Tugasan 2 (Individu) LMCK1621 by Izyanti Ibrahim

Ethics: Grey Anatomy

Ethics: The Office

Professionalisme di Tempat Kerja

Professionalisme

Introduction to Ethics

NURUL SHAQIINAH DAANIAH BINTI JAMALUDIN, A18097
Apakah itu etika?

Berdasarkan video serta bahan bacaan yang telah disediakan, saya sedikit sebanyak mempelajari secara lebih mendalam mengenai etika dan pada pendapat saya etika boleh didefinisikan sebagai  konsep yang menjadi penanda ukur yang selaras untuk digunakan bagi mengawal perilaku, tatatertib serta gaya fikir setiap individu.

Etika itu penting kerana, setiap individu mempunyai pendapat mereka yang tersendiri dan berbeza antara satu individu dengan individu yang lain terhadap sesuatu perkara untuk dilabel sebagai baik,buruk,salah dan betul menyebabkan perasaan dan pendapat seseorang individu itu tidak boleh digunakan dalam melabel sesuatu perkara sebagai betul atau salah justeru etika diimplementasikan untuk menjadi suatu tanda ukur yang selaras dan harus diikuti oleh setiap individu. Socrates juga ada menyatakan mengenai hal ini dalam teori nya mengenai etika bahawa “sistem moraliti yang berdasarkan nilai emosi hanyalah ilusi,suatu konsep yang tiada kebaikannya dan tidak betul”. Etika juga merangkumi elemen asas seperti kejujuran, hormat-menghormati, bertanggungjawab, kesetiaan dan lain-lain yang membawa impak positif kepada keperibadian dan tatasusila seseorang individu. Seandainya elemen ini tidak diterapkan maka kesalahan etika pasti akan berlaku dan membawa banyak keburukan kepada individu itu sendiri serta organisasi dan orang sekelilingnya.Antara kesalahan etika adalah seperti tidak jujur dan lepas tangan, yang pastinya akan memberi kesan kepada keseluruhan organisasi kerana pekerja mencerminkan organisasi tempat kerjanya dan tambahan lagi, individu tersebut pasti akan mencatatkan prestasi yang buruk dan jikalau kerap dilakukan mungkin individu tersebut boleh dipecat oleh majikan kerana memburukkan nama organisasi.

Sebagai contoh, berdasarkan video yang diperoleh daripada “Grey’s Anatomy”, drama televisyen Amerika yang memaparkan tentang kehidupan bekerja di sebuah hospital telah dijelaskan secara implicit mengenai etika. Seorang watak yang bernama Dr Miranda Bailey berusaha untuk menyelamatkan pesakitnya yang merupakan seorang kanak-kanak  sehingga sanggup meminta untuk pesakit kedua tidak diselamatkan agar organ-organ pesakit tersebut boleh diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Persis bidalan ‘niat tidak menghalalkan cara’, jelas disini bahawa Dr Miranda mempunyai niat yang baik pada pendapat beliau namun apa yang disarankan adalah suatu kesalahan  etika sebagai seorang doktor kerana mereka sepatutnya berusaha untuk menyelamatkan pesakit sebaik mampu tanpa mengira faktor yang lain.Namun,seorang watak yang lain berjaya menyedarkan Dr Bailey akan kesalahan yang beliau merancang untuk lakukan. Video ini jelas memaparkan bahawa emosi seseorang individu sepatutnya diletak jauh dalam melakukan sesuatu perkara justeru membuktikan fungsi etika sebagai suatu penanda aras yang tetap dalam memastikan setiap individu tidak melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan dan emosi.

Sebagai intiha, izharlah bahawa etika itu boleh didefinisikan sebagai suatu peraturan atau penanda aras yang mengawal setiap tindakan individu, tatatertib serta gaya fikir setiap individu yang memastikan setiap individu tidak melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan dan hati sebaliknya mengikut penanda aras yang telah disarankan agar sesebuah organisasi itu bergerak secara lancar dan memberi manfaat kepada individu itu sendiri serta orang sekeliling.

Apa itu profesionalisme ?

Berdasarkan bahan serta video yang disediakan, saya memahami bahawa  profesionalisme itu boleh ditafsir sebagai kapabiliti yang ada dalam keperibadian seseorang untuk melakukan sesuatu yang wajar sebagai  seorang profesional demi profesionnya.Profesionalisme ini mampu meningkatkan prestasi seorang individu dalam kerjaya serta dapat  mengekalkan posisi seseorang dalam sebuah organisasi.

Hemat saya adalah sedemikian kerana, berdasarkan video ‘Profesionalisme’ yang dikepilkan dapat difahami mengenai profesionalisme melalui  watak John, seorang agen hartanah yang mempunyai banyak kekurangan dalam profesionnya kerana sikap yang buruk. Sikap melakukan sesuatu secara sambil lewa serta mengambil mudah menyebabkan kerjaya John akhirnya merudum kerana prestasinya yang tidak memberangsangkan berikutan daripada sikapnya yang suka memakai baju yang tidak sesuai ke tempat kerja, tidak formal bersama pelanggan sewaktu bekerja dan sebagainya. Menurut Sufean dalam Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008), profesionalisme membawa maksud satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Demikian, profesionalisme itu semestinya turut berkait rapat dengan sikap seseorang kerana sikap yang akan mencerminkan kebolehan seseorang itu untuk bekerja sama ada menjadi pekerja kelas A yang bertaraf tinggi dan sentiasa melakukan dengan sempurna atau menjadi pekerja kelas B yang hanya mengambil mudah dengan setiap tugasan.Menjadi lebih sempurna dan profesional boleh dikecapi dengan berpakaian sopan dan sesuai dengan skop pekerjaan, datang ke tempat kerja pada masa yang tepat, tidak menganggap kerjaya sebagai hobi sebaliknya mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna biarpun dalam keadaan malas.

Demikian, izharlah bahawa profesionalisme itu adalah satu elemen yang boleh ditafsir sebagai keupayaan yang ada dalam sifat dan perilaku seseorang untuk menjadi profesional terhadap kerjayanya.

Rujukan lain: Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008). Kesan Latihan Perguruan Ke Atas Faktor Pemilihan Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi,Jil  48 (6) Hlm.15 - 31

30.5.21
5:54 PM

Nurhafizatul Nazurah binti Hanafi (A181046)
1) Etika bermaksud garis panduan untuk individu dalam menyatakan dengan jelas apa yang baik dan buruk mahupun apa yang benar atau salah. Etika wujud dalam banyak konteks terutama di tempat kerja kerana etika dianggap penting. Ini memberi panduan kepada pekerja supaya betul secara etika dalam semua tindakan mereka termasuk beberapa ciri seperti kerahsiaan, penghormatan, kejujuran, ketelusan, kecekapan, dan sebagainya.

2) Profesionalisme boleh didefinisikan sebagai kemahiran, kecekapan dan tingkah laku yang dipaparkan oleh individu profesion tertentu dengan menanam sikap sopan ketika berurusan dengan klien dan sesama profesion. Profesionalisme bukan hanya merangkumi tingkah laku sopan atau kecekapan akademik tetapi sebaliknya, ia adalah campuran beberapa kualiti yang menyumbang kepada profesionalisme seperti mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang tertentu dan berintegriti.

MUHAMMAD AFFLIN IQKHBAL BIN KAMAL (A181388)
1. Etika merupakan falsafah mengenai tingkah laku dan amalan manusia terhadap masyarakat. Etika juga bermaksud prinsip moral atau nilai akhlak yang baik yang ditunjukkan sebagai pegangan hidup oleh individu itu sendiri atau orang lain. Ia juga bermaksud sebuah perlakuan yang mampu membeza di manakah yang baik atau buruk serta tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak benar.

2. Professionalisme bermaksud suatu kemahiran atau kemampuan yang cekap dalam melakukan tugasan atau pekerjaan serta memperlihatkan kemahiran tertentu yang dimilinya. Ia juga merupakan satu set nilai yang merangkumi aspek pengetahuan, sikap, kepakaran dan nilai dalam satu profession. Professionalism juga berkait rapat dengan aspek pekerjaan seseorang dengan mengamalkannya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi demi mencapai keberkesanan dan produktiviti yang baik.

ANIS RABIAH BINTI ABDUL RAZAK (A181561)
1) Etika merupakan falsafah moral yang menunjukkan sikap baik dan buruk yang akan memberi kesan baik dan buruk kepada kehidupan seseorang. Etika juga merupakan suatu peraturan disiplin yang menjadi pegangan individu dalam melakukan sesuatu perkara agar mereka tidak melakukan perkara yang salah. Etika amat penting dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi sewaktu berada di alam pekerjaan bagi menunjukkan keperibadian dan kejujuran individu.

2) Professionalisme merupakan kelakuan, kemahiran, dan ciri-ciri baik yang perlu ada pada seseorang yang sedang melakukan sesuatu pekerjaan. Professionalisme seseorang itu bukan sahaja boleh dilihat dari segi pemakaian mereka sewaktu di tempat kerja, malah dari segi percakapan dan kebolehan menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cekap dan berintegriti. Professionalisme juga penting dalam menjamin hubungan yang baik dengan rakan sekerja serta kerjaya yang berterusan.

WAN NURAZRA MARSYA BT WAN AHMAD A182838
1)     Apa itu etika?

Istilah etika (ethic) berasal dari Bahasa Yunani yang berarti tingkah laku seseorang, adat istiadat (kebiasaan),  perasaan batin, watak, serta kecenderungan hati, untuk melakukan suatu perbuatan.

Berdasarkan video dan slide yang disediakan, etika juga bermaksud kajian tentang apa yang baik dan buruk yang harus ditempuh dalam hidup dan apa yang betul dan salah untuk dilakukan dalam tingkah laku kehidupan. Oleh itu, di atas semua disiplin praktikal. Tujuan utamanya adalah untuk menentukan bagaimana seseorang harus hidup dan tindakan apa yang harus dilakukan seseorang dalam menjalankan kehidupan seseorang (John Deigh) .

Ia juga sangat berguna kepada moral kerana kebiasaannya terma ini sering berkaitan dengan etika. Moral ialah tingkah laku yang betul dan bijak yang kewibawaannya dalam pemikiran praktikal ditentukan oleh akal dan bukan kebiasaan.Etika adalah juga berbentuk disiplin normatif.Ia menilai,mengkritik dan membuat keputusan terhadap system moral yang ada. Sistem ini merupakan cadangan kepada system etika yang standard berpandukan system yang sedia ada. Kerana etika berkaitan dengan menetapkan  tingkah laku ( dan bukannya menggambarkan tindakan) ,ia dikatakan berkaitan dengan etika normatif. Sebaliknya antropologi dikatakan bersifat deskriptif dan bukannya normatif. Ahli antropologi memerhatikan menggambarkan dan menerangkan tindakan dan tingkah laku individu dan bukannya seperti ahli falsafah moral yang berusaha untuk menetapkan tindakan.

Dalam etika ,terdapat dua teori iaitu Teleological dan Deontological teori.

Teleological teori diambil dari telos iaitu perkataan greek yang bermaksud tujuan atau matlamat.Perbuatan dinilai sebagai moral atau tidak bermoral bergantung kepada kesan dari perbuatan mereka.Perbuatan diangganp bermoral jika membawa kepada kebaikan.Contohnya ialah, egoism, eudaimonism dan utilitarianism.

Deolontological teori diambil dari perkataan ‘Deon’ yang bermaksud ‘duty’ atau tugas . Secara asasnya perkara wajar atau tidak wajar dilakukan adalah berdasarkan nilai intrisik. Teori ini mementingkan perbuatan atau kelakuan dan bukannya kepada akibat atau kesan. Teori ini amat berbeza dengan teleologi yang mementingkan kesan dan akibat iaitu teleological.

2 )   Apa itu profesionalisme?

Kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugas secara cekap. Ciri-ciri profesionalisme adalah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Selain itu, sesorang itu mempunyai ilmu dan pengalaman serta kecerdasan yang tinggi dalam manganalisis suatu masalah dan peka didalam membaca situasi, cepat dan tepat serta cermat dalam mengambil keputusan terbaik atas dasar kepekaan. Ia juga dikaitkan dengan kesetiaan dan komitmen beserta tingkah laku yang positif sehingga membawa kepada pencapaian matlamat organisasi. Seseorang yang mengamalkan sikap professional akan  menunjukkan tingkah laku kemahiran atau kualiti yang dapat menonjolkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan. Dengan lain perkataan, seseorang yang mengamalkan profesionalisme bermaksud memiliki kompetensi yang tinggi, lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran tugas yang dilaksanakan.

Profesional ialah individu yang memiliki tiga perkara antaranya ialah kemahiran  iaitu seseorang yang mahir dalam bidangnya sebagai contohnya seseorang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas.Seterusnya,berpengetahuan iaitu orang yang menguasai, sekurang-kurangnya berwawasan mengenai ilmu lain dan yang berkaitan dengan bidangnya serta sikap iaitu orang yang bukan hanya pintar  tetapi perlu memiliki etika serta nilai-nilai murni yang diterapkan dalam bidangnya dan mempunyai ilmu dan pengalaman serta kecerdasan yang tinggi dalam manganalisis suatu masalah dan peka didalam membaca situasi, cepat dan tepat serta cermat dalam mengambil keputusan terbaik atas dasar kepekaan.Ciri- ciri yang perlu ada ialah dapat berkomunikasi secara berkesan agar mesej mudah difahami dengan ,engunakan kaedah dan alatan paling tepat dalam satu-satu keadaan yang memerlukan komunikasi.Tambahan pula, penerangan, perbincangan dan mesyuarat antara kaedah komunikasi yang perlu dipilih secara tepat berjalan lancar dari segi lisan mahupan penulisan.Mereka juga tidak mudah menyalahkan orang lain atas salah faham. Selain itu,kemampuan yang baik dalam perancangan dalam pengurusan gerak kerja. Mereka harus mengatur strategi dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja,juga teratur dalam pegurusan dan dapat berfikiran dengan pantas dan cepat dalam membuat keputusan yang tepat

Profesionalisme itu memastikan seseorang itu memupuk sikap-sikap yang penting dalam profesion mereka.Antara sikap tersebut ialah kejujuran.Sikap kejujuran yang tinggi menunjukkan bahawa seseorang itu mengamalkan sikap professional dalam kerja yang dibuat.Contohnya, tidak menerima rasuah serta sebagainya.Selain itu, kompentensi kerana setiap insan profesional mesti mempunyai kecekapan dalam melaksanakan tugas mereka supaya masalah tidak timbul .Seterusnya kesetiaan kerana setiap perkerjaan memerlukan seseorang untuk menjaga kepentingan mereka.Di samping itu, ketekunan dan kegigihan dalam melakukan tugas.Sikap ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kecuaian yang menyebabkan kerugian kepada organisasi serta diri sendiri.Mereka akan memberi komitmen yang tinggi kerana mempunyai keinginan melakukan perkara yang betul dan professional. Akhir sekali, proses professional memberi kesedaran kerana mempunyai gerak hati untuk bertindak selari dengan etika dan professional secara konsisten.Seseorang perlu bersikap professional kerana dapat meningkatkan dan memelihara imej diri serta profesion.

SARAH YUSRINA BINTI MAR RUZI (A181880)
1)Apa itu etika?

Etika merupakan falsafah mengenai kajian tentang suatu akhlak yang menunjukkan sikap yang baik atau sikap yang buruk terhadap kehidupan seseorang. Etika juga sangat penting untuk memastikan kehidupan manusia sentiasa berdisiplin dan teratur. Dengan mempunyai etika yang baik, ia dapat memastikan cara seseorang hidup dengan sempurna bersama tingkah lakunya serta dapat menentukan tindakan yang boleh dilakukan untuk menjalani kehidupan dengan baik. Dalam alam pekerjaan,  mempunyai etika yang baik sangat dititikberatkan seperti menunjukkan sikap kejujuran dalam melakukan tugasan dan tidak mementingkan diri sendiri. Ia juga penting dalam membentuk keperibadian seorang pekerja di tempat pekerjaan seperti sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.

2)Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme merupakan suatu kemahiran atau kelakuan seseorang yang sewajarnya ada bagi seseorang dalam melakukan tugasan. Seorang profesional akan memastikan tugasan yang dilakukannya mempunyai hasil yang berkualiti dan yang tak dilupakan adalah cara perwatakannya yang menunjukkan dirinya seorang yang profesional. Contohnya, seorang profesional akan memastikan penampilannya yang kemas dan mempunyai kod etika pemakaian yang sesuai dengan pekerjaannya serta mempunyai sikap yang baik dan cara percakapan yang profesional yang menunjukkan seseorang itu mempunyai akhlak yang baik. Jadi, mempunyai sikap profesional sangatlah penting di alam pekerjaan kerana sikap profesional akan memastikan diri seseorang itu sentiasa berkomitmen tinggi dan sempurna serta menjamin kerjaya dengan baik di masa hadapan kelak.

NUR IZZARA BINTI OTHMAN ( A182178 )
1.     Apa itu etika ?

Etika merupakan Falsafah mengenai amalan dan tingkah laku kehidupan manusia terhadap masyarakat dan juga merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.

2.     Apa itu profesionalisme?

Kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakan tugas secara cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu.

SYAHIRAH BINTI ABDUL RASHID (A179494)
1. Apa itu etika?
Etika adalah perilaku yang bermoral yang memberi manfaat kepada diri sendiri atau masyarakat seperti baik hati, jujur, amanah dan menjaga alam sekitar. Keperibadian manusia akan dinilai dari etika yang ditunjukkan oleh seseorang. Etika penting dalam kehidupan bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup.

2. Apa itu profesionalisme?
Profesionalisme adalah sikap bagi seseorang profesional dalam melaksanakan tugas bagi mempamerkan kepakaran tertentu. Profesionalisme adalah mengenai kualiti kerja atau sikap berkualiti. Seseorng yang profesionalisme dikategorikan sebagai profesional dimana seseorang itu boleh dipercayai kerana mempunyai kredibiliti dan keyakinan dalam melakukan tugasnya.

AHMAD AFIQ HAIKAL BIN MOHD KAMAL (A181018)
1.Apa itu Etika?

Menurut John deigh,etika ialah suatu kajian mengenai  cabaran yang baik mahupun buruk yang harus ditempuh dalam kehidupan seseorang dan perkara  yang betul atau salah untuk dilakukan semasa menjalani kehidupan.Dan disiplin adalah sesuatu yang  praktikal untuk diamalkan. Matlamat utamanya adalah untuk menentukan bagaimana seseorang menjalani kehidupan sehariannya dan tindakan yang dilakukannya setiap hari

2)Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme bermaksud sifat-sifat yang perlu ada pada individu seperti kemampuan dan kemahiran dalam menangani sesuatu masalah ketika di tempat kerja. Individu ini mempunyai profesion atau pekerjaan yang tertentu seperti peguam,polis dan sebagainya.Mereka menjalankan  tugas mereka dengan cara yang professional dan memperoleh keyakinan  oleh orang di sekelilingnya kerana  mempunyai keyakinan yang tinggi dan kredibilti  dalam melakukan tugas.

NURHANIS SYAZWANI BINTI ONN (A179567)
1.       Apa itu etika?

Etika didalam Kamu Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain). Dalam erti kata lain, etika ini merujuk kepada tinggah laku atau amalan seseorang dalam melakukan sesuati perkara tidak kira dimana sahaja mereka berada yang akan menentukan sama ada seseorang itu baik atau buruk.

2.       Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membei maksud sifat-sifat (kemampian, kemahiran, cara pelaksaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seseorang professional. Profesional boleh wujud tanpa undang-undang yang rasmi namun masih memaparkan ciri hormat, berdedikasi, memberikan komitmen yang baik dan juga bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan.

JULIA DAMIA BINTI MOHD RIZAL (A181420)
1. Apa itu etika?

Etika boleh merujuk kepada moral serta akhlak yang dijadikan pegangan hidup seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Etika wujud dalam banyak konteks dan dapat dilihat sekiranya ia diterapkan dalam diri seseorang. Ia boleh menunjukkan sama ada dua sikap, iaitu baik mahupun buruk. Etika yang baik dapat menjamin keharmonian dan hubungan dengan individu, masyarakat mahupun alam.

2. Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme boleh ditafsir sebagai kemampuan serta kemahiran seseorang dalam membuat keputusan secara wajar dan rasional, dalam apa jua situasi. Ia adalah satu nilai yang dapat ditonjol bukan sahaja dengan menjadi seorang yang berintelektual, malah mampu mengawal emosi juga. Profesionalisme penting dalam meningkatkan tahap keberkesanan dan produktiviti seseorang dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

ARISSA SARAH HANI BINTI MOHD FADHIL SAMUEL (A180189)
1. Apa itu etika?
Berdasarkan Profesor Falsafah dan Undang-Undang di University of Texas, Austin,

John Deigh, etika ialah kajian tentang perkara yang betul dan salah semasa melanjutkan kehidupan dan perkara yang baik dan buruk dalam kelakuan kehidupan. Dalam erti kata lain, etika ialah disiplin praktikal seseorang. Tujuan utamanya adalah untuk menentukan bagaimana cara dan kelakuan kehidupan seseorang itu sepatutnya melakukan dalam perlakuan kehidupan.

2. Apa itu profesionalisme?
Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran, atau kualiti dari seseorang yang profesional. Antara ciri seseorang profesional adalah menepati masa, memakai pakaian sopan dan kemas, sentiasa bersikap positif, tidak mengeluarkna perkataan yang kesat ataupun menyakitkan hati orang lain, bersifat kerjasama, sentiasa bersifat jujut, mengakui kesalahan diri sendiri dan akhirnya sentiasa berkelakuan adil di mana jua seseorang itu berada.
Seseorang yang mempunyai sifat profesionalisme ialah seseorang yang sentiasa mempamerkan tugas dan kualiti kerja yang bagus, serta boleh diberi kepercayaan kerana mempunyai kredibiliti dan keyakinan dalam melakukan tugasannya.

GRACE LEE XIN CI (A180727)
1. Apa itu etika?

Etika ialah ilmu yang berhubung dengan kelakuan manusia, set atau sistem prinsip moral atau nilai. Ia juga merupakan falsafah moral, disiplin yang memberikan penekanan kepada apakah yang baik atau buruk, benar atau salah dari segi moral. Etika yang baik memastikan kita tidak akan cenderung kepada perbuatan yang tidak bermoral dan mematuhi prinsip moral.

2. Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme merupakan sesuatu konsep merangkumi sifat-sifat seseorang yang profesional dalam kemahiran, cara pelaksanaan, tingkah laku dan aspek yang lain. Ciri-ciri yang diamalkan oleh seseorang yang profesional adalah menganggap pekerjaan sebagai sumber rezeki dan amat mengutamakannya, tetapi bukan sekadar hobi biasa. Jenis orang yang menitikberatkan profesionalisme yang tinggi berkemahiran, menjaga etika dan sikap bekerja yang betul serta sentiasa menunjukkan penampilan diri yang sopan di tempat kerja.

NUR IZZATI BINTI RAMLI (A179840)
1.Apa itu etika?

Etika adalah prinsip moral yang menjadi panduan manusia dalam membuat keputusan di mana keputusan tersebut akan memberi kesan positif. Etika juga membantu dalam menentukan tingkah laku yang salah dan betul dalam kehidupan seharian manusia. Prinsip moral tersebut lazimnya dibentuk oleh norma sosial, budaya, dan pengaruh agama. Etika amat penting dalam dunia pekerjaan kerana tingkah laku yang positif dapat membantu dalam perkembangan sesebuah organisasi manakala tingkah laku yang tidak beretika akan memberi kesan yang sebaliknya.

2.Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme adalah ciri-ciri dan tingkah laku yang menandakan individu tersebut profesional dalam persekitaran pekerjaan. Profesionalisme merangkumi banyak sifat untuk menentukan sama ada seseorang itu profesional atau tidak. Antara sifat-sifat yang dapat dilihat untuk menentukan individu tersebut profesional atau tidak adalah melalui cara pelaksanaan tugasan dan pemakaian individu tersebut. Salah satu sebab profesionalisme sangat penting adalah kerana ianya merupakan sikap seseorang terhadap pekerjaan dan syarikat. Bersikap profesional ketika bekerja menunjukkan individu tersebut seorang yang bertanggungjawab dan dipercayai. Kurangnya sifat profesionalisme menunjukkan bahawa individu tersebut tidak mengambil serius mengenai pekerjaan tersebut.

NUR AFIQAH BINTI MOHD NAZRI (A180869)
1.Apa itu etika?

Etika adalah tingkah laku seseorang individu dan pertimbangan moral di dalam kehidupannya untuk membantu membezakan yang mana baik dan buruk,benar atau salah ketika menghadapi masalah kehidupan.Etika merupakan nilai-nilai moral atau nilai akhlak yang perlu menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat.Berdasarkan video dan slide yang telah disediakan,ia menyatakan bahawa etika ialah tujuan utama kehidupan dan merupakan disiplin praktikal dan tindakan yang harus dilakukan seseorang dalam menjalankan kehidupan.

2-Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme  adalah kemampuan seseorang individu untuk mempraktikkan kemahiran atau kepakaran tertentu yang terlibat dalam aktiviti mengikut kepakaran mereka. Seorang profesional tentunya mesti mempunyai kepakaran untuk melaksanakan tugasan.Sikap professional di tempat kerja seperti,tidak takut mengaku kesalahan,bersikap jujur,membantu rakan sekerja,sentiasa menepati waktu, dan sentiasa berpakaian mengikut protokol dapat meningkatkan kredibilit dan produktiviti individu tersebut.Individu yang tidak mengamalkan sikap profesionalisme akan mempamerkan kualiti kerja yang tidak cemerlang dan susah untuk diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugasan.

Nurfatin Husna Binti Suhaime (A180442)
1. Apa itu etika ?

Asal usul perkataan 'Etika' adalah daripada perkataan Greek, 'Ethos' yang membawa maksud keperibadian dan tingkah laku. Ianya adalah sebahagian daripada falsafah yang berdasarkan akhlak, adat, tingkah laku dan kesusilaan seseorang.

2. Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme adalah kemampuan dan kemahiran yang terdapat pada seseorang yang profesional iaitu orang yang mempunyai kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya. Seseorang yang mempunyai sikap profesionalisme ini adalah seseorang yang berkeinginan untuk terus dan selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal yang bermaksud kelakuan yang dipandang paling sempurna dan boleh dijadikan sebagai rujukan.

NUR FADHILAH BINTI MOHD NOORIZA (A182186)
1) Apa itu etika?

Etika secara asasnya bermaksud tingkah laku ataupun adab. Etika juga boleh diertikan sebagai suatu prinsip moral atau akhlak yang diamalkan oleh setiap insan sama ada individu, masyarakat mahupun berkumpulan. Ia juga dapat memberikan kita panduan dalam berdepan dengan pelbagai situasi kehidupan sekaligus menerapkan elemen positif dalam membentuk keperibadian yang lebih baik seperti bertanggungjawab, mengambil berat, kepercayaan dan kesetiaan.

2) Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme ialah kemahiran atau kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada ciri dan tingkah laku seseorang dalam memberikan komitmen terhadap tugasan yang diberikan, contohnya jujur dan beretika, berpengetahuan luas, kemahiran menganalisis suatu masalah dan cerdas dalam membuat keputusan. Profesionalisme ini penting contohnya, dalam memasarkan diri kita dalam mencari peluang pekerjaan kerana ia membina imej diri kita serta mempengaruhi perspektif suatu syarikat dan masyarakat terhadap skil kemahiran kita.

NUR IZYAN SHAHANIM BINTI YUSOFF(A179912)
1)  Apa itu etika?

-  Mengikut kamus dewan edisi keempat etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Seterusnya, etika juga dikaitkan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, salah dan benar,kewajipan, tanggungjawab,keadilan. Etika juga mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sepatutnya.

2)  Apa itu profesionalisme?

-  Profesionalisme ialah sifat-sifat  iaitu kemampuan,kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional. Profesionalisme berasal daripada yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya

NOOR AFIRAH BINTI MD LAZIM (A181347)
1. Apa itu etika?

Etika didefinisikan sebagai kajian tentang perkara yang baik mahupun buruk terhadap tingkah laku masyarakat dalam kehidupan. Etika juga berkait rapat rapat daengan prinsip moral atau nilai yang menjadi panduan masyarakat dalam membuat sesuatu keputusan seterusnya akan memberikan kesan baik atau buruk dalam kehidupan individu tersebut mahupun komuniti masyarakat. menurut John Deigh, tujuan utama adalah untuk menentukan bagaimana seseorang itu harus hidup dan tindakan apa yang sepatutnya dilakukan seseorang dalam menjalankan kehidupan mereka. Etika merupakan satu komponen hidup yang penting dalam kehidupan seseorang . Hal ini kerana dengan mempunyai etika, hidup seseorang lebih berdisiplin serta menunjukkan keperibadian dan kejujuran seseorang.

2. Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme merujuk kepada kemahiran dan kemampuan seseorang untuk menjalankan atau melaksanakan sesuatu tugasan. Profesionalisme merupakan satu konsep yang merangkumi cici-ciri seperti mempunya ilmu atau pengalaman dalam menyelesaikan sesuatu tugasan, serta kesetiaan dan komitmen yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang profesional melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan dengan menunjukkan tingkah laku yang positif dan berhemat untuk mempunyai hasil kerja yang bekualiti. Individu yang mengamalkan sikap profesional diberi kepercayaan kerana kredibiliti yang dimiliki dalam melaksankan sesuatu tuagsan.