KARANGAN RESPON TERBUKA by sue

FIZREEQ AIEZRYEL HAN
(PENDAHULUAN)

Mutakhir ini, sering dilaporkan di media massa atau media cetak tentang isu kepupusan haiwan liar yang semakin membimbangkan. Haiwan liar seperti harimau, gajah, penyu, ikan paus, burung khalayan dan orang utan semakin berkurangan. Hal ini akan bertambah buruk sekiranya dibiarkan berterusan menyebakan generasi akan datang tidak berkesempatan untuk menyaksikan species tersebut. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha yang dilakukan bagi mengatasi ancaman kepupusan haiwan.

(Isi 1)

Sebagai ayat pembuka, bagi usaha-usaha yang dilakukan bagi mengatasi ancaman kepupusan haiwan secara umumnya adalah melaksanakan penyelidikan Dan pembangunan, penguatkuasaan Dan pemantauan serta program kesedaran. Hal ini sering diperkatan kerana masyarakat kerap melupakan kepupusan haiwan liar mahupun didalam atau luar negara. Sebagai cadangan bagi menyedarkan masyarakat antaranya, pihak berkuasa boleh mengadakan kempen menyelamatkan dan melepaskan penyu-penyu di pantai. Kesannya, mereka tidak akan terancam daripada bahaya yang akan menyerangkan bila-bika masa. Justeru, masyarakat perlu menyedari bahawa haiwan bukan sahaja penyokong hidup malah untuk ekosistem bumi yang lebih baik.

Masjuhanah
PENGENALAN

Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan isu berkaitan kepupusan haiwan merupakan isu yang sering mendapat perhatian dan turut dibincangkan oleh pelbagai pihak umpama pisang goreng panas.Hal ini dikatakan demikian kerana kepupusan haiwan di negara kita merupakan hal yang dapat mengancam lebih banyak haiwan di kawasan lain.Sebagai contoh,memburu haiwan di kawasan hutan yang terpelihara.Persoalannya,apakah usaha-usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan?

ISI 1

Pada pendapat saya,antara usaha-usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan ialah melaksanakan penyelidikan dan pembangunan.

Aeryska binti SUBEERY
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Terdapat kira-kira 1500 jenis haiwan vertebrata dan 150,000 jenis haiwan invertebrata di negara ini. Namun begitu, akhir-akhir ini, semakin banyak haiwan yang diancam kepupusan akibat pelbagai faktor seperti kemusnahan habitat, pemburuan haram, dan perubahan iklim. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengatasi ancaman kepupusan haiwan-haiwan ini.

Antara, Salah satu usaha yang dijalankan ialah melaksanakan penyelidikan dan pembangunan. Melalui penyelidikan, pihak berkuasa dapat mengenal pasti spesies yang terancam dan punca-punca utama kepupusan. Maklumat ini amat penting untuk merancang langkah-langkah pemuliharaan yang berkesan. Sebagai contoh, penubuhan pusat konservasi haiwan seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah membuktikan betapa pentingnya penyelidikan dalam menjaga kelangsungan hidup spesies tertentu.

Selain itu, penguatkuasaan dan pemantauan juga merupakan langkah penting dalam mengatasi ancaman kepupusan haiwan. Undang-undang seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 telah diperkenalkan untuk melindungi haiwan daripada pemburuan dan perdagangan haram. Pihak berkuasa seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) giat menjalankan rondaan dan operasi bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang ini. Pemantauan berkala terhadap kawasan habitat haiwan juga dilaksanakan untuk memastikan habitat tersebut tidak dicerobohi atau dimusnahkan.

Akhir sekali, Program kesedaran turut memainkan peranan yang sangat penting. Melalui ceramah, pameran, dan kempen media sosial, masyarakat dididik tentang kepentingan memelihara haiwan liar dan keseimbangan ekosistem. Program seperti "Sayangi Hidupan Liar Kita" bertujuan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri rakyat Malaysia agar bersama-sama menjaga khazanah alam semula jadi. Pendidikan alam sekitar di sekolah juga memperkenalkan pelajar kepada isu-isu berkaitan kepupusan dan cara-cara untuk mengatasinya.

Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan bagi mengatasi ancaman kepupusan haiwan di Malaysia. Penyelidikan dan pembangunan, penguatkuasaan dan pemantauan, serta program kesedaran adalah antara langkah utama dalam memastikan generasi akan datang masih dapat menikmati kepelbagaian biologi negara kita. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan usaha ini berjaya dan khazanah alam kita kekal terpelihara buat selama-lamanya.

(354 patah perkataan)

IFFAH.SYH
PENGENALAN

Pada masa kini,malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi,termasuk lebih 1500 spesies haiwan vertebrata dan invertebrata.namunbegitu,pembangunan pesat dan aktiviti manusia telah menyebabkan kepupusan haiwan menjadi isu yang semakin membimbangkan.oleh itu.pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi mengatasi ancaman ini dan memastikan kelangsungan hidip spesies haiwan yang terancam.Persoalanya,apakah usaha yang dilakukan bagi mengatasi ancaman kepupusan haiwan tersebut?

Amizan saad
Malaysia terkenal sebagai negara yang memiliki kepelbagaian haiwan yang unik. Namun begitu, semakin banyak spesies haiwan di negara kita kini menghadapi ancaman kepupusan. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini termasuk pemburuan haram, kemusnahan habitat, dan pencemaran alam. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Pertama, pemuliharaan habitat semula jadi haiwan merupakan langkah paling penting. Hutan hujan tropika Malaysia berfungsi sebagai rumah bagi pelbagai spesies haiwan. Sebagai contoh, kerajaan telah menubuhkan lebih banyak taman negara dan hutan simpan untuk melindungi ekosistem ini. Selain itu, program penanaman semula pokok juga dijalankan secara aktif untuk memulihkan kawasan hutan yang telah musnah.

Kedua, pengawalan terhadap aktiviti pemburuan haram perlu diperketatkan. Pemburuan haram telah menyebabkan populasi banyak spesies haiwan menurun dengan drastik. Untuk menangani masalah ini, pihak berkuasa telah meningkatkan rondaan di kawasan hutan menggunakan teknologi terkini seperti kamera pengesan gerakan. Pada masa yang sama, hukuman yang lebih berat termasuk denda besar dan penjara mandatori dikenakan terhadap pemburu haram.

Selain itu, program pembiakan haiwan terancam dalam kurungan turut dilaksanakan. Pusat-pusat konservasi seperti yang terdapat di Lanchang, Pahang berjaya membiakkan spesies terancam seperti tapir dan harimau Malaya. Haiwan-haiwan yang berjaya dibiakkan ini kemudiannya akan dilepaskan kembali ke habitat asal mereka setelah cukup dewasa.

Di samping itu, pendidikan dan kesedaran awam memainkan peranan penting. Kempen kesedaran diadakan di sekolah-sekolah dan pusat komuniti untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara hidupan liar. Media massa juga digunakan secara efektif untuk menyebarkan maklumat mengenai pemuliharaan.

Akhir sekali, kerjasama antarabangsa turut diperlukan dalam usaha pemuliharaan ini. Malaysia aktif bekerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti WWF untuk melindungi spesies terancam. Pertukaran maklumat dan teknologi dengan negara lain membantu meningkatkan keberkesanan program pemuliharaan tempatan.

Kesimpulannya, pemuliharaan haiwan liar memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umum. Dengan pelaksanaan langkah-langkah yang bersepadu ini, kita dapat memastikan khazanah alam yang tidak ternilai ini terus terpelihara untuk generasi akan datang. Setiap individu perlu memainkan peranan mereka dalam memelihara alam sekitar dan hidupan liar di dalamnya.

(Patah perkataan)356

Shera
Dalam era moden ini isu kepupusan haiwan di negara ini sering diperkatakan oleh semua pihak.Hal ini dikatakan demikian kerana kepupusan haiwan di negara kita dapat mengancam lebih banyak haiwan lain di dalam Contohnya, memburu haiwan yang sering memburu menyebabkan kepupusan haiwan.Persoalannya, apakah usaha-usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan.

Salah satu usaha yang dilakukan bagi mengatasi ancaman kepupusan haiwan ialah melaksanakan penyelidikan dan pembangunan.Hal ini dikatakan demikian kerana untuk memahami punca kepupusan dan mencari kaedah terbaik untuk memulihara spesies haiwan.

aleysha disha
PENDAHULUAN

Dalam meniti arus pemodenan,isu tentang  mengatasi ancaman kepupusan haiwan sering diperkatakan.Hal ini dikatakan demikian kerana banyak haiwan dulu kala telah di ancam tanpa sebab munasabah.Sebagai contoh,pembalakan haram , ianya boleh menyebabkan habitat haiwan terganggu dan berlaku nya ancaman terhadap haiwan.Persoalannya,apakah usaha-usaha untuk mengatasi ancaman kepupusan haiwan?Persoalan ini akan dibincangkan lebih teperinci sebentar lagi.

ISI 1

Antara usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan ialah mengawal pemburuan hidupan liar.Hal ini dikatakan demikian kerana supaya haiwan liar tidak diancam kepupusan.Sebagai contoh,Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (JPHL) perlu bertanggungjawab untuk melindungi haiwan tersebut dan mengadakan kempen mengawal pemburuan hidupan liar. Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa sudah terang lagi bersuluh.

Izharlah bahawa mengawal pemburuan hidupan liar merupakan salah satu daripada usaha

ISI 2

Selain itu,usaha untuk mengatasi ancaman kepupusan haiwan ialah menguatkuasakan undang undang.Hal ini dikatakan demikian kerana untuk memastikan keselamatan haiwan hidupan liar dan habitat haiwan tidak terancam.Sebagai contoh,pihak berkuasa harus menjalankan pemantauan ,mengenakan denda yang berat dan sebagainya.Kesanya,apabila mempunyai undang-undang untuk keselamatan ini,hidupan liar tidak akan rasa terancam.Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa sakit sama mengaduh,luka sama menyiuk. Izharlah bahawa menguatkuasakan undang-undang merupakan salah satu daripada usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan.

ISI 3

Di Samping itu, usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan ialah membuat penyelidikan dan pembangunan.Hal ini dikatakan demikian kerana untuk merancang dengan teliti  dan kesannya terhadap ekosistem di negara.Sebagai contoh,membuat satu pelan yang bertindak.Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa rebut rampas bertanda beti.Izharlah bahawa membuat penyelidikan dan pembangunan merupakan salah satu daripada usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan.

ISI 4

Akhir Sekali,usaha untuk mengatasi ancaman kepupusan haiwan ialah mengadakan pendidikan.Hal ini dikatakan demikian kerana

dapat mengekalkan keselamatan haiwan di seluruh negara dan mengekakalkan habitat haiwan . Sebagai contoh, mengadakan kempen menentang pembalakan haram dan keterlaluan,mengelakkan penggunaan barangan dibuat daripada spesies terancam.

Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa anak kuda bulu kasap.Izharlah bahawa mengadakan pendidikan merupakan salah satu daripada usaha untuk mengatasi ancaman kepupusan haiwan.

Kesimpulannya,dapatlah kita rumuskan disini bahawa mengatasi ancaman kepupusan haiwan merupakan usaha yang baik untuk haiwan.Sebelum nasi menjadi bubur,sewajarnya kita melakukan anjakan paradigma untuk usaha usaha mengatasi ancaman kepupusan haiwan.Oleh itu ,tepuk dada tanyalah selera bagi menangani isu ini.