BAJU KURUNG MENGIKUT NEGERI DAN CIRI-CIRINYA by BM1-0620 Aishah Mardhiah Binti Mohd Sakhri

Baju Kurung Teluk Belanga
Baju Kurung Teluk Belanga turut dikenali sebagai baju kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar ketika baginda bersemayam di Teluk Belanga. Baginda menitahkan supaya baju kaum perempuan hendaklah labuh hingga bawah lutut dan beralas eher halus serta tidak berkocek. Semasa pemerintahan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, baginda bersetuju untuk mengubah rekaan baju kurung iaitu dengan menambahkan kocek dan mengenakan kain bersusun sebelah kiri.

Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Cekak Musang dipercayai menerima pengaruh India dan China. Ciri-cirinya adalah seperti mempunyai kolar selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian kolar hadapan ada bukaan panjang yang berkancing.

Baju Kurung Perak
Baju Kurung Perak lazimnya dipakai oleh puteri di Perak pada zaman dahulu kala. Reka bentuk baju kurung ini adalah berbeza dengan baju kurung di negeri-negeri lain. Baju Kurung mempunyai ciri seperti pemakainya perlu memakai seluar dan sampin. Rekaan baju kurungnya adalah bercekak musang keranan mempunyai kolar.

Baju Kurung Melaka
Baju Kurung Telok Belanga di Melaka dipakai oleh pasangan pengantin di hari perkahwinannya. Kebiasaannya, baju ini diperbuat dari kain broket sedondon atau dipadankan dengan kain songket. Baju ini mengekalkan potongan asal pesak dan dilengkapi dengan lapik dada yang diperbuat dari kain baldu berhias labuci dan batu permata. Bagi hiasan kepala, pengantin memakai sanggul lintang dan gendik. Baju ini dipakai oleh wanita sebagai pakaian adat, kerja keraian atau harian.

Orang Melayu Sarawak
Pasangan Melayu Sarawak, lelaki akan berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket.

Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu. Wanita Melayu Sarawak mengenakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.

Baju Kurung Wanita Melayu Sarawak

Kurung Pahang
Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era 1880 - an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah Pahang ketika itu. Busan aini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan golongan bangsawan kerana ianya bersifat eklusif di mana fabrik yang digunakan ketika itu ialah dari kain tenun Pahang sepasang dan juga dipadankan dengan kain songket yang dilipat pinjung sebelah kanan. Yang membezakannya dengan baju kurung yang lain ialah busana ini tidak mempunyai kekek tapi diganti dengan Pesak Gantung. Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga di kepala bersama dokoh di dada dan kerikam (selendang pendek) di atas bahu.

KEBAYA RIAU PAHANG
Busana tradisi Pahang yang paling istimewa adalah Baju Kebaya Riau Pahang. Ia bukan sekadar busana, ia juga merupakan tanda hubungan baik Negeri Pahang dengan Kerajaan Riau - Lingga pada suatu masa dahulu. Dikatakan berasal dari Turki berbentuk seperti jubah yang dikenali sebagai Habaya dimana ianya labuh hingga ke paras buku lali dan berbelah di hadapan.

Namun begitu dapat dilihat terjadinya evolusi telah berlaku pada busana ini di mana ianya telah dipendekkan pada labuh baju dan paras lengannya. Cara pemakaiannya adalah secara sepasang dari kain tenun Pahang atau dipadankan dengan sarung songket yang diikat pinjung disebelah kanan. Perbezaan status pada baju ini adalah pada bilangan kancingnya dimana kalangan orang biasa bilangannya adalah tujuh sementara kalangan Istana pula bilangannya sembilan.  Menggunakan perhiasan dokoh di dada dan selendang di bahu. Hiasan kepala pula dikenakan cucuk sanggul dan bunga.

Baju Kurung Ibu Soko
Baju Kurung Ibu Soko merupakan busana tradisional Negeri Sembilan. Ibu Soko merujuk kepada wanita atau perempuan yang berilmu dan berpengalaman tentang peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.

Baju Kurung Ibu Soko ini mempunyai leher Telok Belanga jahitan Tulang Belut dan mempunyai kain ikatan Tindih Kasih. Potongan baju ini pula berbentuk kembang payung, berpesak dan berkekek.

Busana yang digayakan ibu soko adalah berbeza mengikut daerah di Negeri Sembilan. Ibu Soko daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan sehelai kain samping ikatan ombak beralun di pinggang. Ibu Soko di daerah Jelebu memakai ikatan kain samping pada kedudukan paras dada.

Ikatan kain samping ini mempunyai maksud dan falsafah yang tertentu, iaitu melambangkan tanggungjawab yang harus dipertanggungjawabkan, tidak boleh berbuat semena-mena dalam bertindak.

Baju Kurung Kedah
Baju Kurung Kedah yang dikatakan berasal daripada Selatan Thailand ini mempunyai ciri seperti blouse pendek paras pinggul. Fabrik bagi busana ini diperbuat daripada songket bunga tabur. Manakala, kainnya daripada kain songket corak jalur berdiri berwarna hijau dan kuning. Namun, selepas diubah mengikut peredaran zaman, kainnya tidak mempunyai jalur berdiri berwarna hijau dan kuning.

Nama ahli kumpulan

Adlina Arma

Aishah Mardhiah

Syamimi Syazwani

Nurizzah Farzana

Syafika Hazwana