MOOC TITAS by labradorite

Hubung kait dengan undang-undang Syariah Islam
1) batu bersurat membuktikan kerajaan Melayu menggunakan undang-undang Syariah Islam sebagai asas pentadbiran pada waktu itu.
2) ia menunjukkan Islam sebagai agama rasmi negara dan terdapat juga hukum hakam Islam yang membuktikan kedatangan Islam di Terengganu pada 1303.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.
Teori kedatangan Islam melalui:
i) Tanah Arab
pada abad ke 7 masihi orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa. pada tahun 684 mereka telah mendirikan perkampungan di pantai barat Pulau Samudera.
ii) India
saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan.
iii) China
ramai Muslim dari China berhijrah ke Asia Tenggara selepas berlaku hura-hara di daerah Yunan. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.

Hubungan diplomatik
Hubungan diplomatik sebenarnya sudah wujud di alam Nusantara, terutamanya pada zaman pra-Islam lagi. Hall, D.G.E (1966: 25) menyatakan bahawa Empayar Funan merupakan antara kerajaan Melayu terbesar dan tertua di Semenanjung Indochina yang telah mengamalkan hubungan diplomatik. Pernyataan tersebut turut dipersetujui oleh Mohd Jamil Mukmin (2011: 71). Beliau berpendapat bahawa kerajaan Melayu seperti Funan, Campa, Langkasuka dan Kedah Tua telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan besar seperti China, Arab dan India.
Dalam agama Islam telah menegaskan tentang prinsip hubungan diplomatik itu perlu berdasarkan prinsip persaudaraan, persahabatan dan perdamaian. Prinsip hubungan diplomatik menurut hukum Islam antara lain ialah menghargai manusia sebagai makhluk yang terbaik, menegakkan keadilan, persamaan, kemerdekaan, menepati janji, toleransi, mencegah kejahatan, dan bukannya mewujudkan peperangan dan permusuhan (H.A.Fuad Said, 2002: 409).
hubungan diplomatik melalui:
1) Perkahwinan. Contohnya Kerajaan Melaka yang telah membentuk hubungan merentas sempadan menerusi perkahwinan. Perkahwinan antara Kerajaan Melaka (Sultan Mansur) dengan Kerajaan Majapahit (Raden Galoh Cendera Kirana) dan Kerajaan China (Puteri Hang Liu) telah memberikan kesan positif kepada Kerajaan Melaka dalam bidang politik, ekonomi dan juga sosial.
2)  Bidang politik, misalnya dengan mendapat perlindungan daripada Kerajaan Majapahit dan China, Melaka telah berjaya menangani ancaman dari anasir luar seperti Siam yang ingin mengganggu gugat keselamatan Melaka.
3)  Hubungan Kerajaan Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Johan Pahlawan MahkotaAlam (1590 – 1636) dengan Kerajaan Uthmaniyah juga telah membantu Kerajaan Aceh mengukuhkan sistem ketahanan dan pertahanan.

Rujukan
1) wikipedia ensiklopedia bebas
2) PDF Kerencatan Hubungan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Aceh
The Deterrence of Malay Government Diplomatic Relationship with Malacca, Johore and Aceh
SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, 43400 Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.