CLM 5034 Principle in Teaching & Learning by Zuraini Seruji

LU 1 Art and Science of Teaching (E-portfolio 1)
Bagi saya pengajaran merupakan gabungan kedua-dua iatu seni dan sains.
Dalam pengajaran, penggabungjalinan kedua-dua ilmu merupakan satu aspek yang di akhirnya akan memacu pengajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah pengurusan bilik kuliah, pendekatan dan kaedah yang diaplikasi. Pengajaran dan pembelajaran ini sangat sinonim dikenali sebagai pedagogi. Dalam dunia global, pendidik kena pandai mengaplikasikan  pedagogi dengan menyelaraskan keperluan, kepentingan dan kesesuaian dengan kehidupan pelajar sekarang. Kebiasaannya pedagogi akan dibahagikann kepada tiga bidang yang sinonim dengan taksanomi Bloom, iaitu;
i/. kognitif
ii/. afektif
ii/. psikomotor

Ketiga-tiga bidang ini akan mempunyai pertalian yang amat erat dan tidak mungkin akan dapat dipisahkan. Sebagai contoh, bidang linguistik, subjek psikolinguistik, kita mengajar pelajar memahami tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar disleksia dengan berjumpa sendiri dengan pelajar-pelajar disleksia di sekolah-sekolah khas. Mellaui perjumpaan ini, pelajar kita akan menerapkan ilmu yang berkaitan dengan bidang psikomoto iaitu pelajar-pelajar mengajar pelajar disleksia melalui pertukaran kad imbasan yang melibatkan bidang psikomoto. Manakalah bentuk nombor seperti 9 dan 6, huruf b dan d berserta maknanya akan melibatkan bidang kognitif. Akhir sekali bidang afektif iaitu pelajar akan menjadi tercabar dan akhirnya berminat untuk mengkaji tentang masalah pembelajaran iaitu melibatkan bidang afektif. Apa yang diharpkan adalah pengajaran yang berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat melahirkan idea-idea yang bernas sekiranya kita sebagai pengajar dapat menyediakan suasana pengajaran yang harmonis dan efektif hasil dari gabungjalinan kedua-dua bidang ini.Antara penggabungjalinan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kedua-dua bidang ini ialah, kajian lapangan, projek, kaedah tujuk cara, simulasi atau pengajaran secara dalam kumpulan, kodkognetif, kaedah projek dan lain-lain. Kesanggupan untuk menggunakan pelbagai kaedah ini akan menjadikan sesuatu pengajaran menarik dan pengajar secara tidak langsung akan memberi ruang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dan boleh memberi idea tanpa batasan. Perlu diingat oleh pengajar bahawa pelajar-pelajar kita tidak datang dari aras minda dan kebolehan,  malah fizikal, sosial yang sama. Maka, seharusnya kita lebih bijak mengenal pasti arah dan potensi pelajar kita.  Malah, dengan usahakita mengaplikasi kaedaha dan pembelajaran ini, secara langsung akan melahirkan pelajar yang bermotivasi, berketrampilan, dan berinovasi.

LU 4 Implimenting Teaching for University Classrooms (E-portfolio 2)
Mengikut  Kamus Dewan Bahasa Edisi 4, pensyarah adalah orang yang memberi syarahan atau ceramah, penceramah, guru di universiti, orang yang memberi kuliah atau pelajaran yang disampaikan secara bersyarah. Ia merupakan profesion yang sama dengan guru iaitu profesion perguruan yang mana individu yang terlibat dalam bidang ini dipandang mulia oleh masyarakat. Sebagai seorang pensyarah, kita perlu menjunjung nilai-nilai murni seperti, mengharagai masa, dedikasi, berdisiplin, tawaduk, berpandangan jauh, berintegriti, bekerjasama, berdisiplin, terlibat dalam penulisan kersarjanaan, dan pelbagai lagi menjadi tuntutan universiti. Selain itu, pensyarah juga perlu berhadapan dengan sistem pembelajaran dan suasana universiti bagi melahirkan dan menyiapkan pelajar-pelajar supaya mereka keluar ke alam pekerjaan secara profesional dan lengkap dengan ilmu-ilmu serta nilai-nilai murni.
Dengan tanggungjawab dan amanah yang digalas, seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan, keperluan menyiapkan diri dengan memahami kaedah pengajaran yang baik, mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Justeru itu, setiap pensyarah harus memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan bahan bantu mengajar yang canggih dan menarik. Lantas, sebagai pensyarah yang agak lama berkhidmat, saya rasa kita patut memahami kekangan yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah baharu dengan menawarkan khidmat dan penyediaan;
i/. mentor mantee
ii/. bengkel-bengkel
iii/. diskusi
Bagi khidmat mentor-mentee, kita sebagai pensyarah lama sepatutnya berbesar hati memberi bimbingan dalam apa bentuk sekalipun, misalnya mengizinkan mereka melihat sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan sepatutnya diaplikasi oleh mereka. Sebagai pensyarah lama juga kita sepatutnya menunjuk cara atau jalan yang baik sekiranya kita mendapati pensyarah-pensyarah baharu ini dalam keadaan yang binggung. Mungkin kita boleh menawarkan beberapa bantuan dari segi penerangan, tunjuk cara dan kaedah pelaksan yang betul dalam sistem kerja di universiti.
Selain dari mengadakan mentor mentee, kita juga boleh mengadakan bengkel seperti bengkel penyediaan kertas soalan, bengkel penyemakan terbaik, bengkel pemantapan pengajaran, bengkel berkomunikasi berkesan dan sebagainya. Melalui ruang dan peluang ini, pensyarah-pensyarah baharu akan ada tempat dan hala tuju yang betul untuk memacu mereka menjadi pensyarah yang baik suatu hari nanti dan secara tidak langsung dapat miningkatkan nama universiti di mata dunia.
Selain dari bengkel-pengkel berkaitan pengajaran dan pembelajaran, kita juga perlu mendedahkan mereka dengan teknik penulisan ilmiah, buku, jurnal, atau penyediaan penghasilan artikel-artikel yang berimpak seperti SCOPUS, ERA, dan ISI. Bagi pensyarah yang baharu, perkara-perkara sebegini sangat asing bagi mereka terutama jika kita hendak menyelaraskan dengan tuntutan universiti.
Inisiatif yang ketiga bagi membantu pensyarah baharu ialah melalui diskusi. Menyediakan ruang untuk bersoal jawab agar apa yang mereka alami dapat kita tangani dan memahamkan mereka tentang kehendak, keperluan malah kekangan universiti, jaringan tempatan dan antarabangsa. Ruang yang kita sediakan ini adalah medium untuk mereka meluah apa yang mereka pendam, dan secara tidak langsung kita telah membantu mereka merungkai masalah dan mencari jalan penyelesaian.

LU7 Reflective Educator (E- portfolio 3)
Dalam kuliah terakhir saya semester lepas, Kursus Psikolinguistik (PBL3503), saya menekankan tentang motivasi dan semangat belajar, semangat menuntut ilmu yang tiada penghujung serta khidmat kita terhadap agama, bangsa dan negara. Saya merasakan kuliah terakhir saya tidak harus berlalu atau tamat sebab saya sayangkan pelajar-pelajar psikolinguistik saya. Dalam suasana yang sedih, saya terpaksa lepaskan pelajar-pelajar saya, namun saya sempat meminta mereka memberitahu kepada saya semua ilmu yang telah mereka fahami dalam tajuk psikolinguistik. Ternyata mereka boleh menyebut dan menerangkan satu persatu intipati pelajaran yang telah kami lalui. Pelajar-pelajar saya terlalu komited dan bersemangat setiap kali kelas berlangsung, ini saya dapat kenal pasti melalui kehadiran yang keseluruhannya 100% dan penglibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah, teknik dan pendekatan yang saya aplikasi ternyata membuahkan hasil. Apabila mereka berminat, mereka akan bersemangat dan akan cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri semasa kelas saya. Malah, saya dan pelajar-pelajar saya mereasakan peruntukan masa selama 3 jam sangat terhad dan tidak mencukupi untuk mengupas isu terutamanya apabila mereka mengadakan aktiviti pembentangan. Dalam aktiviti pembentangan, mereka  akan terlibat secara aktif, dan dari sinilah saya mendedahkan mereka dengan sikap ketrampilan diri dan keyakinan yang tinggi serta memahami ilmu di samping persediaan dari segi fizikal dan mental dalam memnuntut ilmu. Saya berani nyatakan di sini, dalam kelas psikolinguistik saya, semua pelajar saya iaitu seramai 52 orang terlibat dengan aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajarn berlangsung, tiada yang terkecuali. Tambahan, pada perjumpaan pertama dengan mereka saya telah membiasakan diri saya dengan panggilan "ibu", dan ini saya yakin menjadi salah satu faktor macam mana saya membina hubungan dengan pelajar-pelajar saya. Saya perlukan keakraban dan penghormatan dalam penyamapaian serta pemindahan ilmu saya kepada pelajar-pelajar saya. Akhirnya pelajar-pelajar saya mendapai gred yang sangat baik dalam peperiksaan terakhir mereka. Sehingga sekarang kami masih berhubung melalui aplikasi whatsapp dan senantiasa menggalakkan mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.