Muslihah Mazlan by Muslihah Mazlan

Tentang Diri
Nama: Muslihah Mazlan

Latar Belakang Pendidikan:
~ Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam USM (2013)
~Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, USM (2011)

Pekerjaan: Pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka

Bidang Kajian : Pengurusan Institusi, Hisbah dan Pendidikan

Muhamad Syahir, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria & Kamaruddin Salleh. (2016). Cabaran Institusi Hisbah dalam Dunia Kontemporari serta Usaha-Usaha bagi memperkasakannya. Jurnal Ilmi Jilid 6 2016: 55-68.
Definisi Hisbah menurut perspektif Islam

Pada awal perbincangan artikel ini penyelidik membincangkan definisi hisbah yang berasal  daripada perkataan hasaba yang bermaksud mengira, menghitung, menilai dan menimbang. Ia juga merupakan terbitan daripada perkataan ihtisab yang bermaksud balasan pahala daripada Allah SWT di akhirat kelak dengan melakukan perbuatan yang baik dan juga bermaksud ganjaran yang diperolehi daripada hasil hisbah pada setiap urusannya ( Ibn Mandhur, 1990; Ma’tuq, 1982)

Selain itu, perkataan hisbah bermaksud meneliti, mentadbir,  melihat, mencegah dan menahan. Maksudnya seperti mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran atau seseorang yang melakukan kebaikan, kedua-duanya mendapat balasan daripada Allah swt (Zaydan, 1984).

Manakala dalam bahasa Malaysia, antara perkataan yang boleh dikaitkan dengan hisbah dikenali atau dipanggil penjagaan, pengawasan dan pengawalan, manakala perkataan penguatkuasaan lebih menyerlah pengunaannya terutama dari aspek praktikal di Malaysia. Manakala dari segi istilah,kebanyakaan para ilmuwan bersepakat bahawa hisbah adalah bermaksud tanggungjawab manusia dalam melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran (al-Ghazali, 1982; al-Mawardi, 1989; Ibn Khaldun, 1961 & al-Shihawi, 1962).

Secara keseluruhan, penyelidik merumuskan definisi hisbah menurut pandangan Islam adalah segala aktivti pengawasan dan penguatkuasaan serta amalan dalam menegakkan amar al-ma’ruf wa al-Nahi ‘an al-Munkar sama ada terhadap individu, masyarakat, organisasi, agama dan Negara demi kebaikan dan keselamatan bersama.

Cabaran Institusi Hisbah pada Masa Kini

Perbincangan seterusnya penyelidik membincangkan mengenai beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh institusi hisbah pada masa kini antarannya adalah cabaran globalisasi, persaingan system pengurusan penguat kuasa konvensional, penolakan daripada masyarakat, kelemahan pentadbiran politik secara islamik, pengaruh ideology dan system sosioekonomi barat dan peningkatan masalah social dan jenayah.

Pertama, Pengaruh globalisasi yang memberi kesan terhadap corak hidup masyarakat dimina budaya, fahaman pemikiran, system ekonomi dan politik Barat tidak boleh disaring atau ditapis (JAKIM). Pengaruh Barat ini bebas membawa pengaruh dari segi ideology atau fahaman dan budaya hedonism dengan meluas ke serata dunia. Impak secara positif, masyarakat dan Negara maju kehadapan dengan penggunaan teknologi yang tinggi dan pentadbiran yang sistematik. Tetapi impak negatifnya adalah pengaruh budaya kuning dan nilai-nilai negative yang boleh merosakkan serta menghakis nilai-nilai moral dan akhlak Islamitu sendiri seperti penyebaran ajaran sesat, pornografi, fitnah dan sebagainya. Kelonggaran pegangan agama dan akhlak Islam serta undang-undang Islam dalam menghadapi globalisasi akan mengakibatkan kesan negative yang amat parah apabila umat Islam dan para muhtasib gagal menepis atau mengatasinya.

Kedua, Perbezaan system pengurusan dan pentadbiran Islam dan konvensional berbeza  dari segi teori dan amalannnya. Pengurusan hisbah menurut Islam merupakan suatu system yang lahir daripada system pengurusan Islam yang berasaskan Tauhid iaitu satu falsafah yang lengkap menghubungkan hubungan manusia dan kehidupannya berdasarkan wahyu oleh Allah SWT. Ianya lebih lengkap berbanding system pengurusan yang lain kerana ianya bersifat lengkap dan melengkapi (Shumul) yang mencakupi aspek jasmani dan rohani (Rasid et al., 2008). Manakala system penguatkuasaan yang lain yang menekankan aspek material semata-mata dengan mengabaikan aspek agama, etika dan nilai serta pembangunan insan.

Ketiga, masyarakat kini lebih menyakini pemikiran pengurusan moden Barat dan Jepun (Auni, 2009). Cetaknya ilmu pengetahuan mengenai system pengurusan hisbah menjadi punca penolakkan  ini. Usaha islamisasi system pengurusan penguatkusaan dari Barat atau Jepun ke dalam konsep Islam  tanpa membuang terus nilai-nilai murni dan akhlak Islam darinya. Oleh itu, jenayah dan kerosakan moral serta salah laku dalam kalangan masyarakat boleh dielakkan.

Usaha-Usaha Bagi Menghidupkan Kembali Institusi Hisbah

Kemudian penyelidik membincangkan usaha-usaha penyelesaian  yang perlu diambil bagi menghidupkan kembali institusi hisbah. Antaranya adalah melalui pendekatan tauhid dalam semua system pengurusan penguatkuasa, pemantapan ilmu pengetahuan , penerapan nilai dan etika dalam pengurusan dan pentadbiran, memajukan system pengurusan penguatkuasaan serta kesedaran daripada individu masing-masing terhadap hisbah.

1)      Tauhid dalam pengurusan dan pentadbiran Islam ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia dari Allah SWT sebagai hamba dan khalifahnya didunia dengan mengerjakan amal soleh secara syura iaitu perundingan dan kerjasama  dalam organisasi. Penghayatan terhadap konsep tauhid ini dilihat memberi implikasi terhadap pengurusan system hisbah kerana  seseorang akan menjadi pekerja yang amanah, cekap dan berdisiplin serta tujuan akhirnya adalah untuk mendapar rahmat dan keredhaan  Allah SWT. Konsep tauhid akan melahirkan penguatkuasa yang mempunyai harga diri, keyakinan diri dan mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Konsep tauhid ini akan membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan keingkarannya akan mengakibatkan kemurkaan Allah SWT dan mendapat balasan setimpal di dunia dan akhirat (Wan Liz Ozman, 1996).

2)      Sistem pengurusan hisbah menurut Islam adalah merupakan satu system yang berilmu, maka manusia sebagai khalifah Allah SWT perlu berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang hendak dilaksanakan dan dikerjakan terutamannya mengenai hokum-hakam dan perkara yang berkaitan dengan  al-Amar bi al-Ma’ruf wa Nahl ‘an al-munkar (Madzelah, 2008)

3)      Walaupun program penerapan nilai murni banyak dilakukan tetapi masih banyak kerja dan perkhidmatan dalam kalangan para muhtasib yang tidak berkualiti dan tidak beretika. Penekanana terhadap penghayatan  dan pengamalan nilai murni, moral dan akhlak Islamiyyah melalui pembinaan sahsiah yang bercirikan positif mestilah sentiasa disuburkan dan hendaklah digalas dengan penuh iltizam dan istiqamah terutamanya oleh para muhtasib. Antara syarat menjadikan  sesuatu pekerjaan sebagai iabdah ialah niat kerana Allah SWT, menunaikan tanggungjawab asas, kerja yang selaras dengan syarak dan menginsafi bahawa setiap tugas adalah amanah yang akan dipersoalkan kelak. Oleh itu, para muhtasib perlu memiliki nilai-nilai peribadi asas, nilai profesionalisme dan nilai kebersamaan agar dapat memupuk nilai integrity atau sikap positif dalam kerja dan tabah dalam mengawal kemungkaran serta memberikan menghasilkan kerja yang berkualiti (Norain et al., 2012; Rasid et al. 2008).

Impak Pelaksanaan Institusi Hisbah dalam Kehidupan Manusia

Terakhir membincangkan mengenai impak pelaksanaan institusi hisbah dalam kehidupan manusia. Antara impaknya adalah mengajak manusia berbuat kebaikan dan menjauhi perkara yang dilarang, akhlak dan sahsiah diri masyarakat terjaga, kesucian agama Islam dan umatnya terpelihara, keselamatan individu masyarakat, organisasi dan Negara terjamin, segala perjalanan dalam sector ekonomi diawasi dan terkawal, kebersihan dan kesihatan masyarakat terjamin dan terpelihara serta harta dan kemudahan awam dilindungi.

Sophian Rambli, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Imam Fauji. (2018). Amalan Hisbah dan Prospek Terhadap Pengurusan Akidah di Malaysia : Satu Tinjauan Awal. Halaqa: Islamic Education Journal, 2(1), 01-11. Doi: http://dx.doi.org/10.21070/halaqa.v1i1.1607
Terdapat dua objektif dalam kertas kerja ini iaitu pertama bagi meninjau amalan hisbah di Malaysia serta hubungkait dengan pengurusan akidah di Malaysia. Objektif kedua adalah untuk mengenalpasti peranan institusi Islam dalam mengamalkan hisbah terutama dalam pengurusan akidah dalam mendepani isu dan cabaran dalam pengukuhan akidah di Malaysia.

Metodologi yang digunakan adalah teknik analisis kandungan  bagi membincangkan secara mendalam amalan akidah dan hubungannya dengan pengurusan akidah di Malaysia.

Institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti Negeri (JMN) tidak menggunakan istilah hisbah tetapi intipati pengamalan pelaksanaan serta fungsi-fungsi hisbah dilaksanakan  oleh agensi-agensi Islam berkenaan.

Secara keseluruhan, perbincangan pendahuluan , penyelidik membincangkan mengenai definisi hisbah serta tuntutan dalam al-Quran untuk melaksanakannya. Merujuk kepada Surah al-Imran3 :104). Perbincangan ditambah lagi dengan meneliti sejarah amalan hisbah yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW, Zaman Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umayyah, Kerjaan Abbasiyyah sehinggan Kerajaan Turki Usmani.Tujuan pelaksanaan al-amr bi al-makruf wa al-nahy ‘an al-mungkarini dilakukan secara meluas iaitu aspek akidah, akhlak, ibadah, akhlak, politik, ekonomi, social, pendidikan dan pentadbiran. Menurut Ibn Khaldun, peranan institusi Hisbah juga adalah sebagai penyelidik dan menyiasat perkara-perkara mungkar, mengenakan hukuman dan memberi pengaajaran kepada mereka yang terlibat (Mardzelah Makhsin,2008) disamping menguruskan sumber tenaga manusia  dan memastikan kecekapan sector awam terlaksana dengan baik dan berkesan seperti penggunaan tenaga manusia dan kecekapan sector awam. Dalam kajian Mardzelah Makshin (2008) telah menjelaskan tentang aplikasi al-amr bi al-makruf wal al’nahu al-munkar dapat mendidik masyarakat Islam sentiasa patuh perintah Allah SWT dengan berhati-hati, berwaspada, mempertikaikan amalan yang mungkar. Ia telah menjadi satu pendekatan dan strategi pengawasan, pengawalan serta penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan dalam bentuk hisbah.

Manakala pada bahagian perbincangan, penyelidik menerangkan mengenai pengurusan akidah boleh difahami sebagai usaha individu, kelompok dan masyarakat Muslim untuk menguruskan akidah yang dipegangnya bagi membolehkan akidah tersebut membantunya mencapai kebahagian dunia dan akhirat (Moh Radhi Ibrahim, 2013). Pengurusan akidah  termasuk isu-isu akidah semasa dan pemikiran semasa seperti JAKIM, MAIN, JAIN, JMN, PDRM dan NGO-NGO yang bekerjasama untuk memelihara dan menjaga akidah umat Islam. Ia berperanan dan memberi sumbangan sama ada pengawalan, pengawasan, memberi pemahaman serta bidang kuasa untuk penguatkuasaan bagi tujuan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Hubungan amalan hisbah berkait dengan pengurusan akidah di Malaysia, dimana prinsip dan tujuan al-amr bi al-makruf wa al-nahy ‘an al-mungkar yang mengajak untuk sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam, tauhid serta beriman dengan rukun Iman dalam ajaran Islam. Selari dengan pengamatan awal, amalan hisbah ini dilakukan oleh institusi Islam seperti JAKIM, MAIN, JAIN yang signifikan dengan tuntutan al-amr bi al-makruf wa al-nahy ‘an al-mungkar dalam amalan hisbah di Malaysia. Antara beberapa cadangan domain  dan unsur pengukuhan akidah (MAIS, 2015) iaitu dipasak, dibentuk, disubur dan dilindungi dengan penguatkusaan undang-undang dan pembasmian elemen perosak akidah dan akhlak. Manakala beberapa strategi dan pendekatan hisbah dalam pengurusan akidah adalah nasihat, tazkirah, irshad, qudwah, qiyadah, tawsiyah dan islah.

Alias Azhar. (2018). Integrasi Hisbah dan Dakwah Dalam Prosedur Penguatkuasaan Undang-Undang Kesalahan Maksiat dan Jenayah Khalwat di Malaysia. Jurnal Hukum dan Pemikiran Volume 18, Nomor 1, Juni 2018, hlm. 119-138.
Kertas kerja ini mengkaji konsep hisbah dan dakwah secara integrasi  dalam prosedur dan modus operandi  pencegahan maksiat dan jenayah khalwat di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah kajian literature dan kepustakaan secara kondusif bagi menjelaskan konsep hisbah dan dakwah. Kajian deskriptif dan analisis kandungan bersifat tekstualiti dilakukan terhadap undang-undang terkandung dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri. Selanjutnya kajian lapangan secara temubual dan observasi tentang aplikasi konsep hisbah di Bahagian Penguatkuasaan Jenayah Syariah, Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Analisis perbandigan diaplikasi bertujuan untuk mencari persamaan dan perbezaan anatara konsep dan realisasi hisbah dan dakwah oleh modus operandi pihak berkuasa dalam mencegah maksiat dan jenayah khalwat perlu memenuhi kriteria amr makruf nahi mungkar dalam kerangka hisbah.

Pada awal perbincangan, penyelidik membincangkan konsep keadilan dalam Islam dan peranan institusi hisbah dalam masyarakat dan Negara bagi melaksanakan keadilan ini. Pihak penguatkuasa atau dikenali sebagai mutasib ini memikul tanggungjawab yang melibatkan  hak Allah SWT dan manusia. Hisbah bermaksud pelaksanaan al-amr bi al-makruf (menyuruh kepada kebaikan) dan al-nahy an al-munkar (mencegah kemungkaran) dan khalwat merupakan salah satu kesalahan  jenayah yang peruntukan  dalam Enaklemn Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri. Prosedur dan modus operandi pihak berkuasa dalam mencegah maksiat dan khalwat harus memenuhi kriteria konsep hisbah.

Konsep dakawah dilihat selari dengan tuntutan konsep al-amr Makruf wa nahi al-munkar. Berdasarkan hadis bermaksud “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hari dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” (Sahih Muslim, Kitab al-iman, 380). Berdasarkan hadis ini menunjukkan setiap muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat: pertama ialah dengan tindakan, kedua ialah perkataan; ketiga ialah dengan hati.  Berdasarkan ayat al-Quran Ali-Imran 104, kewajipan melaksanakan al-makruf dan nahi munkar menjadi kewajipan ke atas sebahagian dari kalangan umat Islam. 3 kriteria dari kewajipan ini, pertama, tugas amar makruf dan nahi munkar hukumnya fardhu kifayah. Kedua, ialah fungsi amar makruf nahi mungkar adalah tonggak kepada keunggulan umat Islam sejagat (umat terbaik yang pernah dilahirkan  di kalangan manusia). Kriteria ketiga ialah tugas amr makruf nahi mungkar berkait rapat dengan proses ta’dib (mendidik).

Secara umumnya, Tugas muhtasib melibatkan 3 bidang tugas yang berkaitan menjaga ibadah dan perilaku yang menyalahi hukum agama, mengawasi perbuatan  yang tidak bermoral dan mengawasi perbutan memiliki perkara yang dilarang bagi menjaga akhlak Islam. Objektif hisbah sebenar akan terserlah dan memnuhi kriteria amar makruf nahi mungkar yang merupakan prinsip utama dakwah Islamiyyah. Peranan penting dakwah ialah mengajak manuisa kepada jalan kebenaran dan melalui pendekatan mendidik dan bukan menghukum semata-mata.

Faidah Nashihah, (2018). NEGARA, EKONOMI DAN PASAR: Analisis Institusi Hisbah dan Kontribusinya dalam Perspektif Al-Mawardi. MPRA Paper No. 87412.
Perbincangan artikel ini menggunakan metode analisis kandungan dan metode sejarah kritis dalam mengungkap sejarah pemikiran ekonomi Islam tentang persoalan dalam menciptakan keadilan, Negara, ekonomi dan pasar tidak dapat dipisahkan. Dengan adanya gagasan al-Mawardi tentang institusi hisbah yang berperanan dalam mengawal dan mengawasi kegiataan ekonomi. Al-Mawardi (1981) menegaskan  peranan pemerintah dibangun atas dasar asas-asas dan politik pemerintahan. Asas-asas Negara meliputi agama, kekuatan Negara dan harta Negara. Manakala politik Negara (siyasah al-mulk) meliputi kebijakan pemerintah dalam mewujudkan kesejahteraan  masyarakat (‘imarah al-buldan), menciptakan  keamanan bagi warga Negara (hirash al-ra’iyah), mengelola tentera (tadbir al-jund) dan mengelola kewangan Negara (taqdir al-amwal). Satu peranan pemerintah adalah mengatur mekanisme pasar (Werde, 2000) misalnya berkait penentuan harga adalah  menetapkan lembaga pengawas pasar (market supervision) atau disebut “hisbah”. Kewujudan institusi hisbah ini sebagai regulator atau pengawas dalam mekanisme pasar terutama mengontrol harga dan pelaku pasar.

Menurut Ziedah (1963) hisbah adalah suatu lembaga pemerintah yang memiliki fungsi mengawal khususnya seseorang terkait dengan moral, agama dan ekonomi dan secara umum dalam wilayah kolektif atau kehidupan public, juga relasi Negara dan mekanisme pasar untuk menegakkan keadilan dan kebenaran berdasarkan prinsip-prinsip Islam dan kebiasaan atau adat istiadat yang baik sesuai dengan wakti dan tempat. Lembaga ini memiliki pejabat dalam mengawal pasar dan perilaku moral.

Karya tentang hisbah ini dapat dikelompokkan menjadi 2 kategori iaitu: pertama, karya-karya yang menfokuskan kajian hisbah dan menggunakan judul hisbah  dan kedua, karya-karya fiqih siyasah yang memasukkan meteri hisbah sebagai integral dari kitab yang ditulisnya.

Menurut al-Mawardi kuasa lembaga hisbah mencakupi tiga perkara, yakni pertama dakwaan yang terkait dengan kecurangan dan pengurangan takaran atau timbangan, kedua, dakwaan yang terkait dengan penipuan dalam komoditi dan harga seperti pengurusan takaran dan timbangan di pasar, menjual makanan yang sudah kadaluarsa dan ketiga dakwaan yang terkait dengan penundaan pembayaran hutang padahal pihak yang berhutang mampu membayarnya. Kuasa ini hanya terbatas pada pengawasan terhadap penunaian kebaikan dan melarang orang dari kemungkaran (amar ma’ruf nahi munkar). Tiga bahagian dalam menyuruh kepada kebaikan, yakni: pertama: menyuruh kepada kebaikan yang terkait dengan hak-hak Allah, kedua terkait dengan hak-hak manusia dan ketiga, terkait dengan hak bersama antara hak-hak Allah dan hak-hak manusia.