sastera melalui forum, seminar, diskusi, bengkel dan peraduan.
3- Berusaha melibatkan masyarakat di negeri ini dalam kegiatan budaya khususnya kesusasteraan dalam usaha memelihara, membina dan mengembangkan kebudayaan.
4- Menggalakkan semua suku kaum di negeri ini meminati sastera, disamping mewujudkan semangat cinta akan seni dan berusaha menanamkan budaya membaca dalam kalangan penduduk.
5. Berusaha mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam penulisan kesusasteraan kebangsaan

Program dan kegiatan yang dilakukan DBP :

1- Bengkel, seminar dan penyelidikan : DBP mula menganjurkan siri bengkel penulisan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen. Selepas beberapa buah karya Berjaya diterbitkan, DBP mengorak langkah menganjurkan seminar yang bertujuan membicarakan karya-karya yang telah diterbitkan.

2- Penulis anak angkat : bertujuan untuk melatih dan membimbing penulis tempatan agar menghasilkan karya dengan lebih berkualiti.

3- Peraduan mengarang novel : Sayembara tersebut dianjurkan sempena sambutan 20 tahun Sabah merdeka dan mendapat kerjasama daripada persatuan BAHASA. melalui peraduan mengarang ini dapat memperbaiki lagi bakat penulisan para penulis.

4- Penerbitan novel : DBP dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan. Bahan-bahan bacaan yang diterbitkan DBP bukan sahaja bertujuan membentuk masyarakat celik huruf dan berpengetahuan tetapi ia juga diharapkan dapat menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat bermoral.

5- Hadiah Sastera : DBP Sabah menggalakkan penulis berkarya dan menghasilkan karya yang bermutu. Bagi tujuan tersebut, karya-karya yang telah diterbitkan turut dinilai oleh jawatan kuasa yang telah dibentuk untuk diberi penghargaan

6-  Penyebaran karya dan cita rasa pembaca : DBP bertanggungjawab menyebarkan karya-karya yang telah diterbitkan. Bagi negeri Sabah, selepas sesebuah karya telah diterbitkan, pihak DBP akan melaksanakan majlis ulasan karya bagi setiap karya khususnya novel penulis Sabah yang telah diterbitkan

BAB 2 : Latar Belakang Masyarakat, Sosiopolitk dan Penulis Sabah.
Latar Belakang Penulis:

1. Ismail Abbas
- Berbangsa Bajau
- Merupakan penulis novel tempatan pertama di Sabah.
- Dilahirkan pada 5 November 1939 di Kampung Pirasan, Kota Belud.
- Membesar bersama cerita- cerita rakyat yang berkembang dalam kalangan masyarakat Bajau di Kota Belud.
- Pengalaman etnik Bajau dan Dusun yang memberikan inspirasi kepada beliau.
- Menggambarkan realiti hidup beliau dalam novel Cerah dan Bagaton.
- Pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dalam bidang bahasa dan sastera pada tahun 1971

2. Obasiah Usman

-      Obasiah Usman atau Arnida Ho dilahirkan pada 30 Disember 1959 di Kudat, Sabah.

-          Merupakan pengarang wanita yang berketurunan Bajau dan berasal dari Kudat.

-          Membesar di bandar Sandakan. Oleh itu, novel awalnya banyak menggunakan latar belakang daerah Sandakan, memaparkan budaya masyarakat di Sandakan dan pengalaman hidup bergaul dengan rakan-rakan bangsa Cina. Contohnya, novel Malisiah dan Bertaut, wujud watak Lee Ah Fatt dan Paul.

-          Novel Pungkad memperlihatkan pengamatan dan pengetahuan adat resam masyarakat Bajau.

-          Sering mengikuti bengkel penulisan dan program galakan yang dianjurkan DBP Sabah pada zaman sekolah namun sekarang tidak aktif berkarya kerana menumpukan perhatian kepada keluarga.

3. Sitti Rahmah G.Ibrahim

-          Dilahirkan pada 24 Julai 1960 di Kampung Kolopis, Beluran, Sandakan.

-          Berketurunan Murut dan Sungai atas perkahwinan campur ibu bapanya.

-          Perbezaan itu menjadi inti pati kepada perbezaan fahaman yang digambarkan dalam novel Hijrah yang merupakan gambaran reality yang dialami pengarang melalui perkahwinan ibu bapanya yang berlainan suku.

-          Beliau masih terlibat secara aktif sebagai setiausaha BAHASA dan masih berkarya.

4. Welin Ebal

-          Dilahirkan pada 19 Mac 1967 di Kota Marudu.

-          Berketurunan Dusun Kimaragang.

-          Menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya sampingan kerana dia bekerja sebagai kerana di Seminari Kristian, Kota Kinabalu.

-          Beliau merupakan salah seorang penulis yang berbangsa KadazanDusun yang aktif menulis novel selain mendiang Daniel Jebon Janaun yang pernah menghasilkan novel Membela Kebenaran

-          Welin gemar menulis isu agama Kristian dan persoalan adat tradisi suku kaum Kadazandusun. Pelangi Kehidupan merupakan karya beliau di mana penulis memperlihatkan watak suami isteri yang berusaha untuk memastikan anak-anak mereka meneruskan amalan atau adat walaupun mereka tidak berminat.

-          Novel Seluang Melaut memperlihatkan kemelut hidup seorang isteri yang sering dikecewakan suami dan isteri itu memeluk agama Kristian.

5. Harun Haji Salleh

-      Dilahirkan di Bukit Tempurung, Seri Menanti, Negeri Sembilan pada tahun 1935.

-    Berhijrah ke Sabah dan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan Sabah.

-          Terdedah kepada dunia penulisan sejak kecil.

-          Pendidikan dalam bidang pertanian diterima Harun Salleh telah membawanya berhijrah ke Sabah untuk berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Sabah.

-          Novel beliau Hidayah, Di Sebalik Sebuah Kubah, Liku-liku Pertembungan banyak berkisarkan daripada pengalaman rakan-rakannya.

-          Beliau aktif dalam penulisan cerpen dan novel di Sabah sehingga hayat terakhir beliau.

6. Azmah Nordin

-    Dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958

-      Minat beliau terhadap dunia penulisan bercambah sewaktu mengikuti rakan menghadiri bengkel yang dianjurkan DBP Sabah dan beliau telah menulis cerpen Bosan yang diterbitkan dalam majalah WADAH 1986

-          Azmah menjadi suri rumah yang menggunakkan masanya untuk menulis

-          Karya-karya beliau sering memenangi hadiah

7. Ruhaini Matdarin

-     Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth pada 16 Mac 1981 di Kota Kinabalu, Sabah

-    Berdarah Bajau, Brunei dan Sino
-Mendapat pendidikan Ijazah  Sarjana Kewangan, USM
- Memilih untuk bekerja secara freelancer
- akftif menjadi pembimbing dan mentor MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan anjuran Unit Penerbitan DBP Cawangan Sabah.
- Novel dewasa dan remaja yang diterbitkan adalah Gadis Adikara (2007)

8. Jasni Matlani
- Berketurunan Bisaya, dilahirkan di Kampung Kebatu, Beaufort pada 16 Nov 1962.
- Mendapat pendidikan awal di SK Kebatu dan bersekolah menengah di St.Paul, Beaufort sebelum berpindah di SMK Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu pada tahun 1957.
- Merupakan pengasas Persatuan Ikatan Penulis Sabah (IPS)
- Penulis ini menerajui BAHASA selain terlibat secara aktif sebagai ahli jawatankuasa GAPENA.

BAB 6 : Mediasi Konvensi Sastera, Budaya dan Ideologi yang Melatari Persoalan dan Bentuk Karya
Persoalan Dalam Novel
1. Moral dan Keagamaan

Isu moral dan nilai baik yang harus ada dalam diri setiap individu dalam masyarakat

2. Isu Pembangunan dan Kemiskinan

Pembangunan dalam peningkatan kualiti hidup  terutamanya dari segi  sosioekonomi  dan sosiobudaya masyarakat Sabah

3. Persoalan Adat Tradisi

Penulis menginspirasikan adat tradisi dan kepercayaan pelbagai etnik di Sabah

4. Permasalahan Domestik Wanits

Pengarang novel di Sabah yang hanya terdiri dari beberapa orang sahaja yang menyebabkan mereka sering melestarikan persoalan tentang permasalahan sekitar kehidupan wanita dalam rumah tangga.

5. Politik

Terdapat novel yang dihasilkan yang berkaitan dengan persoalan politik yang menceritakan politik Sabah dan tentang wakil rakyat yang telah terpesong.

Bentuk Novel
1. Plot

Penggunaan plot haruslah mudah, menggunakan aksi fizikal sebagai penggerak cerita dan penggunaan penyelesaian yang rapi dan positif.

2. Watak dan Perwatakan

Penulis selalu menggunakan watak dan perwatakan penduduk negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik

Penggunaan watak hitam juga digunakan iaitu mengambarkan watak yang jahat yang hanya menjurus kepada negatif sahaja manakala penggunaan watak putijh pula iaitu menggambarkan watak yang baik yang menjurus kepada positif sahaja

3. Gaya Bahasa

Gaya bahasa penting untuk menunjukkan  penstrukturan sebuah naratif

Melibatkan pembinaan ayat dan dialog

4. Latar

Penggunaan latar yang berfungsi untuk menghidupkan cerita dan mengimbangi pengolahan tema yang dikemukakan oleh pengarang

5. Sudut Pandangan

Digunakan sebagai cara penulis  menyampaikan cerita atau buah fikiran

Terdapat dua sudut pandangan iaitu sudut pandangan orang pertama bermaksud  cara pencerita menjadi orang pertama yang turut terlibat secara langsung contohnya aku, atau saya. Sudut pandangan orang ketiga bermaksud  pencerita menjadi dewa yang maha tahu yang mengerakkan watak-watak dan menyampaikan cerita secara langsung kepada pembaca.

BAB 7 : Penutup
Proses perkembangan novel di Sabah dapat dikaitkan dengan latar belakang  negeri Sabah itu sendiri. Sabah merupakan sebuah negeri yang belum membangun pada zaman dahulu. Faktor kelewatan mencapai kemerdekaan, bentuk muka bumi dan sistem pendidikan Sabah menyebabkan kadar celik huruf di Sabah menjadi perlahan dibandingkan dengan negeri lain. Namun, dengan adanya penghijrahan yang dilakukan oleh orang semenanjung dan Brunei yang menjadi pemula kepada penulisan cerpen di Sabah.

Proses perkembangan novel di Sabah juga dapat dilihat melalui dua fasa iaitu fasa pertama yang mana mediasi ekonomi menjadi punca kepada perkembangan novel di Sabah. Penulis dan penerbit menarik minat pembaca melalui pertimbangan ekonomi dan kuasa pasaran. Manakala fasa kedua pula dapat dilihat selepas kemerdekaan Sabah. Terdapat persatuan-persatuan politik yang mencetuskan aktiviti kesusasteraan khususnya dalam peraduan penulisan novel.

Institusi agama seperti MUIS dan JAKIM juga memberi sumbangan besar dalam perkembangan novel di Sabah di mana institusi agama ini juga telah mengadakan banyak peraduan yang mampu memberi peluang  kepada penulis Sabah untuk bergiat aktif dalam penghasilan karya mereka. Institusi lain juga turut merancakkan lagi perkembangan novel di Sabah  seperti DBP dan ITBM  yang memainkan peranan penting dari banyak aspek dalam proses perkembangan novel di Sabah.