SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR & HOESSIN ENAS by Raja Nur Huda

KRITIKAN (DAIJ) KARYA 1: SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR
MAKSUD KARYA
Karya beliau menekankan simbol alam semulajadi. Figura menari merupakan tanda kegembiraan dalam menikmati keindahan di kawasan padang. Alam semulajadi meliputi langit, matahari, air, angin dan yang berkaitan. Beliau ingin menerangkan tentang ciptaan Allah swt indah dan mengagumkan.

1. DISKRIPSI

Karya tersebut merupakan karya Sharifah Fatimah Syed Zubir yang bertajuk Greenfields, pada tahun 1988 dengan menggunakan akrilik atas kanvas yang berukuran 187cm x 153cm, koleksi peribadi. Beliau menggunakan Rentak Tidak Senada ( Random Rhythm) iaitu rupa, bentuk, tekstur dan warna diatas kanvas. Jika diteliti bentuk tekstur pada bahagian tengah sebagai subjek utama iatu figura manusia yang sedang menari. Susunan rentak tidak senada tersebut disulami dengan tindanan bentuk bertekstur seperti rupa geometri. Kepelbagaian warna seperti jingga, biru, coklat menyerikan lagi karya ini. Karya ini diseimbangkan dengan warna hijau pada latar belakang dan bahagian bawah yang bewarna biru serta garisan di hujung berbentuk kuning dan coklat.

2. ANALISIS

Karya tersebut merupakan karya Sharifah Fatimah Syed Zubir yang bertajuk Greenfields, pada tahun 1988. Bahan yang digunakan adalah akrilik atas kanvas yang bersaiz 187cm x 153cm, koleksi peribadi. Rupa menjadi salah satu subjek utama karya iaitu rupa geometri hasil dari sapuan berus besar. Saiz yang digunakan adalah berbeza. Karya beliau berbentuk dua dimensi yang boleh dilihat dan tidak boleh disentuh serta menggunakan ruang cetek. Warna yang dipilih merupakan warna panas dan sejuk. Warna panas digunakan untuk menujukkan keindahan seperti kuning, jingga, merah dan coklat. Warna sejuk pula biru dan hijau digunakan sebagai latar belakang dan sebahagiannya pada rupa tersebut. Warna di dalam karya menggambarkan ciptaan Tuhan di seluruh alam.

Komposisi karya adalah tertumpu di bahagian tengah. Irama dan pergerakan dapat dilihat pada susunan bentuk yang mengelilingi seperti tiupan angin. Kepelbagaian warna dan bentuk pula memberikan keindahan kepada karya. Keharmonian wujud apabila pengkarya menggunakan pengulangan, rentak serta  keseimbangan di dalam karya yang menujukkan unsur abstrak ekspresionisma.

3. INTERPRETASI

Karya tersebut merupakan karya Sharifah Fatimah Syed Zubir yang bertajuk Greenfields, pada tahun 1988 dengan menggunakan akrilik atas kanvas yang berukuran 187cm x 153cm, koleksi peribadi. Analisis karya Greenfields dapat dilihat karya ini adalah berkaitan dengan keindahan alam. Mereka menari dengan gembira di padang kehijauan dalam suasana panas matahari yang menyinsing ketika lagu dendangan alam dimainkan. Suasana yang tenang dan damai timbul ketika mereka diiringi dengan muzik dan tiupan angin. Mereka menikmati dan merasai sendiri keindahan alam yang dicipta oleh Tuhan semesta alam.

Selain itu, kesemua fanomena alam ini (langit, padang dan air) adalah penzahiran kesyukuran beliau terhadap tanda-tanda keindahan alam ciptaan Allah. Alangkah indahnya jika perasaan damai dan kekaguman perasaan dalaman terhadap keindahan tanda-tanda alam ciptaan Allah ini dizahirkan oleh semua manusia dalam bentuk dan keilmuan masing-masing. Beliau juga ingin menceritakan langit dan di bumi perlu dihargai oleh semua manusia. Manusia perlu bersyukur di atas pemberian Allah dan menggunakan ia dengan sebaiknya. Semua yang dicipta adalah pinjaman yang kekal adalah milik Allah swt.

4. PENILAIAN

Karya Greenfields merupakan karya Sharifah Fatimah Syed Zubir, pada tahun 1988 dengan menggunakan akrilik atas kanvas, koleksi peribadi. Manifestasi karya seni beliau adalah membawa elemen keindahan alam  menerusi rupa dan warna yang diolah. Warna biru mewakili langit, hijau mewakili  padang hijauan dan kuning mewakili suasana fajar. Ia merupakan simbol alam semula jadi. Selain itu, bentuk seakan manusia menari merupakan subjek utama iaitu mereka berasa seakan menari dengan dendangan alam yakni daripada angin yang bertiup, bunyi sungai yang mengalir deras serta haiwan yang berkicauan. Ia menggambarkan keadaan kehijauan padang. Elemen alam semula jadi mewakili keindahan ciptaan Allah swt termasuklah di langit dan bumi amat menakjubkan dan tiada tandingan. Di samping itu, karya beliau juga memberikan mesej kepada umum untuk menghargai dan sentiasa mensyukuri pemberian Allah kepada manusia terutamanya flora dan fauna. Persekitaran semulajadi sudah tentu memberikan ketenangan kepada manusia, jika tidak dipelihara akan memberikan kesan buruk. Walau beliau gemar menggunakan olahan non-representational untuk menghasilkan karya serta diketahui sebagai "brush stroke genius" namun mesej karya berjaya disampaikan  kepada audiens.

KRITIKAN (DAIJ) KARYA 2: HOESSEIN ENAS
MAKSUD KARYA
•Karya ini mengisahkan tentang seorang wanita atau anak gadis yang sedang menumbuk padi untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan mereka sekeluarga. Perwatakan dan gaya anak gadis itu mencerminkan ianya seorang gadis kampung yang mengekalkan tradisi melayu iaitu dengan cara menumbuk padi untuk mendapatkan beras.

DAIJ

1. DISKRIPSI
Karya tersebut merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh Mohd Housein Enas yang bertajuk "Gadis Menumbuk Padi". Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1959  dengan menggunakan arang dan pastel di atas sehelai kertas yang berukuran 58.7cm x 47.9cm.

Dalam karya beliau,beliau menggunakan objek utama ialah figura manusia. Kelihatan figura menusia tersebut sedang  menumbuk padi dengan reaksi muka yang kelihatan agak kepenatan. Beliau mengariskan figura manusia tersebut sebagai benda utama dalam karya tersebut. Bagi penggunaan warna pula, beliau menggunakan warna gelap dan panas (hitam,putih dan jingga) bagi menggambarkan sebuah tradisi yang lama.

Selain itu ,Keseimbangan yang dapat dilihat ialah imbangan simetri iaitu dari segi kedudukan objek dalam lukisan tersebut. Sebagai contoh, figura manusia diletakkan ditengah-tengah ruang dalam karya .Ia bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej utama kepada penonton . Manakala bahagian bawah dan atas serta kiri dan kanan karya adalah seimbang.

2. ANALISIS
Karya Hossein Enas yang bertajuk ‘Gadis Penumbuk Padi” telah  memberi gambaran wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung.Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jati diri yang ada pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat setempat.

Lukisan ini juga telah menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat dan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini,beliau menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam menghasilkan nukilannya. Lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan. Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula, karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebih menjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.

Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik kerana beliau menggunakan ton warna yang bersesuaian untuk menghasilkan kawasan yang terang dan gelap. Ia telah menggambarkan keindahan semulajadi dalam karya tersebut

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.

Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yang agak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

3. INTERPRETASI
Karya ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh Mohd Housein  Enas yang bertajuk "Gadis Menumbuk Padi". Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1959  dengan menggunakan arang dan pastel di atas sehelai kertas yang berukuran 58.7cm x 47.9cm . Analisis karya Gadis Menumbuk Padi ini adalah berkaitan dengan Amalan tradisi masyarakat melayu.  Figura manusia yang dilakarkan dalam karya tersebut jelas mengambarkan ianya seorang gadis melayu berdasarkan cara pemakaian baju kebaya yang dipakai oleh gadis tersebut. Reaksi muka fugura tersebut kelihatan agak kepenatan,namun ia tetap meneruskan kerjanya iaitu dengan menumbuk padi.  Figura tersebut memegang sebuah Lesung yang panjang bagi menumbuk padi untuk mendapatkan beras. Tindakan gadis tersebut jelas menunjukkan masyarakat melayu menjadikan beras sebagai makanan utama mereka.

Lukisan tersebut dihasilkan dengan warna yang dilihat seakan menampakkan tradisi yang lama. Beliau juga ingin menyampaikan mesej bagaimana sikap berdikari seorang gadis melayu yang turut mendapatkan sumber makanan untuk menyara keluarga. Ia dapat diteladani oleh semua masyarakat bahawa sikap berdikari dapat menjadikan seseorang itu berjaya untuk memperoleh apa yang diinginkan.

4. PENILAIAN
Karya ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh Mohd Housein  Enas yang bertajuk "Gadis Menumbuk Padi". Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1959  dengan menggunakan arang dan pastel di atas sehelai kertas yang berukuran 58.7cm x47.9cm . Karya tersebut mengambarkan tradisi masyarakat melayu . Penggunaan warna telah menyokong penceritaan dalam lukisan tersebut. Penggunaan warna jingga dan hitam telah digunakan pada seluruh bahagian karya bagi meningkatkan lagi gambaran tradisi tersebut.

Selain itu, penggunaan warna hitam turut digunakan bagi menunjukkan kombinasi warna dalam karya tersebut. Warna hitam digunakan bagi struktur bayang pada lukisan tersebut bagi menceritakan suasana pada waktu pagi atau senja . Gadis tersebut sedang menumbuk padi di halaman rumahnya untuk mendapatkan beras bagi menyara keluarganya.

BIODATA PELUKIS 1: SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR
NAMA: SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED ZUBIR

LAHIR: ALOR SETAR, KEDAH

PENGAJIAN: DIPLOMA>ITM, SENI LUKIS (1967),

IJAZAH> READING UNIVERSITY, ENGLAND (1973-1976)

MASTER> SARJANA SENI LUKIS, PRATT UNIVERSITY NEW YORK

KERJAYA: PENSYARAH UITM, SHAH ALAM, KURATOR DI BALAI SENI LUKIS NEGARA DAN ARTIS SEPENUH MASA (1990)

PAMERAN LUKISAN: 16 KALI PAMERAN SOLO DAN 100 PAMERAN BERKUMPULAN DALAM DAN LUAR NEGARA. 60 HASIL KARYA TERJUAL DI BELI OLH BALAI SENI LUKIS NEGARA, MUZIUM PULAU PINANG DAN SEBAGAINYA.

1) ALPHA GALLERY,SINGAPURA 1972, RUPA MALAYSIA- A DECADE OF ART DI BRUNEI

2) MALAYSIAN GROUP ART EXHIBITION, CULTURAL FOUNDATION, ABU DHABI

ANUGERAH: MERIT TERTINGGI PERTANDINGAN REKAAN BATIK, BALAI SENI LUKIS NEGARA (1968), PELAJAR TERBAIK ITM (1971), READING UNIVERSITY (1976)

KARYA 1 : GREENFIELDS
1988
Akrilik atas Kanvas
187cm x 153cm
Koleksi Peribadi

KARYA 2: GADIS MENUMBUK PADI
1959
ARANG & PASTEL ATAS KERTAS
58.7cm x 47.9cm

BIODATA PELUKIS 2: HOESSEIN ENAS
Nama : Dato' Mohamad Hoessein Enas
•Tempat Lahir : Bogor (Kepulauan Indonesia)
•Tahun Lahit : 1924
•Tahun Berhijrah ke Malaysia :  1947
•Banyak meneliti kejadian alam dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan yang membawa mesej budaya
•Penggunaan media hanya menggunakan  media pastel dan minyak di awal penglibatan beliau dalam seni.
•Corak Karya beliau adalah karya aliran realistik dan naturalistik.
•Beliau merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan Bapa Potret Malysia
•Digelar juga Pelukis Potret Diraja

SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN SEBAGAI PENGGIAT SENI

•Penarik beca
•Menjadi pelukis jalanan(Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris)

SEMASA MENJADI PELUKIS JALANAN

•Dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council (Frank Sullivan )

•Dijemput mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur

•Sambutan untuk pameran pertama beliau  mendapat sambutan  kerana semua hasil seni beliau telah terjual

•Beliau juga banyak melukis beberapa potret Sultan, Menteri Besar dan ahli-ahli kerajaan Melayu.

•Sir Henry telah menginginkan sebuah potret yang lebih besar untuk Ratu Victoria VI untuk menggantikan hadiah(1949). Setelah melihat beberapa karya Hoessein Enas ', Komisaris Tinggi Inggeris telah meminta seorang artis untuk pertama kali melakukan lukisan berpastel berdasarkan ukiran tersebut

•Tahun 1950, Hoessein Enas mula mula melakukan kerja menyalin potret cat minyak(1949). Sekitar lapan kali saiz asal, Q. Victoria, oleh Hoessein selesai dalam dua minggu Bingkai emas itu ditempah dari sebuah kedai di Kota Bharu di mana Hoessein Enas sedang berada pada waktu itu.

SUMBANGAN
•Ukiran orang Rejang di Pahang
•Beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan.
Pada tahun 1956
•Merupakan pengasas Majlis Kesenian Melayu
•Kemudian ditukar kepada persatuan bagi pelukis-pelukis Malaya ketika yang dinamakan sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)- Angkatan Pelukis Se-Malaysia
• Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini.
Cogan kata persatuan : “ Seni dan Masyarakat”- dipinjam dari cogan kata Angkatan Sasterawan Singapura 50 (ASAS 50) iaitu “ Seni Untuk Masyarakat”