Batu Bersurat Terengganu by nuraisha iman

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi.
Sayid Husin Bin Ghulam al - Bokhari menemukan batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.

Syariah membawa maksud undang-undang dan aturan-aturan Allah S.W.T. Sumber-sumber undang-undang Syariah berasaskan Al-Quran, Hadis, Ijma, Qiyas dan Ijtihad. Pelaksanaan undang-undang dan kehakiman Islam di Tanah Melayu bermula pada 1303 sebelum Masihi berasaskan penemuan Batu Bersurat Terengganu.

Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariaah di negara ini telah dimulakan pada abad ke 14.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunai dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.

Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

HUBUNGAN DAN JALINAN POLITIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Kerajaan  Melaka yang merupakan salah satu kerajaan islam melayu di nusantara telah menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai,Kampar, Jawa, dan Siak. Selain itu, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Pasai, China, Jawa, Siam, dan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ). Contohnya ialah kedatangan laksamana Chen ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk mengadakan hubungan diplomatik antara China dengan kerajaan Melaka pada waktu itu.