Xdehal Bro by Zahir Fikri

Hadith berkaitan kewajipan ketaatan isteri kepada suami.
https://muslim.or.id/23592-istri-yang-taat-suami-dijamin-surga.html

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Jika seorang wanita sentiasa menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan serta menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada perempuan itu, "Masuklah dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang engkau suka" (HR. Ahmad 1: 191 dan Ibn Hibban 9:471), Syaikh Syu'aib Al Arnaut mengatakan hadith ini sahih.
-Kepentingan Hadith

Melalui fahaman hadis ini, Allah memberi keistimewaan kepada golongan wanita untuk memasuki mana mana sahaja pintu Syurga selagi mana mereka (isteri) berpegang dan taat kepada 4 syarat yang telah ditetapkan berdasarkan hadith iaitu, menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjauhkan diri daripada perbuatan zina dan taat pada suami.
-Sasaran Hadith

Hadith ini telah memberi saranan terutamanya kepada golongan isteri supaya taat kepada suami selagi mana tidak berlanggar syariat dan ia juga adalah satu kewajipan yang mesti dipatuhi untuk memperolehi kehidupan rumah tangga yang mawaddah dan harmoni. Taat di sini bermaksud hendaklah isteri menyediakan kelengkapan kepada suami apabila diperintahkan samada dalam bentuk material atau fizikal, sentiasa menyenangkan hati suami dengan memberi layanan mesra, menjaga batas pergaulan dengan lelaki yang bukan mahram, tidak melanggar perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat serta berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dengan mentaati perintah Allah dan Rasul.
-Penjelasan hadith ini menerangkan ayat al Quran seperti dalam Firman Allah SWT di dalam Surah An Nisa' ayat 34 yang bermaksud, “Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diriketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).” (QS. An Nisa [4]: 34)
-Hadith ini banyak berkaitan dengan isu semasa di mana banyak kes penceraian di mahkamah berlaku akibat daripada penderhakaan isteri kepada suami seperti kes curang, tidak ada persefahaman antara suami dan isteri yang akhirnya mengambil jalan mudah dengan penceraian. Jadi hadith ini telah mengingatkan sang isteri di mana mereka telah diberi kelebihan daripada Allah SWT kesan daripada taat kepada suami.
-Initial