Perbezaan antara Tafsir dan Takwil. by PI1 Nur Asirah Binti Aziz

Makna, Tafsir dan Ta’wil.
Terdapat dalam kalangan ulama’ yang membezakan antara makna, tafsir dan ta’wil meskipun ketiga-tiga perkataan tersebut berbeza tetapi mempunyai maksud yang hampir sama. Menurut Zarkasyi, Ibnu Faris telahmenjelaskan makna bagi ketiga-tiga ungkapan tersebut iaitu:

Makna: apa yang dimaksud(القصد) dan dikehendaki/dituju(المراد)

Tafsir: menurut bahasa adalah menampakkan dan menyingkap. Oleh itu, Tafsir bererti menyingkap apa yang dimaksudkan oleh lafaz dan melepaskan apa yang menghalang daripada pemahaman.

Ta’wil: seakan-akan memalingkan ayat kepada makna-makna yang dapat diterimanya dan kata ta’wil dibentuk dengan pola taf’il untuk menunjukkan banyak.

Perbezaan antara Tafsir dan Ta’wil
Berdasarkan pada perbahasan di atas, terdapat beberapa perkara atau pendapat penting yang boleh disimpulkan di dalam tajuk ini, antaranya ialah :

1)Ta’wil bererti menafsirkan perkataan dan menjelaskan maknanya. Oleh itu, Tafsir dan Ta’wil adalah dua perkataan yang berdekatan atau sama maknanya.

2)Tafsir merupakan syarah dan penjelasan bagi sesuatu perkataan dan penjelasan ini berada dalam fikiran dengan cara memahaminya dan penjelasan pada lisan pula melalui ungkapan yang menunjukkan kepadanya. Adapun Ta’wil adalah esensi(عين)  sesuatu  yang berada dalam realiti (bukan dalam fikiran).

3) Tafsir adalah apa yang telah  jelas di dalam Kitab Allah manakal Ta’wil adalah apa yang distinbatkan (disimpulkan) oleh para ulama’. Oleh disebabkan itulah, sebahagian ulama’ mengatakan  bahawa Tafsir adalah penjelasan yang berdasarkan riwayat dan Ta’wil pula adalah penjelasan berdasarkan dirayah(الدراية).

4) Tafsir lebih banyak digunakan dalam (menerangkan) lafaz dan mufradat (kosa kata) sedangka Ta’wil pada umumnya lebih banyak digunakan dalam (menjelaskan) makna dan susunan kalimah.