Kehidupan Semester 4 Aku by

It's Started (12/2/18)
Aku tahu hari ni hari yang happy untuk aku tapi untuk hari pertama ni memang aku rasa hidup aku serabut sikit. Pagi ahad aku ride bersama kawan baik dan adik aku since 2001 ke Bentong semata-mata untuk breakfast Lemang To'ki. Kau ghase?? lolz.. Yes we were happy sebab dekat sebulan aku tak layan highway Karak sejak minggu peperiksaan. Malam ahad balik kolej hantar barang lepas tu rush balik ampang. Lepas tu pagi isnin memang buat aku serabut abis. Pagi-pagi dah kena bangun pergi bengkel, kau tau la bila dah rembat moto jauh-jauh kena servis gak. Memang hari ni aku sampai kelas masa semua orang dah sampai tapi Dr. Eddie buat muka terkejut macam first time jumpa student..hahahaha.

Tak ada benda yang best sangat bagi aku untuk hari ni kecuali hari yang letih tapi of course la dapat jumpa kawan-kawan yang aku rindu nak tengok diorang. Mungkin sebab dah terlalu rileks selama sebulan. Benda yang aku nak story dalam ni semua pasal kawan-kawan aku dan pensyarah-pensyarah aku selama aku semester empat ni. Aku tau semester lepas aku tak buat e-portfolio macam yang Dr. Wan suruh tapi semester ni aku cuba untuk buat apa yang aku tak dapat capai semester-semester lepas. Aku hanya berharap semester ni akan beri aku lebih kegembiraan berbanding semester lepas yang buat aku terjatuh bertongkatkan lutut. It's really hurt when you struggle really hard then the result get down sharply. Hurt and really hurt. Mengharapkan keputusan dekan semester kali ni.

BUCKLE UP..!!

Dr. Tarmizi Bersama Mycology Beliau (13/2/18)
Aku bukan nak cerita full story pasal Dr. Tarmizi hari ni tapi aku rasa aku nak letak tajuk Dr. Tarmizi sebab impression aku terlebih sikit dekat beliau. Jujur dia memang antara pensyarah yang aku suka. Sebab apa? Sebab jarang aku jumpa pensyarah-pensyarah yang suka cakap lepas macam ni. Buat lawak selamber yang boleh kau cakap sorang-sorang dalam hati
'eh dia ni betul ke pensyarah ataupun dia ni joker yang menyamar jadi pensyarah?". Hahahahahahaha.. Begitulah kenapa aku rasa aku nak letak tajuk cerita aku hari ni. lol sungguh..hahahaha

Macam biasa tiap-tiap petang kalau aku tak main badminton aku akan jogging area bukit ekspo lima atau lapan pusingan. Aku rasa sebab ni la tak ada siapa coursemate aku yang nak join aku jogging. Sedih memang sedih sikit la tapi sambil jogging sorang-sorang tu aku boleh layan perasaan sambil fikir masalah aku. Lagipun dah lama aku tak jogging dekat bukit ekspo.. Biasalah cuti semester nak buat apa aku datang UPM semata-mata untuk jogging je. Kejadah aku buat?? hahahaha.

Malam ni bermula malam yang bosan tapi nasib baik ada seorang insan yang rajin nak whatsapp aku. Ok terhibur jap bila ada orang yang nak sembang-sembang dengan kau bila kau rasa hidup kau terlalu bosan. Aku harap kau baca la tulisan aku ni sebab kali ni aku appreciate kau. Lolz.. Terasa nak balik rumah tapi malam isnin aku dah balik rumah so hari ni aku rehat la dekat kolej sambil layan lagu-lagu dekat Youtube. Dalam hidup ni kena selalu bagi diri sendiri happy. Tak ada siapa akan buat kau bahagia kalau kau tak nak bagi hidup kau penuh kebahagiaan.

#LifeIsNotEasy

Lab Enzyme Buat Aku Kompius (14/2/18)
Hari ni untuk kali yang pertama aku rasa lab experiment tu complicated. Aku sedar bila aku tak dapat lab manual then aku akan serabut tak tahu hala tuju aku. Sama macam apa yang jadi dekat aku hari ni. Aku blur..Aku lembab..Serius selama 4 jam aku tak tahu aku buat apa selain tengok dekat group lain punya kerja. Lagipun groupmates aku semester ni lain sikit so chemistry dekat situ susah nak dapat. Aku tak dapat nak share knowledge or bagi arahan sebab aku tahu dalam groupmate aku ada yang tak boleh nak kena arah itu ini. Jadi aku terus berdiamkan diri buat sementara waktu ni sampai la aku rasa ada chemistry among aku punya grroupmates.

Hari ni memang hari yang aku rasa agak penat dengan result eksperimen yang susah aku nak baca. Dengan eksperimen group aku yang salah. Kau rasa tak stress ke bila jadi macam tu? Tapi masih mengharapkan aku rasa happy dengan groupmates baru aku ni. It's really hard when you have to collaborate with a strangers in your life lagi-lagi bila kau tak selalu borak dengan diorang. Aku pun mengharapkan yang aku akan dapat skor A dalam enzymology sama macam masa aku diploma dulu walaupun aku tahu subjek ni agak susah.

#TeruskanBerlari

#360 (15/2/18)
Korang mesti nak tahu kenapa tajuk tulisan aku hari ni #360 kan? Dia maksud macam kau rasa dunia ni terbalik bila kau terlampau selesa dengan sesuatu keadaan lepas tu kau kena hadap benda yang buat kau macam terbang tak tahu nak pergi mana. Kepala kau terasa berubah jadi lain. Aku rasa hari ni macam dah lama aku tinggalkan kelas. Gila kau sebulan je cuti lepas tu tiba-tiba masuk kelas virology terus jadi sebal kejap. Eh apa Dr. Eddie trying to teach? Seems simple but its really complicated.

Tapi aku respect Dr. Eddie even majoriti daripada classmates aku tak faham, dia tetap bersungguh-sungguh cuba terangkan setiap step in the protein pathway. Aku tahu he's born to be a teacher, to be a lecturer and here he is!! Apa pun benda yang macam ni la yang aku harapkan daripada UPM since aku jejakkan kaki aku dekat sini dua tahun lepas. Banyak benda yang aku korbankan untuk sambung belajar dekat sini. It is one of my harsh thing in my life that I have to face. Aku korbankan INTI College yang aku dah buat payment rm600 untuk pendaftaran, aku korbankan masa aku yang banyak, aku korban kerja hospital yang aku sayang, hospital yang aku buat praktikal dekat Diagnostic Lab selama lima bulan, aku korbankan orang yang aku sayang. Bila sampai sini memang aku mengharapkan apa yang aku dah plan la kan. Sedih tapi dalam yang sama aku rasa gembira juga sebab aku jumpa dengan orang-orang yang IQ dan attitude yang bagus. Kau akan rasa diri kau lebih diterima dekat sini lebih-lebih bila jumpa orang yang ramai berfikiran macam kau.

#done

Chinese New Year (18/2/18)
Selama tiga hari ni aku agak sibuk, so memang aku tak ada masa nak update padlet aku ni haa.. Yela aku sibuk kerja ganti orang cuti chinese new year sebab tu la tajuk aku kali ni pasal chinese new year.

Ni aku nak cerita perubahan yang aku jumpa bila aku masuk balik ke tempat kerja lama aku yang aku selalu buat bila waktu cuti. Boleh dikatakan setiap cuti semester atau cuti-cuti perayaan ataupun cuti sabtu ahad, aku mesti masuk kerja kalau ada orang perlukan aku. Kalau korang nak tahu, aku dah kerja dekat sini since 2012 lepas aku habis SPM. Ok lupa nak bagitahu aku kerja dekat I-Setan KLCC and that's it, kehidupan aku yang ramai orang tak tahu. Coursemate aku selalu cakap dekat aku "untung la kau rumah dekat boleh balik selalu". Ada juga yang anggap aku ni "berduit" sebab selalu pergi jalan-jalan, ride sana-sini dengan moto cc besar dan ada jugak yang anggap aku selalu balik rumah sebab nak makan mak aku masak dan lepak-lepak dekat rumah.

Ok yang ni silap dia bila orang buat first impression dekat aku. Diorang tak pernah tahhu aku balik rumah buat apa, pergi mana, macam mana diorang nampak aku macam selalu berduit. Semua ni sebab aku ada banyak urusan dekat rumah. Aku kena pergi kerja untuk penuhkan poket aku ni. Faham-faham je la kalau kau selalu ride sana-sini memang perlukan duit yang agak banyak. Kau nak lepak-lepak tiap malam memang nak kena keluar duit so ni la salah satu sebab kenapa aku kena balik. Aku kena kerja untuk bayar bil internet aku setiap bulan, kena set up moto aku setiap bulan, kena beli barang-barang keperluan kolej sendiri. Bila kau dah makin berumur, kau akan rasa malu untuk minta duit dekat mak bapak kau walaupun mak bapak aku bagi aku rm100 seminngu. Tapi still aku rasa tak cukup disebabkan benda-benda yang macam ni la. Tapi kau buat sebab kau suka, tak ada siapa pun yang paksa kau. Ok cukup sampai sini aku merepek.

Selama tiga hari aku tak jenguk padlet aku ni so mestilah banyak aku nak cerita dekat sini kan. Memang tajuk kali ni berkaitan dengan kerja aku bila aku free atau orang-orang KLCC perlukan aku untuk cover diorang. Aku kerja pun dah lama dekat tujuh tahun dekat I-Setan KLCC dan diorang pun dah kenal macam mana cara aku kerja. Dekat situ aku tak perlu risau kalau nak datang kerja bila-bila masa untuk back up. Aku kerja kali ni pun sebab kena ganti sorang aunty ni cuti chinese new year. Aku panggil dia Aunty Helen yang tinggal dekat Balakong tapi gigih datang kerja kat KLCC. Bila aku datang je masuk kerja memang banyak dah berubah. Kali ni aku kena cover bahagian golf. Company lain dah ambil alih department ni so staf-staf daripada Avenue K semua kena transfer dekat sini. Memang aku rasa meriah la sebab ramai lelaki. Sebelum ni ramai perempuan. Faham-faham je la kalau ramai perempuan, environment tu akan jadi tegang sebab mulut diorang-diorang ni sentiasa berkata-kata. Aku rasa stress bila aku tercampak dalam environment macam ni. Semua benda yang aku buat mesti ada orang perhatikan then mula la buat "ketupat". Tak pasal-pasal aku jadi mangsa. The heck!

Dalam ramai-ramai staff yang datang daripada Avenue K tu ada yang aku kenal. Tu pun aku kenal masa aku masuk marathon KULMarathon 2017 dekat KLIA. Tak sangka dunia ni kecil je. Dekat mana-mana pun kau akan jumpa kawan kau. Tu pun kalau kau tak anti-sosial la kan. Kerja bahagian bisnes dan reatil ni banyak mengajar aku erti kehidupan. Kenal orang yang macam-macam jenis. Lagi-lagi kalau sabtu ahad bila orang luar datang KL. Bukan aku nak diskriminasi antara orang bandar dengan orang luar bandar. Cuma kadang-kadang adab diorang tu kurang menyenangkan aku. Sebagai contoh, kalau diorang nak tanya tu bagi aku agak kasar. Lagi-lagi bila yang datang dari luar bandar tu orang kaya, dia punya hidung tu tinggi sampai ke langit. Eh macam hina sangat kerja layan customer ni. Bukan tak boleh nak tunjuk hormat dekat orang lain. Sebab tu orang cakap, biar miskin harta jangan miskin budi bahasa.

Tapi nak buat macam mana, aku dah kerja dalam bidang ni dah lama dan aku dah lali dengan orang-orang macam ni. Ada yang aku layan dan ada yang aku tak layan walaupun aku tahu mereka-mereka ini akan buat aduan sebab memang ditakdirkan orang-orang macam ni menyakitkan hati aku. Tapi still happy kerja macam ni sebab aku dapat kenal ramai kawan. Kawan yang kau boleh kongsi benda yang kau minat sama-sama. Aku pun kerja dengan orang-orang yang dah berumur, mindset diorang pun different. Tapi bila aku balik UPM, aku perlu ubah karakter aku untuk samakan dengan coursemate aku yang umur lebih muda daripada aku and of course mentality diorang pun berbeza. Aku faham kenapa sesetangah coursemate aku ada yang typical mindset sebab diorang tak ada peluang nak bekerja macam aku. Mungkin diorang tak ada transport dan diorang pun lepas habis SPM terus kena sambung belajar. Memang tak ada masa nak kenal dunia luar yang bagi aku penuh kejam, tak ada belas kasihan, penuh diskriminasi dan penuh dengan sikap perkauman.

Apa yang aku boleh nasihat dekat coursemate aku, bila dah kerja nanti jangan la nak membenci sangat orang sebab mereka-mereka tu memang ditakdirkan untuk mengajar kau hidup. Jangan nak sentiasa fikir positif dan sibuk nak menegakkan ideologi-ideologi korang yang sampah tu yang hakikatnya dekat dunia sebenar tak ada siapa pun nak pandang

Sekian panjang tulisan aku sepanjang 3 hari ni..

Hectic Day (19/2/18)
Biasanya orang akan cakap hari isnin adalah "Monday Blues" tapi bagi aku hari isnin adalah hari yang sibuk dengan semua benda kena bergerak pantas. Sama macam hari ni aku kena mandi awal, aku tak sempat jogging, aku kena beli tong gas sebab tong gas rumah aku dah habis, aku kena jaga baby kejap sebab mak aku dah pergi pergi miri pagi ahad (semalam), aku kena sidai baju dan lipat baju dulu, aku kena makan cepat-cepat sebab nak pergi kelas pukul 12pm (aku paling benci makan cepat-cepat) dan aku kena gerak dari rumah aku ke UPM. Sengaja aku tak nak balik UPM malam ahad sebab aku letih balik kerja dan banyak urusan yang aku kena setllekan sebelum pergi kelas. Macam tu la hidup aku setiap minggu lagi-lagi bila mak aku tak ada dekat rumah. Aku terasa kerja aku bertambah-tambah. Hahahaha..

Hari ni memang letih giler la. Bayangkan kelas aku non-stop daripada pukul 12pm sampai 6pm. Balik bilik je tengok semut dah "rasmikan" nasi aku dulu. Eh semester ni makin banyak pulak semut-semut ni membiak dalam bilik aku sampaikan air masak aku pun kalau tak tutup elok-elok, kau boleh tengok semut-semut tu "berenang" dengan gembiranya mereka. Lolz..

Aku pun cepat-cepat la makan nasi aku yang kakak aku bekalkan daripada rumah. Yela kan aku dah cakap tadi mak aku tak ada dekat semenanjung pergi ke Miri. Lepas makan tu aku punya mata memang tak boleh nak tahan. Sedar-sedar je dah pukul 9.45pm. What the heck lama giler aku tidur... Hahahaha. Macam biasa la kadang-kadang Aina borak dengan aku dekat whatsapp. Dia memang semenjak dua menjak ni jadi penghibur aku. Bagus kalau kau ada member yang macam ni. Bila kau bosan tak tau nak buat apa atau stress, kau perlukan someone untuk kau bercerita. Appreciate la people that came into your life sebab aku percaya aku ni pun hidup tak lama. Dengan hidup aku sebagai rider naik moto sana-sini bawak laju-laju. Tak pernah lagi la aku bawa moto aku tu slow-slow. Paling biasa-biasa pun 100km/h dan paling laju aku bawa 190km/h. Mesti korang rasa aku gila bawa moto laju-laju kan? Mungkin sebab aku dah terbiasa untuk sentiasa cepat sebab tu la aku tak fikir sangat aku akan accident ke apa. Mungkin la kan. Bagi aku bila aku dapat pergi laju atas highway, aku dapat kepuasan dan aku dapat hilangkan segala masalah sekejap. Kau kena bagi fokus 100% sebab bila silap sikit je kau akan accident. Bukan semua orang dalam dunia ni dilahirkan untuk pandu kereta secara "berakal" dan melihat sekeliling.

Rasanya tu je la cerita yang aku nak kongsi hari ni. Semoga korang sentiasa hidup dalam kegembiraan dan kesenangan dari sebarang masalah.

#PEACE

"Welcome To Biochemistry" (20/2/18)
Hari ni memang aku rasa hari malas aku nak bangun tidur. Kunci jam pukul 6.30am lepas tu sambung tidur sampai pukul 8am. Kelas mycology start pukul 9am. Aku pun dengan malasnya capai towel (sorry tak guna bahasa melayu sebab aku rasa perkataan "tuala" tu macam pelik dan tak sedap", Lolz.. Aku pun macam biasa siap-siap pergi kelas satu jam Dr. Tarmizi. Dengar lawak beliau yang entah apa-apa tapi aku sentiasa gelak. Bukan apa, aku cuma terasa terhibur tengok cara beliau sampaikan ilmu. Mungkin cara beliau yang selamber badak je sembang dengan students.

Lepas tu pukul 10am memang balik bilik terus la kan. Aku tak tau apa yang aku buat sampai aku membazir masa dua jam. Makan dah nak dekat satu jam (macam biasa la aku memang makan lambat). Lepas tu pergi flat ikan untuk photostat nota untuk Jazilah. Nampak tak dekat situ yang aku caring dengan member aku?? Hehehehehe..

Hidup hari ni seperti biasa aku rasa. Apa yang buat aku nak menulis pasal Biochemistry adalah bila at the end of the class, Dr. Baya said to me and Jasmine and Aisyah, "Welcome to Biochemistry". Aku dah mula nak garu kepala yang tak berapa nak gatal sangat sebab aku tahu apa yang akan aku hadap dalam subjek Enzymology ni. Agak mencabar tapi benda ni la salah satu yang aku harapkan untuk belajar dekat sini. Susah tapi aku rasa terhibur. Subjek ni buatkan kepala aku sentiasa berfikir dan imaginasi.

Habis je kelas Enzymology aku terus siap-siap untuk buat rutin aku setiap hari. Kalau bukan pergi main badminton aku akan pergi jogging. Penting untuk aku jaga fitness aku sebab aku adalah salah seorang penderma darah berkala dekat Pusat Darah Negara. PDN je la tempat yang aku suka pergi untuk derma darah. Korang kalau nak derma darah, aku nasihatkan untuk pergi terus ke PDN. Sebab apa aku suka derma darah dekat situ? Sebab dekat situ makanan dia sedap-sedap weyh. Serius aku tak tipu. Kau akan dapat set makan breakfast, lunch or hi-tea. Memang complete la menu dia siap dengan air milo panas atau teh tarik, kuih, buah dan nasi goreng, mee goreng ataupun nasi lemak. Hahahahahaha.. Seronok kan kalau derma darah dekat situ? Lagi satu aku kena jaga fitness aku sebab aku selalu masuk Run ataupun Marathon. Benda ni macam hobi la bila kau dapat habiskan larian kau lepas tu kau akan rasa kepuasan tu datang sendiri dalam diri kau.

Hari ni dinner aku dekat rumah sebab kakak aku suruh balik. Masak sambal sotong + petai katenyer. So aku balik je la. Pukul 11.30pm tadi aku baru sampai kolej. Kelam-kabut siapkan mindmap Ecology. Sebenarnya tak siap pun. Aku sengaja nak menulis dulu sebelum tidur. Keapal ni pun dah tak dapat nak hadam kalau baca banyak-banyak. Menulis sekarang ni pun buat mata aku tak betul. Esok aku mengharapkan kejutan dan kegembiraan lagi dalam hidup aku. Goodnight...

Nama Dia "Choy" (21/2/18)
Macam biasa la hari rabu pukul 9am ada lab enzymology sampai ke pukul 1pm. Eksperimen hari ni saje aku nak share dengan korang, kitorang (aku cakap kitorang sebab aku dan teammates aku) buat PNPP (p-Nitrophenyl Phosphate) assay, Bradford assay dengan SDS (Sodium Dodecyl Sulfate) PAGE. Selalunya aku akan excited bila buat eksperimen yang berkaitan dengn molekular ni tapi kali ni aku terasa bosan. Mungkin sebab lab terlampau ramai rakyat jelata sampai aku tak boleh nak fikir dengan waras. Mungkin juga sebab belum ada lagi chemistry dengan teammates aku. Tapi sejam lepas tu aku dah dapat rasakan ada sikit chemistry. Sikit je la kan.

Hari ni hari untuk aku ceritakan pasal Choy. Coursemate Microbiology yang terpaksa tangguh pengajian selama dua tahun disebabkan kemalangan kereta. Rasanya tak perlu aku nak cerita details macam mana dia boleh accident, siapa yang langgar dia, apa jadi dekat dia lepas tu. Cuma aku nak cakap dekat sini dia dikira bertuah la sebab masih dikurniakan semangat untuk hidup teruskan pengajian walaupun dah dua tahun tangguh pengajian. Dua tahun beb ! Kau ingat sekejap ke tu? Dia masuk je sini, kawan-kawan dia yang dua tahun lepas dah nak grade dah pun. Sadis betul. Tapi lepas dua minggu aku sekelas dengan Choy, baru hari ni aku terasa nak menulis pasal dia. Lupa aku nak bagitau, Choy ni lelaki Melayu. Entah nama datang nama Choy tu pun aku tak tahu sebab aku tak pernah teringat nak tanya. Buat pertama kali la aku lepak bilik Choy hari ni dekat K10. Untung la hari ni Choy belanja makan brown rice + rendang ayam. Kolej ni bagus la bagi aku. Lebih selesa daripada kolej Serumpun sebab terjaga walaupun kolej kerajaan yang jaga daripada kolej Serumpun yang kena bayar lebih mahal daripada kolej-kolej lain tapi kebajikan menghampakan. Bukan aku tak bersyukur tapi harga yuran yang lebih mahal daripada kolej-kolej lain sepatutnya boleh dapat kebajikan yang lebih terjaga la kan. Ni tak, bilik air pun cuci seminggu sekali. Katil terasa tidur macam atas spring. Dinding warna kelabu-kelabu asap macam dalam penjara. Tapi okay la as long aku dapat duduk kolej tu pun dah kira okay. Lagipun aku selalu je balik rumah. Rumah aku dekat plak Ampang je.

So kalau dengan Choy ni aku tolong la angkat wheelchair dia and tolong dia itu ini. Aku tak kesah pun tolong Choy ni. Setakat benda-benda macam tu benda kecik je. Yang penting bagi aku "friendship". Kau takkan dapat kawan yang baik kalau kau sendiri tak berusaha ke arah kebaikan. Okay apa Choy ni, dia ni macam kawan-kawan kerja aku. Rileks je tak ambil tahu hal orang lain. Yang penting tak suka cakap atau gosip hal orang lain sebab aku jenis yang benci pasal buat "ketupat" ni.Yang penting aku banyak grouping dengan Choy semester ni. Senang kerja aku collaborate dengan orang yang sama mentaliti dengan aku. Jazilah pun aku tak lupa gak semester ni. Mungkin hari lain aku akan ceritakan siapa Jazilah ni ye.

Aku nak tidur awal hari ni sebab kecewa tak dapat main badminton sebab dewan ada orang guna untuk buat rehearsal. Buat rehearsal guna separuh dewan je tapi kedekut tak nak share bagi kitorang guna separuh lagi dewan. Fuhhhh bengang betul aku malam ni..

#Goodnight

Budak France (22/2/18
Okay hari ni special sikit la cerita aku sebab berkaitan dengan student France. Saje aku letak "budak France" sebab bagi aku panggilan tu nampak lebih friendly. Lolz.. Aku mulakan cerita aku dengan budak France ni la dulu walaupun ada banyak cerita yang aku nak kongsi dekat sini daripada pagi sampai la sekarang ni (12.28am). Sebenarnya daripada dua hari lepas lagi budak-budak France ni masuk kelas Applied Food in Microbiology. Tapi hari ni ni kitorang ada buat grouping dan diorang ni nak tak nak kena la masuk sekali dalam kumpulan kitorang. So kumpulan aku ada dua budak France. Kira awek la tapi aku tak tanya umur diorang berapa. Sorang tu nama dia "Marion" dan sorang lagi tu nama dia "Victoire". English diorang ni bagus sebab aku boleh faham walaupun ada slang France. Seronok sebenarnya dapat kenal orang daripada luar Malaysia sebab bagi aku ada banyak benda yang kita boleh dapat daripada diorang ni. Culture diorang of course berbeza sangat dengan kita yang duduk dekat Asia ni. Bagi aku nice la dapat coursemate macam ni.

Hari ni juga aku perasan ada sorang budak baru dalam kelas virology kitorang. Nama dia Hafizah dan aku pun mula la interview dia. Benda biasa yang aku akan buat bila aku jumpa orang baru walaupun aku baru je jumpa masa tengah jogging. Sorry terlampau friendly sangat. Hahahahaha. Dia ni pelajar biosel yang extend study dia disebabkan oleh sebab yang aku tak tanya. Sengaja aku tak tanya sebab tengok muka dia berubah sikit. Mungkin dia ada masalah dan aku pun tak nak paksa dia cerita. Bila Prof. Tan suruh buat group, aku pun ambil la Hafizah untuk masuk dalam kumpulan aku. Dah tu tak ada siapa yang nak ambil dia jadi aku dengan penuh rasa tanggungjawab telah mengambil beliau sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan aku. Hahahahahahahahahaha.. Harap dia dapat bagi kerjasama yang bagus la dengan kumpulan aku. Bersangka baik beb.

Sempena "Appreciation Day" untuk fakulti aku, aku teringat nak belikan cream puff untuk Aina. Tapi takkan la aku beli semata-mata untuk dia je kan? Jadi aku beli la dua bungkus. Satu bungkus tu ada empat biji cream puff. Empat biji RM2.50. Sebagai tanda aku appreciate Aina yang selalu sembang merepek dengan aku tiap-tiap malam, aku pun beli la untuk dia bagi dia happy kejap. Kejap tu.. Hahahaha.. Lagi satu bungkus aku kongsi dengan Choy, Balqis dan Jazilah. Tapi benda yang kelakar bagi aku bila aku tak jumpa Jazilah lepas tu aku simpan la bahagian dia dalam beg aku. Sampai masa nak bagi Jazilah, aku tengok cream puff tu dah penyek sampai terkeluar cream dia. Ok yang ni lawak sebab aku rasa Jazilah tak kesah. Sebab aku cakap Jazilah tak kisah bila pagi tadi aku nampak dia sebelum nak makan roti, dia penyek-penyekkan roti tu sampai jadi macam "lempeng". Berdekah gak la aku gelak. First time wooo tengok orang makan roti kena penyekkan dulu. Nak bagi padat katenyerrrr... Hahahaha.. But that is the truth of Jazilah of course. Jazilah is Jazilah.. Hahahahaha.

Malam ni juga aku dapat puaskan hati aku main badminton dengan Aini and the geng. Aku kalau bab-bab badminton ni aku "on" je. Jarang la aku cakap "no". Dapat main sejam pun aku dah puas sebab main non-stop. Diorang ni walaupun perempuan tapi pandai main. Jarang dapat jumpa perempuan yang pandai main badminton. Aku "impressed" bila aku smash, diorang dapat defend. Kadang-kadang aku sengaja bagi smash kuat-kuat sebab aku tahu diorang boleh pukul balik. Enjoy la hari ni sebab aku dapat buat apa yang aku nak buat. Kan aku dah cakap, hidup ni tak lama. So enjoy la hidup korang dan appreciate every single little thing that came into your life. Sekian.

#Ozone (23/2/18)
Macam mana eh aku nak mulakan cerita aku hari ni.. Dia macam ni tau, benda ni jadi pada waktu petang dekat K10. Yela Choy kan "tak berapa sihat" jadi aku, Jaz dan Sue pergi la lepak dekat K10 untuk buat discussion sama-sama. Dr. Wan ada bagi kitorang tajuk dalam Ekologi untuk kitorang buat discussion dan present masa akhir semester nanti. Kitorang dapat tajuk "Atmosphere". Mula-mula dapat tajuk ni aku dah mula mencarut dalam hati. Hahahahahaha.. Tajuk yang aku fikir macam ntah apa-apa je tapi bila semua dah mula duduk satu table, idea tu mula datang satu-satu. Jadi apa yang kitorang dapat adalah cara-cara untuk kembalikan lapisan ozon bumi kepada yang asal. Kalau nak cerita kat sini memang "complicated" sikit. Banyak yang aku kena tulis tapi InsyaAllah la bila dah siap dengan prototaip nanti aku akan share dengan korang dekat sini. Tajuk dan idea yang best la untuk dibincangkan. Aku rasa aku dah dapat semangat semula sebab Dr. Wan ni bagi aku, dia macam "superhuman". Apa je yang dia tak boleh buat? There's is no "NO" word that will come out from her mouth dan terjadilah semangat belajar aku kembali. Kadang-kadang aku perlukan orang yang boleh "push" aku untuk sedar. Dah masuk minggu ketiga tapi aku rasa macam khayal lagi. Tak pe weyh, fikir positif untuk naikkan balik semangat untuk kejar dekan semester ni. Harap-harap dapat tercapai la hajat aku semester ni.

Hah ni lagi satu cerita menarik yang terjadi pagi jumaat ni. Buat pertama kali kitorang masuk kelas "entrepreneur" dan memang aku mengaku la kelas ni bosan giler-giler sebab aku ni bukan jenis yang minat nak buat bisnes-bisnes bagai ni. Aku ingatkan aku dapat la buat kumpulan dengan kawan-kawan coursemate aku tapi kitorang semua tercampak dalam lapan kumpulan yang lain-lain. Tapi seronok gak la bagi aku sebab aku dapat  jumpa dan kenal kawan-kawan baru daripada course lain. Yang tak berapa best bila aku sorang je lelaki dalam kumpulan yang ada sepuluh orang. Tapi nak buat macam mana kan dah lelaki dekat dunia ni pun dah nak pupus jadi bertabahlah je la. Kawan je la dengan gadis-gadis. Okay apa..mana tau dapat jumpa jodoh ke kan. Lolz.. Faham-faham je la bila belajar subjek niaga ni at the end kena berniaga la kan. Kitorang keluarkan semua idea yang idea yang ada tapi kira boleh la walaupun idea tak banyak. Aku pun tak nak cerita banyak-banyak pasal benda ni sebab aku pun tak minat bab-bab bisnes ni. Hahahahaha..Cukup la kot sampai sini je cerita aku. Esok dah kena masuk kerja dan aku pun berehat sebentar la daripada menulis. Hari ahad malam nanti aku update cerita.

Gerak lu..

Kerja Kerja Kerja.. (25/2/18)
Kadang-kadang aku ni kena masuk kerja sebab kena cover orang cuti. Macam yang aku dah cerita sebelum ni aku kerja dekat I-Setan KLCC bahagian golf. Rasanya tak ada cerita yang seronok untuk aku kongsi hari sabtu dan ahad ni. Ibu aku pun tak ada dekat Malaysia sebab ikut ayah aku pergi Brunei dan Miri selama seminggu. Jadi tinggal la aku dengan adik aku dekat rumah tu. Malam-malam tengok tv je. Tengok bola dan badminton macam biasa.

Tiba-tiba petang sabtu aku nampak ada dalam group whatsapp ada orang upload assignment virology. Mula-mula aku "ignore" je la sebab aku pun sibuk kerja daripada tengahari sampai ke malam. Hari ahad malam baru terdetik rasa macam nak buat tapi rumah aku tak ada wifi beb. Agak tunggul la aku masa tu. Tetibe teringat kat Aina. Mana la tahu dia boleh tolong aku ke kan and as expected Aina tolong aku. Hahahahahaha.. So selesai la masalah aku kat situ. Bukan tak sayang kat member tapi benda-benda kecil macam ni la yang akan buat hubungan kau dengan kawan kau rapat walaupun kau belanja dia gula-gula. Kadang-kadang ada kawan yang "appreciate", selalu ingat dan ada untuk kau bila kau memerlukan diorang cuma diorang ni kita selalu tak sedar la. Sebelum ni pun Pija dengan Alinn yang rajin tolong aku. Diorang ni kawan daripada diploma aku tapi sampai sekarang masih "in contact". Memang diorang selalu tolong aku tapi disertakan sekali dengan bebelan la kan. Faham-faham je la perempuan. Hahahahahaha. Tapi nasib baik Aina tak ada tanda-tanda membebel sambil menolong. Yang ni aku bersyukur la. Hahahahaha.

Mungkin kalau ada rezeki cuti pertengahan semester ni aku dengan kawan-kawan diploma aku akan buat reunion. Semua pun dah sibuk sekarang ni. Sambung belajar dekat IPTA yang lain-lain dan memang susah la nak jumpa. Setahun tu aku boleh kira berapa kali je lepak sama-sama. Aku harap hari esok akan lebih bahagia daripada sebelum-sebelum ni.

Goodnight !!

Universiti Teknologi Petronas (26/2/18)
Isnin adalah hari yang sibuk bagi aku. Dengan penat kerja semalam tak habis lagi. Pagi-pagi dah kena pergi KLCC hantar punch card aku. Lepas tu pergi Jalan TAR. Lepas tu pergi kedai motor dekat Dato Keramat beli helmet baru. Biasa la aku kan selalu bawa ibu aku pergi ride jadi aku pun beli la helmet mahal untuk dia. Seronok kalau kau ada mak yang memahami hobi kau dan dia pun turut serta dengan hobi kau. Ada siapa-siapa yang ada mak yang suka ikut anak dia pergi ride jauh-jauh tak? Jarang korang nak jumpa atau dengar kan? Tapi percayalah mak aku suka ikut aku pergi ride dan lepak mamak. Hahahahahaha,

Masuk kelas hari ni pun aku lambat 20 minit. Sebersalah bila masuk kelas lambat ni sebab rasa rugi bila kau terlepas banyak benda. Ilmu tu bagi aku antara benda yang paling berharga dalam dunia ni. Kau boleh jadi kaya dalam hidup kau tapi tanpa ilmu, kau miskin sangat. Duit tak boleh beli segala-galanya dalam hidup kau. Contohnya ilmu pengetahuan. Kau kena dapatkan daripada seorang yang bernama "GURU". Tapi kelas hari ni seronok la walaupun aku penat sampai terlelap sendiri dalam kelas Ekologi. Dalam kelas ekologi pun ada benda best gak yang terjadi. Masa tu aku terasa haus lepas tu aku pun macam biasa la nk capai botol aku tanpa pandang. Bila aku tengok depan aku, botol aku dah hilang. Botol aku ada depan Jaz. Kau rasa apa yang jadi? Okay Jaz dah balun air aku. Aku perasan dia dah terminum banyak weyh. Serius kelakar giler dan sampai sekarang pun aku terasa nak tergelak lagi. Eh tahu la botol tu sama dengan kau punya tapi tengok la dulu botol tu ada dekat mana. Dah botol tu ada depan mata aku, dah sah-sah la aku punya. Ini tak, dia main balun je lepas tu malu plak sampai tak bagi aku minum balik air dalam botol aku tu. Siap bagi aku rm1 untuk aku beli air baru. Okay Jaz pun selalu buat aku terhibur. Muka dah la macam bulan mengambang. Daripada semester satu aku suka tengok muka dia. Dia ada satu benda yang orang lain tak ada. Muka yang macam selalu tak bersalah. Muka yang kau takkan bosan bila tengok. Tu bagi aku la kan. Tak semestinya bila aku suka tengok muka orang tu bermaksud aku suka kat orang tu. Dia macamm hobi la tengok muka orang ni.

Okay ni cerita yang berkaitan dengan tajuk aku hari ni. Masa aku tengah sibuk siapkan assignment, tiba-tiba ada satu email masuk dekat gmail aku. Bila tengok-tengok email daripada pelajar Universiti Teknologi Petronas. Guess what? Aku dapat "invitation" untuk buat persembahan "Yoyo Cina" ataupun dunia panggil "Diabolo". Bila fikir-fikir balik, aku memang tak dapat nak terima la kan sebab dia pun bagitahu aku "last minute". Lagipun aku tak boleh nak pergi UTP sebab masalah transport. Giler jauh nak datang ke Perak semata-mata nak buat persembahan yoyo je? Aku "impressed" gak la bila ada orang "invite" aku untuk buat persembahan. Dah lama sangat aku tak buat persembahan. Kali terakhir aku buat persembahan masa UPM Got Talent. Yang tu memang aku berlatih sungguh-sungguh sampai aku sanggup ponteng kelas. Hahahahaha. Tapi usaha aku berbaloi la sebab dapat menang tempat kedua beserta rm250 dan hamper yang besar. Memang kenangan yang agak terindah bagi aku sebab masa aku orientasi pun aku dapat nombor dua disebabkan main yoyo ni juga. Seronok bila kau buat sesuatu dan orang hargai usaha kau. kat bawah ni aku sertakan sekali link Youtube persembahan aku masa UPM Got Talent.

Rasanya setakat tu je la yang aku nak share. Terbanyak cerita plak. Lolz..
Sekian.

Universiti Teknologi Petronas (26/2/18)
Aku sertakan sekali video persembahan Yoyo Cina aku masa waktu siang bersamaan dengan pusingan saringan sebelum aksi final pada waktu malam.

Rumah Aku Memang Sebelah UPM (27/2/18)
Hari yang bahagia bila kelas kau cancel dan hanya ada satu je kelas on that day. Dah la kelas pukul 9am lepas tu pukul 10am dengar "talk" daripada wakil Institute Medical Research (IMR) tentang wabak penyakit samada daripada virus ataupun bakteria. Bagi aku la kan, "talk" macam ni bagus untuk pelajar supaya diorang dapat "general knowledge" tentang apa itu "outbreak". Lagipun aku memang minat benda-benda macam jadi aku memang tak kisah nak duduk dalam dewan tu selama dua jam daripada 10am sehingga 12pm.

Disebabkan hari ni kelas enzymology cancel, aku berniat untuk makan tengahari dekat rumah. Macam yang aku cakap la kan UPM ni ibarat sebelah rumah aku je. Bila-bila masa je aku boleh balik rumah. Tapi tu la kan..banyak juga tanaggungjawab yang aku kena buat hari-hari dekat rumah.

Macam biasa petang-petang aku akan keluar pergi main badminton. Benda yang rutin bila aku masuk belajar balik tak pun aku akan keluar pergi jogging. Salah satu aktiviti yang akan buat aku hilangkan stress. Kadang-kadang ada je benda yang buat aku stress hari-hari tapi bila aku buat benda yang aku suka, aku rasa semua masalah aku hilang. Salah satu aktiviti yang akan buat aku hilangkan stress bila aku ride laju-laju. Kau akan faham bila kau dah sampai 120km/h ke atas, kepala kau takkan fikir benda lain selain fokus atas jalan raya. It's a life of different person. Hari yang cukup indah bila banyak masa free.

Sekian

Reunion (3/3/18)
Hari ni sepatutnya aku kena pergi kenduri kahwin kawan aku masa diploma dulu. Tapi disebabkan hujan turun dengan lebatnya masa aku nak keluar, jadi aku batalkan je la niat aku tu. Aku pergi lepak KLCC sorang-sorang, makan sorang-sorang sebab lapar sangat tak makan dekat rumah dan baca buku secara percuma dekat Kinokuniya (nampak tak sebenarnya aku ni suka baca buku percuma? hehe). Dalam sejam lebih aku lepak KLCC lepas tu aku balik rumah untuk baring sementara menunggu kawan-kawan aku yang pergi kenduri gerak pergi Mid Valley. Kitorang dah janji nak lepak dekat Mid Valley dan aku tak tau la kenapa diorang pilih tempat tu sedangkan bagi aku Mid Valley tu tak ada apa-apa yang menarik pun selain daripada TGV Cinema. Okay aku ikut je la sebab dah setahun tak jumpa kawan-kawan diploma.

Kau akan rasa satu perasaan yang seronok gila bila kau jumpa orang yang dah lama tak jumpa. Off course la aku nak jumpa BFF aku kan sebab aku selalu on the phone je. Annoying kawan-kawan aku tetap macam dulu. Aku boleh katakan perangai diorang masih sama macam dulu. Aku rasa terharu dan rindu yang amat kot. Lolz.. Macam biasa la aktiviti kitorang bila jumpa ramai-ramai mesti nak lepak makan ramai-ramai. Dan macam biasa aku la yang kena habiskan makanan diorang tapi bagus la aku bersyukur sebab perut aku dapat kenyang lebih bila keluar dengan diorang. Aku ni kan DBKL bagi diorang. Mana-mana makanan yag tak habis memang tolak kat aku. Hahahaha. But that's what make us closed enough just like a family. Have fun giler la hari ni dapat sembang-sembang dengan orang yang kita sayang.

Malam pula aku pergi lepak dekat Syed Bistro dekat Puchong Perdana dengan sepupu-sepupu aku. Aktiviti ni memang dah jadi macam rutin la bila semua ada dekat KL. Lagipun susah nak jumpa sebab semua sibuk. Ada yang kerja dan ada yang masih belajar macam aku ni. Tak ada apa yang aku harapkan selain daripada hubungan silaturahim antara kami akan terus macam ni.

Ni haa kat bawah ni aku belanja gambar aku dan BFF aku. Seorang yang tua, yang pelupa, yang makan lambat, yang makan selalu tak habis dan yang "loading". Apa-apa pun masih tak berubah dari dulu sehingga la sekarang. Aku harap aku dan kawan-kawan diploma akan teruskan hubungan kitorang macam ni sampai bila-bila.

#Peace
#BestFriendForever
#Friendship

R2R2 Phenotypes (4/3/18)
Tak ada perkara tak boleh aku banggakan hari ni daripada darah aku diisytiharkan sebagai darah "RARE" oleh Pusat Darah Negara (PDN). Buat pertama kali aku nampak ada sticker hijau(RARE) dilekatkan dekat borang aku berserta tulisan "R2R2". Patut la masa aku daftar, staff dekat situ tanya "ada orang call ke suruh datang?". Masa aku jumpa nurse pun dia tanya perkara yang sama sampaikan masa darah aku nak diambil pun ada nurse tanya perkara yang sama. Aku mula rasa pelik sebab selama ni darah aku biasa-biasa je. Aku pun jumpa la staff Medical Lab Technician(MLT) untuk tanya pasal darah aku ni. Aku tengok diorang semua macam kecoh sikit bila tengok borang aku yang tertulis "RARE". Memang aku cuak la kan bila ramai-ramai kumpul dan buat muka terkejut. Siapa tak goyang weyh bila darah kau jadi perhatian ramai secara tiba-tiba. Akhirnya salah seorang daripada staff MLT tu terangkan dekat aku yang diorang ada buat Phenotyping assay dekat darah aku masa diorang perlukan darah ganjil daripada jenis "R2R2". Berdasarkan journal yang aku baca, darah jenis "R2R2" ni hanya ada 1% daripada kalangan etnik Melayu manakala etnik Cina 9.1% dan etnik India 0.8%.

Okay sekarang baru aku faham kenapa baru sekarang darah aku dilabel "RARE" dan antara jenis darah yang sukar ditemui di dunia ni. Selamanya ni aku hanya terbaca tentang orang-orang yang ada jenis darah yang ganjil dan diperlukan oleh sesetengah orang tetapi aku tak sangka pula ada darah yang ganjil mengalir dalam badan aku. Aku harap aku dapat teruskan menolong orang yang memerlukan darah aku ni dan aku harap aku dapat turunkan jenis darah ganjil aku ni kepada anak-anak aku pada suatu hari nanti supaya anak-anak aku dapat dapat menolong orang-orang yang memerlukan darah jenis "R2R2".

Hari ni antara hari yang gembira buat aku dan antara perkara yang membanggakan buat aku. Aku bersyukur..